MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, January 23, 2013

Kisah : Tatkala Sakaratul Maut Menjemput


 
Kisah dua insan yang berjuang ke jalan Allah ke saat akhir hidup mereka ini memberikan inspirasi kepada ramai muda-mudi di luar sana. Semoga syurga buat mereka.

HARDY BOY - Entah macamana, Tersentuh perasaan saya pagi tadi apabila membaca kisah detik-detik terakhir Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang begitu taat kepada Allah walaupun seakan mengetahui sakaratul maut akan datang menjemputnya, semoga memberikan ikhtibar kepada kita yang masih lagi diberi peluang untuk bernafas.....

Semoga Allahyarhamah ditempatkan di dalam kalangan yang terbaik di sisi- Allah, AL-FATIHAH untuk beliau.....



::Ibrah Siti Hajar:: (PELAJAR Ftmk UTeM)

Saturday, January 19, 2013

Kisah Taubat Seorang Pramugari

~ Islamic section ~

#motivasi #Islam

Hardy Boy - Semasa blogwalking pagi ni, saya tertarik untuk saya sharekan sebuah kisah pengajaran & peringatan utk muslimin & muslimat yg  tentang kewajipan menutup aurat tak kira lelaki atau wanita.... 
[Kepada muslimin, anda juga akan/telah memimpin sebuah institusi keluarga & mempunyai keluarga (ibu, kakak, adik) yg terdiri drp muslimat.]...
( SEMOGA KITA JUGA SENTIASA MEMUHASABAH DIRI MEMOHON AMPUN KEPADA YANG MAHA ESA BERTAUBAT MENYESALI SETIAP DOSA YANG TELAH KITA LAKUKAN...).




Kisah Benar: Taubat Nasuha dari Seorang Pramugari

http://www.harian-metro-online.com


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.


Tuesday, January 15, 2013

Presiden Suara Wanita1Malaysia memperbodohkan mahasiswa


Moderator yang tak dpt kawal emosi, tak menjawab soalan & Moderator pulak yang ttiba bertukar jadi panel. She should have good ethic to be a good Moderator & suppose know how to handle when situation like this happen...hahaha....
thumb up for that truly bravely young Girl...



Thursday, January 10, 2013

Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO & Teman Pengganti - Black ft Malique


LAGU AJL LAGU ORANG MATI ???

Semenjak habis Anugerah Juara Lagu ke-27 baru-baru ni, entah macam mana boleh terlayan dua buah lagu ni, lagu yang diilhamkan oleh 2 situasi kematian suami isteri (walaupun aku lebih suka layan lagu nasyid). 2 buah lagu ini dihasilkan sebagai menunjukkan BETAPA TINGGINYA CINTA suami kepada isterinya walaupun isterinya atau dia sendiri (si suami) telah meninggal dunia...

i) Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO - diilhamkan oleh kisah benar rakan kepada Edry KRU yang telah kehilangan isteri akibat kanser. Maksud tersirat daripada lagu ini, Andai Ku Bercinta Lagi (berkahwin dengan isteri yang baru) dia masih tidak akan dapat menghilangkan betapa kasih sayang dia kepada isterinya...
 
ii) Teman Pengganti : Black ft Malique
 - Lagu ini mengisahkan tentang seorang suami yang mengetahui bahawa hayatnya sudah tidak lama, maka dia menyanyikan lagu ini atau menyediakan sebuah sajak/amanat terakhirnya kepada isterinya agar isteri mencarikan Teman Penggantinya (agar berkahwin dengan suami yang baru)...
>>> Teman Pengganti - Black & Malique 

(Saya sendiri pernah berceritakan tentang lagu ini kepada isteri saya & meminta dia mencari pengganti saya jika ditakdirkan saya tiada nanti...)

 
Klip Video Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Tuesday, January 08, 2013

Berhati-Hati Dalam Memilih Pasangan - Wanita




Biasela, semenjak menceburi bidang sebagai Blogger ini, pernah juga beberapa kali saya menerima komen-komen yang tidak bersetuju dengan pandangan saya. Yang menghina Islam pun ada cuma kalau yang itu, malas nak peningkan kepala, saya delete je sambil menarik nafas.hehehehe...

