MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, March 11, 2011

PENGALAMAN NAIK KAPAL TERBANG - AKU FLIGHT FOBIA?!!

ALHAMDULILLAH, dalam minggu ini, dapat panggilan 2 orang Dato' di Jabatan Perdana Menteri dah tolong uruskan permindahan aku dengan menelefon Bahagian yang menguruskan permindahan aku. Respond daripada Bahagian  Pertukaran inform yang aku akan dipindahka bulan 6, so Dato' tu minta aku call follow-up balik dengan Dato' tersebut  dalam bln 5 (tapi aku pun tak sure la dapat pindah tak, takut saje je Bahagian Permindahan tu nak mainkan angin Dato' tu supaya tak push dorang lagi. Kalau betul la, memang hampeh...Dah la sebelum nie surat daripada Setiausaha Politik dan Menteri pun, Bahagian nie tak layan). Apa-apa pun, just banyakkan bertawakkal, kalau ade rezeki ade la tu, insyaALLAH, kalau takde, belum rezeki aku lagi. Walaupun banyak usaha, tapi kalau Allah tak izinkan, pun tak dapat juga, so banyakkan berdoa.... 

kesian our baby kena langgar..huhuhu
Yang tu good news pertama, good news kedua, keta wife aku dah siap direpair selepas dilanggar oleh sebuah wira (sampai tercabut bumper wira tu). Habis melayang RM300(tapi yang langgar tu la yang bayar) sebab kena ketuk satu pintu pastu cat (kaler metallic pulak tu)....
  



Then, pening kepala aku, aku tak suke bila AIRASIA  BUAT PROMOSI, kesannya, sekarang aku dah tinggal beberapa hinggit je lagi disebabkan beli tiket 3 kali penerbangan pergi balik (biasenya aku beli satu  bulan satu kali penerbangan je), dah la next week aku nak balik kampung di Kelantan...addduussss.. Harga tiket yang asalnyanya RM223 satu hala (aku nak balik masa cuti sekolah, so harga tiket melambung sampai RM300 lebih) , lepas promosi jadi rm93, takkan aku taknak beli..hahaha...

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk aku naik flight balik ke semenanjung. Antara kegemaran aku, aku suke tengok tingkahlaku manusia yang kekadang pelik-pelik & memeningkan kepala serta tak masuk akal.... Antara pengalaman aku ialah, melihat perangai bermacam-macam kerenah manusia yang memeningkan kepala dalam kapal terbang terutamanya yang jenis pentingkan diri sendiri & tak fikirkan tentang penumpang yang lain.

Setiap 3 minggu atau 4 minggu sekali saya akan terbang merentasi Laut China Selatan selama 2.45 minit sebelum sampai ke KLIA atau LCCT, bermula awal 2010. Antara pengalaman saya yang kekadang buat saya geram:
Ruangan menunggu

i) Ada juga saya jumpa penumpang perempuan (Cha Ya Nun Alif) yang terlalu "pembersih" & fobia, bila tengok orang lain selsema terus melarikan diri mengelakkan mereka,nampak sangat, sampai taknak beratur dengan orang yang bersin/selsema. Saya rase perempuan nie takutkan H1N1 kot, kalau macam tu baik dorang naik kapal selam je . Kalau betul pun, baik Minah (Cha Ya Nun Alif) tu pergi beli dan naik flight sorang-sorang je dalam satu flight tu, so tak perlulah berjumpa dengan orang awam, macam la dia tu bersih sangat. Memang korang akan rase cukup meluat bila jumpa perempuan/lelaki jenis mcam nie...
Airport Kota Kinabalu
ii) Masuk je dalam flight, baru je nak duduk, tau-tau tempat duduk tu dah ade orang lain yang duduk (sepatutnya dia dok tengah, disebabkan dia suka pemandanga, sukati papa & mama dorang je tukar tempat, mau tak geram. Memang la saya geram, tempat tepi tingkap tu saya punya). Untuk mengelakkan perang dunia kedua & nampak mcam profesional, kita pun diam je la, macam takde ape-ape.

>Kekadang saya kesian juga melihat kepada ibu-ibu  di dalam flight yang terpaksa membawa anak-anak kecil yang asyik dok berdamping dgn si ibu sampai kelam kabut si ibu nak uruskan & melayan kerenah-kerenah anak-anak mereka mereka nie(ade sehingga 3-5 orang) tapi yang buat darah nie menyirap bapanya ade je di sebelah tapi bole je bapak dorang nie wat derk je, bukan nak tolong si ibu nie dok kelam kabut menguruskan anak-anak termasuklah kena bawa  naik barang-barang. Sebelum tu bapa dorang cuma mengarah-ngarah je si ibu pastu buat derk je lepas dok kat seat. Apa punya BAPAK daa!!!
iii) Citer no.2 tu saya tak kisah sangat sebab selalu kena. Tapi, yang buat saya naik angin sepanjang saya naik flight, ialah bila one day, bila saya hendak duduk, sedar-sedar seat saya yang ditengah tu ade sorang unty cha ya nun alif duduk, umur dia dalam 40-an. 
Saya pun xmarah, biar je la. Saya pun duduk di sebelah seat tepi. 
Tak lama kemudian, datang sorang amoi, "EXCUSE ME, THIS IS MY SEAT", saya pun tengok no seat pada ticket dia, memang betul la seat C, so "Sapa yang salah?". Dengan tenang tanpa panik, saya diam
Sedang menghabiskan memori kamera (^_^)
& berfikir. Saya pun tanya perempuan  Cha Ya Nun Alif yang duduk di tengah tengok ticket dia. Saya cakap melayu dia tak faham... So saya pun cakap "CAN I SEE YOUR TICKET?". Perempuan tu dengan muka macam bang-Angnya & marah-marah bercakap macam saya yang salah, dengan tanda isyarat dia minta nak tengok ticket saya. 
Saya pun kelam-kabut keluarkan tiket, ingatkan saya yang salah. Lepas dia tengok ticket saya, saya minta dia keluarkan ticket dia. Dia keluar je ticket, tengok-tengok seat dia jauh kat depan sana. Saya pun dengan bengangnya bagitau la "SEAT AWAK KAT DEPAN SANA", tapi dia mcam tak faham, so saya cakapla dengan nada geram sebab dia yang salah "YOUR SEAT IS OVER THERE!!!". Tapi perempuan tu marahkan saya, dengan muka mcam "sial" je(disbabkan takde istilah lain yang saya bole gunakan), dia suruh saya ke depan dengan tunjuk-tunjuk pakai tangan. 
Mau tak berderau darah nie siap marah-marahkan kita lagi. Disebabkan marah, saya diam tak berganjak, I want my seat back. Datang pramugari tanya ape masalah, last-last Amoi tadi pindah ke seat lain dengan volunteernya.... Geramnya hati aku nie.... 
Lepas tu anak dia kat sebelah kiri bagitau la keadaan yang sepatutnya kepada "mak" dia kot. Yang aku makin geram, dah la perempuan nie jakun, nampak sangat tak pernah naik flight, tapi buat bodoh sombong. Kalau cakap elok-elok, sure saya akan mengalah... Dia ingat flight nie macam bas ka?!! Kalau nak dok sebelah anak dia pun, negotiate la dengan penjaga kaunter check-in kat airport sebelum tu.
Dalam flight, macam biase la datang pramugari datang tolak troli jual makanan. 
Tetiba je perempuan tu terbangun, dengan gaya macam orang asli 1st time naik flight, dengan kuat dia cakap "HELLO!!!", dia panggil nak beli makanan. Cepat-cepat anak dia cakap suruh tunggu dulu, nanti pramugari tu datang la....
Habis makan kuaci yang dibeli, perempuan tu pun sambung tido, saya pula sambung bace buku sambil letak earphone dalam telinga, menyejukkan hati yang masih panas. Nampak sangat dia tak selesa sebab sengaja saya pasangkan lampu sebab saya nak membaca, lampu dalam cabin pun dah dimalapkan masa tu....
Tak lama selepas tu, aku bau sesuatu yang cukup busuk (sebenarnya, aku terbau sejak awal-awal duduk dalam flight lagi). 
Sekali dua aku boleh tahan, aku fikir positif je, tapi bila banyak kali aku makin geram kembali, rupa-rupanya perempuan cha ya nun alif tadi buang angin dengan selambanya sambil tido, dah la menghalakan bontot ke arah aku sambil bersandar kepada anaknya.... Memang banyak kali pula tu, memang cukup biadap...
Selepas beberapa lama kemudian, dia tersedar. Aku sure dia anak beranak nak gi toilet, tapi tak berani, tau pun takut nak keluar melintasi aku. Padan muka (dalam hati aku)....
Sampai je flight kat airport, dua anak beranak tu tak bangun, tau pun takut nak berdiri sebelah aku. Kalau ikut pengalaman aku, biasenye orang yang duduk di seat tengah akan keluar, turunkan beg daripada atas. (Yang paling teruk, ade juga yang daripada sebelah hujung sama ada seat A atau F, kelam kabut keluar nak keluarkan beg dia, dah la lorong aku tu dah bersesak macam sardin, bole perempuan cha ya nun alif tu dengan selambanya keluar).
Turun flight, aku terus menuju balik ke rumah dengan hati yang berasap....
Teringat citer driver teksi yang hantar kitorang g airport hari tu, lain kali la aku citer ;-)


