MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, October 19, 2010

PENAMPAKAN HANTU POCONG DI HIGHWAY AIRPORT TAWAU

Pocong - Sekadar gambar hiasan (mana la aku sempat nak ambil gambar sebenar, gilo apo?!!hahaha)

PENDAPAT SAHABAT SEMUA DIALU-ALUKAN MENGENAI KISAH BENAR SAYA INI. MEMANG SERAM SEMASA SAYA MENEMUI POCONG INI TETAPI SAYA SELITKAN ELEMEN HUMOR DALAM KISAH SAYA INI...


-->
Gambar Hiasan- Pocong

Alhamdulillah, masih lagi diberikan peluang bernafas oleh-Nya selepas pulang daripada menghadiri program di Kota Kinabalu.

Sampai je ofis, beberpa member staf sepejabat mula bertanyakan soalan, dorang cakap dah kecoh dah satu kolej pasal citer aku..

Dalam hati "Citer ape plak nie? ." Cukup la kolej kecoh lepas aku terkunci dlm kolej hari tu..hahaha....


Member : "Kitorang dengar ko ade ternampak pocong?".



Aku : "Eh, mane tau nie?".

Aku : Ala, ade ternampak hari tu, mase balik daripada KL, 10 Oktober daripada airport menuju ke Tawau... Dah la flight delay, sepatutnya depart pukul 6.30 ptang, tapi pukul 9.10 baru flight berlepas. Pukul 12 lebih baru sampai airport (Dalam hati, klu la flight ditangguhkan esoknya, terlepas la aku nak gi Kota Kinabalu pagi esok...).

Member : Citer la sikit... (inginkan kepastian).

Aku : Aku balik dalam pukul 12. 30 pg. Masa sampai di sebuah kawasan, ade sebuah hentian bus kosong, tapi sekeliling bus stand tu penuh dengan semak-samun, klu orang normal, memang dorang takkan dok kat bus stand tu. Tapi, aku perasan macam ade seorang sedang menunggu kat dalam bus stand tu. Takkan tunggu bas kot sebab dah lewat mlm, gelap plak dalam tu...

So aku wat derk jer la, teruskan perjalanan....

Member : Pastu...

Aku : Lepas tak berapa lama, 5 min lebih camtu, aku sampai kat satu kawasan yang sebaris tiang-tiang lampu jalannya, padam. Trip, maybe sebab kilat kot. Masa tu, hujan baru jer berhenti...

Dengan berdebar, aku lalu la jalan tu, dengan gelap gelita...

Lepas tiang lampu tu, lega sebab beberapa tiang lampu berfungsi dengan elok.

10 min kemudian, masa lalu selekoh aku ternampak satu kelibat putih tapi aku wat derk je la. Sampai dekat jer, MasyaAllah, aku ternampak "seekor" pocong sedang melompat-lompat kat divider tengah jalan (divider kat tengah jalan tu ade tiang lampu & kawasan rumput lapang , lebar ade la 5 meter)...

Mau tak terkejut bila pocong tu melompat-melompat ke arah kiri (menuju arah aku), dah la kawasan tu terang benderang, lorong-lorong atau simpang nak masuk kampung takde, memang kawasan takde orang. Dah la pocong tu nak melintas tanpa dia tengok kiri kanan. Lompatan dia ade la setinggi 0.3 meter jer...
(Kalau ye pun nak melintas, tengok la kiri kanan dulu, nie main lintas jer, masa cikgu mengajar melintas jalan sekolah dulu tak mau belajar betul-betul..).

A
ku pun dengan refleksnya, terus menukar lorong daripada lorong kanan ke lorong kiri, nak mengelak daripada terlanggar pocong tu. Dalam hati, nak tercabut jantung aku, dah la mengantok, terus hilang mengantok...

Lepas jer, aku berjaya jugak memotong pocong tu... Kalau aku terlanggar, masak la aku nanti...

