MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, October 15, 2015

Kisah Gengster Thailand Cuci Tangan

 Gengster No 1 seluruh kawasan Selatan Thai

kredit to  : puterapanglimanaga

Cuci Tangan asbab Usaha Dakwah..

Alhamdulillah hari ni ada kesempatan masa untuk berkongsi lagi tentang Safar Mahabbah kami ke Bumi Thailand…kali ni mengenai kisah seorang Ketua Gengster seluruh selatan Thailand yg telah mendapat Hidayah ALLAH asbab Usaha Dakwah yg bergerak..

Untuk pengetahuan Semua…ada beberapa nama Taiko Besar Gengster di Thailand yg telah cuci tangan..post yg lalu sy berkongsi tentang Babo Yeh Golok seorang Gengster Besar Golok yg cuci Tangan asbab Usaha Dakwah…Babo Yeh cuma Taiko di kawasan Golok sahaja..manakala Pak Teh Bakong ni pula bekas Taiko seluruh Selatan Thai..dan ada seorang lagi Nama Besar iaitu Tn Guru Babo Hj Abd Rahman Pathalung..seorang Bekas Taiko Besar Seluruh Negara Thailand..dari utara Thailand sampai lah ke selatan Thailand mengenali nya..insyAllah kisah tentang beliau akan di kongsikan di Post yg akan datang..


Asbab usaha dakwah 1

‘Pak Teh Bakong’..nama yg di geruni seluruh selatan Thai..saat kami sampai Markaz Dakwah Yala.. Babo yeh Golok bawa saya bertemu dgn teman lama nya Pak Teh Bakong.. MasyaAllah..orangnya kecik je..dari raut wajah dia kita dapat tahu dia seorang yg tegas dan garang..namun wajah berseri dgn janggut dan serban yg tak lekang dari kepala..masyAllah..jari telunjuk di tangan kanan nya sewaktu bersalaman seakan bengkok sikit tak boleh tegak lagi..orang bagitahu kerana hidupnya dulu tak lekang dari pistol dan bunuh orang..hingga jari telunjuk tak boleh tegak lagi.. Allahuakhbar..

Di ceritakan oleh Maulana Abu Zar , Pak Teh Bakong di waktu begitu aktif dgn Dunia Gengster nya…satu hari di datangi dgn Jemaah Dakwah yg sedang gash (Dakwah rumah ke rumah).. hingga Jemaah sampai di depan rumah nya dan beri salam..Pak Teh Bakong bila nampak jemaah di depan rumah terus dia bagitahu “dah Lama aku Geram dengan Puak Dakwah ni”…(ramai anak buah nya telah cuci tangan ikut tabligh)….
Pak Teh masuk rumah dgn wajah marah mengambil senapang dgn niat nak tembak Jemaah..


Asbab Usaha Dakwah 2.

Bila dia keluar rumah dgn senapang..dia acu kan senapang pada jemaah..seorang ahli jemaah jerit ‘Allahuakhbar’..dengan kuasa ALLAH senapang nya jatuh…wajah pak teh bakong bertukar pucat..Beliau bagitahu jemaah “sepanjang hidup aku..ini kali pertama senapang aku jatuh’…pelik puak mu ni…sekarang aku serah diri..bawalah aku kemana kamu nak pergi..

Jemaah bawa Pak Teh Bakong ke Markaz Dakwah Yala..sampai di sana beliau di bawa duduk dalam bayan Tn Guru..air mata beliau mengalir mendengarkan bayan tentang akhirat.. tiba-tiba beliau keluar dari majlis..dia start kereta dan terus tinggalkan markaz..jemaah terpinga-pinga kemana Pak Teh nak pergi dgn linangan air mata.. Rupanya dia pergi mencari anak buah nya juga seorang Gengster “Bang Mad Patani”..anak buah Pak teh yg menjaga kawasan Patani…Bila pak Teh jumpa je Bang Mad..terus Pak Teh ckp ‘Mu ikut aku sekarang..kalau tak ikut..aku tembak!!’

