MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, July 08, 2011

RISIKO BERKAHWIN KETIKA MASIH BELAJAR & PADA USIA MUDA

BERKAHWIN SEMASA MASIH LAGI BELAJAR DAN PADA USIA MUDA.

Baru-baru nie saya dapat request untuk tulis tajuk "BERKAHWIN PADA USIA MUDA & MASIH BELAJAR"... Ibu saya mengatakan bahawa beliau mempunyai SEORANG BEKAS PELAJAR lelaki yang sedang menuntut di luar negara tetapi mahu melangsungkan perkahwinan walaupun masih lagi belajar (mungkin, konon-konon alasannya ingin mengelakkan maksiat & alasan itu juga yang diberikan ex-housemate saya semasa saya melanjutkan Sarjana dulu). Ibu saya minta pendapat/nasihat saya ...(^_^)...

Jawapannya :
Jadi, hari ni saya cuba ulas tajuk nie...Ingatlah adik, bahawa perkahwinan itu bukan semudah itu, berkahwin semata-mata untuk mengelakkan maksiat (habis tu, yang tak kawin tu semuanya melakukan maksiat ke???). Tanggungjawab sebagai suami juga terlalu besar bukan sekadar menyediakan pakaian minum yang cukup, nafkah, kenderaan yang elok, tempat tinggal yang selesa dan sebagainya. Maksiat itu boleh dielak, cuma senaraikan segala perkara yang ditegah dalam Islam semasa ber"couple" dan elakkan semua perkara tersebut, bukannya susah, betul tak? Dalam Islam tu, ade cara bagaimana untuk "bercinta" cara Islam & saya sendiri telah mempraktikkannya dgn cuba menjauhi segala maksiat.

MASALAHNYA, SESETENGAH GOLONGAN MUDA(bukan semua kerana terdapat juga SEGELINTIR yang DAH CUKUP MATANG, BERILMU TINGGI DAN BERAGAMA) PADA MASA KINI TERUTAMANYA LELAKI(kerana lelaki paling memainkan peranan yang paling utama dalam rumatangga) BERKAHWIN DISEBABKAN OLEH FAKTOR NAFSU, BUKANNYA DISEBABKAN INGIN MENYAHUT SYARIAT ILAHI.  
Apa yang ingin saya kongsikan ini juga kerana dahulu saya juga mempunyai seorang housemate yang kelam-kabut BERKAHWIN sedangkan belajar pun tak habis lagi. Biarlah saya namakannya Baqir (bukan nama sebenar). Alasannya yang diberikan Baqir dan bapanya ialah "NAK MENGELAKKAN MAKSIAT". Mengarutlah bagi saya, perkahwinan tu bukan semudah itu semata-mata nak elak maksiat, kalau tak berkahwin pun masih mampu elak maksiat, tanyalah diri sendiri. Selepas berkahwin, dia dan isterinya tinggal berasingan walaupun satu pangsapuri (yela, mana mampu dorang nak tanggung semua perbelanjaan dalam rumah, sewa sahaja dah berapa ratus tak termasuk kena beli perabot-perabot dan kelengkapan rumah yang lain). Kelengkapan dalam rumah kami pun, kebanyakan saya yang sediakan hasil duit saya bekerja sebelum ini.


