MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, September 28, 2010

Panduan Mencari Kerja (untuk fresh graduate)

REZEKI ALLAH YANG MENENTUKANNYA.

Saya dedikasikan entry ini kpd anda... Tujuan saya menulis entry ini
"i) Diharap post ini dapat membantu anda semua mencari kerja untuk sesiapa  yang akan atau telah menamatkan pengajian.
ii) Kepada student yang masih lagi belajar, saya harap entry saya ini dapat membuka minda dan membantu anda untuk mempersiapkan/melengkapkan diri (build-up yourselves) semasa di Institusi Pengajian anda dengan segala yang diperlukan sebelum anda memasuki alam pekerjaan.
iii )Kepada yang telah bekerja tetapi nak bertukar pekerjaan lain, diharap entry saya ini dapat membantu anda mencari kerja-kerja yang lain.. hehehehe..." .                                       

Yang penting, berusaha, berdoa dan bertawakkal. (^_^)
____________________________________________________________________

To Fariza, Fairuz, Shamie & beberapa student yang lain, harap post dapat membantu you all..hehehe… Saya cadangkan anda memilih pilihan ke-6 di bawah (melayari beberapa laman dan daftarlah dengan web mencari kerja yang terkenal) . Efektif, jimat kos & tak memenatkan.... (^_^).

Biodata diri saya. Semoga dengan sedikit pengalaman-pengalaman saya dapat membantu anda semua. Ilmu yang bermanfaat yang disebarkan akan menjadi saham pahala walaupun sesudah kita meninggal dunia...
"Manusia biasa hanya belajar melalui pengalaman sendiri tetapi manusia hebat akan belajar melalui pengalaman orang lain"
 Saya paling tak suka bila para pelajar mengeluh "KALAU BELAJAR TINGGI-TINGGI PUN AKHIRNYA MENGANGGUR JUGA", "SUSAH LA NAK DAPAT KERJA ENCIK SEBAB KERJA SEKARANG NIE SEMUANYA KENA PAKAI KABEL/ORANG DALAM"(sedangkan bagi aku dorang sendiri pun tak pernah mencuba, kalau tak sure dorang tau yang 90% kerja yang akan ditawarkan kepada mereka nanti adalah daripada yang tidak menggunakan orang dalam). 
Bagi aku, faktor student yang menganggur ini ialah kerana mereka tidak tahu jalan bagaimana hendak mencari pekerjaan sedangkan kerja banyak terdapat di Malaysia nie. Mereka kena banyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal, rezeki semuanya Tuhan yang Tentukan tapi kalau usaha mencari kerja tak cukup, macammana mereka hendak ditawarkan kerja. Kekadang saya berminat juga untuk mengadakan ceramah kerjaya untuk berkongsi ilmu-ilmu ini.
Saya sendiri pun mengalami situasi yang sama macam mereka, berpendapat macam mereka, sebab di universiti dahulu tak pernah saya didedahkan mengenai ceramah Panduan Mencari Kerja ini. Berbulan-bulan saya tak dapat kerja sehinggalah Tuhan berikan saya sedikit cahaya/jalan. Tak lama kemudian, barulah saya temui LUBUK KERJA KOSONG ini di sungai yang orang menyangka tiada ikan di situ. Daripada langsung tiada ditawarkan kerja, sehinggalah suatu ketika saya pernah ditawarkan beberapa pekerjaan sebagai jurutera setiap minggu yang menyukarkan saya untuk membuat pilihan (tak tahu nak pilih mana satu). Jadi, pengalaman tersebut biarlah saya berkongsi dengan anda semua di sini...

Kepada yang ingin melanjutkan pelajaran, walaupun anda hanya mempunyai sijil, (saya menyokong usaha anda itu) percayalah anda juga mampu untuk menggenggam segulung ijazah, sarjana ataupun Phd jika anda mahu seperti yang dilakukan oleh adik saya, walaupun jalannya berliku-liku, terpaksa "berpatah sayap, bertongkat dagu", akhirnya beliau sekarang telahpun memiliki segulung ijazah. Jalan tersebut perlu dicari (mungkin lanjutan daripada post ini, saya akan berkongsi tips-tips tersebut pada masa akan datang).
 ____________________________________________________________________________




Ada beberapa orang student yang jumpa saya termasuklah masa balik cuti raya baru nie bertanyakan kaedah mendapatkan kerja. Ada seorang tu, dah setahun lebih dah menganggur, ada beberapa orang lagi baru je menamatkan pengajian & ada beberapa orang student masih lagi belajar tapi risau jika menganggur bila tamat belajar nanti.

Ade student jugak yang bagitau "Encik, nanti Encik buka la syarikat, pastu amik la kitorang keja!!!".
Balas aku "Tak mau la saya amik korang keja, datang kelas pun lambat, klu keja sure datang lambat, wat rugi saya jer...".
Tergelak satu kelas...

So, sebagai pendidik kena la cuma bagi mata pancing je kepada dorang nie, jangan bagi ikan, baru la dorang tau cari makan sendiri. Kalau main rekmen je dorang keja, kalau dorang kena marah dengan boss sampai berdarah-darah telinga (perkara biase kena marah & kita marah orang dlm sektor swasta) , sure dorang berhenti keja tak lama kemudian.
Kalau dorang nak dapat keja pun susah, so sure dorang berfikir 2 - 30 kali la klu bercadang nak resign....


Sebagai pensyarah plk, sudah tentu saya mahukan semua pelajar saya mendapat pekerjaan yang terbaik (melainkan para pelajar yang memang malas, kelas pun jarang hadir, belajar pun main-main, takde disiplin, assignment pun meniru atau langsung tak hantar.hahaha).
Kegagalan untuk dorang mendapatkan pekerjaan merupakan kegagalan pendidik juga... Macam pegawai JPKK yang bgtau kitorang hari tu, student menganggur bukan disebabkan takde keja tapi dorang tak tau cara nak cari keja. Bila student mengganggur, mula la parent dorang cakap IPT itu ini tak bagus (walaupun anak dorang memain je bila datang belajar....).



