Cun patung baby nie, memang nampak real la.....
MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)
~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~
Thursday, September 22, 2011
KALENDAR CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH 2012
Malaysian State & National Holidays 2012
Dates | Occasion | For |
| 1 January Sunday | New Year | All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
| 14 January Saturday | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's Birthday | Negeri Sembilan only |
| 15 January Sunday | Sultan of Kedah's Birthday | Kedah only |
| 23 January Monday | Chinese New Year | Nationwide |
| 24 January Tuesday | Chinese New Year (2nd Day) | All states except Kelantan and Terengganu |
| 1 February Wednesday | Federal Territory Day | Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only |
| 5 February Sunday | Prophet Muhammad's Birthday (Maulidur Rasul) | Nationwide |
| 7 February Tuesday | Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only |
| 4 March Sunday | Anniversary of Installation of Sultan of Trengganu | Terengganu only |
| 6 April Friday | Good Friday | Sabah & Sarawak only |
| 15 April Sunday | Declaration of Malacca as a Historical City | Malacca only |
| 19 April Thursday | Sultan of Perak's Birthday | Perak only |
| 1 May Tuesday | Labour Day | Nationwide |
| 7May Monday | Hari Hol Pahang | Pahang only |
| 17 May Thursday | Wesak Day | Nationwide |
| 17 May Thursday | Raja Perlis' Birthday | Perlis only |
| 30- 31 May Wed & Thu | Harvest Festival Pesta Kaamatan Sabah | Sabah & Labuan only |
| 1 - 2 June Fri & Sat | Sarawak Harvest Festival Hari Gawai Sarawak | Sarawak only |
| 2 June Saturday | Malaysian King's Birthday Harijadi Agong | Nationwide |
| 17 June Sunday | Israk & Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only |
| 7 July Saturday | Georgetown Heritage Day | Penang - but not a 'paid holiday' for private sectors employees. |
| 7 July Saturday | Penang Governor's Birthday | Penang only |
Tuesday, September 20, 2011
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) : Terima kasih....
Monday, September 19, 2011
TRAVEL : CAMERON HIGHLANDS
![]() |
| Cameron Valley Tea Plantation |
Cameron Highlands, antara tempat yang mempunyai seribu satu kenangan kepada aku dahulu. Bila stress je dengan kerja,kalau ada masa antara tempat yang akan aku pergi untuk menenangkan jiwa ialah kat Cameron Valley seperti dalam gambar. Bila perkena teh sambil makan cheesse cake kat sana, dengan permandangan saujana mata memandang, temperature plk sejuk tapi aku just pakai t-shirt je konon-kononnya mcm biase kat sana walaupun sejuk jugak dengan angin membuai-buai lembut.hahaha...
Terasa juga nak ambil gambar kat sana tapi aku asyik bertangguh je, konon-kononnya lama lagi aku kat sana outstation sebab permandangan kat sana memang cantik sesuai dengan jiwa aku (jiwa korang aku tak tau la..). Hinggalah one day aku dapat panggilan last-last minute untuk further study dlm master degree, dalam 24 hour aku berkejar ke Head Quarters Kuala Lumpur untuk jumpa boss nak berhenti kerja... Memang sampai skrang frust tak dapat ambil gambar-gambar yang cun-cun kat sana....
MORAL OF THE STORY : PENGAJARAN YANG AKU DAPAT, JANGAN LA JIKA ASYIK BERTANGGUH UNTUK MELAKUKAN SESUATU PERKARA & PERGUNAKANLAH SEGALA KESEMPATAN YANG ADA KERANA MAYBE BILA-BILA MASA NIKMAT TERSEBUT AKAN DIAMBIL KEMBALI, kalau tidak kita akan menyesal!!! ...(^_^)...