Bapa perempuan awal-awal lagi dah pesan supaya mereka nie tidak tinggal serumah kerana risau isteri Baqir nie akan pregnant (nanti kalau dah pregnant dan ada anak, lagi susah kehidupan mereka. Beribut-ribu RM perlu disediakan untuk menyambut kelahiran bayi mereka tak termasuk belanja rawatan perubatan sebelum bersalin. Kalau dah bersalin, lagi tinggi kos yang perlu mereka tanggung lebih-lebih lagi jika isteri Baqir nie tidak dapat bersalin secara normal. Jangan la berfikirkan BODOH SOMBONG menyatakan bahawa selepas berkahwin akan ada rezeki untuk mereka dan dicukupkan segalanya kerana ALLAH sendiri menyatakan bahawa DIA hanya akan memberikan rezeki jika berusaha untuk mendapatkannya. Kalau kerja pun tidak, takkkanlah duit BERIBU-RIBU dengan senang-senangnya akan masuk dalam bank. Penyakit jangan dicari....
Hasilnya, disebabkan kekurangan kewangan, Baqir ini akan curi-curi bawa isterinya masuk ke rumah saya semasa saya tiada. Yelah, orang tiada duit, kalau ade duit bolehla sewa hotel. Dah la bilik Baqir nie kipas pun tiada, tilam pun cuma mampu beli tilam. Hutang semasa kawin dulu pun masih bertimbun-timbun
(nak kawin sekarang nie pun, paling kurang kena sediakan RM10 ribu untuk majlis di sebelah lelaki, tu belum kira wang hantaran untuk diberikan kepada isteri yang paling kurang pun RM8 ribu ke atas. Yang tu belum kira belanja-belanja sampingan yang lain. Bila pihak wanita letakkan wang hantaran tinggi, bising pula pengantin Lelaki, ape korang pihak pengantin lelaki ingat senang-senang je ke mak ayah pengantin perempuan nie besarkan anak perempuan dorang sehingga berhabis berpuluh-puluh atau beratus ribu RM. Bila anak perempuan dorang dah besar, senang-senang jer korang nak bawa camtu jer. So, kalau tak mampu, kena la berfikir dahulu, tunggu dan cukupkan dahulu segala syarat yang diminta oleh pihal bakal isteri).
Bagi Bagir pula, dia merancang selepas setahun bekerja, baru la dia akan mengadakan majlis perkahwinan, kerana mereka nie nikah gantung disebabkan menghadapi masalah kewangan sebab masih belakar. Cuba fikir, takkanlah 2-3 tahun selepas berkahwin baru nak adakan kenduri perkahwinan??? Masa belajar pun dia & isterinya pun naik motosikal je ke mana-mana, bayangkan jika isterinya pregnant takkan nak naik motor je yang sudah pasti akan membahayakan kandungan isterinya...
Selepas banyak kali "mencuri-curi" masuk ke rumah saya kerana nikah gantung, akhirnya kami dapat tahu yang isteri Baqir nie pregnant (walaupun sebenarnya dia merancang tak mahu anak lagi risaukan mengganggu pelajaran mereka disamping kewangan untuk diri sendiri pun tak cukup, tetapi Allah berikan rezeki anak kepada mereka lebih awal). Masa tu la baru Baqir nie kelam kabut mencari ceti-ceti untuk berhutang supaya dapat mengadakan Majlis Perkahwinan lebih awal semasa mereka masih belajar (yela, takkan lah selepas isterinya dah melahirkan anak baru dorang nak adakan Majlis Perkahwinan. Bayangkkan Baqir dan Isterinya sedang bersanding di atas pelamin sambil mengendong anak kecil mereka, sure KECOH satu kampung.hahahahaha).
Kesimpulannya, saya nasihatkan adik perlulah tumpukan kepada pelajaran terlebih dahulu kerana belum tentu anda akan lulus on-time (manalah tau jika ade subjek yang fail).  Lepas tamat pengajian, untuk dapat kerja pun ramai yang menganggur sampai bertahun-tahun (masa tu, anda sebagai suami  nak bagi makan apa untuk isteri anda???...).


Lebih baik adik nekadkan dalam diri adik untuk belajar bersungguh-sungguh dengan keputusan yang cemerlang kemudian anda akan berusaha sedaya upaya mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang besar dalam masa terdekat selepas tamat pengajian. Cukup je duit & selepas ilmu perkahwinan penuh di dada, adik bole terus meminang bakal isteri anda secepat mungkin, tak susah bukan (^_^). Ingatlah juga bahawa REZEKI hanya akan datang jika DICARI bukannya TERUS MENANTI.... Ingatlah juga bahawa TERPIKUL SATU TANGGUNGJAWAB/AMANAH yang besar apabila seseorang Hamba-Nya berkahwin yang perlu dilaksana dan akan dipersoal selepas mereka meninggal nanti. 
Bila sudah mempunyai anak, tergalas lagi suatu komitmen yang tinggi (mana nak jaga anak malam-malam yang menangis-nangis, tu belum kira bila anak sakit dan perlu dimasukkan dalam hospital. Mungkin anda boleh merancang untuk tidak mahukan anak lagi, tetapi rezeki anak akan dikurniakan Allah juga jika tiba masanya walaupun anda berfikir bahawa anda belum lagi bersedia pada ketika itu....

Anda juga perlu ingat bahawa antara punca penceraian rumahtangga adalah disebabkan oleh ekonomi keluarga kerana segala perkara di dalam rumahtangga banyak melibatkan kewangan. Kalau setakat masih belajar, manalah cukup nak tanggung diri sendiri, inikan nak tanggung isteri. Jangan ingat bahawa perkahwinan itu suatu yang mudah, tanggungjawabnya cukup besar dan tak semua orang mampu menggalasnya dan ramai juga rumahtangganya bercerai berai disebabkan faktor kewangan. Kalau anda dah bekerja dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh, silalah tunaikan hajat anda untuk berkahwin tersebut. Untuk berkahwin pun, bukan suatu yang senang kerana anda perlu dalami sedalam-dalamnya Ilmu agama dan perkahwinan. 
Bukan anda berpandapat ada rakan-rakan anda yang berumahtangga semasa melanjutkan pengajian, tetapi anda kena sedar bahawa ramai juga yang bercerai-berai selepas itu dan saya pasti anda tidak mahu menjadi salah satu statistik tersebut. 
Kajian yang pernah saya baca juga menyatakan usia yang paling sesuai untuk seseorang berkahwin ialah selepas berumur 24 tahun, kerana ketika pada usia ini mereka boleh dianggap lebih berfikiran matang dan lebih stabil daripada segi ekonomi serta mereka lebih bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 

