MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, July 28, 2011

PAHLAWAN & TOKOH-TOKOH TERBILANG NEGERI KELANTAN


TOK JANGUT, TOK KENALI & DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ


Tok Kenali

Pada suatu ketika dahulu Kelantan mulai mendapat gelaran negeri serambi Mekah setelah muncul ulama-ulama terbilang serta yang menjadi lokasi tumpuan mendalami ilmu agama Islam. Kelahiran tokoh-tokoh ini juga secara tidak langsung telah menyemarakan semangat dan menjadi idola rakyat negeri Kelantan dan seluruh Malaysia untuk menjadi insan terbilang....



TOK JANGGUT

Gambar Tok Janggut yang mati syahid
Tok Janggut merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf.
Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik. Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam - kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing.
Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama. Beliau dilahirkan pada tahun 1853di Kampung Jeram,Pasir Mas, Kelantan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekah diberi gelaran Tok Janggut kerana menyimpan janggut hingga paras dada, mahir dalam ilmu persilatan, menetap di Kampung Kering. Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat.

Penentangan Tok Janggut Menentang Penjajah British
Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut.[1] Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh.dan faktor penentangan adalah disebabkan petani diwajibkan membayar cukai tanah

Petani juga di kehendaki membayar cukai:
 pokok kelapa-3 sen sepokok
 pokok pinang- 1 sen sepokok
 sirih – 5 sen sejunjung
 kerbau & lembu-20 sen seekor

Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala, pokok buah-buahan kelapa dan sireh. Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Lokasi Makam Tok Janggut


Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Perjuangan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.


9 Mei 1915
British menawarkan hadiah sebanyak
500 Dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya.
23 Mei 1915
British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri
dan tindakannya itu telah menyebabkan Tok Janggut menyerang Pasir Puteh.
tok janggut 3 Tok Janggut   Pejuang atau penderhaka?

24 Mei 1915
 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh , Saring.
 dalam pertempuran tersebut, Tok Janggut terkorban. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayatnya diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam.
Mayat beliau dikebumikan di Pasir Pekan. Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan. "



TOK KENALI
Tok Kenali

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

(juga turut dikenali sebagai wali Allah).


Kelahiran Tok Kenali

Beliau dilahirkan di Kampung KenaliKubang KerianKota BharuKelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Kebolehan Luar Biasa Tok Kenali

Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun.
Dalam beberapa laporan lain, misalnya laporan dari salah seorang penduduk Kubang Kerian yang menceritakan pada wartawan Majalah Tiga yang ditayangkan pada Sabtu, 13 Jun 2009.Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya telah menceritakan kepadanya tentang kisah kebolehan Tok Kenali.Bapanya mencritakan bahawa pada suatu ketika,di sebuah kampung di Kelantan,terdapatnya beberapa masyarakat Melayu Kelantan lama yang suka menyabung ayam dan menyabung lembu,keadaan pesta menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk lantaran keasyikan masyarakat yang suka pada perbuatan menyabung haiwan,(pada kebiasaannya perbuatan menyabung haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung terdedah dengan kegiatan judi dan pergaduhan).Oleh demikian,Tok Kenali dan beberapa orang kampung telah terganggu akan kebisingan pesta sehinggakan Tok Kenali pada waktu itu beranggapan dan melafazkan bahawa terdapatnya rumah terbakar dikampung itu.Dengan kuasa Allah, pada petang hari pesta menyabung itu juga,kebanyakan dari rumah-rumah penyabung haiwan itu telah dijilat api keseluruhannya.Maka begitulah kekuasaan Allah SWT terhadap hambanya yang beriman dan ingkar.

Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru

Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.
Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.


Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.
Tok Kenali

Penghidupan Tok Kenali di Tanah Suci Mekah

Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Melah adalah semata-mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira RM50.00 dan sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.
Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan atau antara kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan tandus.


Peribadi dan Sifat-sifat Utama

Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam. Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakatt islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:
a) Sangat menghormati dan memuliai ibu
b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.
C) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.
D) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
E) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.
F) suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.
G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.
H) pakaian beliau amat sederhana.
Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali” atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan kasihan belas.
Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.
Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.
Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.


DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian :
Pondok Tuan guru Hj Abbas, Besut
Universiti Deoband India
Universiti Lahore Pakistan
Universiti Al Azhar
Sarjana Muda bahasa Arab
Sarjana Perundangan Islam

According to Hussain Yaacob (1992), Nik Abdul Aziz B. Nik Mat was born in 1931 at Pulau Melaka, a village located about 7 km from Kota Bharu town. His father, the late Tok Guru Haji Nik Mat B. Raja Banjar is a famous Islamic Scholar at that time. The late Haji Nik Mat Alim was the founder for Pulau Melaka Islamic School or Sekolah pondok (hut type school). Haji Nik Mat really serious about his sons Islamic education and this is one of the factor that contributed to the style of leadership perform by Tok Guru Nik Aziz. He trained all his son and daughter about the Islamic knowledge from early days.

Furthermore, Tok guru Nik Aziz also had been sent to learn Islamic knowledge from Tok Khurasan, one of the most famous ‘Guru’ in Kelantan at that time. Later, Tok Guru Nik Aziz continue his study with a few other Islamic Scholar in Kelantan and Jertih, Terengganu with the late Tuan Guru Haji Abbas Haji Ahmad at Madrasah Ittifaqiah.

After 5 years studied at the school, in 1952 Tok Guru Nik Aziz went to India to further his study at the Deoband Darul Ulum in India. The course at Deoband took about 5 years. From India, Tok Guru Nik Aziz continue his Islamic Education at Al-Azhar University in Cairo, Egypt. There, he took the Arabic Language and Islamic Law as main subject After 4 years, this brilliant Tok Guru managed to pass and finish his Bachelor Of Arts and Master of Art in Islamic law. In 1962, Tok Guru Nik Aziz went to Malaya (now Malaysia). Tok Guru Nik Aziz can speak a few foreign languages such as Arabic, Tamil, Urdu and English.

In 1963, Tok Guru Nik Aziz married with Tuan Sabariah Tuan Ishak (at that time his wife was 14 years old). Now, both of them got 10 children (5 daughter and 5 sons). According to Tok Guru Nik Aziz, all his children took Islamic education as their main subject.


Career path
After coming back from Egypt, Tok Guru start his work as the full time religious teacher and become an Islamic preacher, to full fill his father ambition. In the middle of 1960, Tok Guru Nik Aziz was a part time teacher and teaches the adult class people for one year (Guru kelas dewasa KEMAS). He agreed to be the teacher because they (the class supervisor) allow him to gave his lectures without any term and condition (Tak payah ikut telunjuk atau arahan orang kemas, so dia setuju, jangan silap faham pula macam MB Kedah tu selalu dok kata ).

Political Career
Tok Guru Nik Abdul Aziz seriously join the Parti Islam Semalaysia or PAS after resigned as the adult class teacher. In a few month after that, i.e. in 1967, he was offered as the candidate for by-election for Kelantan Hilir (now Pengkalan Chepa) parliamentary seat. He has won the by-election at Kelantan Hilir or Pengkalan Chepa parliamentary seat from the year 1967 and every time there was another election, he won the seat until 1986 when he was transferred to another parliamentary seat in Bachok, Kelantan.

Nik Aziz as the Central Ulamak Council Chief
Tok Guru Nik Aziz has been elected as the Central Ulamak Council Chief from 1968 until now. This position give him authority to advice all matters pertaining to Islamic faced by the party and the followers.


Nik Aziz as the Kelantan’s PAS Commisioner
As a good leader, Tok Guru Nik Aziz’s followers has request to the top party’s leaders to appoint him as the Kelantan state party commisioner. They (the followers) need a leaders that was well versed about Islam and they did not want any secular leaders anymore. At last, the top party’s leaders had agreed to appoint him as the Kelantan’s PAS commissioner, a strong position that give him certain power to manage and control the party’s activities particularly in Kelantan . Compare to the other state, Kelantan is the only state in Malaysia with the biggest PAS followers. In another words, the position as Kelantan’s PAS Commissioner is actually a big opportunity and not so many opposition party leader in Malaysia can hold that position.

