MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, September 06, 2011

Apa Nak Jadi: BER"SHUFFLE" DI MAJLIS KAHWIN ???

Banyak majlis kawin diadakan sempena selepas Hari Raya nie, maybe sempena mengambil kesempatan sanak saudara yang pulang balik beraya sebab kalau yang kerja di syarikat swasta, nak bercuti pun susah...


Di bawah video klip yang bagi saya pelik tentang BER"SHUFFLE" DI MAJLIS KAWIN?!!, 
kalau dorang nie wat majlis penyambut kedatangan pengantin dengan persembahan tradisi seperti bersilat & sebgainya kan bagus. Apa-apa pun, itu terpulang kepada kehendak individu. "Jangan Mati Adat, Anak Pun Jangan Mati!!!" (kalau anak mati, sapa yang nak hidupkan adat tue...


Video :BER"SHUFFLE" DI MAJLIS KAWIN?!!,


Kalau bersilat untuk menyambut pengantin kan bagus seperti video dibawah...
Video Pengantin Mengamok!!!!

Thursday, August 25, 2011

IKLAN HARI RAYA PETRONAS "MAK OK "....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, TETAPI TERASA SEDIH BILA RAMADHAN SEMAKIN MENINGGALKAN KITA...
JADIKAN SEGALA AMALAN KITA SEMASA RAMADHAN MASIH DITERUSKAN DI BULAN-BULAN YANG LAIN (^_^) 



Video iklan Petronas "MAK OK....". 
Hargailah ibu kita kerana mungkin tiada sesiapa yang dapat membaca hati kecil mereka. bu kita sanggaup berkorban jiwa atau nyawa mereka skalipun tanpa kita sedari. Hargailah mereka sementara masih diberikan keizinan oleh-Nya. Tiada jaminan esok ibu kita masih lagi bernafas...
 
Video iklan Petronas "MAK OK....". 

Wednesday, August 24, 2011

KEWUJUDAN YAKJUJ MAKJUJ

Yakjuj, Makjuj Dikurung Dalam Tembok Ajaib...



ASAL USUL YAKJUJ DAN MAKJUJ DAN BILANGAN MEREKA
Yakjuj dan Makjuj adalah berasal dari zuriat Nabi Adam a.s dan Hawa a.s. Mereka lahir dari keturunan Yafith bin Nuh a.s.
Dari Abi Sa’id al-Khudriy r.a dari Rasulillah s.a.w bersabda : (( Allah berfirman kepada Adam (pada hari Kiamat) : Wahai Adam! Adam menjawab : Aku menyahut seruanMu. Firman Allah: Keluarkan (dari zuriatmu) rombongan ke neraka. Adam bertanya: “Apakah rombongan (penghuni) neraka?” Allah berfirman : “Dari setiap satu ribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan” Maka di saat itu berubanlah anak-anak kecil, gugurlah bayi dalam kandungan dan kamu melihat manusia seakan-akan mabuk padahal mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah sangatlah keras.)) Para sahabat lantas bertanya : “Siapakah di kalangan kami yang termasuk dalam bilangan satu tersebut? Rasulullah s.a.w menjawab : ((Bergembiralah, bahawa sesungguhnya (rombongan penghuni neraka itu) satunya dari kalangan kamu dan sembilan ratus sembilan puluh sembilan dari kalangan Yakjuj dan Makjuj)) Riwayat Bukhari
---------------------------------------------------------------



BEBERAPA SIFAT YAKJUJ DAN MAKJUJ

Tuesday, August 23, 2011

MISTERI KEWUJUDAN "MOLE PEOPLE" & YAKJUJ MAKJUJ

 KEWUJUDAN "MOLE PEOPLE", SEJAUH MANAKAH KEBENARANNYA ATAU HANYA PROPAGANDA YAHUDI???


WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam .. 

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu di kenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. 

Monday, August 22, 2011

SOS MENGANDUNGI DNA BABI

IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, aspek penguatkuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.