Walaupun bukan semua, tetapi terdapat juga beberapa golongan muda yang berkahwin muda yang pernah saya jumpa, sanggup berkahwin pada usia muda(awal-awal perkahwinan ketika tu mereka tidak mempunyai byk tanggungjawab, jadi semua yang difikirkan hanyalah keseronokan sahaja) tetapi bila beberapa lama berkahwin mulalah  JIWA MEREKA MEMBERONTAK kerana tidak puas berseronok bersama rakan-rakan (suami @ isteri) kerana pada peringkat "awal dewasa" mereka kena pikul tanggungjawab besar terutamanya selepas mempunyai anak. Jika suami isteri masing-masing masih belajar, mungkin mereka berasa sedikit dipulau oleh rakan-rakan kerana rakan-rakan mereka akan berfikir 2-3kali sebelum mengajak mereka keluar (yelah, orang dah kawin, banyak komitmen). Semasa kawan-kawan sibuk nak pergi shopping atau berjalan ke mana-mana hingga kena balik tengah malam, mulalah mereka (sama ada suami atau isteri) ni nak ikut sedangkan anak mereka pada siapa dorang nak tinggalkan kalau dorang nak keluar terlalu lama sampai ke malam. Kalau bawa anak mereka yang masih kecil pun, malam dah kena bawa pulang awal(baby nie sensitif, kena jaga dengan teliti) ... 
Kehidupan selepas jadi isteri orang pun tak boleh la nak terlalu berseronok-seronok sangat macam sebelum kawin bersama kawan-kawan. AKIBATNYA, suami atau isteri yang tidak "kuat" pasti akan cepat memberontak (banyak tanggungjawab kena pikul, mana nak jaga suami, anak, rumahtangga dan segala tanggungjawab sebagai pelajar). Pada usia 24 tahun, insyaAllah, segala "keseronokan dunia" ni masing-masing suami isteri dah puas rasai, jadi tiada apa yang hendak dikejar lagi.... 









Saya tertarik dengan artikel berikut (kahwin-ketika-belajar):-
1. Berumahtangga, bermakna kita sudah nekad dan bersedia untuk hidup bersama lelaki atau wanita lain sehingga akhir hayat. Ianya SEJARAH besar dan akan merubah banyak perkara dalam kehidupan seseorang.
2. Orang yang hebat dan yang sentiasa merancang kehidupan akan membuat sebarang keputusan ketika emosi tenang, matang dan yakin dengan keputusannya itu
3. Usia, ilmu dan pengalaman adalah sebagai asas kayu ukur kematangan seseorang.
4. Orang yang sejak kecil hidupnya penuh dengan kesukaran dan halangan, proses kematangannya lebih cepat. Sukar dari segi kehidupan atau sukar kerana tiada kemudahan, seperti ketika era tiada letrik, bekalan air serta kemudahan teknologi komunikasi.
5. Di era serba mudah dan canggih sekarang ini telah memberi kesan MELEWATkan kematangan untuk seseorang berdikari dan membuat keputusan yang tepat serta kurang pengalaman menyelesaikan masalah hidup yang rumit.
6. Ramai ibu-ibu tua sekarang, mereka berkahwin pada usia belasan tahun dan anak-anak mereka ramai yang berjaya. Mengapa? Mereka cepat matang dalam banyak perkara. Manakala anak-anak remaja sekarang, ada yang usia awal 20an, masih kebudakan lagi emosi dan tindakannya.
7. Sekitar tahun 80an, saya mempunyai ramai kenalan yang belajar di luar Negara dan berkahwin di sana pada usia 20-23 tahun ( belum tamat pengajian), dan kebanyakan mereka baru berkenalan dengan gerakan Islam dan baru belajar memahami Islam yang sebenar. Manakala pelajar yang tidak cenderung kepada agama, ramai berkahwin bila sudah tamat pengajian dan setelah balik ke Malaysia.
8. Alasan utama berkahwin ialah kerana menutup fitnah dan kerana ‘dakwah’ . Mentah dalam dakwah dan membuat keputusan.
9. YANG MENARIKNYA, ada di antara mereka ini yang sekarang ini sudah pun mempunyai anak remaja dan mereka member AMARAN kepada anak mereka, “ Jangan kawin semasa belajar”. Malah ada kenalan saya yang sengaja meletakan gambar anaknya yang sudahpun graduan pada kad jemputan kahwin.
10. Ada di antara mereka memberitahu dan melihat perbezaan yang agak ketara pada emosi dan perangai anak sulung atau anak kedua mereka berbanding dengan anak-anak yang lain. Anak-anak ini lahir dan di didik ketika mereka menjadi ibubapa pada usia sangat muda, cetek pengalaman, terburu-buru, pembengis, mudah melenting dan sibuk pula dengan peperiksaan.
11. Jika dahulu memberi alasan dakwah, tetapi apabila ada di antara anak-anak mereka yang sudah dewasa dan gugur lebih awal dari jalan dakwah, malah ada yang terus ke bawah. Mereka yang ketika itu masih singkat akal dan tidak matang, sekadar memberi alasan, dan menyembunyikan naluri seksual ketika muda sebagai ‘helah’ berkahwin awal.
12. Kenalan saya seorang usahawan ( tidak belajar tinggi), yang berkahwin pada usia 22 tahun, juga mengaku menyesal kahwin muda, kerana serba kekurangan ilmu dan psikologi perkahwinan serta tidak matang lagi menjadi nakhoda rumahtangga.
13. Sebaliknya ada kenalan saya, yang berkahwin awal ketika di luar negara, dan anaknya pula mahu mengikut jejak langkahnya berkahwin sebelum graduat. Dalam satu tulisan yng beliau tulis seolah-olah 'mengalakkan' pula berkahwin pada usia mentah/ semasa belajar!. Namun begitu, jika diamati secara terperinchi, artikel itu sekadar alasan mahu membenarkan anaknya berkahwin awal dan membenarkan tindakannya dahulu berumahtangga pada usia awal 20an. Sedangkan beliau lupa akan kematangan beliau jauh berbeza kerana pernah hidup serba kekurangan.
14. Kesimpulannya, “ Wahai anak-anak muda yang masih belajar, khasnya di luar negara ( di Negara Arab, USA, Eropah, UK, Australia dan seumpamanya) pelajarilah pengalaman orang yang lebih dahulu dari anda. Usah cemaskan dan risaukan hati ibuayah anda di sini. Kejar matlamat utama anda untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, bukan pulang bawa anak dan anda pula bakal menjadi penggangur. Anda mendidik anak pada usia mentah dan masih terserlah emosi kebudak-budakan. Ingat ! Allah mengajar secara langsung khasnya lelaki ,dimana Rasulullah berkahwin selepas beliau sudah mencari rezeki sendiri dan pada usia lelaki matang, iaitu usia 25 tahun- berkahwin sekitar usia ini juga merupakan sunnah dan orang yang matang merancang kehidupan”.