Ade beberapa student bagitau saya,
"Majikan sekarang nie mesti nak ambil yang berpengalaman. Macam kami yang takde pengalaman nie dorang tak mahu ambil!!!"
Balas aku
"Majikan dah tentukan sama ada mereka nak pekerja yang berpengalaman atau tidak berpengalaman. Jika mereka ambil yang takde pengalaman, gaji yang dorang bayar pun tak la setinggi gaji pekerja yang berpengalaman, so jimatlah kos syarikat.
Ada majikan yang akan ambil pekerja yang tidak berpengalaman (fresh graduate) & melatih pekerja-pekerja ini sepanjang tempoh percubaan pertama selama 6 bulan on-job training (latihan sambil bekerja) sebelum mereka ditugaskan melaksanakan tugas yang sebenar.
Jika pekerja tidak menunjukkan good performance, mereka akan diberhentikan kerja dalam tempoh 2 minggu atau ditamatkan kontrak selepas 6 bulan.
Jika dah lulus 6 bulan tersebut, jika ingin berhenti kerja, syarikat atau pekerja perlu memberikan notis berhenti kerja seminimum 2 bulan atau syarikat atau pekerja perlu membayar pampasan sebanyak gaji 2 bulan".

Ada juga student perempuan pernah tanye
"Kami nie perempuan, sure syarikat cume ambik pekerja lelaki jer!!!".

Aku jawab
"
Saya pun ade ramai kawan perempuan yang dah bekerja & ramai rakan sekerja dulu adalah perempuan. Rakan-rakan perempuan yang jadi engineer pun ramai cuma saya cadangkan perempuan untuk memilih berkerja dalam bidang perkilangan/industri, consultancy atau R&D berbanding bidang construction kerana bidang construction nie lebih berisiko & merbahaya termasuklah kena berurusan dengan ramai pekerja asing yg berbulan-bulan tak jumpa isteri melainkan kerja anda banyak berurusan di pejabat".
Tambah aku lagi
"Majikan yang mengambil pekerja perempuan akan memberikan dorang kerja yang sesuai , majikan nie takdelah kejam sangat...".


So, di sini saya kongsikan & sertakan beberapa panduan berdasarkan pengalaman saya terdahulu, hopefully dapat membantu. Memang perit pengalaman saya menganggur dahulu di Kuala Lumpur sehinggalah saya pernah ikat perut masa mencari kerja dahulu, sebulan makan pun kat masjid je(masa tu bulan puasa 2006), duit poket cuma ade RM300. Minggu pertama keja terus kena saman polis sebab lesan mati.
Menumpang plk rumah kawan, satu bilik yang sempit 3 orang duduk.huhuhu. Member cakap ada keja kosong tapi sekali pergi kena tipu la plk, sebab just nak save duit bayar sewa rumah dia jer
...
Memang geram...



Biasenye, ada beberapa student saya yang bertanyakan bagaimana untuk mencari kerja & bidang-bidang yang boleh dorang ceburi. So, saya cuba bantu kerana ilmu yang bermanfaat kalau diamalkan oleh lain akan menjadi saham pahala kita di akhirat kelak walaupun kita telah meninggal....


Menganggur nie memang isu sensitif. Saya pun taklah bagus sangat, sebab saya sendiri pun pernah menganggur beberapa bulan disebabkan tersilap teknik & takde rezeki. Dah habis idea dah (yela, takde orang nak bantu bagitau caranya..). Selepas beberapa kesilapan teknik diperbetulkan, baru la saya dipanggil interview & selepas interview ke-6, baru la saya diambil bekerja.


Walaupun masa tu dah pun bekerja, saya masih lagi gatal kaki pegi ke beberapa interview syarikat yang lain, so keseluruhan interview adalah 10 interview (saje nak test market.hahahaha). Secara kesimpulannya, saya dapati saya paling susah untuk dipanggil interview semasa fresh lagi (langsung takde pengalaman), bila dah start bekerja, mencurah-curah la plak dapat panggilan interview, maybe market diri dalam pasaran kerja masa tu dah meningkat kot, dah ade "benda" yang kita nak jual..hahahaha.


Saya juga mempunyai beberapa pengalaman menemuduga calon-calon untuk diambil bekerja dengan saya..hehehe....

Ada beberapa student cakap, "Susah nak dapat kerja sebab semuanya kena ade kabel, takde kabel sapa nak ambik kerja!!!". Jangan la cakap gitu sebab rezeki manusia nie dah ditentukan oleh-Nya, yang penting kita mesti berusaha mencarinya. Ramai kawan-kawan saya yang telah bekerja, majoritinya dapat kerja tanpa menggunakan "kabel". Yang penting kita berusaha, berdoa & bertawakkal.

Semasa ditemuduga, jual la "kemampuan" diri anda menabur manifesto umpama bakal ADUN yang bertanding dalam piliharaya. Buat la homework sebelum anda ke tempat temuduga. Lakukan kajian dan kuasai kaedah menjalani temuduga dengan berkesan.
Cubalah kuasailah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (walaupun broken, sekurang-kurangnya anda mencuba) dan bercakap dengan yakin. Temuduga adakalanya hanya Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali.
Kuasailah segala pengetahuan dan sediakan jawapan yang akan ditanya (percayalah, jika anda menghadiri banyak temuduga, anda akan dapati soalan-soalan yang ditanya adalah lebih kurang sama sahaja, so skrip jawapannya sekurang anda dah ade)..hehehe...
Ada beberapa kaedah berkesan untuk mendapatkan kerja antaranya. Anda boleh mencuba kesemua kaedah nie, tapi bagi saya, saya cadangkan kaedah terbaik adalah kaedah yang ke-6..hehehe..:


1) Beli surat khabar The Star & News Strait Times pada hari Sabtu & Ahad
kerana pada hari tersebut paling banyak jawatan kosong ditawarkan dalam ruangan mencari kerja. (Tapi saya tak galakkan sangat kerana menelan kos tinggi sebab kena selalu beli paper, ambik masa lama untuk hantar surat & menerima respond majikan tapi tak salah jika anda turut mencuba..hehehehe).


