Semasa menonton video klip MAHARAJA LAWAK baru nie, lakonan SEPAH membawa maksud yang cukup mendalam. Sila tonton video di bawah ini:-
Maharaja Lawak- Sepah
Saya tertarik apabila mengenangkan ada segelintir kecil 2-3 orang wanita (daripada berjuta-juta isteri/wanita lain di Malaysia nie), yang telah pun menjadi isteri orang, mudah sangat terkeluar daripada mulut mereka meminta cerai berbanding "kaum suami" yang membuatkan saya pelik (menurut Imam yang menguruskan kursus pra perkahwinan saya yang lalu).
Kenapa saya pelik??? Kerana, sedangkan bagi saya, ketika bercinta ketika dulu(sebelum kawin), kajian menunjukkan perempuan merupakan Insan yang paling setia sekali, tak kira walau datang jejaka yang paling hensem atau Brad Pitt mahupun Tom Cruise, pasti mereka la yang paling setia, takkan goyah cinta mereka pada pasangan lelaki mereka nie walaupun boyfren dorang nie rupa pulak kelam, malap serta cerah sikit daripada buntut kuali, walaupun jerewat penuh kat muka mengalahkan bulan purnama, walaupun boyfren mereka nie takde ringgit sangat dalam poket, akan mereka setia "giler-giler" la punyer, saya berani potong kuku la..hahaha...
Bahkan, kalau putus cinta, ada segelintir kecil perempuan la yang paling ketara menunjukkan emosinya nak terjun bangunan la, terjun katil la, menangis teresak-esak pastu siap cakap semua lelaki dalam dunia nie semuanya buruk, jahat, langsung tak boleh percaya gara-gara putus cinta masa TADIKA. Pastu, siap nekad takkan kawin lagi dengan mane-mane lelaki sampaikan ex-boyfren dia dah ade anak 2-3 orang pun, dia masih single...
Bagi saya, tindakan tersebut tak bijak. Saya nasihatkan golongan wanita ini cuba cakap dalam hati untuk sedapkan hati, kutuk la ex-boyfren korang seperti ayat berikut:-
"MUKA KO TU DAH LA BURUK, CANTIK LAGI BERUK DALAM HUTAN, MEMANG TAK LAYAK KO KAWIN DENGAN AKU YANG CANTIK & JELITA NIE,
"MUKA KO TU DAH LA BURUK, CANTIK LAGI BERUK DALAM HUTAN, MEMANG TAK LAYAK KO KAWIN DENGAN AKU YANG CANTIK & JELITA NIE,
DUIT KO PULAK ASYIK KOPAK JE, ADA KE PATUT AKU YANG ASYIK KELUARKAN DUIT BELANJA KO BILA KELUAR DATING. TU BELUM KIRA LAGI BIL TELEFON, SELALU SANGAT KO BAGI ALASAN SURUH AKU CALL BALIK SEBAB KREDIT TAKDE. KALAU AKU TAK KENAL & BERCINTA DENGAN KO, SURE SEKRANG NIE AKU DENGAN DAPAT BELI BANGLO DENGAN SEMUA DUIT YANG AKU BELANJAKAN UNTUK KO TUE"... (hanya luahan rase utk kaum wanita, supaya TENANG & sedap hati ANDA kalau putus cinta.hehehehe). Tak perlu sangat wanita nie nak feeling frust lebih-lebih, sedangkan ex-boyfren korang seronok-seronok berkepit-kepit dengan girlfren baru, tersengih-sengih macam beruk mak yeh. Tak effect ape pun untuk dia. Yang penting korang bangkit kembali, buktikan yang anda akan cari & miliki bakal suami yang lagi hensem, lagi kaya dan yang penting lain berakhlak mulia, betul tak??? hehehe.