Lepas je memotong, aku tengok side mirror, risau kalau-kalau pocong tu menumpang di belakang aku. Kalau nak menumpang pun, bagi la salam dulu, jangan main serjah jer, takpun tunjukla isyarat tangan suruh aku berhenti...
Risau & seram sejuk jugak aku, kalau-kalau dia menumpang aku, nak ke Tawau. Bukan ape, aku nak ke Kinabutan jer, tak sampai Tawau pun...

Yang aku peliknya, pocong tu melompat tapi kakinya tak terikat. Sampai sekrang aku masih tertanya-tanya, adakah semua pocong kakinya mesti terikat macam dalam filem tu?

Memang macam nak luruh jantung aku, macam nangka jatuh ke bumi bila ternampak menda tu. Napa la pocong tu tak dok diam-diam bace buku tak pun wat homework yang cikgu berikan...

Aku bukan ape, aku nie pemalu sikit kalau terjumpa pocong nie lebih-lebih kalau pocong tu tersenyum menunjukkan senyumannya yang menawan depan aku, ape aku nak buat nanti?!!

Paling menyeramkan lagi, aku ternampak lagi kawasan kubur Kristian sebelah kanan tapi tiada gangguan.

Lutut aku masa tu memang menggigil, tapi aku tak tau menggigil kerana kesejukan atau ketakutan..hehehe...

20minit kemudian, sampai jugak aku ke lorong nak masuk Taman Kinabutan. Yang paling menyeramkan, aku teringatkan kata-kata jiran aku cakap dia pernah ternampak kelibat seorang perempuan melintas jalan kat satu kawasan selekoh tajam ke Taman Kinabutan. Sampai je selokoh menyeramkan tu, terkejut aku, aku hampir-hampir terlanggar 2 ekor anjing tengah berdating di tengah-tengah jalan, nasib baik tak terlanggar. "Ape, takde tempat lain ke korang nak berdating?!!". (Selepas aku tanye kepada beberapa kawan sekerja, dorang pun slalu terdengar crita tentang perempuan tu datang menjenguk-jenguk ke taman pada waktu malam, perempuan muda plk tu...).

Sampai je Kinabutan, aku terus hantar burger Mac D kat member baik aku, Zizan & tanpa diminta aku terus menceritakan kejadian tersebut kepada Zizan. Terdiam sekejap Zizan. Aku pun balik, sampai rumah aku bace beberapa potongan ayat suci untuk menjauhkan gangguan jin/makhluk halus supaya tidak masuk ke rumah. Kemudian berikan salam masa masuk rumah (aku sorang jer masa sbb housemate g Kota Kinabalu) mana la tau kalau ade penghuni, jin, malaikat @ makluk lain lain dalam rumah masa tu. Lepas mandi, bersihkan badan, berwuduk supaya tiada lagi gangguan yang mengekori, aku pun sembhyang sebelum smbung tido, esok pkl 7 dah nak bertolak ke Kota Kinabalu la plak, ade program.