RISIKO BERKAHWIN SEMASA MASIH BELAJAR/BELUM DAPAT KERJA
1.Duit sara hidup masih ditanggung keluarga, macam mana nak sara isteri?
2.Kebayakan pasangan yg kahwin muda byk yg cepat bercerai.
3.Mengandung mengganggu waktu study dan juga tempoh bersalin - kena extend semester
4.Belum cukup matang
5.Tanggungjawab bertambah dari student yg tak kahwin.
6.Biasanya timbul masalah  kewangan
7.Seorang sakit sorang lagi mesti kene jage...macam mana masa belajar? 
8. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..). 
9. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).


RISIKO Berkahwin Semasa Belajar dari Perspektif Islam  
Bebanan berkahwin ketika masih lagi belajar sememangnya wujud. Kepada suami kerana perlu menanggung isteri (al-Tahrim 65:7). kepada isteri pula kerana perlu melayan suami (al-Tarmidhi, 1994: 386/2). Kepada kedua-duanya pula apabila si isteri mengandung, melahirkan dan menjaga anak. Dalam masa yang sama, mereka pula terpaksa membahagikan masa untuk belajar yang menyebabkan ada sebahagian mahasiswa/i terlibat terkandas di universiti (Cari Forum, 2007). Hal ini merupakan perkara pokok yang menjadikan sesetengah mahasiswa/i tidak ingin berkahwin dan ibu bapa pula keberatan untuk mengizinkan mereka berkahwin.  
Perlu dingat bahawa apabila menyebut perkataan kahwin semasa belajar, ibu bapa dan mahasiswa/i perlulah berbalik kepada situasi hukum perkahwinan. Terdapat beberapa hukum dan perkara yang perlu ibu bapa perincikan, iaitu hukum berkahwin bagi mahasiswa/i yang mempunyai keinginan untuk itu, definisi mampu mengawal nafsu dan mampu dalam nafkah. Seorang mahasiswa/i yang ada keinginan untuk berkahwin, maka hukumnya ada tiga. 

i) Sunat hukumnya jika mempunyai kemampuan dan mampu mengawal nafsunya. 
ii) Wajib hukumnya jika mempunyai kemampuan dan tidak mampu mengawal nafsunya. 
iii) Akhir sekali, makruh hukumnya jika tidak mempunyai kemampuan tetapi tidak boleh mengawal nafsunya (Ramayulis, 2001: 19).
Perkara kedua yang perlu diperhatikan ialah pengertian mampu nafkah untuk berkahwin yang menjadi persoalan utama ibu bapa menghalang anak mereka berkahwin. Nafkah wajib seorang suami terhadap isteri ialah sekurang-kurangnya 530 gram beras dengan lauknya. Nafkah pakaian pula ialah suami menyediakan untuk isterinya pakaian mengikut kebiasaan pakaian wanita dalam sesebuah masyarakat. 


