MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, April 19, 2010

Perlu cerewet ke untuk memilih pasangan hidup?

Entry ini adalah sambungan daripada entry terdahulu. Sila klik ke entry terdahulu "cinta dan perkahwinan" hehehe...(^_^)



Kekadang aku terfikir, perlu ke kita cerewet memilih pasangan hidup... Kekadang perempuan selalu mengadu pada aku, lelaki nie walaupun tak hensem tapi mesti nak isterinya cantik, cun-melecun dsbginya.... (Betul jugak kot tanggapan dorang tu sebab dulu masa study kat UTHM aku ade sorang housemate, hari - hari mengadu takde awek, takde orang nak kat dia la, ape la sampai pening kepala aku dok dengar dia mengeluh... Last, bila aku kesian tgk dia + serabut, aku pn rekmen la beberapa kawan-kawan perempuan aku yang masih mencari siap aku tunjuk gambar lagi.. Keputusannya, hampeh, semua direject... sedangkan kawan-kawan aku tu bagi aku ade byk ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan isteri, rupa dorang pun not bad. Memilih sangat housemate aku ni, last-last aku cakap, pandai-pandai ko la cari sendiri camner ko nak..hahaha... Sampai akhir sem aku masih dok dengar dia mengadu, tahan je la telinga...).

Ade sorang lagi classmate perempuan aku dulu, selalu sangat dok YM aku, ngadu masih lagi membujang. Puas dah member-member tolong rekmenkan, last-last mane-mane lelaki yang dia baru nak berkenalan tu, yang mane dia tak berkenan (termasuklah selepas puas diinterview macam nak minta kerja), ditinggalkan begitu je terkapai-kapai menunggu jawapan daripada classmate aku nie, kesian plk aku dgr..huhuhu).. Macam-macam la ragam... Last-last dia mencari aku plk. Sorry, bukan aku tak nak terima cinta dia tapi aku pun ade prinsip & untuk membentuk seorang bukan sesuatu yang mudah.... (walaupun dia nie memang anak seorang yang berada, mak bapak pakai mercedes, rumah besar & mcm2 lagi..)...

Bila kja dalam bidang construction dulu, aku sempat berkenalan dengan perlbagai ragam perempuan yang bermcam-mcam ragam sampai kekadang aku tak terfikir "orang mcm ni ada juga ka?!!".


Bila sambung masters,kecut perut aku bila masuk je kelas buat pertama kali(aku masuk second intake), aku dapati majoriti classmate aku terdiri daripada perempuan, masa tu 2 orang je lelaki, rase mcam nak keluar je balik daripada kelas tu... Masuk je kelas dah kena buli ngn dorang(biasela, budak baru masuk..hahaha). Sem kedua & ketiga dorang lantik ketua... Makin seram sejuk je rasenya... Tapi, takpe la, satu kepercayaan & penghormatan... Yang bagusnya, aku dapati dorang nie takde ciri-ciri perempuan yang aku tak suka seperti perasan cun, macam la cun, control ayu, jual mahal, berlagak, berbagai-bagai lagi ciri-ciri negatif. Yang bestnye, satu kelas tu umpama satu adik-beradik kandung... Ramai jugak bagi aku yang cun melecun tapi dorang nie low-profile & takde nak jual mahal or perasan cun..hahaha... Memang aku betul-betul respect ngn dorang lebih-lebih lagi bila dorang sambut besday aku yang ke-26(belum pernah member-member aku yang celebrate besday aku..huhuhu)... Brpeluang bersama classmate aku memberikan aku peluang untuk aku mengenali/memahami perempuuan. Terus terang aku nyatakan, memang jelas berbeza antara lelaki & perempuan so, masing-masing perlu saling memahami ...



Dalam ramai-ramai kenalan Masters tu, ade beberapa orang yang terpakse aku tolak cinta dorang. Rase bersalah, tapi nak buat camner walaupun dorang terlampau banyak menolong aku... Memilih ke aku? Aku bukannya hensem pun, so bukan sebab dorang tak cantik menyebabkan aku tolak...