Esok paginye, Zizan bagitau aku yang dia tak boleh nak tido malam tu lepas dengar citer aku... hahahaha.. Ape nak buat, sape lagi aku nak citer, tengah excited masa tu...
Sampai la aku menulis blog nie, aku masih lagi terfikir, sama ada pocong yang aku jumpa tu pocong sebenar atau cuma orang yang nak main-main. Bila Tanya orang-orang lama di Tawau nie, aku masih lagi dapat 2 pendapat, ada yang cakap memang tempat tu berpuaka sedikit sebab arah nak ke airport tu ada satu kawasan perkuburan Islam & dorang selalu ternampak lintasan/objek terbang melintasi jalan tu… Dorang cakap, kalau ade orang main-main kat kawasan tu, sure dorang kena pukul dengan penduduk kampung… Kalau la betul, memang aku perasan ade seorang manusia sedang menunggu kat bus stand dlm semak tu tapi tak tau la orang betul or makhluk halus.
Pendapat kedua, ade beberapa orang cakap orang main-main jer supaya kereta yang lalu accident so dorang boleh la rampas barang-barang yang berharga. Kalau la betul, bagi aku maybe orang yang sedang menunggu kat bus stand dlm semak tu akan call member dia supaya bersiap sebab ade orang nak lalu kawasan tersebut….
Tak kurang juga ade member yang cakap "LAIN KALI KO TANGKAP JE POCONG TU, PASTU MINTAK NO EKOR!!!". hahahaha.....
Bapa saudara aku yang bekerja di TLDM Pasir Gudang pun pernah cerita, di kawasan tersebut adalah kawasan jin bertandang, memang takde orang yang nak tinggal sangat. So, banyak jin-jin yang berkampung kat situ, semuanya jenis kuat & kalau Nampak dorang, dorang bukan dalam bentuk bayangan sahaja tapi memang nampak betul-betul real depan mata. Maybe kes aku nie, maybe dia nak tunjuk rupanya sebenar kot.
Antara sebahagian kisah lain,
-->
1) Aku pernah ternampak hantu penanggal (kalau kat Sabah dorang panggil Balan-balan) di hadapan rumah aku. Dalam satu malam tu, 3 ekor melintas di dada langit secara berturutan tapi di 3 tempat berbeza, bila aku tengok dorang, terus terpadam api (pandai pulak dorang padamkan lampu, macam kapal terbang la plak..hahaha..). Aku tnya la tunang aku, dah pukul berapa? (masa tu tengah dok bergayut dgn telefon), tunang aku cakap dah pukul 1 lebih dah, so terus aku masuk dalam rumah. Bukan takut Cuma segan jer mane la tau kalau2 balan-balan tu datang dekat aku pastu nak berkenalan sambil menunjukkan senyuman yang manis. Bukan ape, aku nie pemalu sikit..hahahaha….
Esoknye, member-member aku bagitau, orang yang lame kat sini pun belum tentu dapat jumpa. Tapi, ada 2 orang kawan aku kat Taman tu pernah jumpa Balan-balan nie. Orang cakap, klu nak tengok, cuba la renung ke luar tingkap pkl 3 pagi, kalau bernasib baik bole la tengok..hehehe..
Ustaz Faizal ada bagitau aku, jangan tegur menda nie. Maybe pantang larang hantu penanggal nie, dorang mesti cari sesiapa yang menegur dorang kot (mungkin saje je dorang nak berkenal-kenalan.hahaha). Ade sorang member dia(seorang ustaz jugak pernah tertegur, sedar-sedar Balan-balan nie masuk ke dalam rumah. Alhamdulilllah, selepas di baca beberapa potongan ayat suci, menda tu pun keluar jugak.
Selepas aku berkahwin, masa sedang syok bergayut dgn tel luar rumah, sekali lagi aku ternampak balan-balan nie terbang lagi di depan aku tapi kat dada langit la. Dia punya api lagi besar, so terus aku masuk rumah, seram sejuk..hahaha..
(Sedikit fakta berkenaan hantu nie, balan-balan(hantu penanggal) nie akan terbang untuk mencari darah macam darah orang bersalin, makan mayat yang baru sahaja di tanam & kalau tak ada makanan, dorang akan makan katak. Mereka nie berasal daripada manusia yang mengamalkan ajaran yang jauh terpesong daripada agama. Ada juga yang kata hantu penanggal ni dulu digunakan sebagai memudahkan dorang bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain).
2) Aku nie pun jenis suka mengembara/travel. Dulu masa aku balik daripada rumah keluarga angkat di Teluk Rimba Muar, Johor, nenek angkat aku bekalkan suruh bace beberapa ayat untuk mengelakkan gangguan semasa balik. Masa aku sedang syok layan selekoh keluar daripada tol Tangkak menuju ke Batu Bahat dengan superbike aku, terasa sesuatu yang pelik, ade something mengikut/menumpang aku sampai Batu Pahat. Rasanya macam perempuan. Seminggu jugak la aku rasa menda tu mendampingi aku (asyik meremang je bulu roma) pastu sebab aku nie banyak dosa kot, tak lama kemudian terasa menda tu meninggalkan aku..hehehe..
3) Member satu Kolej aku,Encik Basir, satu taman plk ngn kitorang pernah bagitau anak dia ternampak hantu siap dia cakap “Papa, sana ade hantu Papa!!!” sambil menunjukkan ke arah ruang tamu, dah la pkl 12lbh plak tu… Sape yang tak meremang walaupun Papa dia tak nampak “menda” tu….
4) Masa di asrama dulu pun aku pernah ambil tilam daripada apartmen yang bertahun-tahun takda orang menginap. Malam pertama aku bermimpi ade seekor lembaga hitam berdiri depan aku, kena tindih. Malam kedua Lembaga putih plk yang tindih, adus, penat r aku cmnie asyik kena tindih. Maybe disebabkan aku ambil barangan dorang kot. Kalau dorang nak main wrestling pun, g la masuk WWE.
5) Masa outstation kerja dulu di Cameron Highlands , housemate aku, Firdaus pernah kena santau life depan mata. Orang yang buat tu siap pakai bomoh daripada Thailand lagi, kalau bole nak buat dia terseksa sampai mati. Memang cukup kuat. Aku cuma dapat tolong yang mana terdaya jer. Tak berapa lama kemudian member aku nie pergi berubat di Betong, Thailand berjumpa bomoh/perawat di sana. Alhamdulillah, sembuh juga akhirnya…