Dengan muka pucat.. segera Bang Mad Patani naik kereta pak Teh…dengan terketar Bang Mad tanya ‘kita nak ke mana ni Pak Teh??’.. Mu ikut je..kalau tak aku tembak jawab pak Teh.. rupanya Pak Teh bawa dia ke Markaz dan duduk dalam bayan berita Akhirat..bila di taskel setelah tamat bayan… Pak Teh bangun bagi azam nk ikut Tn guru keluar Dakwah 40 hari…MasyaAllah..itulah permulaan langkah Pak Teh dan anak buahnya Bang Mad patani hijrah menuju Redho ALLAH..mendalami ilmu Agama dan Berdakwah di jalan ALLAH..

Asbab Usaha Dakwah 3

Tuan-tuan…Bila ALLAH telah beri Hidayah kepada seseorang.. tidak ada sesiapa dapat menghalang.. Tuan-tuan tengok… Gengster pun bila dpt hidayat ada fikir nk ajak kawan dia agar sama-sama berubah.. kita pun jom sama-sama bangkit dengan usaha Dakwah…menangis untuk Diri dan Umat…semoga menjadi asbab Hidayat..amin..

Gengster No 1 seluruh kawasan Selatan Thai…
 

Tuesday, September 15, 2015

Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli

#‎kisahMotivasi‬ ‪#‎sedih‬ ‪#‎keinsafan‬

 
Allahyarhamah Cikgu Siti Nuroshlizan Zulkifli


Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha.
Dalam ramai-ramai mangsa jemaah haji yang menjadi korban kren di Tanah Suci, kisah wanita ini yang paling mengusik jiwa saya, dan mungkin anda juga.






Betapa beliau adalah insan yang terpilih di antara yang terpilih. Dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia 37 tahun, yg bagi saya sangat istimewa sebab tak ramai yg tunaikan haji pada usia 30-an. Kebiasaannya lewat usia memasuki angka emas. Kemudian, beliau terpilih untuk bertemu Tuhan di tempat suci, tempat yg baik dan dalam ibadat yang sangat besar ganjaran pahalanya. Bukan hanya saat beliau masih bernyawa, malah saat beliau mengakhiri nafasnya juga.

Monday, August 10, 2015

Kanser


KANSER - BAGAIMANA IA BERMULA....
Assalamualaikum.
Setiap hari sebanyak 30% dari jumlah pesakit yg datang ke Pusat Rawatan Islam Al Hidayah adalah pesakit kanser. Kanser paling popular utk wanita ialah kanser payudara dan kanser ovari. Utk lelaki, kanser kolon dan kanser paru-paru. Dlm dunia ini ada 200 lebih jenis penyakit kanser yg telah dikenal pasti.

Kanser

Monday, July 13, 2015

Tips Membezakan Madu Asli dan Madu Tiruan


Kaedahnya ialah, Madu dicampur ke dalam gelas yang berisi air.
Madu tiruan akan mendap ke bawah gelas, terus larut dengan air tersebut dan mengeluarkan buih
Madu sintetik (buatan) pula akan terus larut dengan mudah dengan air tersebut.
Manakala madu ASLI akan terus turun ke dasar gelas yang berisi air tersebut dan sukar untuk larut kerana kepekatan madu tersebut yang tinggi serta kurang mengandungi air berbanding madu tiruan atau madu buatan (yang dicampur sirap atau gula).

 http://www.terapialfateh.com/wp-content/uploads/2014/12/pepaya.jpg

Monday, June 29, 2015

SUAMI TERSENTAK BILA TAHU KENAPA ISTERINYA HANTAR GAMBAR KEPADANYA SETIAP HARI

DING!



Notifikasi Whatsapp. Lelaki awal 30-an itu buka dan lihat. Oh, mesej dari isterinya.

Akhir-akhir ini, hampir setiap hari isterinya hantar gambar-gambarnya. Tak kiralah waktu di pejabat, waktu keluar dari rumah. Ke mana saja dia pergi, pasti isterinya itu akan hantar gambar.