ii) Bila ada ibu bapa yang biarkan anak-anak kecil mereka buat bising dalam flight, bercakap-cakap dengan kuat, bergurau-gurau, pastu banyak soalan jawab dok tanya parent dorang. Yang Bang-Angnya ialah parent dia wat derk je, bukan nak tolong diamkan anak dia, ingat flight tu rumah dorang ke?!! 
Anak-anak dorang memang bising giler sampai penumpang lain nak tido or nak berehat pun tak bole.
Bagi saya, bukannya mustahil sebab saya pernah jumpa parent yang kelam-kabut diamkan anak-anak dorang nie, kekadang naik kesian jugak sbb anak dorang takde la bising sangat.
Airport
iii)  Ada juga penumpang yang bercakap macam tak ingat dunia, yang aku perhatikan adalah Cha Ya Nun Alif, memang culture dorang macam tu kot, kalau nak bercakap kalau bole nak satu flight dengan suara dorang, terasa nak baling je dengan kasut suruh dorang diam/bercakap pelan sikit.

iv) Ada juga tetamu yang sebelah yang terlalu pemarah (silap saya juga tersilap tegur). Sepanjang penerbangan tu dia asyik bercakap dengan kita je, dah la saya nak tido, nak tunggu 2jam 40 minit nak smpai, merupakan satu penantian yang menyeksakan. Awal-awalnya dia nampak ok je, lepas beberapa lama aku dah rase bosan, lebih-lebih lagi dia dok bercakap besar je(rase nak bagi je pelempang) pastu dok tanye kita entah ape-ape, tambah lagi ape sahaja buku yang aku bace dia dok perhatikan. Memang rase "annoying"/meluat. 
Nak cover malas aku nak bercakap-cakap melayan kerenah MAMAT ARAB tu, aku pun ambil earphone MP4 pastu sumbat masuk dlm telinga, walaupun aku masih dengar suara mamat tu, tapi aku buat-buat tak dengar je sebab aku nak tido, boring menunggu dalam flight tu, lame sangat....
Airport Kota Kinabalu


iv) Tetapi, kekadang naik kesian juga dengan baby yang masih kecil lagi menangis-nangis tak habis-habis. Kesian juga kepada parent dorang dok tenteramkan baby dorang tu. Bukan ape, kita faham, baby tu menangis kekadang disebabkan dia sakit telinga, telinga rase berdengung & sakit macam gegendang telinga nak terkeluar je disebabkan tekanan udara di atas sana.


v) Baru nie, tambah lagi satu lagi pengalaman aku, ade sorang pakcik umur dalam awal 50-an, dengan bau badannya membuatkan aku rase nak muntah, memang busuk gila dengan selambanya duduk sebelah seat aku dalam flight. Terasa juga aku nak sound, memang badan dia bau busuk sampai aku kena menahan nafas dalam air-con. Memang dia nie datang daripada kampung mana entah, sekurang-kurangnya, pakai la Deodoran or spray perfume pada badan kalau dah tau badan dia berbau dengan bau ketiak yang cukup tengik..eeeiiiii... Aku rase dia tau badan dia berbau sebab isteri dia pun ade sebelah, takkan isteri dia tak pernah tegur.... Bila ditanya, dia cakap dia merupakan seorang pegawai di sektor semi swasta, kira orang educated jugak la. Lain kali, kita semua kena jaga jangan biarkan badan kita berbau sangat, spray la perfume or ape2 untuk kurangkan bau kalau badan kita memang berbau, bukan ape, kesian kat member kat sebelah...