-------------------------------------------------------------------------------




HARDY BOY : KEPADA MAHASISWA LELAKI YANG INGIN BERKAHWIN SEMASA MASIH LAGI BELAJAR, SAYA NASIHATKAN:-
i) PENDAMKANLAH SEKETIKA HASRAT ANDA ITU, HABISKAN DULU BELAJAR, DAPATKAN PEKERJAAN DENGAN GAJI LUMAYAN, KUMPUL DUIT YANG SECUKUPNYA KEMUDIAN CEPAT-CEPATLAH LELAKI PINANG BAKAL ISTERI ANDA. 
BAYANGKAN AKAN AKAN JADI KEPADA KELUARGA ANDA APABILA TAMAT SAHAJA PENGAJIAN NANTI, ANDA MENJADI PENGANGGUR TERHORMAT BERTAHUN-TAHUN SEBELUM DAPAT KERJA BERSAING BERSAMA GRADUAN-GRADUAN LAIN. MASA TERSEBUT, MACAM MANA ANDA INGIN SARA KELUARGA ANDA. 
JANGAN JADIKAN ALASAN ORANG YANG BERKAHWIN NI AKAN DIKURNIAKAN REZEKI DAN DICUKUPKAN SEGALANYA OLEH ALLAH (KERANA ALLAH HANYA AKAN MEMBERIKAN SEGALA NIKMAT TERSEBUT SETELAH KITA GIGIH BERUSAHA & BUKAN DENGAN SENANG-LENANG BEGITU SAHAJA MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA KERANA YANG PIPIH TAKKAN DATANG MELAYANG. PENYAKIT JANGAN DICARI...).  
NABI MUHAMMAD SENDIRI PUN PERNAH MENASIHATKAN SEORANG YANG KEHILANGAN UNTANYA WALAUPUN DIA BERTAWAKKAL TANPA MENGIKAT UNTANYA. BAGINDA MENASIHATKAN BAHAWA "JIKA ANDA INGIN BERTAWAKAL, IKATLAH TERLEBIH DAHULU UNTA TERSEBUT SEBELUM ANDA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH". MAKSUDNYA, BERUSAHA TERLEBIH DAHULU SEBELUM ANDA BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH.
MACAMMANA SUAMI INGIN SARA ISTERI & ANAK KERANA PINJAMAN PTPTN PUN BERAPE SEN LA SANGAT, LEPAS DPT PINJAMAN, CUKUP JE 2 BULAN TERUS MINTA DENGAN MAK BAPAK, TU PUN ADE HATI NAK SARA ANAK ORANG.... 


ii) INGATLAH JANJI ALLAH BAHAWA SETIAP HAMBA-NYA INSYAALLAH TELAH PUN DITENTUKAN JODOH MASING-MASING. JIKA DITAKDIRKAN PASANGAN ANDA JODOH ANDA, INSYAALLAH DIA AKAN MENJADI PASANGAN SEUMUR HIDUP ANDA, JADI APA YANG INGIN DIKEJARKAN.... (cuma ada sesetengah manusia ni sebenarnya terlalu takut akan ditinggalkan pasangannya, maka ia menjadikan berkahwin untuk mengelakkan maksiat ini sebagai alasannya. Ingatlah juga, walaupun anda sudah berkahwin pada usia yang terlalu muda, belum tentu si suami tidak akan melafazkan lafaz cerai ataupun dia akan setia bersama anda...).


iii) BAGI SAYA, ORANG YANG INGIN BERKAHWIN KETIKA MASIH BELAJAR NIE & MASIH DI USIA MUDA MERUPAKAN SEORANG YANG TIDAK BERFIKIRAN CUKUP MATANG. JANGAN JADIKAN "INGIN MENJAUHI MAKSIAT" (habis tu, orang-orang lain yang tidak berkahwin tu semuanya melakukan maksiat ke??? Anda akan melakukan maksiat jika anda sendiri yg inginkannya)SEBAGAI ALASAN UTAMA ANDA INGIN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA SEDANGKAN HAKIKATNYA JAUH DI DALAM HATI ANDA, ANDA HANYA MELIHAT KEPADA TUNTUTAN HAWA NAFSU SEMATA-MATA DAN HANYA INGIN MENJADIKANNYA LESEN UNTUK ANDA BERSERONOK). MEMANG ORANG2 DAHULU RAMAI YANG BERKAHWIN MUDA TETAPI MEREKA BERFIKIRAN MATANG DAN PENUH BERTANGGUNGJAWAB WALAUPUN DI USIA MUDA, TIDAK SEPERTI KEBANYAKKAN MUDA-MUDI PADA MASA SEKARANG YANG BEBAS PERGAULANNYA... 