Tapi, berbeza selepas kawin(mungkin disebabkan dibebani dengan masalah di tempat kerja & bebanan kerja di rumah), senang sangat segelintir kecil wanita minta cerai dengan suami (tapi kalau dapat suami yang jahatnya mengalahkan jin, memang patut pun daripada hidup memendam rase, hari-hari makan hati berulamlan jantung.hehehe). Jadi, jangan biarkan diri anda buta semasa bercinta sebelum kawin (semua dilihatnya pada boyfren semuanya cantik, langsung takde yang buruk). Lebih baik putus semasa bercinta mahupun bertunang, daripada anda minta putus selepas kawin....
Kenapa pulak lelaki relaks je TAK PERNAH MINTA CERAI DARIPADA ISTERI-ISTERI DORANG walaupun rumahtangga dorang tunggang langgang mcm dilanda garuda (lbih-lebih disebabkan kesilapan diri suami sendiri)??? Antaranya, mengenangkan duit yang berpuluh-puluh ribu ringgit yang habis semata-mata untuk berkahwin dengan isteri dorang, entah-entah hutang dengan bank pun belum habis bayar lagi.hehehehe....
Saya juga pernah mempunyai seorang sahabat, meluahkan perasaannya apabila tunangnya berlaku curang kepadanya sehinggakan dia pernah cuba menghayun kayu golf ke kepala kekasih gelap isterinya yang juga boss kepada isterinya. Akhinya saya berikan pendapat, lebih baik dia putuskan tunang dengan tunangnya daripada bercerai selepas kahwin kerana itu sebenarnya lebih baik. Tetapi dia juga perlu memikirkan juga, adakah kekasih baru yang akan dia temui selepas ini, yang baru dia kenali 2-3 bulan adalah lebih baik daripada tunangnya yang telah dia kenali baik buruknya selama 7 tahun???....
Kepada lelaki yang berhasrat ingin menambahkan cawangan ISTERI, fikir-fikirkanlah sedalam-dalamnya persoalan berikut
"ADAKAH ANDA YAKIN BAHAWA BAKAL ISTERI ANDA ITU(YANG ANDA BARU KENAL BEBERAPA BULAN) ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA ISTERI ANDA SEKARANG (YANG ANDA TELAH KENALI BERTAHUN-TAHUN BERMULA DARIPADA KEHIDUPAN ANDA SUSAH DULU SEHINGGALAH BERJAYA SEPERTI SEKARANG?)".
Fakta turut membuktikan bahawa isteri pertama anda(bertahun-tahun jatuh bangun bersama anda) lebih setia bersama anda berbanding isteri muda anda(yang sudah tentu 20-30 thn lebih muda daripada anda yang berisiko tinggi untuk meninggalkan anda) apabila anda kecundang dalam hidup (seperti sama ada anda jatuh bankrupt, terlantar sakit selepas kemalangan atau strok & sebagainya). Berbanding isteri pertama, Isteri muda anda sudah pasti masih berdarah panas, susah bertolak ansur, ego tinggi atau bersifat keanak-anakkan tetapi tidak matang dalam membuat keputusan yang kebiasaannya menyebabkan suami yang berpoligami ni selalu gugur rambut atau bertambah uban di rambut sebelum disahkan mempunyai penyakit sakit jantung lantaran selalu menghadapi masalah bersama isteri muda.

TIPS: MENGETAHUI ADAKAH PASANGAN ANDA HANYA SESUAI DIJADIKAN KEKASIH(CINTA) ATAU BAKAL MENJADI ISTERI ANDA???
Baru-baru ni aku ade bace satu buku berkenaan cinta. Tajuk buku "Tentang Cinta". Dalam buku tu banyak menerangkan tentang Cinta dan Perkahwinan. Bila aku baca-baca balik, senang hendak bercinta tetapi untuk berkahwinan merupakan suatu amanah yang besar & banyak lagi ciri-ciri dalam check list tu yang aku belum ade tapi aku akan cube pelahan-lahan adekan.
Dalam buku tu aku tertarik dengan satu kisah (tapi aku lupa la nama tokoh tu). Dua soalan yang ditanya oleh muridnya, apakah maksudnya CINTA dan apakah maksudnya PERKAHWINAN.