Daripada pemerhatian aku, 80% lelaki memilih kecantikan semata-mata sebagai ciri-ciri pemilihan pertama untuk dorang jadikan pasangan or couple...
Sebab aku ni tak hensem, so aku terdiri daripada golongan yang 20% lagi tu, iaitu memilih berdasarkan kriteria yang telah disenaraikan, bukan sebab kecantikan..hahahaha...

Kriteria? Bila aku list, ntah la, rase macam aku nie memilih sangat la pulak.... Bagi aku, cukup la orang nya yang biase-biase jer tapi kalau boleh mempunyai ciri-ciri :

1) AGAMA - berpegang kuat pada ajaran agama, alim, solehah & sebagainya... Camner hendak membantu membentuk anak-anak jika agama pun tunggang-langgang...
2) RUPA - sesejuk mata memandang sebab aku nie tak la hensem pun..
3) KETURUNAN - terdiri daripada keturunan yang baik-baik...
4) HARTA - Bagi aku, lagi kurang hartanya, lagi bagus, kalau kaya sangat nanti susah pulak nak hidup susah sebab keluarga aku pun bukannya daripada keluarga berada sangat.
5) Matang - berfikiran matang
6) Pintar
7) Pantai memasak & melakukan kerja rumah (Masakan yang sedap & air tangan isteri mengikat lagi hubungan rumahtangga,tu mengikut penceramah masa kursus kawin hari tu la..)..
8) Sopan-santun, lemah-lembut (tak suka jenis kasar)..
9) Senang bertolak ansur & penyabar..
10) Tidak cerewet & ego... (aku ni bukan jenis terlalu penyabar, klu terlalu cerewet sangat nnti aku menyampah/meluat plk..hehehe)..
11) Yang lain-lain tu macam biase la, sporting, understanding, loving, caring dan segala sifat-sifat mahmudah...hehehe


So, adakah aku ni terlalu cerewet? Bagi penilaian aku sendiri, MEMANG AKU CEREWET PUN... Kenapa aku cerewet sangat nie?!! Adussss...(aku pun tak tau kenapa)...
Kepada rakan/sahabat yang pernah ku tolak cintanya suatu ketika dahulu, aku minta maaf banyak-banyak (teringat kepada Irazlinda & Lin bertahun menunggu aku. Juga Shahida, ex-s/u merangkap p.a. kerja aku dulu)...


hardy boy : Jika kita hendak pasangan kita mempunyai ciri-ciri tersebut, kita sendiri perlu la mengadakan ciri-ciri tersebut pada diri kita terlebih dahulu (Itu mengikut Buku yang aku pernah bace la...)..Miss & Love my ex-classmates MBV so much....


10 comments:

  1. wah..cerewatnya ko hadi..=p
    hihi..teda la..tu kn hak ko untuk memilih.
    tp ak suka ayat last tu, kalau kita nk pasangan cm tu, kita sendiri kena ada ciri2 cm tu.=)
    semoga ko selalu berbahagia hadi..=)

    ReplyDelete
  2. Tu la Cik Rama2 Beku,saya nie memang cerewet, kalau bole taknak memilih sangat sebab nobody perfect & masih boleh dibentuk. Susah jugakkan nak bentuk diri seseorang nie kan?!!..hehehe.. Memang saya tak memilih rupa tapi memilih dlm ciri-ciri dlman individu, adussss.. tak tau nape bole cerewet camnie...huhuhu...

    Susah ke Cik Rama2 Beku klu lelaki hendak membentuk seorang perempuan? ;-)

    So, kena la kita bentuk diri kita sendri & cermin diri sendiri dlu.hehehe.. ;-)

    ReplyDelete
  3. susah tak susah tu bergantung kepada penerimaan individu. tp klu ko terangkan btul2 napa ko perlu bentuk dia, insyaALLAH dia senang terima.tp jangan terlalu mendesak la.slow motion.biar lambat asal kekal~~

    lelaki yang baik untuk perempuan yang baik~~

    ReplyDelete
  4. ooo....nasihat yg berguna...
    Thanks for that advices..hehehe..
    InsyaAllah.. ;-)

    ReplyDelete
  5. eh..aku pnh tolak cinta ko x??hahahah...memain jer..yg penting nk cari teman hidup,tgk pd agamanya..sbb kita bkn nk bsama kt dunia jer..klu bley aku nk bsama dgn suami aku smpi dlm syurga..InsyaAllah..^__^ cari yg terima kita seadanya, yg bley tolerate.bab msk tu, bila dh kawen smgt nk jamu suami tu sndri dtg..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Thanks 4 ur comment...