2) Menggunakan khidmat agensi mencari kerja
(banyak terdapat agensi mencari kerja di negara nie). Pergi ke syarikat/agensi ni & lihat jawatan kosong yang ditawarkan. Tapi perlu diingatkan, agensi ini bukannya mencari kerja untuk calon yang ditemuduga tetapi agensi nie mencari para pekerja untuk klien/syarikat yang meminta perkhidmatan mereka. Bayaran untuk setiap pekerja yang dicari oleh syarikat ini akan dipotong daripada gaji permulaan pakerja tersebut ataupun syarikat tersebut akan membayar kepada agensi tersebut.


Agensi-agensi ini akan menemuduga/menapis calon-calon temuduga. Selepas berjaya dalam tapisan ini, agensi ini akan membahagi-bahagikan bakal pekerja ini kepada syarikat-syarikat/klien mereka untuk ditemuduga. Antara soalan-soalan yang akan ditanya ialah, bidang industri apakah yang ingin kita sertai seperti sama ada dalam bidang perundingan (consultancy), industri perkilangan, industri pembinaan (construction), rekabentuk, arkitek, Pembangunan & Penyelidikan (Research & development, R&D), designer, pendidikan & pelbagai bidang lagi. Then, dorang akan tanya lagi sama ada kita hendak bekerja sebagai pekerja sementara, kontrak, sambilan (part-time) atau secara tetap.

(Yang ini pun saya tidak galakkan sangat kerana faktor kos dan masa menunggu tapi tak salah jika anda turut mencuba..hehehehe ).


3) Kaedah lain ialah, pergila ke JABATAN TENAGA KERJA (JTK),
jangan plk pergi ke 7 eleven sebab kat sana cume ade iklan sewa rumah ada la..hahahaha.. Di Jabatan Tenaga Kerja, akan diiklankan beberapa jawatan kosong. Jika berminat, bolehla hantarkan resume kepada syarikat-syarikat tersebut. Silalah rujuk website JTK untuk maklumat lanjut.

(Yang ini pun saya tidak galakkan sangat tapi tak salah jika anda turut mencuba..hehehehe).



4) Kaedah lain ialah, pergi ke syarikat industri yang anda pernah menjalani latihan industri/praktikal semasa belajar dahulu
dan hantarkan resume. Kalau boleh, letakkanlah nama pegawai syarikat tersebut sebagai penyokong/recommender untuk menyokong permohonan anda tetapi dapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu.

(Yang ini pun saya tidak galakkan sangat tapi tak salah jika anda turut mencuba..hehehehe. Tetapi, selepas saya terangkan kepada student saya untuk mencuba kaedah ini sebelum mereka ke latihan industri dengan beberapa tips, majoriti daripada mereka dapat tawaran kerja. Masa tu mereka mula rambang mata & tak nak sambung belajar. Akhirnya, saya bagi nasihat kepada mereka, berunding la dengan syarikat tersebut supaya membenarkan anda menamatkan pengajian terlebih dahulu, insyaAllah mereka akan benarkan).



5) Bertanyakan khabar rakan-rakan anda yang telah mendapat kerja, tanyalah jika ada kerja kosong di tempat kerja dorang
takpun tanyalah kaedah-kaedah yang dorang gunakan yang membolehkan majikan dorang sekarang ambil dorang bekerja. Suruh la dorang risik-risik kalau syarikat dorang masih perlukan pekerja. Kekadang tu, masih ade kerja kosong di tempat dorang tapi dorang pun tak tau nak rekmenkan pada sesiapa.



6) Cara yang paling saya cadangkan
kerana memang telah terbukti/efektif/ berkesan/ paling terkenal kepada ramai fresh graduate yang telah bekerja
ialah dengan

melayari beberapa laman dan daftarlah dengan web mencari kerja yang terkenal
seperti



i) JOBSTREET (www.jobstreet.com)
ii) JENJOBS (www.jenjobs.com)
iii) SPA (www.spa.gov.my)
iv) JOB MALAYSIA (www.jobsmalaysia.gov.my)
vi) adtimes.nstp.com.my (www.adtimes.nstp.com.my)
Apabila mendaftar dengan website ini, jangan takut kerana bahawa pendaftaran sebagai ahli dalam website ini adalah percuma kerana website ini mendapatkan keuntungan melalui iklan-iklan yang diiklankan di dalam website ini. Jadi jangan bimbang ye, tiada kos tersembunyi..hehehe...

Daftarlah & layarilah laman web ini terutamanya JOBSTREET dan JENJOBS sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selepas daftar, anda akan diberikan satu akaun, anda akan diminta create resume. Anda boleh memilih sama ada ingin create resume dengan mengisi template di dalam laman web ini ataupun, anda boleh meng"upload" resume anda sendiri ke account anda tadi. Jika berminat, boleh emailkan kepada saya alamat email anda prince_hardy830@yahoo.com & saya akan emailkan contoh resume saya untuk anda edit seperti biodata diri anda. Resume tersebut telah dipertingkatkan/diperbaiki beberapa setiap kali saya menghadiri temuduga & setelah dikomen oleh orang yang berpengalaman. Resume saya yang terbaru tersebut bagi saya adalah yang terbaik kerana setiap kali saya menghantar resume ke syarikat-syarikat tertentu, belum pernah lagi ada syarikat yang menolak permohonan saya. Semoga ianya dapat membantu anda juga. Sedikit info saya kongsikan di bawah...