Ba
KENAPA MAKHLUK HALUS (jin, syaitan & iblis) NIE SUKA MERASUK MANUSIA?


Aku pernah menjadi peserta pada thn 2008 berkenaan rawatan Islam. Perawat tersebut Ustaz Abdul Majid Awang turut mempunyai satu laman blog > http://akrine.blogspot.com/. Dulu banyak video rawatan yang beliau upload tp sekarang banyak yang dah diremove. Ustaz nie pun macam kekurangan masa utk publish artikel disbbkan jadual yang lebih padat berbanding dahulu.
Klik link untuk menonton video kursus tersebut > http://ucitv2.uthm.edu.my/streaming.php?media=
Aku juga pernah mengendalikan beberapa kursus rawatan perubatan Islam masa futher study 2008 sebagai pengarah program. So, sempat la aku bertanyakan beberapa soalan kepada Ustaz Hussein (perawat) berkenaan hal ini.
Antaranya, sebabnya ialah:
1) Jin/Makhluk halus ini memang suka berada di dalam badan manusia dan bersarang di dalam salur darah, urat nadi dan sebagainya.
2) Jin/Makhluk halus ini mungkin dihantar oleh seseorang untuk menganiayai kita.
3) Jin/Makhluk halus memasuki badan manusia kerana ingin mengganggu kita terutamanya semasa kita menghadapi sakaratul maut. Mereka akan menggoda kita sehinggalah kita terkeluar daripada agama. Dorang akan berupa bermcam-mcam sama ada berupa ibu bapa kita dan sebagainya.
4) Jin (Karin) merupakan jin yang sentiasa mendampingi kita bermula daripada kita lahir sehinggalah kita meninggal untuk menggoda kita. Merupakan jin yang jahat. Sebaik sahaja kita meninggal, jin nie juga akan turut berupa hantu yang akan sentiasa melakonkan kembali saat-saat akhir sebelum kita meninggal. Contohnya semasa kita meninggal accident, maka jin ini akan melakonkan kembali saat-saat akhir semasa kita meninggal (berupa hantu).
5) Supaya kita takutkan makhluk halus ini lebih daripada Allah.
6) Kita juga jangan terkejut, ada juga jin yang mendampingi kita merupakan jin pusaka daripada nenek moyang kita (Ade juga nenek moyang kita yang menggunakan khidmat jin untuk membuka ladang, menjaga rumah, menjadi pendiding, hebat dalam peperangan, membantu mengharungi badai lautan supaya tidak karam dan sebagainya. Jangka hayat jin ini juga adakalanya mencecah 7 keturunan generasi.
7) Perawat juga memaklumkan bahawa dia pernah menemui pesakit yang mempunyai lebih seribu ekor jin di dalam badan.
8) Kes lain bagaimana makhluk halus/jin boleh bersama dengan kita ialah untuk mengganggu hidup kita(maybe dihantar oleh seseorang) sampai kita sengsara macam yang terjadi kepada ex-classmate aku master dulu. Jin tersebut akan sentiasa diseru dan dipuja oleh musuh kita sehinggalah berterusan mengganggu hidup kita.
9) Terdapat juga kes ade juga jin yang bersama dengan manusia kerana mereka sukakan seseorang tu dan tak mahu berpisah.
10) Kenapa jin daripada bomoh siam lagi kuat? Jawapannya, kerana jin-jin nie selalu dipuja di tokong-tokong di Siam dan selalu diberikan makan. Pemujaan itu yang menjadikan mereka lebih kuat. (Tapi aku tak sempat tanya antara jin bomoh siam & jin bomoh indonesia, siapa yg paling kuat?!!).