Dalam entry saya terdahulu 
>>> HARAMKAH BERCINTA / BERCOUPLE ???
dan
>>> KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA 
ada juga wanita yang tidak bersetuju dengan pandangan saya apabila saya menasihati wanita agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, bukan sekadar mengamalkan konsep taaruf, berkenalan secara ringkas dan tanpa berfikir panjang terus mengahwini lelaki idaman dengan hanya bertawakkal kepada Allah kononnya untuk menjauhi maksiat.
Mereka sebenarnya silap, bagi saya tak salah untuk mereka mengamalkan konsep Taaruf tetapi pada zaman yang serba mencabar pada masa kini, mereka juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup SEMASA MENGAPLIKASIKAN KONSEP TAARUF dan menjauhi segala YANG HARAM SEMASA BERKENALAN terutamanya bakal suami kerana suami yang akan menjadi pemimpin kepada keluarga nanti, jika pincang Nakhodanya, mungkin pincanglah kapal sesuatu rumahtangga atau institusi rumahtangga dalam menghadapi pelbagai badai dan ribut taufan di lautan nanti.

Pengalaman saya bekerja dalam bidang Perhubungan Awam sebagai seorang Jurutera Projek suatu ketika dahulu memberikan saya pengalaman berharga menemui pelbagai kategori lelaki yang BERTOPENGKAN MANUSIA, BERHATI SYAITAN dengan KATA_KATA MANIS YANG BOLEH MENGGUGAT HATI SEORANG WANITA (tetapi dalam masa yang sama, ada juga lelaki yang baik akhlak dan budinya, berhati MULIA...).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAvPF-1mIOm8k35uiwmmmLuIjN9-VvvK0eJDV4iKyR8a46ACLRpm5iHGAGQyjwPcLRuk7iHdrfbNn8Hg9zHl_Ecuqk1qRaw1UWPe3BLiiipL-6m8FD62yszxmPJ9VA2G9WhnOApA/s400/syaitan.jpgMungkin ada yang mengatakan, hanya 2-3 orang sahaja yang berperangai buruk sedemikian, tetapi tiada jaminan bahawa mungkin keluarga atau orang yang kita sayangi disekeliling kita mengahwini LELAKI jenis ini lantaran sikap mereka yang tidak berhati-hati kerana tersilap konsep TAWAKKAL (boleh bertawakkal tetapi dengan syarat seseorang itu perlulah berusaha gigih terlebih dahulu sebelum disusuli dengan BERDOA dan SETERUSNYA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH).....  




Berikut merupakan salah satu kisah mengenali seorang LELAKI yang didakwa MENGGUNAKAN AGAMA DAN RUPA SEOLAH ALIM UNTUK MEMIKAT RAMAI WANITA UNTUK DIJADIKAN ISTERI SEBELUM MEREKA DITINGGALKAN (dikhabarkan bahawa sehingga kini LELAKI ini telah mengahwini 11 orang wanita sebelum ditinggalkan terkial-kial dan TERKAPAI-KAPAI)...
Sejauh manakah kebenarannya, sama-samalah kita nilai sendiri tetapi apa yang penting ialah SEMUA WANITA HARUS LEBIH BERHATI-HATI DALAM MEMILIH PASANGAN HIDUP IAITU SUAMI jangan sampai "SUDAH JATUH BARU NAK TERNGADAH"...
Tak sanggup lagi saya mendengar WANITA atau ISTERI yang terus dianiaya oleh SUAMI mereka...
[nasihat ini untuk adik-adik perempuan saya serta keluarga saya yang lain juga (^_^) ]

SAYA TERTARIK UNTUK BERKONGSI KISAH DI BAWAH.
SAMA ADA LELAKI DI DALAM KISAH DI BAWAH BENAR-BENAR BERSALAH ATAU TIDAK, KITA KETEPIKAN DAHULU SEHINGGALAH LELAKI INI DIADILI DI MAHKAMAH.
APA YANG PENTING IALAH PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL IKHTIBAR SUPAYA TIDAK MUDAH-MUDAH TERPENGARUH DGN LELAKI YANG BERLAKON ALIM YANG SEMEMANGNYA RAMAI DALAM MASYARAKAT KITA (YANG MEMANG TERANG-TERANG NAMPAK JAHAT, LAGILAH PERLU LEBIH BERHATI-HATI)...


HARDY BOY - SELIDIK DENGAN LEBIH MENDALAM SETIAP LELAKI YANG INGIN DIKAHWINI, BUKAN MAIN SERKAP JARANG JE....