6.1 Resume

Resume penting kerana ia merupakan kaedah bagaimana kita ingin memikat hati bakal majikan kita untuk memangggil kita temuduga. Dalam beratus-ratus resume yang diterima bakal majikan kita, hanya 20 resume ke bawah sahaja yang dipanggil untuk ditemuduga. Cara penyampaian serta format Resume penting kerana ia umpama surat cinta yang kita hantar kepada seorang wanita, bagaimana untuk memikat hati wanita tersebut untuk menerima cinta kita. "AYAT KENA POWER BEB!!!hahahaha". Format, gaya penulisan, lenggang-lengguk bahasa, seelok-eloknya resume mestilah dalam bahasa Inggeris (kerana terdapat syarikat yang bekerjasama dengan syarikat antarabangsa), resume mestilah ringkas, padat serta mudah difahami oleh bakal majikan, jangan terlalu tebal kerana majikan tidak mempunyai banyak masa untuk membaca lama resume tersebut. Resume tersebut juga perlulah unik, kemas, rasmi dan menunjukkan anda adalah lain daripada calon lain serta profesional.



6.2 Kaedah mendaftar web mencari pekerjaan

Selepas daftar, anda perlu setkan jenis pekerjaan yang anda mahu, taraf kelayakan anda sama ada SPM, sijil, diploma, ijazah dsbginya dalam akaun anda tersebut.

Perlu diingatkan, alamat di dalam resume tersebut hendaklah anda letakkan alamat di negeri syarikat yang anda mohon supaya syarikat memanggil anda untuk sesi interview (pengajaran, seperti yang telah terjadi kepada saya, dahulu saya letakkan alamat kampung saya di Kelantan, syarikat-syarikat yang saya mohon terletak di Kuala Lumpur, maka syarikat tersebut langsung tidak memanggil saya bekerja kerana tidak mahu membebankan saya untuk datang temuduga di Kuala Lumpur. Selepas dinasihatkan oleh rakan-rakan dengan menukarkan alamat di dalam resume saya di Kuala Lumpur (iaitu di rumah bapa saudara), barulah saya mendapat mencurah-curah tawaran temuduga daripada syarikat-syarikat di Kuala Lumpur).

Saya nasihatkan supaya anda juga memilih banyak syarikat di Kuala Lumpur kerana kerana melalui pemerhatian & pengalaman saya, terlampau banyak syarikat yang menawarkan kerja kosong di Kuala Lumpur berbanding di negeri lain selain di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Tepuk dada tanyalah selera... Jangan segan untuk bertanyakan kepada saya jika anda mempunyai persoalan yer.., (^_^)..


Biasenye, anda akan diminta untuk menentukan tarikh yang anda kelapangan untuk menghadiri temuduga. Untuk jawatan bukan eksekutif (kelayakan SPM), kadang-kadang kita akan diminta untuk masuk ke bilik temuduga untuk di temuduga 5 orang sekali gus. Berbeza dengan jawatan eksekutif (kelayakn sijil dan ke atas), pada sesuatu sesi seperti sesi pagi sahaja, majikan biasenye hanya mengadakan temuduga 2-3 orang sahaja pada setiap sesi, sorang-sorang masuk bilik temuduga, so banyak peluang la untuk kita jual market diri kita.hehehe...


Ada sesetengah syarikat mengadakan 1, 2 atau 3 temuduga sebelum mereka mengambil kita bekerja. Lagi besar syarikat tersebut, lagi bertambahlah tapisannya, kekadang maksimum 3 temuduga...


Untuk membantu diri anda, surf la internet, cari tajuk berkenaaan:

i) tips-tips untuk menulis resume yang menarik & berkesan

ii) tips-tips menghadiri temuduga...



Apakah persiapan yang perlu calon lakukan sebelum tamat pengajian?

Apa yang penting ialah, para pelajar perlu menyediakan diri mereka supaya mempunyai pasaran diri mereka adalah tinggi semasa belajar seperti mempunyai segala yang diperlukan oleh pasaran kerja pada masa kini.

Mereka perlu build-up diri mereka semasa mereka masih lagi dalam pembelajaran di unversiti atau institusi pengajian dengan segala kemahiran termasuklah kemahiran generik & softskill termasuklah keyakinan dengan diri sendiri.

Matlamat perlu jelas, jangan nampak seolah kamu tiada pegangan tetap semasa temuduga. Antara soalan utama yang akan ditanya oleh majikan ialah “Apakah kemahiran-kemahiran yang kamu miliki?” ataupun “Apakah yang kamu boleh sumbangkan kepada syarikat ini” & “Apakah alasan untuk saya ambil kamu bekerja berbanding calon-calon temuduga yang lain?”.


Percayalah, selepas kamu menghadiri beberapa temuduga, kamu akan dapati bahawa soalan-soalan temuduga adalah lebih kurang sama sahaja. Sila praktis dengan menggunakan bahasa Inggeris.



Adakah calon terlalu memilih kerja?


Jangan terlalu memilih kerja. Bekerjalah dengan apa-apa jawatan pekerjaan sekalipun, tetapi kamu boleh memilih untuk berhenti dan bekerja dengan syarikat lain setelah kamu mendapat tawaran yang lebih baik kemudiannya….


7) KAEDAH YANG TERAKHIR YANG BOLEH ANDA PILIH IALAH DENGAN
BEKERJA SENDIRI...