Hardy boy : Bagi aku, jin, bunian & makhluk halus yang lain juga adalah makhluk Allah. Apa sahaja mudarat atau kebaikan yang kita alami disebabkan mereka, adalah dengan izin Allah.
Bila kita terjumpa makhluk ini pun mungkin seolah-olah kita secara tak sengaja memasuki kawasan perkampungan manusia juga. Memang terdapat beberapa kawasan yang menjadi tempat tinggal mereka. Jika kita jaga perlakuan kita insyaAllah mereka juga tidak marah atau ganggu kita. Cuma, kadang-kadang apabila kita diganggu oleh jelmaan mereka maka anggaplah seolah-olah kita diganggu oleh 2-3 daripada penduduk mereka yang nakal (macam juga manusia) sebab bukan semua daripada manusia juga adalah bukannya baik. Anggap je macam kes seorang perempuan lalu di persimpangan jalan, di hujung jalan tu ade beberapa kutu malam tengah main gitar. Bila nampak jer perempuan, sure dorang jadi macam monyet, bersiul-siul, "Ffeeewwwwwiiiiiiiittttt!!!! Ffeeewwwwwiiiiiiiittttt!!!!"hahaha...
(Yang tu menurut seorang perawat yang berunding & membuat perjanjian untuk memindahkan sekampung makhluk jin ni di MRSM aku dulu di Perlis ke satu kawasan bukit di belakang sekolah. Cuma dia cakap, kekadang akan ada beberapa anak-anak jin yang nakal nie akan terlepas datang "bermain-main" atau "bergurau dgn kitorang" di kawasan asrama kitorang, mungkin dorang akan berupa "hantu" dsbgainya).
Selain daripada membaca ayat suci Al-Quran semoga sentiasa dilindungi, nenek angkat aku dulu ada ingatkan supaya cuba berkomunikasi dengan mereka atau tegur mereka dengan nada tegas seperti
"KALAU AKU TAK GANGGU KORANG, KORANG JANGAN LA GANGGU AKU"...
ataupun
" NAK MAIN, MAIN LA, TAPI JANGAN DI SINI, TAPI DI SANA...".

Mereka juga seperti kita juga, insyaAllah dorang faham ape yang kita cakap...

(Di atas adalah sebahagian yang aku faham mengenai makhluk halus nie, kalau ade beberapa fakta yang tersalah, memang tak disengajakan, mohon ampun zahir & batin.hehehehe...).
Pocong yg aku jumpa tu pun aku anggap je bbdk memain, baru la tak pening-pening nak pikir..
.. Banyak lagi keja lain yg hendak kita fikirkan, btul x?hehehehe...


clip video mengenai pontianak, video pocong nanti lain kali aku masukkan.hehehe....

Video ini diambil daripada Youtube mengenai penampakan Pocong di Hospital Indonesia


update : malam semalam 23 Nov, aku & isteri ternampak lagi hantu penanggal lalu depan rumah en rizal juga taman perumahan kitorang. Kali nie lebih dekat, siap api warna biru & hijau, laju maybe dalam 200km/j mcm kelajuan superbike yang aku pernah tgk.. cantik juga colournye.. Pkl 8 mlm, tapi apehal dia keluar awal sgt nie, mlm purnama plk tue..





update lagi :