vi) Jika boleh, elakkanlah  keadaan anda selsema kerana bila selsema, saluran pernafasan anda akan terganggu, ini akan menyebabkan anda akan mengalami kesakitan pada bahagian kening, hidung dan juga pada gegendang telinga disebabkan tekanan udara. Kalau terasa sakit telinga disebabkan tekanan udara, cuba petua ini, Picit hidung lepas tu tiup udara dengan membiarkan mulut tertutup supaya udara dapat ke rongga dalam telinga, insyaAllah tekanan tersebut akan hilang/berkurangan...

vii) Baru-baru nie, ade la sorang mamat nie yang tak faham bahasa, bole dipasangnya semaksimum mungkin volume laptop sambil tengok movie, apa punya bangang punya orang sampai  sekeliling tempat duduknya dengar bising-bising movie tu(bunyi je, gambar memang tak nampak), apa dia ingat flight tu bapak dia punya flight ka, suka-suka hati je, consider la skit orang sekeliling nak berehat ke, ape ke...). Paling sakit hati, bole dia buat bodo jer...


viii) Ada juga sorang budak perempuan nie & gengnye, suka-suka hati je bising-bising dalam flight, cakap pelan-pelan udah ler, xperlu nak orang lain dengar. Yang paling bangangnyer, sebaik sahaja flight landing, selamba badak dia jer call maybe famly dia maklumkan minta datang ambik, kalau nak call pun tunggu la flight berhenti bergerak atau sebaik-baiknya tunggu keluar flight dulu...
 
Saya memang sukakan permandangan alam semulajadi, melihat agungnya ciptaan Allah... Lihat awan tu, memang indah semasa fajar sedang menyinsing, tidak bertongkatkan berdiri gagah di dada langit. Bila diamat betul betul, seolah-olah terbentuk kalimah Allah di awan tersebut..

Gambar-gambar yang sempat saya rakam menyaksikan keindahan ciptaa Ilahi




FLIGHT FOBIA

Kalau korang nak tau, aku juga salah bekas seorang daripada berjuta-juta flight fobia @ maybe aero fobia. Kenapa? Disebabkan dosa aku nie menggunung tinggi, risau juga jika apa-apa jadi dengan dengan flight yang aku naik tu, jika rosak tak tau la ape yang tinggal, kalau accident kenderaan kat atas darat sekurang-kurangnya masih lagi bersisa..hahaha... 
Tapi yang merisaukan bukan disebabkan "menda" tu tapi risau kalau ditakdirkan aku pergi, adakah ke syurga or ke neraka aku akan ditempatkan.hehehe....
Selepas surf internet, terdapat beberapa faktor mengapa ada beberapa orang yang mengalami flight/aero fobia ni, antaranya disebabkan :
i) Banyak sangat berita pasal pesawat terhempas di luar negara di dunia nie, walaupun cuma sebahagian kecil daripada berjuta kapal terbang....
ii) Aku suke tengok astro tentang Flight Crash Investigation, mengkaji sejauh manekah ciri-ciri keselamatan kapal terbang nie. Kekadang, disebabkan kesilapan orang lain yang kecil pun boleh menyebabkan kemalangan. 
iii) Aku sebenarnya teringin nak jumpa PILOT kat kokpit masa dorang tengah terbangkan flight dan bersembang/bertanyakan bermacam soalan kepada dorang macam yang aku selalu buat berbual dengan driver bas masa aku naik bas (walaupun yang pastinya, dorang takkan layan aku atau dorang risau aku rampas flight tersebut kemudiannya bawa terbang daripada Sabah tu sampai landing betul-betul depan rumah aku di Kelantan.hahaha). 


Airport
iv) Ramai juga yang menjerit bila flight terlanggar "air pocket" lepas tu flight akan turun ke bawah (macam masuk kawasan vacuum.hehehe..


Aku nasihatkan, kepada sesiapa yang flight fobia nie supaya jangan amik flight waktu malam sebab langit masa tu lebih berawan, so flight asyik bergegar je bila langgar awan. Kalau siang keadaannya kurang sikit lagipun kita nampak keadaan di luar sama ada cuaca elok atau tidak. Kalau rase takut, cuba tengok muka pramugari yang cun-cun/hensem-hensem tu, kalau dorang relax je that's mean takde ape yang buruk terjadi.
Selepas surf internet, antara sebab ada orang yang flight phobia nie antaranya:-