Percaya tak jika saya maklumkan bahawa kamu boleh bekerja dan mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan hanya bermodalkan BISNES KAD?!!
DON'T BELIVE IT? BELIEVE IT!!!hahaha..
(Apa yang saya kongsikan ini langsung tiada kena mengena dengan Perniagaan Multi Level Marketing (MLM) sebab saya pun tak berapa gemarkannya juga..hehehe...)

Jangan fikirkan bahawa bekerja sendiri nie tidak mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Tak perlu kos tinggi pun, malah lebih menyenangkan kerana sampai malam syarikat anda boleh beroperasi jika perlu (kekadang masyarakat suka berurusan selepas office hour & hujung minggu kerana terlalu sibuk. Kalau difikirkan, pejabat urusan pun tidak perlu. Pekerja pun hanya perlu apabila keadaan benar-benar memerlukan sahaja. Perniagaan boleh bermula di rumah atau di mana-mana yang anda fikirkan perlu. Kalau sesuai, anda boleh jumpa klien di restoran atau mana-mana tempat eksklusif.

Apa yang penting tiada anda rajin berusaha mempromosikan khidmat yang syarikat anda tawarkan & rajin mencari pelanggan. Selepas masyarakat mengetahui syarikat anda, akhirnya mereka sendiri yang akan menghubungi anda. Apa yang penting, pastikan pelanggan amat berpuas hati dengan khidmat yang anda tawarkan & memastikan khidmat anda menjadi buah mulut orang ramai..Tak susah pun kan?!!...


Di sini saya kongsikan bersama kisah-kisah dan rahsia beberapa individu berjaya yang kenali dengan hanya bekerja sendiri bermula di rumah...

i) Peguam yang kini sedang menguruskan urusan tanah isteri saya pun mempunyai
pejabat syarikat yang beroperasi di rumahnya sendiri di Kota Bharu, separuh daripada rumahnya dijadikan pejabat pentadbiran (tapi rumahnya hendaklah cukup besar). Nama firma guamannya memang terkenal walaupun urusan bersama klien berlaku di luar pejabat.

ii) Ada seorang lagi kawan saya, seorang kontraktor ternama di Kuala Lumpur, turut mempunyai pejabat urusan di rumahnya sendiri di Selayang, satu lagi pejabat beroperasi di sebuah bangunan di Kuantan.

iii) Keluarga angkat saya di Muar mnjalankan operasi & mempunyai kilang mini menjahit langsir, cadar dan segala kelengkapan rumah di belakang rumahnya sendiri. Produk keluarannya banyak dipasarkan di sekitar Muar & pasar. Mereka juga turut menerima tempahan luar.

iv) Ada saudara jauh saya mempunyai kilang mencanting batik di rumah sendiri. Produk keluarannya banyak di pasarkan di sekitar Kota Bharu & di luar Kelantan.

v) Saya pernah menemui seorang bisneswomen yang menawarkan khidmat gubahan bunga. Kini dah pun bertukar kepada pembekal gubahan bunga.

vi) Untuk pelajar yang belajar elektrik, automotif dan komputer, anda boleh menawarkan khidmat dengan membuka bengkel sendiri (maybe di rumah). Belajarlah stategi pemasaran melalui kursus dan orang yang lebih berpengalaman.

Seperti contoh kisah gadis ini



RAHSIA KEJAYAAN MEREKA?!!!

Seorang ahli perniagaan berjaya di Tawau, berkongsi rahsia kejayaannya kepada saya & beberapa peserta kursus yang lain yang pernah kitorang ikuti.
Untuk tahap permulaan, dengan hanya bermodalkan BISNES KAD, anda mampu untuk mempunyai perniagaan sendiri (kos buat BISNES KAD baru berapa RM?!!) .
Rahsia ini juga jika anda berminat untuk membuka bengkel sendiri (sama ada bengkel kereta, motosikal, pendawaian elektrik, pembaikian komputer, perusahaan kecil sederhana IKS, andaman pengantin, catering, juruhiasa dalaman, gubahan bunga, juru solek, salon kecantikan, kedai gunting rambut, bakery dan bermacam-macam lagi yang anda fikirkan sesuai. Untuk menjadi seorang kontraktor pun bole. Harga untuk permulaan ni kena la bagi murah sedikit.(^_^)....).


Langkah pertama :
Anda kena rajinlah menyebarkan khidmat yang anda tawarkan dengan menyebarkan kad bisnes tersebut, dengan syarat di belakang kad bisnes tersebut, anda perlu senaraikan khidmat syarikat anda.
Anda boleh bermula dengan rakan-rakan terdekat & saudara-mara kerana mereka lebih mempercayai anda.
Tak perlu pekerja atau bahan mentah...


Langkah kedua :
Apabila pelanggan mula meminta khidmat anda, barulah anda mula ke kedai-kedai pembekal(supplier) untuk mencari bahan, spare part dan material yang diperlukan. Harga boleh cuba runding untuk mendapatkan secara borong dan boleh dilambatkan pembayaran.

Langkah ketiga :
Jika tenaga kerja yang diperlukan tidak mencukupi, anda boleh menggajikan pekerja lain ataupun meminta syarikat lain untuk bersama-sama bekerja bersama anda. Bila dah habis kerja tersebut, tamatlah kontrak mereka. So, tak semestinya anda perlu mempunyai pekerja sepenuh masa, jadi tak semestinya setiap bulan sepanjang tahun anda perlu bayar gaji pekerja.

Langkah keempat :
Seperti yang sering diiklankan dalam TV sekarang, anda boleh terus mempromosikan produk anda melalui internet, blog, mudah.com, lelong.com, blog, facebook, email dan sebagainya.

Langkah Kelima :
Jika khidmat/produk syarikat anda mula mendapat permintaan ramai dan semakin kukuh, anda boleh mendaftarkan syarikat anda dengan kerajaan & mendapatkan lesan perniagaan.



SENANGKAN?!!