Nama tokoh barat tu tersebut Socrates dan anak muridnya Plato..(kalau tak silap la..).
Seorang pelajarnya bertanyakan kepadanya apakah itu cinta. Maka gurunya mengarahkan pelajar tersebut masuk ke dalam hutan tebal dan memilih dahan pokok yang paling cantik. Maka pelajar tersebut masuk ke dalam hutan. Tidak lama kemudian pelajar tersebut keluar tetapi tanpa membawa apa-apa dahan bersamanya.
Maka, gurunya bertanya,
"DI MANAKAH DAHAN YANG AKU MINTA KAMU MENCARINYA?".Maka pelajar tersebut berkata, "SEMASA DI DALM HUTAN TADI, AKU TELAH TERJUMPA SEBATANG DAHAN YANG CANTIK DAN MENGAMBILNYA. SETELAH BERJALAN BEBERAPA KETIKA AKU TERJUMPA LAGI DAHAN YANG AKU FIKIRKAN LEBIH CANTIK, MAKA AKU TERUS MENINGGALKAN DAHAN TADI KERANA YAKIN AKAN ADA LAGI DAHAN YANG LEBIH CANTIK DI HADAPAN NANTI. KEMUDIANNYA, SEMAKIN JAUH AKU BERJALAN SEMAKIN BANYAK DAHAN-DAHAN YANG LEBIH CANTIK KU TEMUI TETAPI AKU MASIH TIDAK MENGAMBILNYA KERANA AKU YAKIN DIHADAPAN NANTI AKAN ADA LAGI DAHAN YANG TERBAIK. RUPA-RUPANYA, SEMAKIN JAUH AKU BERJALAN, SUDAH TIDAK KU TEMUI LAGI DAHAN YANG TERBAIK SEHINGGALAH AKU KELUAR DARIPADA HUTAN SEBELUM AKU SEDAR RUPA-RUPANYA DAHAN YANG TERBAIK YANG AKU TEMUI TELAH JAUH KU TINGGALKAN DAN SUKAR KU UNTUK BERPATAH BALIK.
Maka gurunya memberitahu bahawa, itulah yang dinamakan CINTA. Semakin kita mencari, semakin kita temui cinta, tetapi adakah CINTA yang kita temui itu adalah yang terbaik dan adakah ada lagi CINTA yang lebih baik akan kita temui lagi nanti....
Kemudian pelajar tersebut bertanya apakah maksudnya PERKAHWINAN?
Maka gurunya mengarahkan pelajar tersebut masuk ke dalam hutan tebal itu lagi kemudiaanya membawa keluar sebatang pokok yang terbaik...
Pelajar tersebut masuk ke dalam hutan. Kemudiaannya, pelajar tersebut keluar dengan membawa keluar sebuah pokok. Maka gurunya bertanya, "MENGAPA KAMU MEMILIH POKOK INI?".
Jawab pelajar tersebut, "SETELAH MELIHAT POKOK INI, AKU RASAKAN POKOK INI TIDAK LA TERLALU CANTIK TETAPI BAGI KU POKOK INI TIDAK LA TERLAMPAU BESAR, TIDAK TERLAMPAU KECIL, DAUNNYA TIDAK TERLALU MERIMBUN, AKARNYA TIDAK TERLAMPAU PANJANG ATAU PENDEK. AKU RASAKAN POKOK INI ADALAH POKOK YANG TERBAIK BUAT KU SERTA SESUAI UNTUK KU BAWA KELUAR BERSAMA KU MENGHARUNGI HUTAN TERSEBUT YANG PENUH DENGAN RANJAU DAN ONAK DURI INI".
Guru tersebut berkata, "ITULAH MAKNANYA PERKAHWINAN DAN POKOK TERSEBUT MERUPAKAN PASANGAN KITA. PASANGAN YANG KITA PILIH TERSEBUT PERLULAH SESUAI SUPAYA DAPAT MENEMANI KITA SEPANJANG HIDUP INI".