iv) Ingatlah bahawa fakta menyatakan penceraian yang begitu mendadak meningkat (satu pasangan bercerai setiap 15min) antaranya adalah disebabkan oleh pasangan muda belia yang berkahwin awal (hanya fikir keseronokan & nafsu di awal berkahwin semata-mata tetapi tidak kuat untuk memikul tanggungjawab dan tidak berfikiran matang serta keanak-anakkan). Apabila pelbagai krisis dan tanggungjawab yang timbul, mereka gagal menghadapinya...
v) MINTALAH PANDANGAN AHLI PAKAR/ARIF TENTANG PERKAHWINAN INI, SELAIN UNTUK MENYAHUT SYARIAT ISLAM, AMANAH YANG TERPIKUL DIBAHU SEORANG SUAMI AMATLAH BERAT BERBEZA DENGAN ISTERI(YANG CUMA MENJADI SEORANG PEMBANTU DAN PENGIKUT SAHAJA). DALAMILAH ILMU AGAMA SEDALAM-DALAMNYA SERTA ILMU PERKAHWINAN. BANDINGKANLAH PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERKAHWIN SEMASA BELAJAR DENGAN PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERKAHWIN SELEPAS TAMAT BELAJAR, PASANGAN YANG MANAKAH YANG LEBIH BAHAGIA. APABILA SUAMI MENJADI KETUA KELUARGA, FAKTOR KEWANGAN MEMAINKAN PERANAN YANG CUKUP PENTING DALAM MEMBAHAGIAKAN RUMAH TANGGA BERSAMA PASANGAN. FAKTOR MENGGERUNKAN MENUNJUKKAN BAHAWA ANTARA PUNCA UTAMA PENCERAIAN DI KALANGAN PASANGAN SUAMI ISTERI MUDA IALAH FAKTOR KEWANGAN. SAYA PASTI ANDA TIDAK MAHU MENJADI SEBAGAI SEBAHAGIAN STATISTI TERSEBUT....

vi) APABILA PASANGAN SUAMI ISTERI BERKAHWIN SELEPAS MASING-MASING MENDAPAT PEKERJAAN, DENGAN KEWANGAN YANG CUKUP, BOHONGLAH JIKA TIADA PASANGAN YANG MENGIMPIKAN MAJLIS PERKAHWINAN YANG MERIAH(BUKAN MEWAH) DAN LENGKAP SEGALANYA... BERBEZA DENGAN PASANGAN YANG BERKAHWIN SEMASA MASIH BELAJAR, MAJLIS PERKAHWINAN YANG DIADAKAN SEOLAH MAJLIS SOLAT HAJAT SEMATA-MATA(HADIRIN PULA CUMA 30-50 SAHAJA) DISEBABKAN SUAMI TERPAKSA BERHUTANG DUIT DENGAN MAK BAPAK GARA-GARA "GATAL" NAK KAWIN AWAL... JIKA UNTUK PENGANTIN PEREMPUAN PULA BERBANDING PENGANTIN LELAKI, SUDAH TENTU IBU BAPA MEREKA INGIN MENGADAKAN MAJLIS YANG PALING MERIAH SEBAGAI "HADIAH" MEREKA YANG TERAKHIR.
KESIMPULANNYA, 
HABISKAN PENGAJIAN ANDA YANG 3- 4 TAHUN TU TERLEBIH DAHULU DAN DAPATKAN KEPUTUSAN CEMERLANG, KEMUDIAN CEPAT-CEPAT DAPATKAN PEKERJAAN SETERUSNYA CEPAT-CEPAT PINANG BAKAL ISTERIA ANDA, TAK SUSAH BUKAN..(^_^)...
ELAKKAN DIRI ANDA DARIPADA TERJERUMUS DENGAN PELBAGAI MASALAH PERIBADI KELUARGA YANG AKHIRNYA PELAJARAN PUN AKAN TERABAI. BILA ISTERI DITAKDIRKAN MENGANDUNG DAN BERSALIN, ISTERI ANDA PULA TERPAKSA EXTEND SEMESTER UNTUK BEREHAT. TU BELUM LAGI KIRA BILA ANAK ANDA SAKIT DAN ANDA MEMERLUKAN SUMBER KEWANGAN YANG BANYAK UNTUK MERAWAT DAN MEMBESARKANNYA (JANGAN KATA ANDA TIDAK MAHUKAN ANAK KERANA ADAKALANYA RAMAI PASANGAN SUAMI YANG DIKURNIAKAN ANAK WALAUPUN MEREKA MERANCANG UNTUK MAHUKAN ANAK LAGI....). 
AKHIRNYA, SILAP HARIBULAN, PELAJARAN ANDA PUN ENTAH KE MANA, MENARA GADING PUN TAK SEMPAT ANDA DAKI SEPENUHNYA SEBELUM TERGELINCIR JATUH BERGULING-GULING. SEGULUNG IJAZAH YANG DIIMPIKAN ANDA DAN IBU BAPA AKHIRNYA HANYA DIGANTI DENGAN SEGULUNG SIJIL KAWIN.