GOOD LUCK, ALL THE BEST, MAY GOD BLESS U...

NEVER GIVE UP, FIGHT TILL THE END....

BANYAKKAN BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL, INSYAALLAH REZEKI ALLAH YANG TENTUKAN... (^_^)...

Kalau masih lagi buntu, lakukan sembahyang solat hajat, solat ishtikarah & bangun pada 1/3 malam (lebih kurang pada 3 pagi) dirikanlah sembahyang hajat (klu mampu, menangislah sepuas-puasnya, minta diampunkan segala dosa, bayangkan Allah bersama kita mendengar keluhan kita & mohonlah segala hajat, insyaALLAH dimakbulkan-Nya. Dulu saya pernah mencuba, alhamdulillah Allah telah makbulkan hajat saya tu...).




Hardy boy : Untuk tambahan info, sila click link di bawah untuk layari post saya terdahulu yang berkaitan

Dedikasi-untuk-para-pelajar-ku


UPDATE TIPS RESUME:
-->
Di atas respond entry ini yang menggalakkan, anda boleh emailkan kepada saya (prince_hardy830@yahoo.com) alamat email anda untuk saya emailkan contoh resume saya sebagai rujukan anda. (Tapi, jika mahukan resume tersebut, tolong karang ayat yang berbudi bahasa, bersopan dan beradab(yela, sebab anda nak minta tolong orang), pengalaman saya sebelum ini, ade yang email minta resume saya seolah-olah dia nie dah kenal rapat dengan saya dah 10 tahun, ingat saya nie member dia ke, ayat memang tidak berbudi bahasa. Contohnya email yang saya pernah dapat, "salam. emailkan contoh resume awak kat kkkk@yahoo.com", macam la dorang adik saya ataupun boss saya main mintak-mintak ayat camtu jer. Tapi saya pasti anda semua amat berbudi bahasa (^_^)).  Selain itu, carilah template-template resume di dalam internet ye..(^_^)...
Antara Email contoh yang terbaik bagi saya, letakkan nama & latarbelakang pendidikan. Ayat pun sopan dan menarik untuk orang baca serta hormat orang {yela, nak minta tolong orang mesti la cantik budi bahasanya, betul tak? (^_^) }....


Ayat yang boleh la jugak saya terima sedikit walaupun  tak berapa nak cantik ayat permohonannya..

 
Ayat yang "kurang asam jawa" yang menyebabkan saya terpaksa tolak permohonan tersebut. Kalau nak "berbicara" pun tak pandai, memang susah orang nak ambil kerja...
Ayat yang memang "kurang asam jawa" menyebabkan saya terpaksa tolak permohonan tersebut, kurang berbudi bahasa nak minta "barang" orang..
JANGAN PULA HANTAR RESUME KEPADA SYARIKAT YANG ANDA MOHON KERJA SEPERTI AYAT-AYAT DALAM ENTRY INI >>>> RAGAM BUDAK HANTAR RESUME, tunjukkanlah sikap profesional anda...

Tips-tips lain :
1) Resume yang dihasilkan hendaklah ringkas tetapi padat, tidak perlu tebal kerana majikan tidak mempunyai banyak masa untuk menapis semua resume.
2) Kalau boleh, letakkan alamat resume anda adalah beralamat di negeri yang sama dengan syarikat yang dimohon supaya memudahkan anda dipanggil majikan (majikan juga tidak mahu menyusahkan calon yang ingin diinterview).
3) Anda juga boleh mendaftarkan ke dalam akaun www.jobstreet.com kerana di dalam web tersebut ada disediakan template resume untuk diisi oleh calon.
4) Seeloknya, resume ditulis di dalam bahasa Inggeris jika memohon ke syarikat swasta kerana mungkin ketua majikan anda tidak fasih berbahasa melayu atau warganegara asing.
5) Masukkan pengalaman berguna anda dan pengetahuan yang bersangkutan dengan pekerjaan yang dimohon termasuklah kemahiran-kemahiran yang anda miliki.
6) Cungkil & tonjolkan kemampuan dan kelebihan diri anda di dalam resume yang mungkin membezakan dan menjadikan anda unik berbanding calon-calon lain.
7) Resume anda perlulah menunjukkan ciri-ciri professional/formal. 
8) Buatlah kajian dan carian di dalam internet berkenaan topik "Menghasilkan resume yang menarik & berkesan". Maklumat dan tips-tips yang saya kongsikan di sini mungkin tidak mencukupi.
-->
8) Jika ada sampel hasil kerja/air tangan anda yang terdahulu yang menarik seperti gambar-gambar serta blueprint, anda boleh sertakan bersama sebagai salinan dan bukti…. Kalau ade gambar-gambar seperti gambar projek yang anda pernah siapkan, anda juga bole sertakan bersama.
9) Semasa temuduga, belajarlah bagaimana untuk “memikat” hati majikan anda dalam masa yang singkat.
-------------------------------------------------------------------------------------
PESANAN : 5 Tips Memohon Jawatan Kerjaya/Penempatan Latihan Industri
- memandangkan kebanyakan syarikat kini lebih mengutamakan EMEL berbanding pos atau faks

Berdasarkan situasi semasa yang diterima daripada pemohon bagi mengisi jawatan kosong sama ada di syarikat atau organisasi serta pemohon bagi mendapatkan tempat latihan industri seringkali melakukan KESILAPAN berikut dan sangat penting untuk DIPERBAIKI segera..