Kisah benar saya dalam entry saya ini pernah dipaparkan oleh tuan moderator gambarhantu.blogspot.com


http://gambarhantu.blogspot.com/2010/11/komentar-hantu-penanggal

Terima kasih Tuan Moderator (^_^)
 Sila klik link di bawah untuk melihat contoh video hantu penanggal yang saya terjumpa dalam internet
http://gambarhantu.blogspot.com/2010/12/video-tangkap-hantu-penanggal.html


update 5 March 2011
Baru nie, ade sorang member bagitau aku, di tempat yang aku ternampak pocong tempoh hari tu, ade seorang manusia kena langgar masa pagi masih  subuh lagi. Kalau la pocong tu sebenarnya adalah mainan manusia tu, memang patut pun kena langgar.hahaha... Hopefully, polis di Tawau juga sering menjalankan rondaan untuk melihat sama ada pocong tersebut benar-benar adalah makhluk halus ataupun manusia. Kalau aku jumpe next time, aku ingat aku nak hayun je rantai besi kat kepala dia kalau tetiba dia kacau aku lagi, kalau takde effect, sure hantu la tu (& sure aku akan demam seminggu lepas tu..hehehehe) 






INFO HANTU PENANGGAL
HANTU PENANGGAL


Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
 
Hantu Penanggalan


..(^_^).. terima kasih kerana sudi membaca






update lagi: 
Baru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan "orang lama" & berpengalaman yang sering berulang-alik melalui lebuhraya tersebut walaupun waktu tengah malam demi mencari rezeki daripada bandar Tawau ke Balung(sejauh 40 km) . Saya pun menceritakan apa yang telah saya temui yang bermain di fikiran saya selama ini. Beliau memberitahu saya bahawa kemungkinan besar makhluk yang saya temui itu adalah pocong yang sebenar kerana berdekatan lokasi kejadian, terdapat 3 buah tanah perkuburan lama dan mustahil untuk orang disekeliling "bermain-main" dengan saya sedangkan jam telah menghampiri pukul 1 pagi di tempat yang sunyi itu.
Menurut beliau lagi, pocong tersebut muncul kerana dipercayai ingin meminta tolong pada kita supaya dibuka tali ikatan pada badannya disebabkan disebabkan orang lupa untuk membuka tali tersebut semasa mayat tersebut dikebumikan...
Beliau juga menceritakan bahawa beliau juga pernah dikejar pocong dilokasi kejadian di mana pocong tersebut melompat selaju 120km/j  mengejar keretanya. Beliau sempat mengambil video melalui henset dan semasa balik jelas kelihatan pocong tersebut mengejarnya.....  


-----------------------------------------------------------------------------

update lagi 2 - Desember-2011


Seram - Entiti Yang Tidak Dikenali Yang Berjaya Kamera Aku Rakam

 Bagi membongkar kejadian pocong yang aku temui pada tahun lepas (sila baca entry aku ini penampakan-pocong-di-highway-airport), aku pun menjalankan siasatan mengkaji lokasi kejadian dengan lebih dekat dengan capture beberapa gambar di sekitar lokasi kejadian. (Entry tajuk nie ramai yang lawat, sehingga kini dah mencecah  4763 viewer).
HASILNYA, kamera aku berjaya merakam sebuah objek/entiti (seakan makhluk halus) yang berjaya dirakam di sebuah tanah perkuburan lama semasa maghrib (Masa tu aku on day way balik ade kja skit kt airport). Yang peliknya, semasa kejadian aku xdpt lihat dengan mata kasar. Objek tersebut tidak dirakam dalam gambar-gambar yang lain. Dah puas aku zoom in, zoom out tapi masih xdapat mengesan jika terdapat perkara lain yang mencurigakan yang menjadi faktor entiti tersebut (dalam istilah lain, hantu) berjaya dirakam. 

Jika ada yang mempunyai teknologi yang lebih tinggi atau lebih pakar, maybe boleh menerangkan adakah objek tersebut merupakan makhluk halus yang berjaya dirakam atau gambar tersebut mempunyai alasan logik yang lain (faktor kamera ke, ape ke.hehehe.). Wallahualam...

