"Mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria berkata, ayat tersebut tidak akan mengalami sebarang penafsiran baru untuk apa tujuan sekalipun.
Sehingga kiamat arak tetap dihukumkan haram dan sesiapa yang meminumnya dengan sengaja dikategorikan melakukan dosa-dosa besar.
“Lebih malang lagi, 40 hari amalannya selepas meminum arak itu tidak akan diterima oleh Allah hatta sekalipun dia melakukan pelbagai ibadat yang khusus, melakukan amal kebajikan terhadap orang lain, menasihatkan orang lain dan sebagainya semua itu sudah tidak ada maknanya lagi,” katanya.
“Arak adalah ibu kepada segala kejahatan, manusia menjadi tidak waras, tidak tenang hati, kosong jiwanya malah lebih teruk lagi penyaksiannya tidak boleh dipakai sekalipun pada masa itu si polan tersebut tidak meminum arak,” tegasnya."
Trend masa kini wanita Melayu-Islam : minum arak |
Diana Amir (Ada orang kate artis-artis ni cuma bergambar je tapi tak minum, wallahualam)- mediamalaya.com |
Natijah Manusia Minum ARAK – Api Terbakar
artikel : www.intro2u.net
SEORANG rakan wartawan, N menceritakan pengalaman benarnya ketika bertugas di luar negara apabila di hadapan mata kepalanya sendiri, dua pemuda Melayu sepuas-puas hati meneguk arak seperti kehausan yang amat sangat di padang pasir!
Menerima arahan bertugas keluar negara biasanya memang mengujakan kerana pelbagai pengalaman baru bakal dirasai dan tempuhi. Walaupun saya selalu juga menghabiskan masa bercuti di luar negara namun bertugas atas nama wartawan akan ada cabaran yang tersendiri.
Pada Ogos lalu, saya dihantar ke Bangkok, Thailand untuk satu liputan pelancaran kamera terbaru oleh sebuah syarikat pengeluar produk pengimejan yang terkenal.
Lazimnya untuk tugasan seperti ini, saya akan bersama dengan rakan-rakan setugas yang bukan berbangsa Melayu atau Islam dan saya juga akan membawa bekalan makanan sendiri kerana sukar untuk mendapatkan makanan yang halal.
Tetapi dalam tugasan kali ini saya rupa-rupanya turut ditemani dengan dua lagi rakan media iaitu dua pemuda Melayu.
Ini menyebabkan saya rasa sungguh lega kerana pihak penganjur pastinya akan cuba menyediakan makanan yang halal berikutan ramainya petugas yang beragama Islam. Atau sekurang-kurangnya berasaskan vegetarian.
Tetapi apa yang berlaku lebih memeranjatkan. Iaitu sejurus tiba di Bangkok, tanpa membuang masa saya terus berkenalan dengan dua pemuda Shamsul dan Shah (bukan nama sebenar) dan terus berborak banyak perkara kerana kami tidak pernah bertemu sebelum ini sehinggalah di Bangkok ini pertama kali bertemu.
Semasa acara perasmian yang diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di tengah-tengah kota Bangkok itu, kami kemudiannya diajak untuk menikmati hidangan dalam satu jamuan.
Menyedari mengenai status halal haram pelbagai juadah yang dihidangkan saya hanya mampu meneguk segelas minuman ringan berjenama yang dihulurkan kepada saya. Satu-satunya minuman yang halal walaupun saya kurang menggemari minuman berais dan bergas ini.
Minuman yang sama dihulurkan kepada Shamsul dan Shah, “Anda boleh minum ini,” katanya.
Tetapi tanpa saya sangka, Shamsul dan Shah dengan tanpa rasa bersalah atau lebih tepat muka yang selamba mereka terus mencapai gelas kaca berkaki tinggi yang telah diisi arak ke dalamnya.
Tanpa segan silu mereka terus meneguk arak yang dituang separuh gelas itu sehingga habis.
Sambil mengesat mulut dengan tangan mereka kemudiannya seperti berpuas hati. Seolah-olah mereka telah menunggu lama untuk menikmati arak itu. Akhirnya apabila peluang tersebut tiba, tanpa perlu menunggu lama dari satu gelas ke satu gelas yang lain mereka berpesta arak pada malam itu.
Dalam keadaan terkejut itu saya merenung tajam perbuatan mereka sambil mengerling mata, namun Shamsul dan Shah tidak boleh ditahan-tahan lagi untuk mereka terus menikmati ‘air kencing syaitan’ itu.
Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu, kecewa dan sedih melihatkan perlakuan aib dan mungkar yang dilakukan oleh anak Melayu yang beragama Islam itu.
Dalam usia lewat 20-an tidak mungkin mereka jahil soal haram halal minuman yang diharamkan oleh Islam itu.
Lainlah kalau mereka mungkin pernah belajar di luar negara sebelum ini menyebabkan ada tabiat buruk yang mereka hendak dikekalkan.
Tabiat buruk mereka semakin menjadi-jadi apabila makanan yang pastinya tidak halal turut dijamah mereka dengan begitu berselera, sambil diselang seli dengan arak yang dikatakan antara terbaik pernah mereka minum.
Semua ini menjadikan tekak saya semakin mual melihat tabiat buruk pemuda-pemuda Islam ini. Di masa-masa lain, Shamsul dan Shah juga tidak melepaskan peluang untuk memesan bir. Bir-bir gelas besar dengan buih-buih yang memenuhi permukaan gelas itu dinikmati oleh mereka dengan tanpa sedikit pun rasa bersalah!
Saya tidak nafikan mereka mempunyai kemahiran meminum arak! Apa jenis arak dan bir sekalipun mampu mereka minum dalam jumlah yang besar dan tidak mabuk! Ini bermakna mereka telah lama terjebak dalam aktiviti terkutuk ini.
Tinggal lagi kini segala-galanya terhidang dengan percuma, pelbagai jenis iaitu sama ada wain putih atau merah dan berjenama antarabangsa, ini menjadikan misi sebenar Shamsul dan Shah ke Bangkok ini benar-benar untuk menikmati arak.
Di hari akhir tugasan di satu majlis penutup yang diadakan di sebuah restoran kapal terapung, Shamsul dan Shah seperti tidak sanggup berpisah dengan minuman dan makanan yang haram.
Lalu merekalah yang paling kenyang dan sendawa dengan bau busuk arak pada malam itu!
Baru-baru ini kami bertemu semula dalam satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di tengah-tengah Kuala Lumpur, Shamsul seolah-olah cuba menyindir saya: “Akak, halalkah ke kita makan di sini?,” katanya. Mereka benar-benar kurang ajar!
Kisah 2
Seorang lagi rakan M pula turut mengalami pengalaman pedih sindrom orang Islam yang lupa daratan baru-baru ini. Iaitu di sebuah hotel lima bintang di sebuah pulau yang terkenal sebagai syurga pelancongan di utara Semenanjung.
M ketika itu menerima jemputan tugasan sebuah syarikat elektronik terkenal yang hendak melancarkan sebuah produk terbaru mereka.
Yang turut bersama dengan M ramainya kalangan bukan Islam dan beberapa jemputan lain yang berbangsa Melayu.
Sehinggalah ketika berada di lobi hotel untuk berehat selepas penat menghabiskan masa untuk membeli belah di Pekan K, tiba-tiba muncul Azman (bukan nama sebenar) yang juga salah seorang jemputan untuk ke majlis itu.
Sambil mengesat peluh di dahi kerana kepenatan, Azman berkata dengan nada suara bangga, “Tak sangka, murah gila!,” katanya berulang kali.
M yang tidak tahu menahu apa-apa, lantas bertanya apa yang dimaksudkan oleh Azman itu.
Wajah Azman yang asalnya tadi begitu ceria terus berubah dan tidak semena-mena beliau terus meminta maaf dari M sebelum memberitahu perkara sebenar.
“Kau jangan marah tau, saya minta maaf. Saya baru sahaja membeli arak ini, tak sangka pula harganya murah di sini,” katanya sambil menunjukkan beberapa tin bir daripada sebuah beg plastik.
“Arak?,” jerit M dengan terkejut.
“Arak Jepun, tak sangka di sini harganya murah sangat, saya apa lagi tak lepaslah dari membelinya,” kata Azman lagi.
M terkedu dengan kata-kata Azman itu yang terus berlalu sambil meneguk arak tersebut.
Di majlis lain, Maria juga dapat melihat seorang wanita Melayu yang di hadapan mejanya terdapat beberapa gelas minuman keras.
Maria tidak mahu menyangka buruk kerana tidak melihat wanita itu seperti gaya kaki minum.
Tetapi M kemudiannya difahamkan wanita Melayu itu juga gemar menghabiskan masa dengan meneguk arak.
Apakah hikmah di sebalik isu Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang minta hukuman rotan atas kesalahan beliau meminum arak tetap dilaksanakan terhadapnya?
Kes beliau ini sebenarnya telah membuka mata banyak pihak dan mengakui pada hari ini bukan sahaja Kartika tetapi telah terdapat ramai di kalangan umat Islam di negara ini menderhaka terhadap hukum dengan meminum arak dengan sengaja!
Sedangkan hukum haram minum arak telah mereka ketahui dengan jelas dan mereka tahu bahawa ayat berikut tidak pernah berubah sehingga kiamat.
Firman Allah SWT yang maksud-Nya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (al-Maidah: 90)
Mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria berkata, ayat tersebut tidak akan mengalami sebarang penafsiran baru untuk apa tujuan sekalipun.
Sehingga kiamat arak tetap dihukumkan haram dan sesiapa yang meminumnya dengan sengaja dikategorikan melakukan dosa-dosa besar.
“Lebih malang lagi, 40 hari amalannya selepas meminum arak itu tidak akan diterima oleh Allah hatta sekalipun dia melakukan pelbagai ibadat yang khusus, melakukan amal kebajikan terhadap orang lain, menasihatkan orang lain dan sebagainya semua itu sudah tidak ada maknanya lagi,” katanya.
Beliau cukup kecewa pada hari ini apabila semakin ramai umat Islam yang minum arak tanpa segan silu lagi terhadap Allah dan pandangan mata umat Islam yang lain.
“Malah menunjuk-nunjuk dan menganggap mereka yang tidak minum arak sebagai kolot dan ketinggalan zaman sedangkan arak sangat membabitkan satu perundangan dan hukum yang sangat jelas.
“Arak adalah ibu kepada segala kejahatan, manusia menjadi tidak waras, tidak tenang hati, kosong jiwanya malah lebih teruk lagi penyaksiannya tidak boleh dipakai sekalipun pada masa itu si polan tersebut tidak meminum arak,” tegasnya.
Menurut Kamaruddin, jika seawal usia 17 tahun, remaja Islam sudah pandai meminum arak, semua ini tidak bezanya andai si awal usia itu mereka menagih rokok, dadah, judi dan sebagainya, maka gelaplah masa depan mereka.
Namun sesetengah peminum arak ini tadi merujukkan perbuatan kalangan berbangsa Arab beragama Islam yang dikatakan kuat meminum arak, ini menjadikan alasan kepada umat Islam hari ini untuk menjadi kaki botol.
“Dalam soal ini perbuatan yang buruk tentunya tidak boleh dijadikan contoh. Orang Arab ini tahu mengenai soal pengharaman arak tetapi mereka pandai berdalih.
“Sedangkan Saidina Omar al Khattab ketika mula-mula memeluk Islam, terus membuang isi kandungan dan botol-botol arak yang selama ini turut menjadi kegemaran beliau. Dihempas botol-botol itu sehingga berkecai,” katanya.
Menurut Zakaria, sudah tiba masanya negara tidak sahaja kini memerlukan pusat pemulihan dadah tetapi pemulihan terhadap minum dan ketagihan arak.
“Pusat seperti ini sangat perlu dan ia juga bukan sahaja untuk umat Islam tetapi semua kaum dan agama yang mahukan kegemaran dan ketagihan arak ini perlu dihentikan.
“Kita sayangkan semua orang, kita sayangkan masyarakat majmuk kita agar semuanya sihat dan waras agar negara yang kita diami bersama bertambah makmur maka pusat seperti ini perlu ditubuhkan segera,” katanya.
Tambah beliau penubuhan ini tidak bertujuan menafikan hukuman rotan dan denda terhadap peminum arak di kalangan umat Islam.
“Aspek penguatkuasaan itu memang penting tetapi sebelum hukuman itu dijalankan si pesalah perlu dipulihkan dahulu.
“Andai jika mereka masih degil dan masih mahu meminum arak, maka hukuman yang berat perlu dijalankan terhadapnya,” jelasnya.
Kamaruddin meminta umat Islam yang terjebak supaya segera berhenti sebelum arak teruk merosakkan diri mereka.
“Hijab hidayah dari Allah akan tersingkap, nur atau cahaya Islam tidak akan masuk dan mereka tidak akan mencapai kemenangan walaupun mempunyai perjuangan yang suci dan murni dalam hidup,” katanya.
Justeru beliau berharap agar perbuatan minum arak ini mesti dicegah oleh semua pihak.
“Untuk pencegahan yang berkesan memerlukan usaha yang bijak dan penuh berhikmah. Di samping perlu tabah dan berterusan,” katanya.
Beliau menegaskan umat Islam yang minum arak adalah satu tragedi ummah yang membawa petanda kelemahan dan boleh dijajah oleh kejahatan dan akhirnya Islam mampu tinggal hanya pada nama!
Dalam salah satu kisah diceritakan, bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mendera orang-orang yang minum arak dan yang ikut menyaksikan perjumpaan yang terhidang arak di dalamnya.
Sekalipun orang yang menyaksikan itu tidak turut minum bersama mereka.
Dan diriwayatkan pula, bahawa pernah ada suatu kaum yang mengadu kepadanya mengenai ada kalangan ahli kaumnya yang minum arak.
Umar kemudiannya memerintahkan agar semuanya didera.
Lantas ada orang yang berkata: “Bahawa di antara mereka itu ada yang berpuasa wahai Umar”.
Maka jawab Umar: “Dera dulu dia (yang berpuasa ini)!”
Apakah kamu tidak mendengarkan firman Allah yang mengatakan: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepadamu dalam al-Quran, bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah ditentangnya dan diejeknya. Oleh kerana itu jangan kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka itu tenggelam dalam omongan lain, sebab sesungguhnya kamu kalau demikian keadaannya adalah sama dengan mereka. (an-Nisa’: 140),” kata Umar dengan tegas.
tok iman dan haji pun ada buka bar d pulau perhentian !
ReplyDelete