KESILAPAN PENULISAN RESUME
1. menggunakan alamat EMEL yang tidak profesional seperti "idacomel90@yahoo.com", "black_0786@gmail.com" dan sebagainya
--> sebaiknya "create" satu alamat emel bagi tujuan urusan rasmi dengan menggunakan nama penuh
--> CTH : muhammad.farid@gmail.com, nur_nadia_mustaffa@yahoo.com, ahmadkamalhassan@hotmail.com

2. menghantar "attachment" yang mana nama failnya kurang sesuai seperti, "aku punyer", "resume baru", "A34527" dan banyak lagi
--> pastikan nama fail ditulis dengan jelas dan memudahkan rujukan penerima
--> CTH : RESUME_muhammad farid, borang pengesahan praktikal_nur nadia mustaffa

3. ruangan "Subject" tidak diisi atau tidak jelas seperti, "mohon LI", "mohon keje engineer" dan sebagainya
--> gunakanlah perkataan rasmi dan ayat yang lengkap
--> CTH : PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA ELEKTRIK DI SYARIKAT ABC

4. ruangan emel yang kosong serta tiada "SIGNATURE" atau penggunaan ayat yang kurang sesuai seperti tanpa ucapan salam atau kata panggilan hormat
--> seharusnya emel yang dihantar dengan "attachment", perlu juga menulis sekurang-kurangnya 7 patah perkataan & "signature"

--> CTH 1
Tuan,
dilampirkan Resume untuk pertimbangan

Yang benar,
AHMAD KAMAL HASSAN
012-XXXXXXXXX
ahmadkamalhassan@mail.com

--> tetapi adalah lebih baik jika ianya lengkap dengan tujuan emel dihantar sebab penerima bukan sahaja menerima emel anda serta bukan sahaja tawaran kerja itu membuatkannya menanti permohonan.. dan "setting signature" siap-siap pada emel supaya "auto generated"

--> CTH 2
Tuan,
PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA ELEKTRIK DI SYARIKAT ABC
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, saya NUR NADIA BINTI MUSTAFFA sepertimana lampiran resume berminat untuk memohon jawatan Jurutera Elektrik di syarikat ABC sepertimana tawaran yang diiklankan di akhbar Berita Harian.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan permohonan saya dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan berdasarkan kemampuan saya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
NUR NADIA BINTI MUSTAFFA
019-876XXXX
nur_nadia_mustaffa@yahoo.com

5. menghantar emel dengan hanya "FORWARD" emel yang dihantar ke syarikat lain
--> sebaiknya "edit" terlebih dahulu supaya menunjukkan tumpuan kita kepada syarikat yang dihantar serta tidak menggambarkan kita telah menghantar permohonan ke banyak syarikay lain

Adalah diharapkan anda tidak mengulanginya kesilapan di atas.

Jika anda telah berusaha berpuluh-puluh kali mohon kerja tetapi masih tidak dipanggil untuk ditemuduga, cuba kaji kesilapan resume anda. Perbanyakkan mohon kerja, krn anda kena ingat nisbah jika 100 tempat yang anda apply, sebulan kemudian maybe hanya dalam 20 syarikat akan panggil anda kerja. Jika anda hanya apply sekadar 10-20 sahaja, makin kurang la peluang untuk anda dipanggil temuduga. Jadi, banyakkan berusaha dan berserah kepada Allah tanpa mudah berputus asa... 

Akhir sekali, banyakkan BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKKAL…(^_^)…




Beberapa gambar dalam salah satu seminar "Bengkel Kerjaya" saya..


ANDA JUGA BOLEH PRIVATE MESSENGE SAYA JIKA INGIN MENJEMPUT SAYA MENYAMPAIKAN CERAMAH KERJAYA DI TEMPAT SAUDARA/SAUDARI >>> prince_hardy830@yahoo.com





 

    












 
 
 






























UPADATE LAGI:
SILA LAYARI LINK BERIKUT UNTUK ENTRY PENGALAMAN KETIKA SAYA DITEMUDUGA
(^_^)








Jika anda rasakan entry ini menarik, jangan lupa untuk tinggal komen di bawah ye, terima kasih (^_^) 
 (Saya mohon juga jangan "copy paste" entry yang ini ye, bukan ape, penat-penat "perah otak" & "taip panjang-panjang" berbulan-bulan tiba-tiba ade orang "copy paste" senang-senang je, terasa macam karang buku tiba-tiba orang senang-senang je pergi fotostat buku tersebut.hahahaha.... Dalam banyak-banyak entry, entry yang ini alhamdulillah antara yang paling ramai mohon pandangan saya dan telah saya bantu. InsyaAllah apa yang saya kongsikan dalam entry ini adalah tulus ikhlas daripada hati saya untuk membantu fresh graduate kerana dahulu saya pernah menderita berbulan-bulan menganggur tanpa kerja ditambah dengan tohmahan orang sekeliling "Kenapa Tak Pergi Cari Kerja??? Menghabiskan Duit Mak Ayah Je" (sedangkan pada ketika itu saya telah bertungkus-lumus mencari kerja, banyak kali putus asa tetapi tiap kali berputus asa saya akan bangun bangkit berusaha kembali selepas menarik nafas panjang berjuang kembali. 

Hikmahnya, langsung tidak saya duga, ceramah Saya "7 RAHSIA BESAR KAEDAH MENDAPATKAN PEKERJAAN YANG BERKESAN" mendapat sambutan yang luar biasa hingga tidak cukup DEWAN CERAMAH, rata-rata peserta saya tersilap strategi MENCARI KERJA HINGGA PERMOHONAN MEREKA DITOLAK BERKALI-KALI KERANA MEREKA MEMBUAT KESILAPAN YANG SAMA BERULANG-ULANG KALI tanpa mereka sedari. Saya juga berpengalaman menemuduga calon-calon pekerja semasa bekerja di SYARIKAT KONTRAKTOR SWASTA TERNAMA DAHULU. Segala pengalaman tersebut saya kongsikan dengan peserta saya.

ALHAMDULILLAH, KINI SAYA BERTUGAS SEBAGAI PENSYARAH DI SALAH SEBUAH IPTA TEMPATAN serta merupakan seorang PENCERAMAH MOTIVASI. Jika berminat untuk memanggil saya untuk sesi CERAMAH KERJAYA DAN MOTIVASI, email kepada saya prince_hardy830@yahoo.com, JUMLAH BAYARAN BOLEH DIRUNDING (^_^) ).
    

21 comments:

  1. fuh...walaupun panjang lebar tapi saya tetap bc sampai habis.gud info fren.two thumbs up!!

    ReplyDelete
  2. Thanks Deem, I really appreciate it...hehehe.. Hanya berkongsi ilmu dgn reader & student2.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. Thanks a lot Liza Hanum.... hehehe

    ReplyDelete
  4. hardy boys,

    bagus giler blog ni..
    superbbb!!!

    next tym nk baca lagi yang lain...
    Dapatkan Tips & Cara Buat Duit
    Start...Lets go!

    ReplyDelete
  5. dah habis baca.. terima kasih sgt2 atas tip-tip tu..

    macam memahami je apa yg saya risaukan..
    tetapi tips tu dah naikkan semangat saya balik..

    terima kasih..
    insyaallah, saya harap saya boleh jadi macam Encik..

    doakan saya..
    insyaallah, sy akan berusaha bersungguh-sungguh dlm pelajaran, dan mndpt pekerjaan yg baik kelak..

    :)

    ReplyDelete
  6. Nica : terima kasih juga krn sudi bace entry yg panjang lebar nie (^_^)

    ReplyDelete
  7. Info yang sangat dalam. Terima kasih kerana berkongsi artikel ini. :D

    Graduan Mencari Kerja

    ReplyDelete
  8. Info yang sangat menarik, Kalau ada yang susah lulus ujian kerja di Lowongan Kerja BUMN lebih baik pelajari dahulu Soal Psikotes agar tahu bagaimana triknya. Bagi yang mau ikutan Bisnis Affiliasi silahkan pelajari Tutorial : Cara membuat website affiliasi profesional. Setelah itu gunakan Jasa Backlink Murah 50 Ribu untuk mempromosikan website/blog anda.

    ReplyDelete
  9. Assalam. Terima kasih atas perkongsian maklumat daripada encik. Sangat membantu saya dalam memperbaiki cara memohon kerja.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Terima kasih encik hardy atas perkongsian ini. sangat sangat membantu. �� just sy ada satu soalan nak tnya... pd pendapat encik hardy kalau sseorg pelajar tu tgh praktikal dan msih blum grade... ssuaikan dia apply kerja dn pergi temuduga... atau seelok2nya tggu dah grade dlu? huhu... thanks encik hardy bantu berikan pandangan dan pendapat. May Allah Bless You. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole cuba mohon temuduga tetapi maklumkan kpd bakal majikan bila paling awal anda dpt mula bekerja jika diambil bekerja. Kebiasaannya, syarikat perlukan bakal pekerja bekerja selepas sebulan mendapat tawaran.

      Delete
  11. PEMBANTU KIOSK di BANGI GATEWAY

    1.Perempuan
    2.Ada transport
    3.Boleh membaca.mengira.menulis dengan baik
    4.Fasih bertutur Bahasa Melayu(Bahasa English lebih diutamakan)
    5.Rajin.jujur.amanah.kemas.sopan
    6.Masa kerja 10pagi ke 10mlm( rehat 2jam mengikut kesesuaian)
    7.Mahir menggunakan komputer

    Tugas keja
    1.Iron
    2.Kemas stok/kiosk sapu mop lantai
    3.Promote barang
    4.Layan customer
    5.Edar flyers
    6.Urus barang poslaju
    7.Kira stok
    8.Urus kerja online di komputer

    Gaji RM1000-RM1200

    Berminat hubungi 0139201910

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. terima kasih.. ..artikel ni.. bagi saya semangat untuk move on... nak cari kerja...

    ReplyDelete
  14. terima kasih.. ..artikel ni.. bagi saya semangat untuk move on... nak cari kerja...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,saya ingin bertanya. Saya ingin memohon jawatan hanya berkelulusan diploma disebuah syarikat swasta, tetapi saya mempunyai kelulusan tertinggi adalah ijazah (fresh graudate). Adakah sesebuah company akan pertikaikan dengan kelulusan ijazah saya, atau saya perlu menyembunyikan ijazah saya supaya memudahkan peluang saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh maklumkan kpd syarikat yg anda mempunyai degree tetapi boleh berikan alasan munasabah kenapa anda memilih untuk menggunakan diploma (spt ingin mencari ilmu & pengalaman terlebih dahulu sebelum memegang jawatan degree di syarikat berkenaan - jika ada kekosongan)

      Delete
  16. Tips yang sangat berguna. But not applicable for me. Semua tips di atas saya dah buat. Bertahun-tahun mencari kerja. Beratus -ratus permohonan kerja dihantar, temuduga yang dapat boleh dibilang dengan jari. Temuduga kerajaan dah nak masuk 30 kali. Semua tak lepas lepas walaupun untuk menjadi calon simpanan. Semua atas rezeki dari-Nya. Doakan semoga saya tak pernah berputus asa berusaha mencari kerja dan semoga ada rezeki mendapat kerja impian saya. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat saya, jgn pernah berputus asa. Jika mampu bangun di 1/3 malam bermunajat solat taubat, solat hajat memohon Allah membimbing ke jalan yg terbaik & dipermudahkan.
      Kemudian, carilah guru/individu berpengalaman untuk membimbing tuan/puan untuk mengesan & perbaiki segala kelemahan dlm proses mendapatkan pekerjaan yg diidamkan.
      Kerja dulu dgn ape2 pekerjaan sambil menunggu pekerjaan idaman.
      Remember Allah & Allah always with you, insyaAllah.

      Delete