MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, September 16, 2011

Kontroversi : TRAGEDI BUKIT KEPONG dan GAMBAR KEKEJAMAN KOMUNIS (PKM)

Hardy Boy : Saya sebenarnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik di Malaysia nie, saya lebih suka berdiri di atas pagar melihat permainan politik di Malaysia ni. Saya suka melihat segala perkembangan "permainan" politik di negara ini, tetapi saya tidak akan mudah melatah mempercayai sesuatu perkara dimomokkan di dalam televisyen sebelum mendengar hujah dikedua-dua belah parti politik, kemudian lihatlah hujah pihak mana yang lebih masuk akal, jangan diterima semuanya secara bulat...
Cuma, saya kini semakin meluat kepada TV3 kini yang selalu sangat, daripada dahulu lagi terlalu obses mengeluarkan berita-berita politik yang terlalu fanatik kepada parti politik " tertentu"dengan tahap berat sebelah yang melampau-lampau & berita yang sengaja diperbesar-besarkan seolah-olah semua rakyat Malaysia nie terlalu dungu untuk menerima apa sahaja yang diberitakan atau menelan bulat-bulat. 
Saya mahu BULETIN UTAMA perlu menyiarkan wawancara-wawancara dengan parti pembangkang untuk mendengar hujah-hujah bela diri mereka (tanpa ditapis takut terjadi missunderstanding) supaya rakyat dapat membuat penilaian bijak siapa sebenarnya yang bersalah... Yang benar tidak perlu jadi penakut...
Jika pihak TV3 ada membaca entry ini, diharap berubah la dengan menyiarkan berita yang lebih logik, adil dan telus (bukan SPRM sahaja yang perlu telus) kerana ramai dah meluat kerana meragui berita politik yang disampaikan itu entah betul entah tidak. Akhirnya, bila sampai bahagian Buletin Utama berceritakan tentang politik, semakin ramai yang bertukar siaran lain. Saya juga tidak salahkan semua AHLI UMNO kerana bapa saya juga seorang ahli politik UMNO & ramai sahabat2 saya yang pro-UMNO cuma terlalu geramkan pihak-pihak tertentu yang mengampu pemimpin tertinggi UMNO dan meletakkan diri mereka sebawah-bawahnya hingga kalau perlu cium bontot pn dorang sanggup cium...

Saya juga yakin ramai rakyat Malaysia diluar sana yang lebih menyukai berita yang lebih telus, lebih masuk akal & lebih adil tak berat sebelah.
Saya kekadang terasa ingin muntah bila terlalu banyak berita yang memomokkan kaum Melayu supaya terus dilaga-lagakan, yang ketawa besar terbahak-bahak adalah  musuh-musuh melayu & Islam.... Kesian Mat Sabu, setiap hari diserang tentang isu Bukit Kepong ini. Berapa ramai yang menanggung "dosa mulut" jika Mat Sabu tidak bersalah dalam hal ini... 
Saya yakin, pihak yang yang menyerang "balai polis" tersebut ingin menyerang polis British yang MENJAJAH Tanah Melayu, bukannya kerajaan Malaysia (seperti juga penentangan  Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain). Walaupun Tanah Melayu dikhabarkan oleh Profesor UPSI tersebut "dinaungi"(dalam bahasa tersirat) di bawah British, bagi saya Tanah Melayu SEBENARNYA DIJAJAH kerana segala yang terdapat di Tanah Melayu ini dirampas oleh British, ayat "dinaungi" hanya untuk mengaburi mata orang kita. Kalau tidak dijajah, apa gunanya Tunku Abdul Rahman memperjuangkan "KEMERDEKAAN". 
Bila bercakap tentang isu "Bukit Kepong" ini, saya sendiri pernah ke Bukit Kepong, Muar, Johor dan menemui penduduk sekitar yang juga merupakan abang kawan saya pada 2006. Dia pun takdela saya nampak macam penyokong parti pembangkang, PAS pun jauh sekali. Saya amat terkejut kerana kisah diceritakan oleh beliau juga amat berlainan seperti di dalam filem "Bukit Kepong". Menurut beliau, Bukit Kepong hanyalah terdiri daripada  Rumah Pasong (untuk menahan pesalah) bukannya Balai Polis seperti yang digambarkan di dalam filem, di bawah polis British (masa tersebut Malaysia belum merdeka lagi, so PDRM pun belum wujud lagi, kerajaan Malaysia pun belum ada). 
Menurut penduduk kampung tersebut, pada masa tersebut ramai yang terdapat di dalam Rumah Pasong tersebut mabuk. Apabila anggota polis (walaupun mereka bangsa melayu tetapi mereka polis di bawah pemerintahan polis British yang menjajah Tanah Melayu) diserang, tidak berlaku pun sebarang tembak menembak, yang hanya kedengaran hanyalah letupan mercun. Dikhabarkan juga, selepas kejadian tersebut, semua peti-peti peluru juga masih cantik tertutup, langsung tidak digunakan. Yang terkorban di dalam Rumah Pasong tersebut hanya kerana mereka tidak dapat melarikan diri semasa Rumah Pasong tersebut terbakar kerana mabuk bukan kerana mereka berbalas tembak menembak dengan komunis.
Selepas kejadian tersebut, penduduk kampung menghimpunkan pakar-pakar yang handal bermain pisau terbang untuk memburu komunis-komunis ini. Ada antara komunis-komunis ini berjaya dibunuh dan ditangkap.
Kisah di atas adalah  seperti yang diceritakan kepada saya oleh penduduk Bukit Kepong sendiri tanpa dia ada maksud lain. Sejauh manakah kebenarannya, bersama-samalah kita menyelidikinya.....