Friday, September 16, 2011
Kontroversi : TRAGEDI BUKIT KEPONG dan GAMBAR KEKEJAMAN KOMUNIS (PKM)
Hardy Boy : Saya sebenarnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik di Malaysia nie, saya lebih suka berdiri di atas pagar melihat permainan politik di Malaysia ni. Saya suka melihat segala perkembangan "permainan" politik di negara ini, tetapi saya tidak akan mudah melatah mempercayai sesuatu perkara dimomokkan di dalam televisyen sebelum mendengar hujah dikedua-dua belah parti politik, kemudian lihatlah hujah pihak mana yang lebih masuk akal, jangan diterima semuanya secara bulat...
Cuma, saya kini semakin meluat kepada TV3 kini yang selalu sangat, daripada dahulu lagi terlalu obses mengeluarkan berita-berita politik yang terlalu fanatik kepada parti politik " tertentu"dengan tahap berat sebelah yang melampau-lampau & berita yang sengaja diperbesar-besarkan seolah-olah semua rakyat Malaysia nie terlalu dungu untuk menerima apa sahaja yang diberitakan atau menelan bulat-bulat.
Saya mahu BULETIN UTAMA perlu menyiarkan wawancara-wawancara dengan parti pembangkang untuk mendengar hujah-hujah bela diri mereka (tanpa ditapis takut terjadi missunderstanding) supaya rakyat dapat membuat penilaian bijak siapa sebenarnya yang bersalah... Yang benar tidak perlu jadi penakut...
Jika pihak TV3 ada membaca entry ini, diharap berubah la dengan menyiarkan berita yang lebih logik, adil dan telus (bukan SPRM sahaja yang perlu telus) kerana ramai dah meluat kerana meragui berita politik yang disampaikan itu entah betul entah tidak. Akhirnya, bila sampai bahagian Buletin Utama berceritakan tentang politik, semakin ramai yang bertukar siaran lain. Saya juga tidak salahkan semua AHLI UMNO kerana bapa saya juga seorang ahli politik UMNO & ramai sahabat2 saya yang pro-UMNO cuma terlalu geramkan pihak-pihak tertentu yang mengampu pemimpin tertinggi UMNO dan meletakkan diri mereka sebawah-bawahnya hingga kalau perlu cium bontot pn dorang sanggup cium...Saya juga yakin ramai rakyat Malaysia diluar sana yang lebih menyukai berita yang lebih telus, lebih masuk akal & lebih adil tak berat sebelah.
Saya kekadang terasa ingin muntah bila terlalu banyak berita yang memomokkan kaum Melayu supaya terus dilaga-lagakan, yang ketawa besar terbahak-bahak adalah musuh-musuh melayu & Islam.... Kesian Mat Sabu, setiap hari diserang tentang isu Bukit Kepong ini. Berapa ramai yang menanggung "dosa mulut" jika Mat Sabu tidak bersalah dalam hal ini...
Saya yakin, pihak yang yang menyerang "balai polis" tersebut ingin menyerang polis British yang MENJAJAH Tanah Melayu, bukannya kerajaan Malaysia (seperti juga penentangan Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain). Walaupun Tanah Melayu dikhabarkan oleh Profesor UPSI tersebut "dinaungi"(dalam bahasa tersirat) di bawah British, bagi saya Tanah Melayu SEBENARNYA DIJAJAH kerana segala yang terdapat di Tanah Melayu ini dirampas oleh British, ayat "dinaungi" hanya untuk mengaburi mata orang kita. Kalau tidak dijajah, apa gunanya Tunku Abdul Rahman memperjuangkan "KEMERDEKAAN".
Saya yakin, pihak yang yang menyerang "balai polis" tersebut ingin menyerang polis British yang MENJAJAH Tanah Melayu, bukannya kerajaan Malaysia (seperti juga penentangan Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain). Walaupun Tanah Melayu dikhabarkan oleh Profesor UPSI tersebut "dinaungi"(dalam bahasa tersirat) di bawah British, bagi saya Tanah Melayu SEBENARNYA DIJAJAH kerana segala yang terdapat di Tanah Melayu ini dirampas oleh British, ayat "dinaungi" hanya untuk mengaburi mata orang kita. Kalau tidak dijajah, apa gunanya Tunku Abdul Rahman memperjuangkan "KEMERDEKAAN".
Subscribe to:
Posts (Atom)











