MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, October 01, 2012

Teman Pengganti - Black & Malique



SUKA MAKSUD TERSIRAT & MENDALAM DALAM LIRIK INI....

Entahla, saya suka layan lagu "Teman Pengganti" 2-3 hari nie, sebak, tringat "someone" suatu ketika dahulu cuma situasi berbeza, yg banyak mengubah diri aku....
Semasa Kursus Motivasi Belajar yang lalu, sengaja aku play video berikut dalam dewan utk para peserta hayati sambil test sound system yang bergema kuat (sebenarnya, aku yang saja nak dengar.hehehe). Hopefully juga, apabila kita meninggal esok, lusa atau bila-bila masa sahaja, ada "sesuatu" yang kita tinggalkan.... 
Kerana, belum tentu ESOK KITA MASIH LAGI BERNAFAS....


 ----------------------------------------------------------------------
 
Lagu ini mengisahkan 2 org sahabat sejati (mungkin juga suami isteri). Si suami rahsiakan yg dia mengidap penyakit membawa maut & tiada harapan utk hidup lama tetapi dia rahsiakan daripada
sahabat sejati/isterinya. Akhirnya, dia minta isterinya utk mncari penggantinya kerana sedar hayatnya dah tak lama...


Bait akhir lagu ni, umpama nota terakhir lelaki ni pada kekasih dia....pesanan untuk kekasih dia...
 Lagu ni mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai penyakit yang membawa maut dan tiada harapan untuk hidup lama lagi.  Dia mempunyai seorang sahabat sejati/isteri yang sangat dia sayang. sahabat sejati/isteri dia pun sangat sayangkan dia. 
Suatu hari, lelaki ni dapat mimpi/visi yang dia nampak kekasihnya berbahagia dengan seorang lelaki lain. Lelaki ni redha dengan ketentuan Ilahi sebabnya dia tahu tak lama lagi dia akan pergi meninggalkan dunia ni.

Lelaki ni dapat visi/mimpi yang kekasih dia akan tetap bahagia selepas dia meninggal. Kekasih dia akan dapat pengganti dirinya selepas dia meninggal dunia nanti. 

Akhirnya,  dia memutuskan akan menceritakan rahsia tu sebelum dia pergi buat selamanya.
 

Lelaki ni amat menyayangi  kekasihnya dan menganggap kekasih hatinya amat istimewa...Tetapi dalam masa yang sama, dia tak pernah lupa dengan Sang Pencipta yang lebih istimewa. 

"Cincin, kunci, dompet dalam laci, Ada sikit wang, itu saja baki. Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti", menggambarkan persediaan lelaki ini dengan meninggalkan sedikit simpanan harta untuk digunakan semasa Majlis pengkebumian beliau atau semasa Majlis Perkahwinan kekasihnya....  

Persoalan yg selalu bermain di fikiran saya,
ADAKAH ESOK KITA MASIH LAGI BERNAFAS???
ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA???
SEMOGA ORANG YANG KITA SAYANG JUGA BERSEDIA MENERIMA KEHILANGAN KITA & KITA TIDAK MENINGGALKAN DUNIA INI DALAM KEADAAN YANG  HINA... 

  Teman Pengganti (with lyrics) - Black & Malique
(aku suke layan liriknya...)

  Black & Malique - Teman Pengganti [OFFICIAL VIDEO]




Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi Dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti.....






hardy Boy - Dalam kursus tersebut, saya tertarik dengan kesimpulan seorang peserta perempuan baru berumur 13 tahun...
Katanya "SAYANGILAH ORANG YG KITA SAYANG SEMENTARA MEREKA MASIH ADA..."..

No comments:

Post a Comment