Menurut Islam, Nabi SAW menggalakkan supaya memilih pasangan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Beragama
- Berakhlak mulia
- Beradab
- Mempunyai harta dan keturunan mulia
p/s : Adakala kita nie terlalu cerewet dalam memilih pasangan yang terbaik tapi kita lupa, untuk mendapat ciri-ciri yang kita inginkan tu, ciri-ciri tersebut perlu la kita adakan pada diri kita sendiri terlebih dahulu.hehehe. Jadi, ukurla baju di badan sendiri....
Dalam memilih pasangan hidup pula, bukannya suatu perkara yang boleh dipandang sambil lewa ataupun main serkap jarang je sebab menurut kajian daripada seorang pakar perunding motivasi yang aku minat(hehehe), sebelum kawin kita hanya mengenali 30% sahaja daripada diri pasangan kita, 70% selebihnya baru akan kita kenali hanya selepas kawin. Untuk memilih pasangan hidup, yang penting adalah agamanya kerana suami yang beragama akan menunai tanggungjawab sebagai suami dan memikul amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin kerana takutkan azab daripada-Nya. Suami perlu menjadi pemimpin serta pembimbing umpama nakhoda keluarganya. Manakala, jika isteri yang beragama akan menjalankan kewajiban sebagai isteri dengan sebaiknya selaku permaisuri kepada rajanya serta membimbing anak-anaknya berlandaskan kepada ajaran Islam.
Aku teringat kata-kata seorang pensyarah aku dulu, Tuan Haji Ali. Katanya, dalam kehidupan berumah tangga pula, adakalanya mungkin kita akan terdetik betapa menyesalnya kita berkahwin dengan pasangan kita itu dan kita telah tersilap membuat pilihan (mungkin ketika menghadapi krisis dan pada ketika itu la Iblis akan mengambil setiap inci peluang yang ada untuk memecah belahkan rumahtangga tersebut).
Tetapi kita perlu sedar, Allah menjodohkan kita dengan pasangan yang paling sesuai dengan diri kita yang mana mungkin hanya DIA yang lebih mengetahui. Jika kita berkahwin dgn pasangan yang lain, mungkin kehidupan kita tidak akan sebahagia seperti ketika itu.moral of the story : Jodoh, ajal dan pertemuan telah ditentukan Ilahi. Yang penting berusaha, doa dan bertawakkal. Rujuk http://www.utusan.com.my-Bicara_Agama
KESIMPULANNYA:
PANDANGLAH WAJAH PASANGAN ANDA...
JIKA DIA MERUPAKAN SEORANG YANG BERAKHLAK MULIA (YANG ANDA TELAH KENALI BERTAHUN-TAHUN), JANGAN CURANG KEPADANYA KERANA BELUM TENTU PASANGAN BARU ANDA YANG ADA BARU KENALI(BEBERAPA BULAN) LEBIH BAIK DARIPADA PASANGAN ANDA SEKARANG....
salam,just nak beritahu apa yang saya belajar,
ReplyDeletejodoh xditentukan Allah,takde hadis pun..hadis sal rezeki tu adalah hadis ke4 dalam koleksi hadis 40 imam nawawi,try rujuk balik ^^
terima kasih utk comment & info saudara, nnti saya rujuk kembali ...(^_^)...
ReplyDeleteApa pun, bagi saya, sama ada jodoh itu ditentukan Allah atau tidak, tapi saya percaya segala yang terjadi kepada kita sama ada ajal maut, jodoh, perpisahan, rezeki dan sebagainya merupakan takdir daripada Allah di mana takdir ini boleh dibahagikan kpd 2 sama ada takdir muallaq (boleh diubah) atau takdir mubram(tak boleh diubah). Walaubagaimanapun, segalanya adalah ketentuan dan kehendaknya Allah, yang penting kita teruskan berusaha, betul tak?!!
hehehehe...
http://princehardy.blogspot.com/2010/03/nasib-manusia-dan-ketentuan-allah.html