Seminggu dua nie memang aku terasa nak cuti je, sebab aku rase aku dah kena ketumbit jenis kalazion. puncanya rasa disebab terkena air hujan yang kotor masa balik keja Jumaat seminggu lepas. Dulu memang selalu kena sebab mata aku nie jenis sensitif, tak bole kena menda kotor sangat. Last kena masa aku dipanggil interview keja kat KL(masa tu tengah kerja di sebuah kolej swasta kat Mantin, Negeri Sembilan), rasa serba salah sangat sama ada nak gi atau tak. Masa tu aku pikir nak tolak je tapi bila difikirkan bole tahan juga company tu & maybe aku takkan dapat lagi peluang keemasan tersebut, so aku dengan gamblenye gi je redah Kuala Lumpur sampai hampir 3 jam aku tersesat atas highway(sepatutnya setengah jam dah sampai dah), tak jupe susur nak masuk ke rumah membe aku tue kat Petaling Jaya (yela, nie first time aku gamble masuk KL)...
Masa diinterview, aku dah la segan ngn keadaan aku masa tu, tapi dengan "kesportingan" Kak Lina & Encik Zack interview aku menyebabkan aku dapat lupekan keadaan aku masa tu. Soalan yang ditanya, "Apakah cita-cita awak?" Aku cakap "Saya ingin menyumbangkan sesuatu untuk negara"... (hahaha, aku main cakap jer..). Dalam 2 minggu aku kena ketumbit tu, dah 4 interview aku dah hadiri (masa tu aku terfikir, nape la dorang tak panggil la aku interview masa aku sihat)... Tapi, takpe, ade hikmah rupanya.
Alhamdulillah, interview hari khamis, hari Isnin berikutnya aku dah dipanggil kerja oleh Encik Zack(General Manager) & Kak Lina(Human Resource Officer). Terkejut aku, aku ingat dorang main-main... Hari Selasa aku dah hantar surat resign kat Kolej, hari Khamis berikutnya aku dah masuk ofis baru..hehehe (dengan mata yang berketumbit)....
Kali hal nie berulang lagi (sambung balik citer tadi), dah puas ikhtiar dah tapi bengkak pada mata aku tak surut-surut lagi, rase mcm nak menyorok jer..hahaha.. Ingatkan 1minggu dah hilang dah sebab ade kursus pendek membina blog bersama Cik Rama-Rama Beku(aku memang minat pun nk masuk course nie, nak jadi student, dah letih dok mengajar). Sampai hari course pn keadaan still tak berubah so aku pun gamble je masuk kelas tu, tahan telinga je klu Cik Rama-Rama Beku nak kate ape-ape..hehe..
Ade hikmah, malam tu projek-projek aku dulu masuk Majalah 3, seronok bukan kepalang....
Pakai jugak ubat sapu kat farmasi tapi still tak menjadi. Last, semalam aku dah decide nak wat operation sebab aku tengok tak ade perubahan pun, still macam dulu so pukul 7 mlm aku pun bergerak ke Klinik.
Masuk je Klinik (cun-cun jugak Nurse dalam klinik tu.hehehe), nurse panggil & aku masuk bilik Doctor.
Masuk je bilik, Doctor tu pun cakap ;
Doktor "Kesiannyer kat awak....".
Dalam hati aku, "Nak wat camner, bersabar je la". Belum pernah orang cakap kesian ngan aku..hahaha.
Doktor tu pun start periksa mata aku, test suhu badan, tekanan darah & sebagainya....Bagus betul la doktor ni termasuk bagaimana dia guna pendekatan psikologi.
Pastu macam-mcam soalan ditanye, so aku jawab la
"Saya tak terasa sakit ape cume tak selesa".
Doctor : "Tak selesa orang tengok?".
Aku : Tersenyum.
Doctor : Saya dah rawat dua orang pesakit mcm awak nie, ade sorang tu 2 kali
dia jupe saya selepas seminggu rawatan pertama tapi tak berubah.
Aku : Oooooo....
Doctor : Selepas 2 minggu, saya rekemen dia gi hospital Tawau, buat
pembedahan kecil, keluarkan benda dalam kelenjar tu, alhamdulillah
dia sihat...
