MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, March 27, 2023

PANTANG LARANG TEMUDUGA KERJA


Saya kongsikan tips-tips perkara yang jangan dilakukan semasa temuduga kerja.

Tips menghadiri temuduga kerja oleh saya. Saya dahulu pernah berkhidmat dalam temuduga dan pengambilan pekerja di sektor swasta. 

Pandangan pertama majikan amat penting kerana apabila graduan menjejakkan kaki ke bilik temuduga, para penemuduga sebenarnya seakan mendapat "firasat" (mungkin hasil pengalaman menemuduga mungkin ratusan calon pekerja) untuk sudah dapat mengagak dan "membaca" karakteristik calon temuduga berkenaan dan soalan-soalan temuduga yang akan ditanya juga bertujuan untuk mengukuhkan pandangan mereka sama ada bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.





Calon temuduga sebenarnya mempunyai masa yang cukup singkat hanya sekitar 15 minit untuk memikat hati calon majikan mereka dan terdapat syarikat yang mengenakan 2 hingga 3 kali tapisan temuduga sebelum graduan ditawarkan dengan gaji yang lumayan bersesuaian dengan pulangan keuntungan graduan (Return On Investment - ROI) kepada syarikat.

Nasihat saya juga, teruskan melebarkan kerjaya dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang tertinggi dan pilih bidang yang mempunyai kadar kebolehpasaran tinggi.

No comments:

Post a Comment