MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, January 07, 2022

Fadhilat faedah membaca Yasin


Di dalam surah Yasin, Allah merakamkan satu kisah yang menarik untuk dijadikan teladan dan pengajaran kepada pembacanya. 

Sepertimana firman Allah SWT : 
وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلاً أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَآءَهَا الْمُرْسَلُونَ {13} إِذْ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ {14} قَالُوا مَآأَنتُمْ إِلاَّ بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَمَآأَنزَلَ الرَّحْمَنُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلاَّ تَكْذِبُونَ {15} قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّآ إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ {16} وَمَاعَلَيْنَآ إِلاَّ الْبَلاَغُ الْمُبِينُ {17} 

Bermaksud : 
Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, iaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka.
(Iaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian kami kuatkan dengan (utusan) ketiga,maka ketiga utusan itu berkata:
"Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu".

Mereka menjawab:
"Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka."
Mereka berkata:"Rabb kami lebih mengetahui bahwa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu. Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas".
(Yasin: 13-17).

Wednesday, January 05, 2022

Astro Tiada Signal



3 hari lepas, astro tiada siaran, cuma ade siaran TV3 je, saya ingatkan mungkin disebabkan signal astro lemah disebabkan hujan lebat.

Jadi, dah 3 hari dah takde siaran, anak-anak pulak merungut tak dapat nak tengok siaran favourite dorang.
Hari ni saya ke astro services centre bertanyakan masalah ni.

Respond daripada customer services, dorang tak dapat nak semak kalau decoder astro rosak.
Jadi, kena tukar decoder baru & decoder yg saya pakai sekarang ni adalah decoder lame, 
kena tukar tukar decoder ulti box sebab decoder sekarang dah tak boleh support dah siaran astro.
Kemudian kena ambil package yang telah disediakan untuk package astro ni.
Tarikh pasang mungkin dalam 8 hari.
Lepas dah register, saya dapat mesej decoder akan dipasang dalam masa 3 hari (piring tak termasuk dalam pemasangan). Package termasuk 
Netflix, Disney+ Hotstar & HBO GO tapi kena guna hotspot/wifi rumah untuk tengok channel ni.

Buat masa ni, saya tak dapat nak review package yang ni, tunggu dorang pasang dulu kemudian baru bole komen. :-) 

Harap-harap masalah siaran ni memang disebabkan decoder saya bermasalah bkn sebab lain. huhu


Tuesday, January 04, 2022

Monolog roti canai & teh tarik

Sejak musim banjir ni, lame xpekena roti canai & teh tarik (sambil2 pikir mula drp 0 balik kejar KPI😅). Orang tanye, best ke keja pengurusan? Jawapannya seumpama ko dpt tugasan kena mancing siakap 7 kilo, kekadang ko dpt ikan2 lain & kkdg ko langsung xdpt ikan, nampak mcm relaks tp dlm kepala Allah sahaja tau mcm2 cara ko cuba/cari/fikir serabut kepala2 utk dptkan siakap 7 kilo tu walaupun kkdg hampir putus asa.haha 🤣🤣🤣. 

Tapi manusia lupa, Allah sentiasa ada, kena sentiasa dekat dgn Allah, pertolongan Allah dekat, nnti silap hb bapak nenek siakap 7 kilo tu pn ko dpt skali.haha 🤣. Team yg bagus pn main peranan, jadi appreciate/bersyukurlah bila Allah hantarkan org2 hebat/team utk bantu anda & keep motivate your team.

Bersyukur la juga tiap kali Allah hantarkan sesiapa juga utk membantu 😊. #KPI tahun Ni dgr citer Hq Nak Ikan Jaws la pulak, adui 😅😅

Tuesday, December 21, 2021

Pengamalan Misi Bantuan Banjir 2014

CORETAN SUKARELAWAN PASCA BANJIR 

Semasa banjir besar melanda Pantai Timur pada Disember 2014, hampir 300 orang para sukarelawan kami yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan telah terlibat semasa misi Bantuan Pasca Banjir 2015, bermula pada Jan sehingga Feb 2015.  
Banyak pengalaman pahit dan manis dihadapi oleh para sukarelawan yang terpilih oleh-Nya ketika membantu mereka yang kurang bernasib baik sebagai medan melatih diri untuk sentiasa memuhasabah diri mensyukuri segala nikmat pinjaman daripada Ilahi. Walau hanya sedikit bantuan yang dicurahkan, pertolongan tersebut sebenarnya amat dihargai oleh para mangsa.
Kini, pihak Briged Sukarelawan sedang bersiap sedia kembali mengumpul jumlah kekuatan "strength" bagi Misi Bantuan Pasca Banjir dalam masa terdekat bersama Pasukan Institusi Angkatan Pertahanan Awam (PISPA) dalam membantu mangsa-mangsa bencana banjir.

SEMOGA SEMUA MANGSA BANJIR SENTIASA DIPELIHARA DAN DILINDUNGI OLEH ALLAH DAN TABAH MENGHADAPI UJIAN ALLAH INI...
"HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL"
Cukuplah Allah menjadi pelindung bagi kami. Allah adalah sebaik-baik pemberi perlindungan.

JOM JADI SUKARELAWAN PASCA BANJIR !

#MenangBersama 
#LindungiDiriLindungiSemua 
#KeluargaMalaysia 
#kpt
#unsungheroes

Thursday, December 02, 2021

Doa Mengelakkan Bahaya