Doctor : Saya bagi awak ubat telan (ade 4 jenis ubat, banyaknye aku nak kena
telan), insyaAllah sembuh.
Aku : Kat sini boleh saya buat pembedahan kecil tu?
(Yela, malas la aku nak kena tuggu-tunggu lame-lame)
Doktor : (Doktor terkejut, ade ke aku nak minta wat operation, biasenye orang
tak nak)
Kat sini tak bole buat, tapi saya akan rekmenkan awak ke hospital
Tawau kalau tak ade perubahan seminggu lagi untuk keluarkan pada
kelenjar minyak tu...
Aku : Adusss.... (dalam hati, kecewanya tapi terpakse bersabar je, mesti ade
hikmahnyer....Tapi kalau Doc tu ckp kat klinik tu bole buat, sure
aku suruh je wat minor operation....huhuhu)
Sekadar gambar hiasan, ni kat bilik operation bukan kat bilik pemeriksaan kesihatan mata la.hehehe |
Ketumbit |
Ketumbit terjadi disebabkan saluran pada kelopak mata yang tersumbat kerana dijangkiti bakteria dan ketumbit juga tidak berjangkit dengan orang lain. |
Ketumbit jenis kalazion pula terjadi kerana nanah yang telah membeku disebabkan saluran pada kelopak mata yang tersumbat dan dijangkiti bakteria. Kalazion adalah disebabkan peradangan granulomatosis kronis kelenjar Meibom yang tersumbat. |
Hasil pembedahan kalazion di bahagian kelopak mata. |
Pembedahan kalazion di sebelah dalam kelopak mata. |
Pembedahan kalazion- Nanah yang telah membeku akan dikeluarkan dengan melakukan pembedahan kecil. |
Daripada hasil pembacaan aku daripada internet mengenai penyakit ini...
_________________________________________________________
http://info-kesihatan-anda.blogspot.com
Radang Punca Ketumbit
oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Kalau ketumbit itu kecil tidak mengapalah kerana tidak ramai yang perasan, tetapi ia jadi masalah jika benjolan seperti jerawat di tepi mata itu besar sehingga menyebabkan rasa sakit selain malu diusik.
Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.
Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan.
Punca dan Gejala Ketumbit
Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.
Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar?
Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.
Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :
* Mata berair.
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak,
Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.
Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.
Apakah rawatan bagi ketumbit?
Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.
Bilakah pembedahan diperlukan?
Pembedahan hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.
Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?
Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.
Adakah ketumbit menyebabkan kebutaan?
Tidak. Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit.
Bolehkah ketumbit menyebabkan gangguan penglihatan?
Ia boleh menyebabkan sedikit gangguan jika terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, yang mana ia menyebabkan astigmatisma.
Anak saya sering mendapat ketumbit, adakah ini bermakna beliau kurang sihat?
Tidak, sebenarnya ia jangkitan dan boleh berlaku pada sesiapa saja.
Bolehkah ketumbit berjangkit?
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.
Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?
Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.
Bagaimanakah pembedahan ketumbit jenis kalazion dilakukan?
Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun untuk kanak kanak, pembedahan menggunakan bius am diperlukan.
hardy boy : Setiap perkara yang melanda kita mempunyai hikmah disebaliknya. Allah akan memberikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan...
Saya selalu kena ketumbit sbb mata terlalu sensitif. yang paling tak best bila dorang kate kita wat menda bknla(skodeng), ketumbit nie berjangkit la & nth ape2 tohmahan.hahaha..Tp dorang cube bergurau je, nk usik kite. Saya nasihatkan terus pergi klinik kalau kita kena sbb makin teruk, Bila telan ubat, sekejap je dah sembuh.hehehe, kos pn xsampai RM50 (^_^).
Update :
SEMINGGU SELEPAS POST NIE DI PUBLISH, ALHAMDULILLAH KETUMBIT KU MULAI PECAH, TERASA SAKIT JUGAK SEBAB NAK KENA PICIT KELUARKAN SEMUA... TAK JADI LA NAK GI OPERATE... ;-) BERHASIL JUGA UBAT KURANGKAN BENGKAK YANG DIBERIKAN DOKTOR TU...Punca dan Gejala Ketumbit
Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.
Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar?
Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.
Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :
* Mata berair.
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak,
Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.
Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.
Apakah rawatan bagi ketumbit?
Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.
Bilakah pembedahan diperlukan?
Pembedahan hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.
Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?
Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.
Adakah ketumbit menyebabkan kebutaan?
Tidak. Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit.
Bolehkah ketumbit menyebabkan gangguan penglihatan?
Ia boleh menyebabkan sedikit gangguan jika terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, yang mana ia menyebabkan astigmatisma.
Anak saya sering mendapat ketumbit, adakah ini bermakna beliau kurang sihat?
Tidak, sebenarnya ia jangkitan dan boleh berlaku pada sesiapa saja.
Bolehkah ketumbit berjangkit?
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.
Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?
Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.
Bagaimanakah pembedahan ketumbit jenis kalazion dilakukan?
Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun untuk kanak kanak, pembedahan menggunakan bius am diperlukan.
hardy boy : Setiap perkara yang melanda kita mempunyai hikmah disebaliknya. Allah akan memberikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan...
Saya selalu kena ketumbit sbb mata terlalu sensitif. yang paling tak best bila dorang kate kita wat menda bknla(skodeng), ketumbit nie berjangkit la & nth ape2 tohmahan.hahaha..Tp dorang cube bergurau je, nk usik kite. Saya nasihatkan terus pergi klinik kalau kita kena sbb makin teruk, Bila telan ubat, sekejap je dah sembuh.hehehe, kos pn xsampai RM50 (^_^).
Update :
So, kepada sesiapa yang mengalami keadaan seperti ku, aku nasihatkan supaya cepat-cepatla ke klinik @ hospital before it gettin worse....
bro, kes kita samala.mata aku bgkk skrg ni..tnsion btl..aku pun nk bt operation la..mkn ubt xjd gak
ReplyDeletezuar, xpe. nak operate nie bagi aku last choice la,walaupun tak sakit cume doktor tu hiris sikit nak kluarkan nanah beku tue.. Kalau macam aku, maybe nanah dlm ketumbit aku belum beku lagi, tu sebab bengkak tu mengecut lepas telan ubat... ape-ape pun, ko mintak la advice Doktor... Biasenye dorang bagi ubat, lps seminggu kemudian, barula doktor tu akan operate or rekomenkan ko ke hospital berhampiran(kalau klinik tu tak dapat nak buat operation ketumbit la)..
ReplyDeleteyeke..mahal x kos operation kat hospital kerajaan?agak2 bape
ReplyDeleteaku rase tak mahal pun, rasenye xsampai RM50 sebab dia hiris sikit je nak bagi nanah tu keluar dari sebelah dalam kelopak mata kita tue.... Lepas tu doktor tu picit la nak bagi nanah beku yang keras tu keluar... Doktor yang rawat aku tu cakap, sebelum tu ade 2 orang pesakit yang datang sebab kes ketumbit yang tak surut2 lepas 2 minggu nie...
ReplyDeletesalam...nak tnye..sy pun kena jgk...dah dekat sebulan..kejap timbul kejap tenggelam...dah pergi hospital n tgu masa nk operate je..tp postponed sminggu sbb sy exam...tp skrg ni...chalazion ni..die tenggelam..bile rase...ia still ade kat dalam ni haa..n skrg xtau nk p ospital ke x..
ReplyDeleteaku & aku : saya rase mata awak mcm saya, sensitif takleh kena kotor sikit, senang kena blk...
ReplyDeletesaya rase nanah dlm kelopak mata awak tu dah mengeras, tu sebab awak masih dpt rase. seelok-eloknya awak, awak pergilah cek di klinik atau hospital, minta pendapat Doktor. kalau awak nak operate buang pun, Doktor cuma bius & hiris sikit je, pastu doktor picit utk keluarkan kalazion tue.Peralatan doktor pn lagi bersih & canggih...