Mungkin anda berpendapat bahawa cukup la anda membuat majlis perkahwinan ala kadar sahaja (Majlis itu anda akan ingat seumur hidup anda), panggil 30-40 jemputan cukup la, tetapi alangkah INDAHNYA JIKA ANDA MEMBUAT KENDURI PERKAHWINAN YANG DIHADIRI OLEH RAMAI JEMPUTAN, PALING KURANG PUN JEMPUTAN 500 ORANG UNTUK SEBELAH PEREMPUAN SAHAJA (BUKAN UNTUK RIAK) DENGAN HARAPAN TETAMU YANG DATANG MENDOAKAN PASANGAN PENGANTIN TERSEBUT HINGGAKAN JIKA SUAMI ISTERI INGIN BERCERAI, SEWAJARNYA MEREKA PERLU MEMINTA MAAF KEPADA SETIAP TETAMU SEMASA MAJLIS WALIMATUL URUS MEREKA.... JEMPUTAN SEMASA MAJLIS ANDA JUGA SUDAH TENTU RAMAI YANG TERDIRI DARIPADA SAHABAT-SAHABAT IBU BAPA ANDA, KALAU BUDGET KAWIN PUN TAK BERAPA BANYAK MENYEBABKAN JEMPUTAN YANG DIJEMPUT BEBERAPA ORANG JE, APA PULA KATA SAHABAT-SAHABAT IBU BAPA ANDA YANG MUNGKIN BERKECIL HATI KERANA MEREKA TIDAK DIJEMPUT... MUNGKIN JUGA, MAJLIS ANDA MENJADI BUAH MULUT ORANG & MENIMBULKAN FITNAH...


UNTUK SUAMI, TAKKANLAH SELEPAS KAHWIN ANDA HANYA NAK BAWA ISTERI ANDA NAIK MOTOR JE KEMANA-MANA LEBIH-LEBIH LAGI APABILA PADA MASA SEKARANG RAMAI JUGA PENUNGGANG & PEMBONCENG YANG MAUT DI JALANRAYA SAMA ADA DISEBEBKAN KESILAPAN SENDIRI ATAU PEMANDU YANG LAIN. PALING KURANG PUN NAK KENA ADA KERETA SENDIRI. SUDAH PASTI ANDA TIDAK MAHU MELETAKKAN PASANGAN ANDA DALAM GOLONGAN BERISIKO MEMBONCENG MOTOSIKAL. TU BELUM KIRA JIKA ISTERI ANDA DITAKDIRKAN MENGANDUNG (SAMA ADA ANDA MAHU ATAU TIDAK), TAKKANLAH ANDA NAK BONCENG ISTERI YANG PERUTNYA TENGAH MEMBESAR TU NAIK MOTOR JE.
MENJADI KEWAJIPAN SUAMI UNTUK MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL, KENDERAAN, MAKAN MINUM & PAKAIAN YANG TERBAIK UNTUK ISTERI MEREKA. TU BELUM KIRA LAGI NAFKAH WANG RINGGIT YANG PERLU DIHULURKAN SETIAP BULAN, TAKKAN NAK BAGI RM50 JE SEBULAN.... 
NAK TAK NAK SUAMI KENA LA SEDIAKAN SEGALA KEMUDAHAN INI, KOS YANG TINGGI PERLU DITANGGUNG OLEH SUAMI (YANG BERTANGGUNGJAWAB LA, YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB DORANG AKAN CUBA LARI DARIPADA SEDIAKAN SEMUA NI), KOS PALING KURANG SETIAP BULAN PUN:-
i) SEWA RUMAH = RM400
ii) BAYAR BULANAN KERETA = RM500
iii) BELANJA DUIT DAPUR, BIL ELEKTRIK, AIR, BIL TELEFON, ASTRO DSEBAGAINYA DAH BERAPA RM DAH. YANG TU BELUM KIRA LAGI WANG NAK BELI PETI SEJUK, DAPUR, MESIN BASUH, PERKAKAS DAPUR, TILAM(TANPA KATIL) DSBGINYA  DAH BERAPA RM TAK TERMASUK NAFKAH BULANAN YANG PERLU DIBERIKAN SETIAP BULAN. ..




INI HANYALAH PENDAPAT SAYA SAHAJA, JIKA ANDA RASA MAMPU UNTUK MENGHARUNGI SEGALA OMBAK, BADAI DAN TAUFAN DI ATAS SEMASA MASIH LAGI MENUNTUT, ITU ADALAH KEPUTUSAN ANDA KERANA HANYA ANDA YANG MENGETAHUI KEMAMPUAN DIRI ANDA....

"JIKA DITAKDIRKAN JODOH, DIA TAK KE MANA...
YANG PIPIH TAKKAN DATANG MELAYANG, YANG BULAT TAKKAN DATANG BERGOLEK.
REZEKI HANYA AKAN DIKURNIAKAN-NYA SETELAH PUAS KITA BERUSAHA


REZEKI JANGAN DITOLAK, TAPI PENYAKIT JANGAN DICARI..hehehe....

YANG PENTING, NAK TAKNAK SUAMI PERLU KUKUHKAN KEWANGAN DULU SEBELUM BERFIKIR NAK BERUMAHTANGGA, KALAU TAK KESIAN ISTERI & ANAK ANDA NANTI.."