(Sewaktu merakam gambar di perkuburan tersebut, saya sempat "memberitahu" kepada "mereka" bahawa niat saya baik, bukan untuk mengganggu mereka. Yelah, manela tau kalau-kalau ade kelompok jin yang menghuni di kawasan tue.hihihi...).

(Sila klik untuk besarkan gambar)
Gambar ini aku rakam di sebelah tanah perkuburan lama di sebelah highway. Macam crita juga la orang suka bercerita tentang tempat ini termasuklah sebuah tanah perkuburan lama di bulatan batu 4.
Hantu Kubur - Bila aku tengok hantu nie, teringat aku kepada crita movie dalam Citer P-Ramlee, Pendekar Bujang Lapok sbb ade iras-iras macam hantu kubur dalam citer tu.hihihi..

 
2 foto ini yang dirakam tidak menunjukkan entiti misteri tersebut.
2 foto ini yang dirakam tidak menunjukkan entiti misteri tersebut.


Yang di bawah nie takdela seramnya, just menunjukkan kronolig (ceh) kejadian pada malam tu (^_^).. Bace citer nie penampakan-pocong-di-highway-airport
Kawasan perkuburan lain yang berdekatan

Kat perkuburan nie, belum pernah lagi dengar ape2 citer yang menyeramkan.hehehe..
 


Lokasi nie, lepas pukul 12.30mlm masa on the way balik, aku ternampak bayangan sesuatu yang duduk, tapi pelik sape plk yang tunggu bas or lepas sensorang kat  situ malam-malam buta sedangkan sekeliling jalan tersebut dikelilingi semak samun, ular pn ade...

Objek pelik diletakkan ditengah jalan. Masa aku capture gambar nie, tetiba plk keluar sorang drp dalam semak secara ttiba,  trus aku cabut lari.hahahaha

Lokasi kejadian, aku lihat pocong melompat-lompat kat tengah jalan tu, atas rumput, berdekatan sebuah kubur lama. Bukan ape, risau takut terlanggar dia je, kalau dia kena langgar pastu dia cedera, mana ade klinik buka malam-malam nie hihihi...

Kat sini, pocong tersebut melompat-lompat, kalau ye pn nak melintas jalan, tengok la kiri kanan mcm iklan dalam TV tu, nie apa daa, main lintas jer...



Depan aku masa tu, ade sebuah kancil, tapi kancil tu timing baik punyer, pocong tu klu lompat-lompat lebih laju lagi sure terlanggar belakang kereta tu. Tapi, aku pun xsure dia nampak tak "menda" nie, sebab tak nampak dia mcm mengelak pun. Yang pastinya, makin aku rapat nak potong kancil tu sebelum tu, makin dia lajukan kereta, hampeh tol...

Berdekatan lokasi kejadian pada waktu siang. Selama berbulan-bulan juga la aku tertanya-tanye Pocong tu hantu/jin betul or just mainan bebudak kat situ tgh2 malam (ade orang lame kat situ cakap, mane orang berani main2 kat situ, paling kurang pun sure kena belasah dengan orang kampung). Masa bulan Ramadhan baru-baru nie, baru la persoalan aku tue terjawab apabila jumpa seorang pakcik yang ade keja kat Kolej kitorang, dia pun selalu ulang alik balik lewat malam daripada Tawau ke Balung naik motor. Dia pun pernah sekali ternampak makhluk tu melompat-lompat kejar dia. Dengar citer, pocong nie terjadi sebab semasa orang kebumikan dorang tu, dorang lupa nak buka tali ikatan pada kain kapan. Jadi dorang melompat-lompat la cari sapa-sapa yang baik hati sanggup untuk tolong bukakan tali ikatan tersebut. Klu aku la, tak sangguuuuupppppp!!!!!!



-------------------------------------------------------------
Tanah Perkuburan lain yang aku lawati yg amat unik.