Sy p mcm kmu ni la.. dri sekolah menengah lg ni mcm ni,. Kejap hilang n timbul.. tp kali da masuk 2 bulan belom sembuh lg kedua2 mata ni... mmm
ReplyDeletebojunk : saya nasihatkan awak pergi je ke klinik, xsampai rm50 rasenye dia punya ubat utk kecutkan ketumbit tu..... saya rase ketumbit awak tu dah mengeras, jadi macam bentuk nasi, sbb tu dia tak bole kecut. klu pergi klinik dia akan bagi ubat utk kecutkan ketumbit/nanah tu. kalau tak jadi juga, mybe doc akan cadangkan awak utk pergi bedah sikit(insisi kecil) kat hospital utk keluarkannya....
ReplyDeletesaya pun kena.bedah kat dktor mata mahal kena rm300
ReplyDeletetu la, saya dengar pembedahan ketumbit adalah disekitar rm200.00
Deletesy mengalami chalazion..ia terjd ms sy mula2 sy pregnant..sy ingtkan ia disbbkan oleh sy pregnant..sy biar kn jela sbb sy pk,lps b'salin nnt ia akan hilang ttp smpai sy b'salin,ia still ada..sy search internet dan sy dapati ia chalazion..klu nk mkn ubt,mst da xblh sbb chalazion sy ini dah 9bln lbh..jd mata sy mst di operate kn?klu pergi kerajaan mst lame nk kna tgu..n klu pergi swasta,sy nk tahu kos anggaran utk lakukan operate tue..agak2 bpe ek?..
ReplyDeleteyang saya survey operation tu disekitar rm200, tu pun kalau saya tak silap.
DeleteJika nak buat operation kecil kalazion di hospital kerajaan, kos pun lebih murah cuma kena buat appointment terlebih dahulu lagipun takdela kena menunggu lama sebab bukannya pembedahan besar.hehehe....
..owh yeke?sy tkt kna menunggu lame tue la klu blh xnk wt kt kerajaan sbb ad stgh org ckp mybe mkn ms b'tahun..tue yg xsgp nk menunggu tue..ape2 pn,terima ksh ye..
Deletexpe, try je tanye hospital kerajaan klu nak save-budget.hehehe...
Deletecuma klu di klinik swasta,maybe lebih selesa cuma xsemua klinik bole lakukan operation kalazion ni sbb dorang takut ada ape2 effect nnti dorang plk kena tanggung.hehehe.. ada juga klinik swasta yg bole rekmenkan kita terus dgn mana2 hospital (^_^)
mata sy pun ada benjolan. atas kelopak dan bwh mata . bnyk biji jgak.nk dkat 5 bln.. ingat kn ketumbit... bru ni check doktor, dia suruh refer hosp. agak 2 klu operate ada parut x?ambik masa x nk sembuh lpas operte?
ReplyDeletebiasenye dorang operate daripada sebelah dlm kelopak mata, dorang buat insisi(belahan) kecil je (tgk kepada ketumbuhan ketumbit tersebut sama ada lebih timbul disebelah dlm atau sebelah luar kelopak mata.
Deleteklu kecil ketumbit tersebut, taklah terlalu besar parut tersebut...
sy baru je buat operation pasal sakit kalazion ni. bnda ni dh lama. almost setahun dr biji tu mula2 kecik smpai ke besar. tp biji ni xsakit. nekad dh kali ni kena gak bt operation sebab huduh bila senyum nmpk bawah mata mcm bengkak sebelah. masa operation tadi hanya tuhan yang tahu sakit mcm mana even dah dibius. sakit gak la masa doc tekan2 nanah tu. tapi bertahan je la xkan nak lari kot. kos kena rm150 (ubat, Consultation, operate). buat dekat klinik swasta. kalau hospital kerajaan, appointment bln feb 2013. hahhahh xmampu dah nk tunggu lama sangat.