1. Takut Mati
Kalau aku seorang yang beriman, rajin sembahyang, cukup amalan di dalam buku, mesti aku tidak takut mati dan seterusnya akan confident masa naik kapal terbang. So, banyakkanlah beramal & bertawakkal (bagus juga sebab makin aku beberapa hari/minggu nak naik fligth, aku jadi rajin sikit beribadat drp biase(^_^))


2. Tidak Arif Sistem Keselamatan Pesawat
Mungkin juga aku tidak aware pasal keselamatan sesebuah kapal terbang. Pada pemikiran cetek aku, anything happen to the plane, kapal terbang akan jadi besi buruk yang akan menjunam ke bawah. Aku tidak berpengetahun pasal langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh pembuat kapal terbang dan oleh syarikat penerbangan.

4. Tak Percaya Orang Lain
Aku tak suke bila cuaca buruk sampai kapal terbang bergoyang-goyang macam apa ntah, krew cuma suruh pakai tali pinggang je pastu jangan masuk toilet, kalau bole aku nak je suruh PILOT-PILOT tu buat announcement macam pemandu pelancong maklumkan apa yang terjadi, baru la lega at least penumpang tak tertanya-tanya seperti 
"PERHATIAN KEPADA SEMUA PENUMPANG, SEKARANG KILAT SEDANG SABUNG MENYABUNG DI HADAPAN KITA, HUJAN PULA AMAT LEBAT, PESAWAT INI SEDANG BERGOYANG MACAM DILAMBUNG BADAI. DISEBABKAN ANDA SEMUA KESEJUKAN, KAMI TERPAKSE MATIKAN SALAH SATU KIPAS KAPAL TERBANG SUPAYA ANDA TIDAK KESEJUKAN..HAHAHAHA...".

Kelajuan flight AIRASIA & MAS amat laju, selaju 600-800KM/JAM, mengatasi 2 kali kelajuan kereta F1.

Airport Kota Kinabalu- Menghabiskan masa terluang sambil mengambil gambar...

5. Tak Percaya Teknologi
Penumpang tidak percaya dengan pencapaian teknologi manusia sejagat, termasuklah dalam industri penerbangan. Sebenarnya, teknologi penerbangan telah lama berkembang jauh lebih canggih.

Di bawah ini saya sertakan link berkenaan penerbangan berdasarkan pengalaman seorang PILOT AIRASIA, CAPTAIN LIM yang saya percaya dapat membantu anda (^_^):
 link ke jawapan Captain Lim, pilot air-asia yang melegakan hati saya..hehehe:-
www.askcaptainlim.com
"That wings would not snap in turbulence (except in extreme ones where no sane pilot would ever venture into one); aircraft can glide with engines failure; understand weather and turbulence; how planes are regulated for safety and being aware of the sight, sound and vibration of the planes.
Kindly browse through the answers in many topics in this site.
I wish you a safe flight".
 "The chances of an aircraft crashing due to mechanical problems is statistically very low but given the wide publicity generated by the media, it appears that statistics can appear to be quite misleading. In reality, human error is the primary contributor to more than 70 percent of all commercial airplane accidents.. Pilot error is a far more likely cause of an airplane crash than mechanical failure or bad weather conditions. For a plane to crash during the cruise - it is extremely slim but it can happen. See here. Even if a plane has lost all its engines, it is still flyable - see this video “Flying on Empty”. ".- CAPTAIN LIM

Fear of Flying
# Article Title
1 Scary Stuff - A Comment by Sarah
2 Fear of flying issues
3 Can the wings break during very sharp turns?
4 Terrified of Flying due to no communication from the Cockpit
5 A little girl's request for help for her friend’s fear of flying
6 Why didn't the pilot explain this to the passengers before takeoff?
7 Please, please, please help me. I am so scared to fly again.
8 After the Air France A330 crash, flying on the Airbus A380 freaks me out! Please answer these!
9 Many questions from a fearful flyer from Australia to Malaysia…
10 Please help! I have a fear when the door of the plane closes.
11 A compliment from a musician with a fear of flying (R)
12 Flying without fear (R) - a repost.
13 Do things get weaker as they get bigger?
14 I Am So Afraid Of the Plane Crashing!
15 Hard to control my feeling of fears about the YouTube footage...
16 Is there anything you can say to lessen the dark cloud over me?
19 Fear of Flying
20 I have a terrible, terrible fear of flying over the Ocean?
21 Should I be afraid when I see those planes so close to us?