Sambil terus menerus menyiasat misteri pocong yg aku jumpa, aku terjumpa pengkongsian kisah pocong yang lain di dalam youtube:_



ANDA MUNGKIN MENYUKAI ENTRY INI>>>>
>>>KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR HANTU YANG MENYERAMKAN...
[pocong.jpg]
[pocong2.jpg]
Baru-baru ini kecoh dengan penemuan pocong di sungai Johor. Bungkusan kain putih ini mengandungi batu nesan dan berbau kapur barus yang kuat. Dipercayai ianya satu ritual pelik yang tidak diketahui tujuannya. Mungkin ini kerja pengamal ilmu hitam dengan tujuan yang tidak baik.
SUMBER >>> hantu-pocong-sungai-johor.
  

[mainpix.jpg]
video pocong felda jengka 4



klagi cerita pocong >>> awas-diganggu-pocong

8 comments:

  1. panjangnya entry ni.seram lagi tu.hihihi.harap2 nda la tejumpa makhluk2 cam ni.hihihi.btw, nice entry hadi!

    ReplyDelete
  2. ..thanks Cik Rama2 Beku (^_^)...

    InsyaAllah tak jupe, melainkan orang yg suke berjalan tgh2 malam kot..hehehe...

    ReplyDelete
  3. Syukur lah..
    pertanyaan yang bermain d pikiran haku selama nih macam terjawab sudah..

    Kalau ko nak tahu semangat Mr.A yang dulunya berkobar2 dalam diri haku kembali suram selepas haku balik dari kursus tempoh hari.Ia nya bermula selepas haku terjaga dari tidur di tengah2 malam & masa tuh haku x leh tidur semula.. Ada haku post di status fb kalau ko perasan.. sungguh semangat haku lemah sangat!!.

    Adakah mungkin haku meninggalkan rumah ni terlalu lama.. ya lah haku cuti raya 2hb-20hb september. Pehtu outstaion 2hb-8hb oktober.. Lama kan..

    Perlahan2 haku cuba pulih kan semangat nih & hilangkan jauh2 perasaan takut, Alhamdulillah haku boley lakukan.. cuma kekadang tu takut juga.. huhuhu!!

    Bila haku baca pengalaman ko nih.. macam keseramannya kembali menebal lah.. Tapi x apa Allah s.w.t kan ada.. Moga segalanya dalam keredhaan ilahi.. InsyaAllah ^_^

    ReplyDelete
  4. Ooo.. saya dah jupa status tue. Xpe Myna,bykkan berdoa & mengaji dlm rumah tu, semoga di jauhi darpda segalanya yg xelok. Kalau masuk rumah, bg la salam, pastu baca bismillah semoga yg tak elok berada di luar, x masuk rumah... Kalau saya nak huraikan sifat makhluk nie pun, xtertaip rasenye, huraiannya panjang..hehehe...

    Saya pun xde la pandai sangat, tau sedikit2 jer, tu pun mase belajar dgn nenek angkat dulu... Ustaz Faizal pun pandai, nak tanya dia @ cuba minta tolong ustaz Faizal pun bole, hari tu dia ade tolong kawan kita...

    Kalau dia tak mampu, ustaz Faizal pun ade sorang kawan bole tolong, dekat je rumah dia dgn kita.

    InsyaAllah, kalau menda tu ade, kita kena kuatkan semangat, jin tu pun, hamba Allah jer. Kalau kita kuat, insyaAllah "dia" pun x ganggu. Tapi, lambat laun dia akan lari juga drp rumah tu, sememangnya perjanjian asal dia tak bole tinggal bersama manusia melainkan yang dihantar oleh manusia lain sebab nak aniaya kita...

    Kuatkan semangat, ramai yang sudi menolong Myna kat Taman tu...

    ReplyDelete
  5. awk ni...antara manusia yg terpilih utk senang nampak makhluk halus kot...bukan semua org dpt mcm tu...eh tp sy x nak lah...dlm byk2 hantu melayu , pocong ler plg sy 'segan' ... nak2 kalau terbayang2 tgh malam masa bangun nk g minum kat dapo...eiiiii..mintak simpang !!!

    ReplyDelete
  6. lagi gmbar2 hantu di entry berikut.hehehe

    http://syuxermelankolia.blogspot.com/2011/06/entri-malam-hari-jumaat-kenali-jenis.html

    ReplyDelete
  7. penuh informasi ni.... hik hik hi... ^___^

    ReplyDelete