    Betul la Leh, dah puas aku ngorat ko dulu, tau-tau ko kawin ngn orang, mana janji manis yang ko tabur pada aku suatu ketika dulu..isk..isk.. ;-(
    huhuhuhu...
    (Just kidding Leha)...

    Oooo... bagus betul la ko nie Leha, bagus2..a good advice drp orang berpengalaman...hehehe... Ko pun Leha, aku tgk makin pandai memasak berbanding dulu, that mean betul la nasihat ko tue..

    Aku setuju dgn Leha tentang pemilihan berdasarkan agama tu, kekadang rupa nie tak semestinya menjamin kebahagian & tak kekal cantik selama-lamanya... Tapi, kalau dalaman dah cantik, insyaAllah bahagia hingga ke akhir hayat, dunia & akhirat... ;-)

    Kalau nak diikutkan cantik pn, ianya perkara subjektif. Contohnya Siti Nurhaliza, ade yang cakap dia cantik & ada yang ckp kecantikan dia biase je... (Tak dapat nak make sure semua orang sependapat dgn kita..hehehe).

    Biasela Leha, aku nie baru nak belajar2 memahami perempuan ;-), nie asyik perempuan je yg nak kena memahami lelaki...

    ReplyDelete
  7. one more thing..dlm agama juga ckp cari yg sekufu..mmg penting pon..xde la mksd kene setaraf dr sume segi..cthnya, klu suami ader degree, isteri just surirumah takat spm je..pe pon xreti..suami yg keje engineer kdg2 nk juga idea yg intelek dr isteri tp klu dh cmtu, akn ader plak satu mslh..inferior..tp klu dh jodoh, kita xbley nk halang..cuma kene trima seadanya dan bersabar..;)pompuan ni sng je nk phm..klu marah, xke mana..marah2 syg jer..cepat2la pujuk..klu biar lelama, kang meleret2 plak mrhnya...hahahah..

    ReplyDelete
  8. Aku setuju...;-)

    ooo.... bab memujuk nie yang aku tak berapa expert nie, kalau mengorat tau la skit-skit.hehehe..
    Tapi,. sekrang nie pn aku tgh belajar-belajar memujuk perempuan, nnti ko jadi la sifu aku ye Leha
    ;-)

    Lagi satu, lelaki nie bagi aku ramai jugak yang jenis tak suke berterus terang jika ada apa-apa hal ngn pasangan dia... Kalau kita berterus-terang & berbincang, insyaAllah ape-ape problem pn bole selesai ;-)

    Nanti ko ajar aku lagi ye Leha pasal perempuan nie ye?!! Thanks for ur good advice...
    hehehe

    ReplyDelete
  9. waaahhh, sangat cerewet. haha.
    apa pun, semuanya berbalik kita sendri.
    kalau kita baik, baiklah yang kita dapat.
    yang perbezaan dan persamaan pun harus ada. kan?

    saya pun jenis yang ehem-ehem sikit. haha, tapi dapat laki yang baik, dia ada tunjuk ajar, tegur-menegur, dah kira ada perubahan dan bersyukur sangat. moga kawen cepat. haha. doakan ye! =D

    ReplyDelete
  10. shida : semoga shida cepat kawin.hehehe
    Bab kawin nie mmg kena memilih skit sbb nak kekal selamanya cuma jgn melampau2 sangat sbb dah la susah nak jumpe pastu klu jumpe pn blum tentu dia nak kat kite (^_^)

    ReplyDelete