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian pengalaman saudara/saudari tersebut yg cukup bermakna bagi kami (^_^)
DeleteBoleh twu tak kat mne tempat tu..nama dia ape..dan klu bley alamat dgn no.tel..tq
DeleteLepas baca jdi takut nk buat operation.. hurmmmm
DeleteMcm mana nie...huuhu
Hi clinic / hospital mana yg you buat cost rm150 tu. tq
DeleteSaya pn ada kena, sekarang dah masuk 1 minggu tp blm pecah lagi,dah besar biji guli,terasa panas dan tegang tambah2 lagi di waktu petang ke malam,doktor bagi 5 jenis ubt tp ketumbit ni mcm tu jugak,mlm ni dh plan nk g klinik lg sbb ubat semua dh abis,tak tahu nk buat apa lagi,apatah lagi bos asyik call suruh dtg kerja,
ReplyDeleteelok juga klu pergi klinik, mungkin Dr akan cadangkan supaya tukar ubat lain yg mungkin lagi sesuai/lagi kuat...
Deletesaya pun selalu kena benda ni dr zaman sekolah sampai lah sekarang sekajb ada sekajb teda ada tak jual ubt titik antibiotik tu kat farmasi?
ReplyDeleterasanya awak kena tu (sama mcm saya) disebabkan mata kita ni terlalu sensitif, kelenjar minyak pada mata senang tersumbat kerana dijangkiti bakteria...
Deletebagi saya, ubat antibiotik tu ada dijual difarmasi tetapi saya cadangkan agar pergi klinik, nanti Dr bagi ubat telan (bagi saya ubat telan tu lagi mujarab) kerana ubat tu akan bantu salur minyak pada kelenjar mata daripada tersumbat, bengkak/nanah pun akan lebih cepat pecah...
saya pun kena ketumbit jugak..dah sebulan lebih jugak laa..dalam sebulan tu saya ingat ketumbit ni akan susut sendiri..tapi tak ada apa-apa perubahan..lepas sebulan tu saya cuba tenyeh bawang putih kat mata ni..dalam seminggu mula nampak nanah kat ketumbit ni..saya dah mula takut..rasa nak buat pembedahan je ni..risau nanah ni pecah sebab ketumbit saya ni kat bulu mata..risau ada effect pulak kat mata ni..aduh buntu saya nak fikir pasal kos bedah nanti...
ReplyDeletebagi pendapat saya, bagus ada nanah tersebut, ia menandakan bahawa ketumbit tersebut dalam proses untuk sembuh. apabila nanah tersebut pecah, ketumbit insyaAllah akan sembuh dan bengkaknya akan menyusut sedikit demi sedikit... Biasanya ketumbit tersebut akan sembuh dan keluar nanah apabila kita mengambil antibiotik..
Deletebagi pendapat saya, ianya tidak memerlukan pembedahan.walaubagaimanapun, saudara/saudari boleh merujuk kepada nasihat doktor di klinik...
sy kene jgk ketumbit ni..nk tnya doktor yang bedah tu mesti doktor pakar ke yang bedah ye..sy punya ketumbit ni da 2 minggu x sembuh2..rasa malu da nk g keje..huhu
ReplyDeleteBergantung kepada tahap kritikal ketumbit saudara, jika kritikal mungkin Dr Pakar yang akan operate, tetapi jika tidak serius cuma Dr biasa sahaja...
DeleteApa pun, cuba dapatkan nasihat Dr je, try berjumpa DR utk mereka periksa mata saudara(^_^)
Bro..mata saya pom ade naek kalazion..beberapa bulan da..prefer mkn ubt ke operate ekh
ReplyDeleteUtk permulaan, lebih elok jika saudara ke Klinik dan makan ubat yg diberikan Dr terlebih dahulu, jika selepas seminggu kemudian tiada perubahan Dr akan berikan ubat lain yg lebih tinggi sedikit dosnya daripada yg pertama....
DeleteJika Dr melihat masih tiada perubahan, Dr akan berikan beberapa cadangan yang lain utk ubati Kalzion tersebut
Saya dah pergi dapatkan rawatan drp doktor..saya diberikan ubat titis mata..dah 2 kali saya guna..tapi still ade la kalazion 2..so skrang saya hanya menuam mata saya dengan air suam selama 10-15 minit 3 kali sehari shja..
Deletesaudara juga boleh minta ubat telan (hari tu, saya pernah diberikan ubat telan utk ketumbit ini, alhamdulillah ketumbit tersebut mengecut secara mendadak kemudian pecah dalam masa 3-5 hari).
