Ubat sakit gigi yang saya beli |
Sakit gigi bersambung lagi merebak ke beberapa tempat sampai rasa nak cabut gigi ni... Semalam tak dapat tidur lagi (ingatkan bila tido sakit gigi ni hilang, tapi makin tak boleh tido ade la). Dah banyak ubat saya telan, termasuklah meletakkan sedikit ubat gigi pada gigi-gigi yang sakit tapi masih tidak lagi hilang... Selepas dibiarkan seketika baru berus gigi supaya gusi jadi kebas, tapi hasilnya sekejap je. Then saya sambung berus gigi kot-kot hilang sakit....
Habis satu bekas berisi air batu saya minum, alhamdulillah sakit gigi mula hilang walaupun sengal gusi-gusi (^_^) |
Hari ni dengan mata yang tak cukup tido, gusi pun bengkak saya gagahkan kaki pergi kerja cuma hari ni tak banyak cakap sebab sakit tak hilang lagi sambil berfikir kaedah yang boleh digunakan untuk mengubati sakit gigi nie...
Sebelum ni, pernah juga saya terdengar kes sakit gigi ni hingga membuatkan pesakitnya nak cabut kabel pada bateri kereta pastu nak letak pada gigi yang sakit supaya sakit tu hilang (nak menerangkan sakit gigi ni menyeksakan juga rupanya...).. Tapi saya takdelah terfikir nak buat begitu. Sebelum-sebelum ni pun belum pernah rasa sakit mcm hari ni...
Selepas tak tahan saya balik rumah tengahari untuk tido, harap-harap sakit gigi ni hilang.
Bangun je tido, gusi masih lagi bengkak & gigi masih lagi sakit....
Saya cuba buka peti ais, ternampak AIR BATU, apalagi saya pun berkumur-kumur dengan ais tersebut dan kemam di tempat yang sakit. Gusi & gigi rasa sengal tapi menakjubkan hilang mendadak sakit gigi saya... Then saya ulanglagi beberapa kali sebelum sambung baring-baring di sofa. Terasa terdapat peredaran darah pada gusi, memang terasa sengal TETAPI lebih baik sengal daripada SAKIT GIGI....
Akhirnya saya bawa satu bekas air batu ke tempat keja ulang kemam di tempat gusi bengkak & sakit tadi, alhamdulillah sakit makin hilang & terasa kebas.. hehehe... Senyum sekejap & baru mula nak bercakap dengan orang.hahaha....
JADI, kepada yang sakit gigi yang tetiba kritikal mcm saya ni hingga hinggap ke kepala (sebelum ni tak pernah jadi pun), boleh la cuba petua di atas.hehehe.. Banyak juga petua lain di dalam internet yang boleh dicuba....
perkongsiaan yg bagus..nanti boleh cuba klu kene sakit gigi..tp kalau boleh tak nak la coz sakit gigi memang menyeksakan..
ReplyDeletehttp://vitaminhalal.com/
ok.. terima kasih dina (^_^)
Deletetqvm sedang mcuba..ternyata mmg kurang sakit...
ReplyDeleteterima kasih juga kerana sudi mencuba (^_^)
DeletePerkongsian yang sangat menarik
ReplyDeleteterima kasih juga kerana sudi membacanya (^_^)
DeleteTengah sakit gg ni...gg berlubang..nk cube la petua ni..
ReplyDeleteselamat mencuba & semoga cepat sembuh (^_^)
Deleteagak2 brp lama boleh hilang sakit ye...? klu kira botol air 1.5 liter tu, dah 2 botol dah minum tp xhilang jugak sakitnya...
ReplyDeleteKalau sakit tersebut sehingga menyebabkan akar gusi bernanah, memang lama juga 3 hari hingga seminggu tunggu hingga nanah tersebut pecah @ mengecut.....
Delete
ReplyDeleteInfo yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi. Sebaik-baiknya, kesihatan gigi kita dijaga dengan baik bagi mengelak berlakunya gejala sakit gigi ini.
Betul tu....saya pernah kena ...sakit gigi amatlah menyeksakan..
ReplyDeleteSaya pun memang tengah sakit gigi melampau. Siap men jerit jerit macam org meracau dua hari lepas. Dah pi dua klinik, doktor kasik ubat antibiotic dan tahan sakit saja sebab both doctors cakap tak boleh cabut ketiak sakit. So makan la ubat tapi sakit gigi ni maha hebat oiii. Saya dh cuba mcm2 petua dati bawang putih, kumur air garam, tepek asam jawa... last yg paling berkesan instsnt mujarab ialah kemam ais ketul. Terbaik! Mula mula saya dok minum air sejuk tu ok la.. tp dia mai lg sakit. So saya cuba kemam ais batu consistently disamping makan ubat doktor, Alhamdulillah ok. Cumanya kena rajin buat ais batu Sebab cepat habis. Hehe.
ReplyDeleteThanks for the idea
ReplyDeleteNk try jugak lar..tgh pregnant..tambah plak dh 5x kali gugur dan ader diabetik..x berani nk cabut..takut ader complocation kat baby..
ReplyDeleteBagi gigi berlubang, mujarab jugak ke cara ne?
ReplyDeleteTgh sakit gigi nie... Mcm nk pecah kple
ReplyDelete