MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, May 24, 2012

Misteri Video Kemunculan Lelaki Berjubah Mengangkat Lelaki Syahid

kesinambungan drp >>>WAJAH PARA SYUHADA YANG SYAHID

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid 

source -  harian-metro

Kemunculan lelaki berjubah misteri dengan tenang mengangkat lelaki syahid walaupun askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan.

Wednesday, May 23, 2012

Ikan Pelik - DRAGON FISH

Sambil-sambil mencari material menarik untuk post dlm blog, terlintas dalam fikiran aku nak masukkan salah sekor ikan eksotik/pelik yang aku pelihara dalam aquarium iaitu DRAGON FISH, masa beli dulu kecil je sebesar jari kelingking sekarang dah membesar mcm ular. (Aku bela ikan bukan ape, disebabkan selalu outstation, kalau aku bela haiwan spt kucing sure mati kelaparan kucing tu sbb takde orang bagi makan.hahaha..).
Rupa ikan Dragon Fish ni taklah hensem sangat tapi entahla kenapa mahal sangat, yang kecil sahaja besar jari kelingking harga dah RM16 (tapi aku beli kt kedai lain dengan harga lebih murah). Bila aku tanya tauke kedai ikan tu, dorang (Cina) anggap ikan tu berbentuk seperti NAGA di dalam air, cukup liar/ganaz & kuat. Sampai sekrang dah beberapa udang galah kesayangan aku kena makan dengan ikan ni, hampeh betul sampai aku terfikir nak bagi balik kat tauke kedai ikan tu, kalau campak dalam sungai takut mati pulak...
My Dragon Fish - Ada juga yang panggil ikan Albino Poly atau Poly Senegaluls

Wednesday, May 16, 2012

GAMBAR KEHIDUPAN SEHARIAN YANG SADIS

Hardy Boy -  Sempena Hari Guru, saya cuma nak ucapkan Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik termasuklah to my beloved wife & my mum (biasanya dorang selalu bawa balik hadiah yang banyak pemberian anak didik dorang.hehehe)..

Semoga kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Ilahi krn ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti kita, sesungguhnya Dia telah menetapkan apa yang terbaik untuk hamba-NYA (tetapi kita mesti berjuang habis-habis DEMI kehidupan yang lebih baik).


In INDIA

 DAILY LIFE from Boston.com

kredit to : boston.com

 

Saturday, May 12, 2012

BENGKEL BLOG BERSAMA PARA PENDIDIK SMK TAWAU II

Lanjutan daripada entry >>> Asas Membina Blog
Gambar ini gambar hari terakhir selepas 4 hari para pelajar IPT Zon Sabah & Sarawak berkursus di Kota Kinabalu, masa ni masing-masing dah kepenatan, gembira & sedih (sebab nak kena berpisah dgn rakan yang lain yg dah seperti adik beradik). Respond - masing-masing seronok, alhamdulillah...


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/575221_3556067293243_1308422587_n.jpg
Semasa berkursus di AKEPT baru-baru ini bersama para pensyarah wakil setiap IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Semasa kursus ini, aku cukup respek apabila berpeluang berkursus satu meja dengan para professor-professor daripada beberapa universiti terkemuka di seluruh Malaysia kerana mereka ini cukup low-profile dan cukup berdisiplin di sepanjang kursus walaupun umur dah berusia.  

BENGKEL PEMBINAAN BLOG 
Hari ini dah sampai masa yang saya nanti selepas hampir 2 minggu, menjadi penceramah Bengkel Pembinaan Blog bersama Para Pendidik SMK Tawau II seramai 25 orang (jumlah pendidik di sekolah ini saya dapat tahu melebihi 50 orang dengan jumlah pelajar menghampir angka 1000 orang). Sebelum nie saya dah tolak beberapa kali request daripada sekolah lain sbb tak confident nak mengajar cikgu-cikgu sekolah ni al-maklum la sure guru-guru confirm lagi hebat dalam disilpin & mendidik anak bangsa terutamanya dalam ilmu pedagogi berbanding aku yg cuma 2-3 tahun jagung nie.hehehe... Saya lebih sanggup beri ceramah motivasi

Friday, May 11, 2012

Asas Membina Blog

Baru-baru ni dapat request untuk mengajar Kursus Blog pada 12 Mei 2012 (Sabtu). Kali ni melibatkan guru-guru sekolah. Sebelum ni saya pernah mengajar blog juga tapi cuma melibatkan pelajar remaja je. Sempena Hari Ibu & Hari Guru, saya plan nak buat tayangan beberapa video motivasi supaya kita bersama-sama menghargai Ibu kita kerena belum tentu hari ini, esok atau lusa Ibu kita masih akan bernafas, menjadi kebiasaan adakalanya kita hanya akan menghargai sesuatu setelah kita kehilangannya... (Nasihat ini utk diri aku sendiri yang selalu sakiti hati ibu.hehehe)... 

Dalam penulisan blog, ramai rakan yang sengaja memberikan soalan panas, "APA BESTNYER MENULIS BLOG??? BOSAN LA MENULIS BLOG, BLOG BUKAN ADA APA PUN...".
Aku senyum jer, cuma kalau dorang dok depan laptop aku bole la aku tunjukkan puncanya... 
Jawapan yang aku beri ialah "KEPUASAN, KEPUASAN BERKONGSI ILMU dan ada ramai yang baca tulisan kita tu..".

Orang tanya "Ape yang seronoknya menulis Blog???". Jawapannya ialah kepuasan apabila melihat statistik pageview blog saya di atas meningkat setiap hari, terasa seolah-olah setiap hari saya berkongsi ilmu purata hampir 400-500 orang setiap hari.