Deleteapa nama ubt tu..blh cek kan c kalau masih ada
DeleteSalam saudara hardy boy,, aku dah masuk 2 bulan ketumbit d mata bawah sebelah kanan mata aku ni. Rimas laa masalahnya., tak sakit. So kalo tak sakit ,, konfemla nanah tak kan kluar. Dah pergi hosp. , klinik dan farmasi dah. Tapi ubat krim yg sapu kat dlm mata tu rasa tak boleh bkesan dah. Apa jenis ubat yg dokter bagi pd awak tu ar. Boleh share tak. Btw terima kasih perkongsian yg awak share ni. Bnyk mmbantu menyenangkan hati. S
Deletesaya pon mgalami maslah yg sama... dulu ade jugak masalh ni.. tp untuk sembuh mmg ambil masa yg lama.. lepas dy surut..ad mcm parut.. xlama lpas tu..tumbuh lagi yg baru.. tp kat bhgian lain.. hurm..ade ape2 cadangan x?
ReplyDeleteKos rawatan ketumbit di pantai hospital berapa eak..sapa taw ..tolong gtaw plzzz
ReplyDeleteay ada dpt surat refer dari pantai hosp. sy tanya dok tu kos brapa. dia kata dlm 400 cmtu huhu. dkt 4 bln sy biarkn je ketumbit ni membesar x operate2 lg tp kli ni mcm teruk dh xleh tahan, kena jgk huhu
Deletesalam sy dah 5 hari kne ketumbit ..dia bengkak merah n gatal sgt kat kelopak sblh atas tp xdr nanah..klu ketumbit mcm ni akan ade nanah jgk ke n amik masa lame jgk ke nak sembuh..now tgh consume antibiotik tp mcm xde kurang je..n doc ade bg ubat gel dia.suh sapu waktu ms nak tido tp bc manual ubat tu die suh titik dlm mata..hmm confuse..down btul kne ni sbb x selesa bile nk kuar n kn pki spec je..first time kne..😢
ReplyDeletesalam sy dah 5 hari kne ketumbit ..dia bengkak merah n gatal sgt kat kelopak sblh atas tp xdr nanah..klu ketumbit mcm ni akan ade nanah jgk ke n amik masa lame jgk ke nak sembuh..now tgh consume antibiotik tp mcm xde kurang je..n doc ade bg ubat gel dia.suh sapu waktu ms nak tido tp bc manual ubat tu die suh titik dlm mata..hmm confuse..down btul kne ni sbb x selesa bile nk kuar n kn pki spec je..first time kne..😢
ReplyDeleteBengkak sy ni dh hampir setahun. Terkena masa mengandung. Skrang dh ada 3 biji. 2,2 belah mata. Biji yg paling besar ni buatkan sy rasa denyutan, sakit. X boleh tido. Kalau area kk, d mana nk buat operation buang benda ni? Brapa kos dia?
ReplyDeleteSy 2x dah operate..1st tahun 2014. Kedua tahun 2015..biji tu naik bahagian dalam tp xla sampai bengkak. Cumanya bila kelip mata rasa pedih sangat.. 2x buat kat pantai tapi claim insuran. Sy tgk dalam bil rm6k...mahal sebab claim insuran ke ek..tgk org lain ratus2 je..
ReplyDeleteOk tu 1. Yg kedua nak gtaw tahun ni pon jd balik biji2 tu..kalo boleh xnak dah g pantai..doktor mcm buang x abis biji2 tu..kat mana lagi yg ada utk operatio ye area penang..hope sesiapa sudi reply. Tq
Sy 2x dah operate..1st tahun 2014. Kedua tahun 2015..biji tu naik bahagian dalam tp xla sampai bengkak. Cumanya bila kelip mata rasa pedih sangat.. 2x buat kat pantai tapi claim insuran. Sy tgk dalam bil rm6k...mahal sebab claim insuran ke ek..tgk org lain ratus2 je..