At first, Tok Guru Nik Aziz did not want to accept that post. He felt that other PAS leader should hold that post, not him. As a humble leader, Tok Guru Nik Aziz keep on telling his follower that he was not the right person. But after so many pressures given to him, at last he accept it based on a hadeeth (Nabi Muhammad words) that give guidelines on how a selected leader should not reject a good position if he (the potential leader) has the ability to lead compare to others.
Tok Guru As Chief Minister of Kelantan Darulnaim.
Tok Guru Nik Aziz has been appointed as the 5th. Chief Minister of Kelantan Darulnaim on 22nd. October 1990 at 8.00 pm to replace former Menteri Besar from the ruling government i.e. Barisan Nasional. He got the biggest majority during the national election for Kelantan. As an emerging Islamic and transformational leader, Tok Guru Nik Aziz has cut off 40% of his salary to be given to the savings of Kelantan PAS (dia dah buat penjimatan sejak lama dulu dah..). He also did not accept any allowance provided for him during Hari Raya (the celebrating holiday in Islam).

Tok Guru also warned all the elected exco and state assembly members to reject any prize given to them by any people. He felt that the prize given can be considered as misconduct or bribery that could led to corruption.

Itu sajer, nak tau lebih lanjut, silalah melawat beliau di rumah beliau kat tepi masjid Pulau Melaka, Kota Bharu, tengok dan saksikanlah sendiri rumah beliau yang amat sederhana, cuma dibuat dari kayu biasa, tangga dari simen (tak ada marmar atau mozaik etc) iaitu rumah tipikal masyarakat Melayu di Kelantan......

Kediaman Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat



hardy boy : Saya juga turut menghormati cara kepimpinan Dato' Haji Nik Abdul Aziz & cara hidup beliau yang cukup merendah diri walaupun merupakan menteri besar. Beliau cukup dihormati oleh kawan dan juga lawan (cuma kekadang masih lagi ade yang bersikap biadap dengan beliau kalau nak dibandingkan dengan umurnya sekarang dan merupakan ulama' yang terbilang serta tiada penggantinya).

10 comments:

  1. assalamualaikum...
    satu ilmu yang penuh manfaat...banyak saya tak tahu tentang tokoh-tokoh di malaysia...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..
    terima kasih.hehehe.. jemput follow saya juga (^_^)

    ReplyDelete
  3. walaupun aku bukan budak kelantan, aku kagum dengan pahlawan dari kelantan ni... aku dah agak BN mmg karut dari dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kehebatan tokoh-tokoh ini menjadi inspirasi kepada generasi sekarang (^_^)

      Delete
  4. Assalamualaikum.....

    Tok Janggut dan Tok Kenali adalah pejuang yang saya hormati dan minat terhadap keperibadian mereka. Pada ketika saya masih kanak-kanak, saya selalu mengikuti drama bersiri yang mengisahkan perjuangan Tok Janggut menentang penjajah Inggeris yang kini negara kita menggunakan acuan pentadbiran dan perundangan dari mereka itu. Sebab tu kemerdekaan diberikan pada "tangan" pihak yang boleh meneruskan legasi cita-cita penjajah Inggeris @ Kristian.

    Mengenai Tuan Guru Nik Aziz, memang ramai yang memburuk-burukkan beliau sedangkan ada lagi pemimpin pemerintah semasa negara kita yang dahulunya pernah kena tangkap basah dengan seorang artis popular tapi kini dapat jawatan tinggi dalam kerajaan.

    Ada juga yang mengatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz hanya bercakap-cakap politik dalam kuliah agama di masjid sedangkan semasa ayah saya dan rombongan melawat kelantan singgah di masjid dekat dengan rumah beliau, tidak sedikitpun sama seperti yang didakwa oleh puak-puak yang memburukkan beliau.

    Semua yang diperkatakan dalam kuliah adalah berkenaan ajaran agama Islam dan ini ditakuti oleh puak-puak tertentu yang tak nak rakyat sedar dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju dgn pendapat saudara, tambahan info yg berguna (^_^)

      Delete
  5. If all politicians, both Muslims and non-Muslims, in Malaysia can follow the honest and sincere life-style of Nik Aziz, then Malaysia and all Malaysians will certainly benefit a great deal from the wealth and abundance of natural resources of the nation.

    ReplyDelete

  6. .

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete