MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, October 01, 2004

GANGSTER (my never ending novel....)







(based on true story never told before that REALLY happended. Lokasi kejadian dan nama watak-watak yang digunakan adalah bukan nama sebenar dan dirahsiakan. JAUHI JENAYAH. SEKALI TERJEBAK, TIADA LAGI JALAN KELUAR) ...... PRINCE


Mengisahkan kehidupan Ketua Gengster terkenal yang digeruni. Is (Iskandar). Merupakan anak kepada Dato' Zulkarnain. Mempunyai keluarga yang berpengaruh dan agak berada. Bagaimanakah Is mula terjerumus ke dalam Kumpulan Gangster? Siapakah dan Apakah yang mempengaruhinya? Mula berkenalan dengan Adnin, seorang gadis berkeperibadian tinggi dalam satu kes ragut. Keadaan bertambah tragis apabila Is terlibat dengan sebuah kemalangan ngeri. Bagaimanakah keadaannya? Is juga menerima surat perberhentiannya daripada pihak universiti. Bagaimanakah Is mengatasinya? Mampukah Adnin mengubah cara hidup Is yang terkenal dengan kebengisan, kekejaman dan keganasan? Jika Is berjaya berubah, adakah Is akan meninggalkan kumpulan Gengsternya yang kian berada di ambang kegemilangan dan harta yang melimpah ruah serta kian ditakuti. Siapakah yang akan membimbingnya? Dalam diam, terbit perasaan CINTA Is terhadap Adnin, tetapi, ADAKAH cintanya berbalas? MAMPUKAH IS KELUAR DARIPADA KANCAH JENAYAH GANGSTER SETELAH SEKIAN LAMA TERJEBAK?

*************************************************************************************

GANGSTER

Keadaan sunyi sepi, kelam serta berkabus. Seorang pemuda melangkah dengan perlahan-lahan.
"SERAAAAANNGGG!!!!!", tiba-tiba terdengar jeritan daripada Ketua Kumpulan Gengster 408, Lock Cheng. Pemuda tersebut diserang hendap oleh sekumpulan gengster seramai 20 orang yang datang dari pelbagai arah. Pertempuran yang sengit berlaku. Ada yang bersenjata. Namun, pemuda tersebut berjaya mengalahkan kumpulan gengster tersebut. Mereka lari lintang pukang. Pemuda tersebut, yang dikenali sebagai Iskandar, mengimbas kembali asal usul bagaimana dia terjebak dengan kegiatan gengster.
Mengisahkan kehidupan ketua gengster yang terkenal, Iskandar Zulkarnain. Kehidupannya bermula apabila Is mula menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah dan baru mengecapi kehidupan awal remaja yang penuh dengan semangat ingin tahu serta ingin mencuba. Is atau nama sebenarnya Mohd Iskandar merupakan anak tunggal kepada Dato’ Zulkarnain yang merupakan antara tokoh ahli politik yang terkenal dan paling berpengaruh di metropolitan. Manakala, ibunya merupakan seorang ahli perniagaan yang terkemuka dan paling disegani.
Is yang sering dimanjakan sejak dari kecil dan dilimpahkan dengan harta benda yang melimpah ruah sehinggakan dia tidak mengerti “maksud kesempitan wang”.
Dato' Zulkarnain yang ketika kecilnya,seawal 10 tahun sudahpun kehilangan ayahanda dan bonda tercintanya, telah pun dipertanggungjawabkan dengan amanat yang maha berat, untuk menyara adik-beradiknya seramai 5 orang dengan hanya sehelai sepinggang dan sebatang kara tanpa ada sanak saudara yaang sudi menghulurkan bantuan. Bagi Zulkarnain, apa yang penting, adik beradiknya perlu meneruskan pengajian. "Adik belajarlah bersungguh-sungguh. Tentang yuran pengajian, janganlah bimbang, Abang akan cuba cuba sedaya upaya walaupun terpaksa bergolok bergadai sekalipun."


Pernah mereka adik-beradik terpaksa ikat perut dan berlapar selama 2 hari akibat tiada makanan. Sayu hati Zulkarnain melihat adik-adik kecilnya seawal 4 tahun merengek sehingga tertidur akibat kelaparan. Habis diselongkar celah para jikalau ada wang yang terselit. Tapi,harapannya hampa.Walaupun sering dimaki ketika meminta makanan daripada penduduk kampung, namun Zulkarnain tetap tebalkan muka mengenangkan adik-adiknya. Sering kali mereka kesejukan akibat menunggu kering satu-satunya pakaian yang mereka ada, selepas dijemur. Jika tidak bernasib baik, pakaian mereka yang tidak sempat kering kembali basah akibat hujan.


******************************************************************************



Adakalanya, mereka jadikan kotak sebagai kasut. Apabila hujan, "kasut" mereka kembali lencun dan rosak. Jika bernasib baik,mereka akan berkongsi ikan puyu atau ikan kering yang diperolehi selepas menahan "tauk" di parit. Bayangkan, seekor ikan kering yang kecil mereka terpaksa bahagikan 5. Itulah makanan yang paling lazat dan mewah yang mampu mereka sediakan. Namun, kebiasaannya,hanya ubi kayu dan pucuk ubi yang menjadi santapan setia. Jika ada beras pun, mereka hanya mampu makan nasi berlaukkan garam ataupun cili api yang diperolehi di belakang rumah. Bagi mereka, itulah menu paling sedap jika nasib mereka benar-benar bertuah pada hari tersebut. Tapi, biasanya, mereka sering mengikat perut bagi menghalang keperluan perut mereka.
Ada segelintir penduduk kampung yang bersimpati dengan nasib mereka dan menghulurkan bantuan. Zulkarnain sedar,mereka juga tidaklah senang. “ Sampai bila mereka adik beradik perlu bergantung kepada simpati orang kampung” .


Selama 2 tahun Zulkarnain memendamkan hasratnya untuk ke menara gading. Selama 2 tahun jugalah dia meninggalkan alam persekolahan semata-mata untuk bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya. Pelbagai kerja dilakukan untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air, bukan untuk dirinya tetapi untuk adik beradiknya. Adakalanya, Zulkarnain mengambil upah bekerja di workshop. Tak lama kemudian, Zulkarnain dikenali bukan sahaja disebabkan kepakarannya membaiki motosikal penduduk kampung yang rosak dengan kos servis yang murah, bahkan kemurnian dan budi pekertinya yang tinggi. Dia sering membantu 24 jam jika ada individu yang mahukan khidmatnya tak kira walaupun hujan lebat sekalipun. Malah, disebabkan terkenal dengan budi pekertinya, ramai anak gadis pingitan yang memendam hasrat untuk menjadi ratu di hatinya.
Pernah suatu ketika dulu, ketika Zulkarnain dipanggil membaiki motosikal di rumah ketua penduduk pada waktu malam, Fatimah anak gadis Tok Ketua, setia menantinya menyiapkan motosikal walaupun hujan agak lebat. Kesian, basah kuyup Fatimah walaupun berpayung menampakkan susuk tubuhnya. Kerap Zulkarnain memujuk "Fatimah naik ke atas rumah,nanti demam". tetapi dia berdegil."Tak nak, Fatimah nak temankaan Abang"dengan nada manja. Zulkarnain sedar, sejak dari tadi, Fatimah tak lekang matanya daripada memandang Zulkarnain,namun dia buat "derkk" je. Dia sedar siapa dirinya.


******************************************************************************


Jam telah pun menunjukkan jam 4 pagi. "Aaa...dah lambat dah nie. Tentu Pak Samad marah kali nie”. Lekas Zulkarnaan bangkit dari tidurnya. Selepas disiram dirinya denga air perigi yang sejuk sehingga meresap ke dalam tulang hitamnya, lekas-lekas Zulkarnain bergegas ke jeti tempat pendaratan ikan. Dia kini bekerja dengan Pak Samad, seorang peraih ikan yang terkenal di kampungnya. Zulkarnain sering diberi kepercayaan oleh beliau di atas keikhlasan dan kejujurannya. Dia kuat bekerja. Semenjak Zulkarnain bekerja dengannya, rezeki Pak Samad mencurah-curah dan murah. Pendapatan Zulkarnain juga sedikit terjamin. Zulkarnain sering diberikan kepercayaan oleh Pak Samad untuk “menawar harga” ikan daripada para nelayan. "Zul nie pandai tawar-menawar. Ramai orang kat sini yang suka dengan dia. Untungla Pak Samad ade pekerja seperti dia".Tersenyum bangga Pak Samad. "Kalau aku ade anak pompuan, mau je aku jodohkan ngan Zul tue"... ..Mereka ketawa....



******************************************************************************


Zulkarnain kembali menyambung pelajarannya di sekolah menengah. Kos pengajian, Pak Samad bermurah hati untuk menanggungnya dengan syarat, "Zulkarnain kena capai hasrat untuk ke menara gading". Pada sebelah siangnya, dihabiskan mentelaah pelajaran. Dua orang adik beradiknya paling bongsu terpaksa berpisah dengan mereka setelah diambil sebagai anak angkat oleh penduduk kampung seberang. Walupun sedih, Zulkarnain redha demi untuk kebaikan adik-beradiknya. Namun, setiap dua minggu, mereka akan diziarahi keluarga angkat tersebut. Hilang rindu di hati. Alhamdulillah, keluarga angkat tersebut boleh dikatakan agak berada.


******************************************************************************


Zulkarnain dihormati guru dan para pelajar di atas kepandaiannya. Perbagai onak duri kehidupan diharungi sehinggalah Zulkarnain berjaya menjejakkan kaki kembali ke alam persekolahan menjadi pemangkin beserta galakan dari Pak Samad. Awal pagi sebelum Subuh, dia akan membantu Pak Samad.
Tidak lama kemudian…
Lokasi : di jeti

Risalah yang berbalut kemas bersampul kuning dibuka
"Sukacita dimaklumkan anda ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam
jurusan************ di****** ".


******************************************************************************


" Tanpa bantuan daripada Pak Samad yang sanggup menanggung perbelanjaan dan yuran pengajian sehingga selama Abah berada di universiti, sudah pasti Abah takkan kecapi kehidupan seperti sekarang, bergelar seorang Dato' dan tokoh politik terkenal. Jasa Arwah Pak Samad pasti tak akan Abah lupakan sampai bila-bila".


Ikhtibar daripada kedaifan dan keperitan hidupnya suatu ketika dulu diceritakan kepada Is. "Abah tak mahu Is turut rasai keperitan hidup yang telah Abah lalui. Abah mahu Is hidup mewah dengan wang ringgit dan nikmati harta kekayaan yang kita ada".
Namun, jauh di sudut hati kecilnya, bukan kekayaan yang didambakan. Bagi Is, Mak Ngah,orang gaji yang mengasuh sejak dari kecil, dianggap bagaikan ibu kandungnya dan tempat dia mendapatkan curahan kasih sayang. 

Keluh Is ”Aku kesal,bukan wang ringgit dan kemewahan yang didambakan, tetapi kasih sayang dan belaian mesra daripada insan yang bergelar ibu bapa.Sejak dari kecil lagi, aku hanya sempat berjumpa dengan kedua ibu bapaku di awal pagi sahaja. Masing-masing busy dengan karier. Lewat malam baru pulang, itupun ketika aku dah nyenyak tidur. Mereka bagai tak memahami naluri hati ini”.

******************************************************************************


Ketika baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan, Is memang seorang yang “lembut”. Kerap diejek dan dipermainkan oleh rakan-rakannnya. Is menyimpan dendam tapi tak berupaya meluahkannya.
Tatkala awal remaja, selama 14 tahun melihat dunia ini, ketika itu kenangan hitam yang tak dapat dilupakan dari kotak ingatannya. Budin dan Dollah, "musuh ketat" yang sering membulinya. Dendam Is semakin meruap-ruap, membara dan terpendam umpama bom jangka nuklear, tambahan pula Is tidak mampu melawan mereka.





Detik yang tidak dapat dilupakan. Jam 5 petang. ......"PPiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiNNNNNGGGGG!!!", berpinar kepala Is. Rupanya Dollah telah terbang dan menghadiahkan libasan tangan tepat ke kepala Is gaya ala Superman tanpa sebab munasabah. Mungkin ingin bergurau. Detik itu, kelas lengang kerana masing-masing bergegas ke surau untuk menunaikan solat Asar. Tanpa disedari, kaki Is ringan menerjah tepat ke kepala Dollah Is terkejut dengan tindakan rifleksnya itu. Dollah juga terkejut,tergamam. tapi sayang, tendangan tersebut sempat dielak dan mengenai sisi pipi kiri. Dalam sekelip mata terjadilah pergelutan. Pada awalnya, Is menguasai pertarungan, tetapi Budin telah muncul dan turut menghadiahkan bertubi-tubi sepakan kepadanya. Teruk Is kena tabur.


Dalam sekelip mata, dua buah libasan mengenai Budin dan Dollah, perlahan tapi padu. Saipukila yang 3 tahun lebih tua daripada mereka muncul. Habis Budin dan Dollah disayur. Tersungkur......... "Dalam seminggu lagi lu orang akan bertarung dengan Is", Saipukila memberikan amaran. " Kalau lu kalah, lu mesti berhenti membuli Is dan pelajar lain". Mereka cuma tersenyum sinis. "Kacang je", dalam hati.


Siapa tak kenal pemuda tersebut. Memang gah namanya sebagai kaki gaduh di sekolah,samseng serta ganas. "Eeeem........." pemuda tersebut tersenyum..penuh rahsia. Seakan memahami persoalan yang bermain di benakku. "Lu ingat wa nak biarkan je lu. Jangan bimbang. Jumpa wa kat ladang getah tepi Sekolah Adabi petang esok".


******************************************************************************


Aku baru tiba. Saipukila sudah pun terpacak bawah pokok sambil menyedut asap rokok, memandang ku sinis. Seribu pertanyaan bermain di fikiran. Dengan bengis "Wa nak bentuk lu jadi jaguh tomoi, biar samseng.Wa nak lu tabur balik malaun 2 ekor tue. Kalau kalah, wa tabur lu balik!!!". Meremang bulu tengkuk. Gerun tapi semangat meluap-luap. "Baiklah, saya setuju".
Selama seminggu aku telah telah di train dengan latihan yang sungguh tough dan menyakitkan. Waktu latihan diadakan pada sebelah petang. Tak cukup dengan itu, latihan ditambah lagi pada sebelah malam di atas gelanggang badminton dan padang rumput bersebelahan rumah Saipukila. Kekadang, latihan diadakan di atas gelanggang badminton pada sebelah petang selepas solat Asar. Ketika itu, hanya Allah yang tahu, bagaimana peritnya terpaksa berdiri lama di atas simen yang panas itu. Rasa cam nak masak kaki nie.


Latihan masih diteruskan walaupun hujan lebat. Ketika ini, stamina yang tinggi perlu kerana banyak tenaga yang digunakan. Teknik bagaimana menyerang musuh yang agak licin akibat basah perlu dikuasai. Saipukila turut mengajar bagaimana menghadapi musuh yang lebih tinggi dan besar. “Kalau sepakannya tinggi, kita mesti bermain dengan jarak dekat”. Perbagai skill dikuasai termasuklah bagaimana menghadapi musuh yang lebih kuat, ramai dan bersenjata. Berkali-kali aku injured. Tapi, perkataan yang selalu Saipukila cakap "Nak belajar lagi? Sakit tue penting. Daripada sakit kita dapat rasa tempat serangan yang paling tepat dan berkesan berpandukan tempat yang kita rasa sakit." Aku pernah berkali-kali menggelupur akibat tak sempat menahan sepakan yang terlampau padu. Silap aku gak, ‘LALAI’. Untung juga, kerana ketika itu Saipukila akan mengajar bagaimana hendak mengubati dan menawarkan bisa kesakitan.


Di atas gelanggang, tumpuan 120% perlu, sehinggakan kerlipan mata pun perlu dihadkan. Aku dikehendaki merendamkan kepala di dalam kolah sambil membuka mata selama beberapa minit. Ini bagi mengurangkan kerlipan. Kemudian, air kolah tersebut perlu disimbah berkali-kali ke muka tanpa pejam mata. Latihan tersebut amat menyakitkan. Aku juga dikehendaki pumping sebanyak berpuluh-puluh kali yang merupakan latihan wajib. Pernah, akibat terlampau banyak pumping, nak angkat kunci motor pun tak larat sebab tangan jadi menggeletar. Pumping di atas jalan tar menyebabkan buku lima ku berkali-kali luka dan dimasuki pasir. Latihan tersebut bertujuan untuk menjadikan buku lima kematu. Bila dah kematu, tumbuk besi pun tak rasa ape.


Tak cukup lagi, joggging setiap petang atau pagi penting bagi meningkatkan stamina. Antara latihan lain yang paling menyakitkan ialah........aku dikehendaki melatih diri menahan sakit setiap kali Saipukila menyepak abdomen,rusuk dan perut supaya tahan lasak. Adakalanya, beberapa pukulan "tersasar" mengenai bahagian muka. Lebam .... bengkak...berdarah...terseliuh.... dah jadi permainanku, dah lali. Setiap pagi, aku dikehendaki bangun awal pagi untuk mengambil embun pagi dan menyapu pada tulang kering untuk menguatkan tulang kering supaya keras macam besi. Kena ulangi paling kurang 40 pagi berturut-turut. Latihan menyepak punching bag tanpa menggunakan sarung tinju dititikberatkan. Pada awalnya, habuk kayu diletakkan. Kemudian, selepas level meningkat, dicampurkan pasir. Hari berikutnya, dimasukkan pasir sahaja di dalam punching bag tersebut. Pada awalnya, entah beberapa kali tangan ini tergeliat. Apabila sampai higher level, dimasukkan batu kerikil. Kemudian batu yang lebih besar. Sehinggalah sampai punching bag hanya diletakkan batu sahaja. Berkali-kali tangan,siku, lutut dan tulang kering ku luka,, benjol serta terseliuh. Minyak yang dibuat daripada tulang harimau akan disapu. Lama kelamaan, badan ku seakan kebal dari sakit menyepak dan menumbuk mahupun sakit akibat disepak. Saipukila turut mengajar beberapa ayat pendinding, ayat pelimun(ghaib) dan ayat pengerun bagi menghadapi musuh serta bagaimana menyerang musuh dalam jarak jauh.

Setiap kali menyerang, aku bayangkan Saipukila serta punching bag sebagai muka Budin dan Dollah. Akhirnya, "Wa yakin untuk lepaskan lu bertarung. Wa dah ajar apa yang wa tau,skarang terpulanglah kepada lu". Tanpa dendam kesumat yang kian membengkak, aku takkan berjaya dibentuk seperti waja. Kini, aku tak kenal lagi erti takut.



******************************************************************************


Petang Sabtu............
"Mampusla ko kali nie". Budin dan Dollah siap sedia menanti di halaman kosong tepi ladang getah Sekolah Adabi. Tersenyum, mengenangkan bagaimana Is bakal menjadi lauk mereka hari ni. Hampir pukul 5 tapi Saipukila tak muncul-muncul. Tepat pukul 5 mereka akan bertarung.
Jam tepat pukul 5.......

Budin : Dah pukul 5. Woi Dollah, tunggu ape lagi? Serang.......

Dollah terus serang curi. Is tergamam seketika. Namun serangan Back-Hand terkena pada telinga. Ke mana Saipukila menghilang? Sekelip mata, Budin serang dengan serangan flying-kicknya. Tapi, Is sempat mengelak dan membalas serangan siku ke muka. Kemudian, terasa dirinya melayang-layang dan dunia ini gelap seketika. Is kemudiannya, tak sedar apa yang berlaku.


******************************************************************************
Terasa seolah-olah baru bangkit dari lena yang panjang. Buku lima, siku, lutut, kaki dan tangannya seperti ada cecair merah........eeehh......daraaaah .......cedera?!! Di periksa dirinya, tapi tak cedera pun"Kalu tak silap, tadi aku sedang bertarung?!!. Takkan mimpi kot? Mana 2 ekor malaun tu???"

    Dua ekor malaun tu tersungkur menyembah bumi. Mulut Dollah berbuih dan Budin mengelupur kesakitan bagaikan ayam baru kena sembelih. Seakan bermimpi yang dia dapat mengalahkan mereka. Rupanya, dia tidak sedar ketika bertarung tadi Is seolah dirasuk sesuatu. Terbit rasa kesian melihat mereka. Setelah menawarkan bisa pukulan dengan membaca mentera serta menyapu air liurnya pada tempat yang sakit pada kedua-dua musuhnya, Is  mencapai mountain bike. Dia terpandang Saipukila di hadapannya dan terus menghilang.  

******************************************************************************

Di perkarangan sekolah....

Puas dicari Saipukila namun tak jumpa. Menurut pelajar lain, Saipukila merupakan Ketua Gengster terkenal dan digeruni lawannya. Ketika sedang berjalan di pasar...........

Is                : ABANG!!!!!!!!!