MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, October 05, 2010

Program TOT Anti Dadah Pembimbing Rakan Siswa IPT Borneo 2010

Dah tak lama lagi, Program TOT (Teaching of Trainer) Anti Dadah Pembimbing Rakan Siswa IPT Borneo 2010 akan bermula tak lama lagi, macam-macam hal timbul (seperti yang aku jangka & tak terjangka), masing-masing sedang bertungkus-lumus untuk membuat persiapan terakhir + tak kurang jugak yang melepaskan tangan (sebab dah penat sangat kot). Setiap perancangan akan direalisasikan next week, nak tengok hasilnya hopefully berjalan lancar & mencapai objektif.

Member asyik tanye program ape tu? Aku cakap la "Anti Dadah".. (malas nak citer panjang..hahaha...).

"Program menda gak tu?(cakap Terengganu..). "

Program nie merupakan program yang melibatkan IPTA & IPTS di Sabah & Sarawak dianjurkan oleh Kolej Komuniti Tawau di bawah Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi & Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. RM40 ribu lebih telah diperuntukkan (bagi aku merupakan jumlah yang cukup besar utk program sebegini, biasanya program biase RM4-8 ribu sahaja). Hanya para peserta yang terpilih seramai 100 orang sahaja yang dipilih. Aku ingatkan program biase je tapi tau-tau beberapa "orang-orang besar" akan turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Sukan KPTM & Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sukan KPTM, Pengarah Kolej Komuniti Bayan Baru, Pulau Pinang dan beberapa orang lagi pegawai JPKK.

Penginapan dan program dijalankan di Kota Kinabalu. Aktiviti juga turut melibatkan indoor & outdoor untuk mengelakkan para peserta jemu. Ada juga beberapa pameran anti dadah & agensi-agensi lain. Aktiviti juga turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara & Hospital Kota Kinabalu. Antara aktiviti ialah lawatan yang berkenaan Anti Dadah di sekitar bandar Kota Kinabalu, ke penjara & melawat lokasi yang menjadi sarang penagihan (tapi bukan secara dekat, bahaya beb...).

Para peserta juga akan diminta menjalankan kajian, membuat pembentangan & macam-macam lagi, kebanyakkannya lebih kepada aktiviti sama ada berkumpulan atau individu. Malam terakhir, malam kebudayaan (kalau ikutkan aku, aku nak dorang buat je ape-ape persembahan berkenaan anti dadah & apa sahaja yang dorang belajar hari tu)..

Hari terakhir, majlis penutupan akan dirasmikan oleh seorang tetamu kehormat.

Tu je info buat masa nie sebab sekarang nie pun tengah pening-pening siapkan dokumen, surat-surat & memacam lagi untuk JPKK & bahagian Sukan KPTM (ingatkan keja s/u sesuai utk perempuan je, tapi susah jugak rupanya. But it is a good experience utk kenal "orang-orang atasan".hahaha...).

1 comment:

  1. a'kum..
    en hadi..aziz ni dr Politeknik Mukah Sarawak..en boleh minta tak softcopy kertas kerja TOT ni??hehe..sbg rujkan....email kat saya ya kalo ada...

    azmyy09@gmail.com

    terima kasih en..kalo ada la ya..

    ReplyDelete