MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, February 21, 2024

Kisah Travel Saya 6 Hari Ni

Hari ni done travel Pahang - Kelantan - Gerik - Kuala Kangsar - Ipoh - Cameron Highlands - Gua Musang - Kelantan - Terengganu (utk 6 hari).

(Time muda-muda dulu, pakcik gemar sangat travel konvoi dengan kuda merah putih (motosikal) kesayangan pakcik tu dengan geng kelab-kelab motor tak pun travel sendiri je kalau nak gi travel jumpe sedara mara, tapi sejak dah berkeluarga ni kena travel bawa family la. Kalau anak-anak dah dewasa baru nak ajak travel, dah tak best macam dorang kecik-kecik ni😅).

Thursday, February 08, 2024

Tips Jawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

Tips Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris 


kredit kepada : https://madeinuitm.com


Sesiapa pun yang menghadiri sesi temuduga tidak akan terkecuali daripada perasaan takut dan gementar. Tambahan pula, kini kebanyakkan sesi temuduga dilakukan dalam Bahasa Inggeris dan ini mungkin akan menjadi satu masalah buat calon-calon yang tidak fasih menggunakannya. Segala-galanya mula menjadi kelam kabut di saat-saat anda ingin memasuki bilik temuduga. Jadi pastikan anda membuat persediaan yang cukup sebelum ditemuduga.

Selepas memberi salam, berjabat tangan dan memperkenalkan diri anda, perkara seterusnya yang penemuduga mungkin akan bertanya kepada anda adalah perkara-perkara mengenai diri anda.


1. Tell me about yourself
Sekarang, ini mungkin kelihatan mudah untuk anda – anda telah banyak belajar bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika di dalam kelas Bahasa Inggeris anda, tetapi mereka tidak mahu mendengar sesuatu yang terlalu terperinci. Elakkan mengatakan sesuatu seperti:

I was born in Kokdiang. I love playing the computer and surfing the net. or I have two sisters. They don’t want to know everything about you.

Kebiasaannya, mereka ingin tahu mengenai pengalaman, pertumbuhan kerjaya anda sebelum ini, dan juga kepekaan anda mengenai perkerjaan yang dipohon.

Juga, pastikan anda tidak menggunakan apa-apa slang formal atau membuat apa-apa kesilapan tatabahasa asas (grammar).

Contohnya:

I’ve been working as (contoh bidang kerja yang dipohon) for 2 years and my duties included (tanggungjawab yang dipegang sebelum ini). I have always been interested in (bidang anda) which was why I chose to follow this career path. I studied at ******* college, where I gained my first level (bidang anda)diploma.




Friday, February 02, 2024

10 TERATAS WEBSITE CARIAN KERJA PALING POPULAR DI MALAYSIA

@hisbulh8 TIPS #54 | 10 TERATAS WEBSITE CARIAN KERJA PALING POPULAR DI MALAYSIA 1) https://myjobstreet.jobstreet.com.my/ 2) https://jobmalaysia.com.my/ 3) http://www.spa.gov.my/ 4) https://www.spp.gov.my/ms/ 5) https://www.jenjobs.com/ 6) https://mycareer.perkeso.gov.my/ 7) https://myfuturejobs.gov.my/ms/utama/ 7) https://www.maukerja.my/ 8) https://www.mudah.my/ 9) http://mystarjob.com/ 10) https://www.monster.com.my/ 11) https://www.bestjobs.com.my/ 12) https://my.jooble.org/ 13) https://www.indeed.com.my/jobs-in-Malaysia 14) https://login.jobsdb.com/.../Career-Recruitment-Advice #top10 #tipskerja #motivasikehidupan #motivasiuntukkerja #temudugakerajaan #motivasikerja #temudugaswasta #temuduga #temudugakerja #tipscarikerja #wawancarakerja #tiktokguru #tipswawancarakerja #resume #penulisanresume #resumekerja ♬ Epic Motivation - Kidmada


Terdapat menjangkau 40-80 website website pencarian kerja di Malaysia sehingga . 

Berikut antara website pencarian kerja yang saya telah senarai pendekkan mengikut ranking :
Senarai laman web dibawah :


Cara Memohon Sebagai Kakitangan Kerajaan SPA 9

@hisbulh8 Cara Memohon Sebagai Kakitangan Kerajaan #temudugakerajaan #tipskerja #jawatankosong2023 #jawatankosongterkini #motivasiuntukkerja #temudugakerajaan #motivasikerja #temudugaswasta #temuduga #temudugakerja #tipscarikerja #wawancarakerja #tipswawancarakerja ♬ Exercise - Vin Music

Wednesday, January 10, 2024

KEHIDUPAN INI UMPAMA SEBUAH PERMAINAN BOWLING


KEHIDUPAN INI UMPAMA SEBUAH PERMAINAN BOWLING



1- Kadang-kadang STRIKE membuahkan hasil dan impak yang baik disebabkan oleh objektifnya (bola menuju ke strike pocket) tercapai.

2- Kadang-kadang SPARE disebabkan oleh objektif tidak dapat dijayakan sepenuhnya.

3- Kadang-kadang MISS kerana tidak mampu memastikan sama ada STRIKE atau SPARE disebabkan berlaku beberapa kesilapan yang mengakibatkan tujuannya tersasar dan tidak berada di atas laluan yang sepatutnya.

Namun, kehidupan itu tidak dinilai dengan seberapa banyak STRIKE, SPARE mahupun MISS kerana manusia dilihat berdasarkan kepada seberapa banyak KESUNGGUHAN dan KEIKHLASAN kita berjuang untuk berusaha mencapai makna tujuan hidup yang sempurna berkenaan.

Teruskan berusaha, berdoa, tawakkal dan redha kepada ALLAH.