22 What a difference your website has made to fearful flyers?
23 Yes, we fear what we don't understand?
24 Do you have any tips for traveling long haul with kids?
25 I am not afraid of flying but can you ease my fear about the landing?
26 I am so scared that the plane will not have enough power to get airborne...
27 Can you recommend any resources for our son's fear of flying?



Flying the Plane

# Article Title
1 Center of Gravity movement and its effect on safety of planes

3 What if the airplane became unbalanced before take off?

8 How to recover from a tail stall that arises from icing?
9 Landed safely with both engines dead - Air Canada Flight 143
10 Air Dynamics - How an airplane flies?

13 Can a plane skid off the runway with brakes on?
14 Why greater flaps are needed for landing than for take off?
15 When and how does the pilot commence his descent to an airport?
16 Why does the pilot reduce the engine power after take off?

18 What are the cruising speeds of the various airliners?
19 Take off safety speeds and functions of aircraft exterior lights.

22 What caused the plane to struggle in getting airborne?
23 Is it possible for an airplane to land safely with a defective landing gear?
24 How long can an airplane stay in the air when it runs out of fuel?
25 What happens when the landing gears cannot extend?
26 What happens when both engines fail 20 seconds after take off?
27 How airplanes fly?
28 Some questions on the various Landing Systems.
29 Where is the Turn and Slip Coordinator and transition point for CAS and Mach Number?
30 Which takeoff flap is more suitable?

35 Can you please explain the Boeing 737s' rudder problems?
39 What is the correct procedure when visibility decreases during autolanding?

43 What are some of the problems in landing a plane?

45 What happens if the flaps break loose during the landing?

48 Are the spoilers retracted automatically after landing?

50 Why do airliners climb all the way up to 30,000 feet on very short hops?



hardy boy : NANTI SAYA HENDAK SENARAIKAN SEGALA-GALA RAGAM YANG SAYA JUMPA SEPANJANG NAIK FLIGHT NIE, LEBIH-LEBIH LAGI YANG MENYAKITKAN HATI..hehehehe..PARA PEMBACA YANG LAIN SAYA AMAT GALAKKAN JUGA UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN BERSAMA. BERKONGSI ITU AMALAN MULAI (SHARING IS CARING)  (^_^)

 Anda mungkin ingin membaca tajuk>>>     Foto: INDAHNYA PERMANDANGAN DI ATAS AWAN   

4 comments:

  1. hahahahaa.....
    1st, nk ckp...jeles awk da confrim da 2 nk pindah balk...saya ni tak tau laa bila...awk da pkai pengaruh dato',saya xda....huhu..jeles sgt2...nk sgt balk sbah...kita tukar jum...hahaha...
    2nd, nk ckp...pengalaman time dlm kapal 2 lbh kurang ahh ngn sya...lg x selesa klu sebelah sya duduk tgh2 pas2 kiri kanan lelaki..huuhu.....
    3rd, nk ckp...nice in4mation....
    heee......

    ReplyDelete
  2. menarik juga tu Yanty, nnti kita tukar..hehehe... Yanty keja area mana?

    pngalaman awak yg 2nd tu pun menarik sebab, saya kesian juga bila ade perempuan dok di tengah-tengah sorang2 pastu saya dok kat tepi... kalau dia nk tukar saya "on" je...

    macam2 ragam manusia kita jumpa walaupun atas flight skalipun, xkira la orang kaya or orang biase jer (^_^)

    ReplyDelete
  3. wink2....awk 2 keja lecturer ahh....xdapat nk tukar ngn sya...hahaha.....sya kat putrajaya nii..huhu...nak balk....
    i2 klu awk yg kena...mslhnya,aku ari 2 da mntak tukar x hendak pla org 2 nk tukar....isshh....tp,aku laa org yg plg baik hati klu ada org nk tukar seat ngn aku...hehhee...lg 1,aku tingat ada uncle sebelah aku 2 baik sgt...siap bg aku chewing gum...tlg angkatkn bekas mknn aku bg ngn stewardes...wahhh,nk jmpa lg laa ngn uncle 2 mnto kna bg duit pasni...hahahaha

    ReplyDelete
  4. oo..awk keja ngn JPA ek..huhuhu.. best tu kerja kat putrajaya, glamer, sampai tua pn orang lain blum tentu dpt kerja kat sana....

    bagus btl la uncle tu..hehehe..gentleman (^_^)

    ReplyDelete