MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)
~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~
Tips #177 : BUANG 3 BENDA NI DARI RESUME KORANG SEKARANG!
temuduga #interview#paneltemuduga#spa9#pov
1. Maklumat Peribadi Yang Terlalu 'Detail' (Zaman Batu)
Apa yang mengarut: Ramai calon masih meletakkan nombor Kad Pengenalan (IC), status perkahwinan, agama, umur, berat, dan tinggi dalam resume.
Sebab kena hapus: HR tidak perlukan maklumat ini pada peringkat awal, dan ia boleh mengundang diskriminasi atau bias tanpa sedar. Malah, ia memakan ruang berharga dalam resume anda!
Apa patut buat: Hanya letak 4 benda ini: Nama Penuh, Nombor Telefon, Emel Profesional, dan pautan profil LinkedIn/Portfolio.
11 KESILAPAN BESAR ETIKA BERPAKAIAN KETIKA TEMUDUGA KERAJAAN
temuduga #interview#paneltemuduga kerjaya
Jobtips #spa9 kerjakosong carikerja
Kategori Calon Lelaki (10 Kesalahan)
1.Seluar Jeans atau Chinos Ketat: Memakai seluar denim atau seluar potongan skinny/slim fit yang menonjolkan bentuk kaki. (Sepatutnya seluar slacks potongan straight cut).
2. Kemeja Lengan Pendek Tanpa Blazer: Menghadiri temuduga formal dengan kemeja lengan pendek sahaja. Ia dianggap kurang formal.
3. Warna Tali Leher Terlalu Terang/Kartun: Memakai tali leher berwarna neon (merah menyala, kuning terang) atau mempunyai corak animasi/kartun.
4. Panjang Tali Leher Tidak Sesuai: Tali leher terlalu pendek (gantung di dada) atau terlalu panjang (melebihi kepala tali pinggang).