ReplyDeleteOk tu 1. Yg kedua nak gtaw tahun ni pon jd balik biji2 tu..kalo boleh xnak dah g pantai..doktor mcm buang x abis biji2 tu..kat mana lagi yg ada utk operatio ye area penang..hope sesiapa sudi reply. Tq
Sy pun kena ketumbit juga ni , dah dlt 6bkn . Smpi skrg tk sht2 lg . Mata still bengkak . Mkan ubt pun mata tk surut2
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum, saya ingin bertanya. saya mendapati sesuatu tumbuh d kelopak mata saya.. tidak sakit dan gatal pun. ianya seperti biji kecil sahaja. tetapi sudah seminggu lebih benda tu ada d kelopak mata saya.bagaimana saya ingin menghilangkan benda tu.. adakah itu ketumbuhan atau penyakit berbahaya? harap bole bantu :(
ReplyDeleteassalamualaikum, saya ingin bertanya. saya mendapati sesuatu tumbuh d kelopak mata saya.. tidak sakit dan gatal pun. ianya seperti biji kecil sahaja. tetapi sudah seminggu lebih benda tu ada d kelopak mata saya.bagaimana saya ingin menghilangkan benda tu.. adakah itu ketumbuhan atau penyakit berbahaya? harap bole bantu :(
ReplyDeleteSalam, saya baru je buat operat buang minyak atau lebih mudah nanah beku tu tapi adakah benjolan tu akan kekal atau hilang ye. Sbb ade benjolan lg la kt kelopak mata ni.
ReplyDeleteBuat dekat mana? Sakit tak?
Deleteanyone yg pnh buat operate kt pantai hosp? if ada bole share?
ReplyDeletehaihh kalau bole sy xnk la operate2 ni sbb tgk gmbr2 kt blog pun dh seram n menggelikan haha. lg2 kos kt pantai dlm 400 cmtu huhuhuu
Sy baru operate kat pantai..memang cas gitu.. self pay..kalau insurans dorg claim lagi mahal 6k..
DeleteSaya tuam tempat yg ada ketumbit dgn kapas yg direndam air panas + garam..(jgn bg kena dlm mata..kapas tu dibiar suam dulu) dlm 6 hari dah x sakit & sembuh
ReplyDeleteAgak agak rm50 untuk operation tu tahun 2018 ni. Dah jadi rm500 ke tak ea. Hahaha. Aku stress mata aku chalazion ni besar nak mampos sampai orang dok ejek aku tengok porn*** sedih :(((
ReplyDeletesaya ada masalah mata macam ni juga, tapi sy guna APPLE CIDER VINEGAR The Mother, Ketumbit tu dah 4 bln dh dekat mata, dah besar.. 2 minggu i konsisten guna, dah xda. Selagi boleh buat cara alami, jgn operate.. sbb lepas operate, dia akan dtg lagi. so xda makna operate..
ReplyDeleteSy pn prnh mengalami masalah ketumbit..tp dh lma ketumbit tu ada. Setelah kering ia meninggalkn kesan n benjoln pd ats mata sy yg membuat tidak menarik mata memandang. Perlu ke sy membuat operation?
ReplyDeleteAssalammualaikum. Sy mengalami masalah yg sama di dua2 belah mata. Ktumbit di mata kanan dah setahun lebih xsurut2 wlau kdang tu mngecut sikit, tapi tetap ada. Ktumbit kt mata kiri plk dah 3bulan lebih. Awalnya kcik ja tapi skrg dah makin besaq sampai. Nak tau klau appoinment dkat hsptal kerajaan bapa la utk blh bedah. Klau ada cara lain selain bedah mntk tlg kongsi. Sbb sapu ubat xsrut2.
ReplyDeleteAssalamualaikum ubat telan tu... Ubat apa dia bagi tolomg balas
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteanak saya umur 2 thn 7 bulan kena ketumbit yg jenis kalazion x da mata doc suruh refer hospital pakar utk buat operation saya pulak yg risau adakah buat operation tu pesakit ditidurkan atau tak..siapa ada pengalaman
Salam sis. Anak sis dh operate ke? Anak sy 1thn 4 bulan kene clazion nih sama mcm anak sis. Sakit tak operate? Dia tidokan ke?
DeleteSama mcm anak saya lahh 2tahun 3bulan , kena ketumbit jenis kalazion
ReplyDeleteApa nama antibioyik tu
ReplyDelete