Kesimpulan : Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Janganlah kita mudah mempercayai 100% semua perkara tanpa kita menyelidikinya terlebih dahulu...

Saya juga menentang ideologi komunis kerana saya percaya mereka masih berada di Malaysia walaupun mereka tidak berpakaian rasmi Komunis. Menurut kawan saya, mereka mungkin masih lagi berpangkalan secara "underground" dan sanggup menyerang Malaysia jika berpeluang.

So, BANGSA MELAYU KHUSUSNYA ELAKKANLAH BERPECAH-BELAH & KUATKAN SILATURRAHIM. HENTIKANLAH KETAWA BESAR MUSUH-MUSUH ISLAM & MUSUH MELAYU MELIHAT TINGKAHLAKU KITA....
 Tambahan entry di bawah daripada pencarian saya dalam internet.




--------------------------------------------------------------------------

SEJARAH SEBENAR BUKIT KEPONG 

sumber : rubbertapperz.blogspot.com

"Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok. Jadi, saya ini adalah salah seorang UMNO totok. Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO telah membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO. Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi. dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu.

Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R. Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM.

Apalah yg bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yg dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas. Pada saya, tindakan YB Mat Sabu itu betul. Kalau nak dikirakan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin telah banyak tidak ditunjukkan kesilapan Polis British pada waktu ini, oleh sebab watak Sarjan Jamal yg sebenarnya beliau adalah anggota terawal kematiannya. Tetapi dalam filem itu, watak sarjan ini ditamatkan jadi HERO dalam filem tersebut sudah lari dari fakta. Kedua, kenapa ramai polis tidak bersedia pada waktu itu?

Sebilangan besar anggota polis telah dijamu dengan arak oleh masyarakat cina. Orang kampung tidak berani untuk menegur perbuatan ahli yg teribat. Maklumlah, orang kampung dan polis amat berkuasa, jadi pada masa tu pegangan akidah anggota polis tidak berapa kuat. Jadi polis-polis tersebut telah minum arak sehingga mabuk. Ini tidak pula diterangkan dlm filem tersebut. KENAPA?? kalau tidak percaya, orang-orang UMNO Lenga boleh tanya di kedai-kedai kampung lama di Bukit Kepong. Untuk makluman semua, pihak RTM ada menayangkan satu slot dokumenteri mengenai sejarah Bukit Kepong melalui program WARISAN pada tahun 1970an.

Dalam program itu ada diterangkan En. Yusof Rono di saat akhir selepas kominis balik. Apabila En. Yusof Rono telah diarahkan di kepala oleh salah seorang kominis, Mat Indera telah menghalang kominis itu daripada menembak En. Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah, yg dah lepas, biarkan" ini bermakna Mat Indera masih ada perasaan simpati pd Polis British itu. Kalau boleh, pihak RTM tayang balik Dokumenteri tersebut yg dikeluarkan pada tahun 1970an.

Siapa HERO sebenar? Kalau bukan Mat Indera. Dengan ini, kita cuba perbetulkan Sejarah Negara semula yang telah lama dipesongkan.

Al-fatihah buat "HERO SEBENAR MALAYA" iaitu, MAT INDERA. Amin.... - Siasahkini


 ----------------------------------------------------------


*Bukit Kepong merupakan Rumah Pasong, bukannya Balai Polis seperti yang digambarkan di dalam filem "Bukit Kepong" tersebut.


Pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.(TT)




Landasan Keretapi yang disabotaj Komunis
Rumah yang dibakar oleh KOMUNIS

KEKEJAMAN PARTI KOMUNIS (PKI 1948) DI INDONESIA
(Kita sudah pasti tidak mahu ianya terjadi lagi di negara kita)

Mereka dikarak keliling kampung /kota

diikat satu-satu

disuruh gali lobang (buat dia sendiri)

dibariskan

dan akhirnya bayonet yang berbicara


supaya yakin mati, yang sudah terkapar pun masih ditusuk2in pake bayonet sekujur tubuhnya
salah satu tersangka..liat gan, celurit masih nempel di kepala



dan akhirnya
sumber:cthgila.blogspot.com



--------------------------------------------------------------------
LAGI GAMBAR KEKEJAMAN KOMUNIS
 




Hajat Chin Peng yang ingin mati di Malaysia tidak sewajarnya dibenarkan.



Mat Indera

Tentera Selempang Merah








Chin Peng

Mat Indera









Chin Peng



"Pejuang" Tanah Melayu


6 comments:

  1. Kalau betul polis Bukit Kepong tu mabuk,mengapa komunis mengambil masa yg terlalu lama utk mengalahkan mereka? Dan jika hanya rumah pasong,dimana pila ahli2 keluarga itu tinggal? Takkan rumah rumah pasong dan berek polis dibina dlm satu kawasan?

    ReplyDelete
  2. PUAK PEMBANGKANG MEMANG MCM TU.. SETAHU SAYA...PD MASA TU PERINTAH BERKURUNG DI BUKIT KEPONG...BERMAKNA MULAI 6PTG HINGGA 6PG...PENDUDUK DILARANG KELUAR RUMAH...SESIAPA YG KELUAR BOLEH DITEMBAK KERANA DIKHUATIRI MUSUH/ KOMUNIS...KLAU DIKATAKAN MABUK...MCM MANA BOLEH TAHU SEDANGKAN PENDUDUK DLM PERINTAH BERKURUNG...APAKAH MUNGKIN SEORANG PENDUDUK TERSEREMPAK DGN 2 POLIS SEDANG DUDUK SEMEJA DGN ORG CINA YG SEDANG MINUM DLM SEBUAH KEDAI...( ADA BOTOL ARAK ATAS MEJA YG DIPESAN SI CINA TADI ) LALU POLIS DTG DAN DUDUK SEMEJS KERANA ADA ADUAN/ BERTANYA KHABAR ....SEDANGKAN MEREKA TAK SENTUH PUN MINUMAN/ ARAK TU...JADI PENDUDUK YG TAK TAHU HUJUNG PANGKAL NI BERSYAK WASANGKA MENGATAKAN SI POLIS NI MINUM ARAK....KAN TAK FITNAH TU...
    TAHU JELAH MASYARAKAT MASA TU PENUH DGN SYAK WASANGKA/ HASAD DENGKI...LEBIH2 LAGI KLAU TGOK MELAYU KERJA DGN BRITISH...MCM DIKATANYA KERJA DGN KAFIR LA ITU LA,,INI LA....JADI KLAU KITA TAK TAHU HUJUNG PANGKAL JANGAN LE TERUS MENGHUKUM...MUNGKIN CRITA MINUM ARAK TU DIJAJA OLEH PENDUDUK CINA MASA TU YG TAK SUKA POLIS MELAYU/ BRITISH...UTK TIMBULKAN KEBENCIAN ORG MELAYU KPD POLIS/ BRITISH...

    ReplyDelete
  3. teringat cerita dari salah seorang pendudulk dan penjaga balai bkt kepong 3 tahun lalu yg mengatakan bahawa ali akob ( anggota AP ) tak lut ditembak oleh komunis...berdas2 peluru komunis tak menembusi tubuhnya semasa ditembak...tetapi akhirnya gugur juga ali akob di mata peluru komunis selepas diberitahu kelemahan ilmu ali akob...jadi sapa kah yg memberitahu cara mengalahkan kekebalan ilmu ali akob tersebut...,mungkinkah mat indera yg sama-sama kebal masa itu...sbb perlu diingat mat indera boleh menghilang dek kerana ilmunya...mungkinkah mereka berdua satu guru @ masing2 tahu kekuatan dan kelemahan ilmu masing2...tepuk dada tanya selera...

    ReplyDelete
  4. Mengenai polis mabuk diwaktu darurat bukit kepong adalah mengarut.Kalau dah komunis tetap komunis mana boleh kita bersengkongkol atau menyebelahi untuk alasan berjuang membebaskan Malaysia dari British.

    ReplyDelete
  5. Klu btul fakta klu xbtul fitnah jdi nya,lbih baik kita ttup aib org tkot smpai masa allah akn bka aib kita plak.

    ReplyDelete
  6. Utk pengeratahuan semua balai polis dahulu lebih dikenali sebagai rumah pasung sbb dlm balai ada lockup org salah.jgn slh paham dgn penjara pula.tak tahu tanya jgn bila tanya tak tahu.blajar dr kesilapan..

    ReplyDelete