(SEBENARNYA, ENTRY INI SAYA tujukan kepada bekas pelajar ibu saya yang bercadang ingin melangsungkan pengajian di usia muda dan masih menuntut supaya bersama dapat kita fikir-fikirkan (^_^)


-------------------------------------------------------------------------------



update:
Tips-Tips lain berkahwin di usia muda
  • TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.
  • TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
  • TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta  ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
  • TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.
  • TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

kredit to : kursusperkahwinan.com

 CABARAN BERKAHWIN DI USIA MUDA
  • Bagi mereka yang masih belajar di IPT atau kolej swasta, pasti banyak halangan untuk mendirikan mahligai bahagia.
  • Bagi mereka yang sudah habis belajar, pasti belum mempunyai kewangan yang stabil untuk mendirikan rumahtangga idaman bersama pasangan anda.
  • Bagi mereka yang selalu dilarang oleh ibu bapa untuk melangsungkan perkahwinan di hari bahagia seawal usia muda, pasti buntu mencari jalan penyelesaian.

  1. Masalah Kewangan. Ibu bapa kita yang sayangkan kita, tidak mahu kita berkahwin jika sumber pendapatan bulanan masih belum stabil, tambah-tambah lagi jika kita masih belajar atau baru sahaja menamatkan ijazah di mana-mana IPT. "Mat, belajar lah elok-elok, nanti dah belajar, mudah lah nak dapat kerja. Kalau dah dapat kerja dan gaji besar, boleh lah mula cari calon dan berkahwin."
  2. Masalah Keluarga. Apabila kewangan sudah tidak stabil, maka ibu bapa melarang kita untuk memikirkan pasal kahwin, kahwin dan kahwin. Malah, ada ibu bapa yang perpegang pada prinsip "Belajar Dulu, Baru Kahwin", walau sestabil mana kewangan kita.
  3. Masalah Cabaran Selepas Kahwin. Ini antara perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, yang menjadi penyebab utama mereka tak nak berkahwin awal di usia muda. Bimbang banyak tanggungjawab akan mendatang, bimbang tak bersedia dan bimbang perkahwinan berakhir dengan kegagalan. 
HARDY BOY :Mungkin anda akan kata ramai orang yang anda yang pernah jumpa berjaya dalam perkahwinan mereka walaupun mereka berkahwin semasa sedang belajar, tetapi anda juga perlu ingat bahawa ramai juga di kalangan golongan ini yang kecundang dalam perkahwinan mereka kerana tidak dapat mengharung badai dalam perkahwinan serta tidak mampu memikul AMANAH yang dipertanggungjawabkan kepada suami isteri (kerana perkahwinan juga bukanlah semuanya indah-indah belaka semasa waktu bercinta kerana semasa bercinta anda hanya dapat mengenali semaksimum 30% sahaja diri pasangan anda).  Saya tidak menyatakan perkahwinan anda tidak akan berjaya cuma anda berada dalam golongan yang berisiko tinggi. 



Boleh juga rujuk kepada entry saya terdahulu:






ARTIKEL renungan (Bukan niat untuk mengaibkan tetapi sebagai ikhtibar)

"Perkahwinan Usia Muda" Banyak iktibar/pengajaran yang diperolehi dalam kisah ini sama ada kesilapan mereka, ibu bapa atau keluarga sekeliling.
"Cerai didakwa dirogol suami 4 bulan sebelum berkahwin" >>> kisah lanjut http://tengoktvonline.blogspot.com/2013/11/cerai-dakwa-dirogol-bekas-suami-4-bulan-sebelum-kahwin.html
>>> kebenaran-terbongkar-punca-sebenar
>>> bekas-suami-nur-fazira-saad-janda-muda


--------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------
Dalam membuat keputusan itu carilah redha Ibubapa kerana redha Ibubapa juga merupakan redha Allah, jangan diikut ego "darah muda".

kisah lanjut : >>>sinarharian.com.my/pengantin-seminggu berkahwin-dibakar



Kisah lanjut >>> suami-tendang-perut-isteri-hamil-lapan.html

Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com.my/kes-cerai-di-malaysia-meningkat
Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com
Baca selanjutnya di >>> www.beritasemasa.com
truestory.my

5 comments:

  1. betul2..perkahwinan ni bukan semudah itu. Komitmen & tanggungjawab pas kawin tu lagi banyak ^o^

    aishh saya dah umur 24 ni..dah sesuai nak kawin dah kalu ikut apa yang hardy boy tulis ni :)

    tapi,seru2 nak kawin tu cam x nampak jer..mcm lambat jer lagi kan..hahaha

    ReplyDelete
  2. ZUYYIN : TERIMA KASIH KRN SUDI COMMENT (^_^).
    SY SOKONG...TP SY BERPENDAPAT KAWEN MUDA NI (MS BLAJAR) KBAIKAN YG TERBUKTI SKALI IALAH, TIME DAH PENCEN ANAK2 DA BESOW..KIKIKIKI

    ReplyDelete
  3. Saya telah membaca artikel ini. Saya pelajar dan saya merancang untuk berkawin awal.
    Pada saya agama adalah no 1. Didalam artikel ini, tidak 1 pun mnyebut hal2 suami isteri dn agamanya. Sedgkn 1 gmbar diatas msh yg tidak menutup aurat. Inai bercacah seperti tatu hindu. Sejauh manakah kesedaran mereka.Setiap kesusahan adalah ujian brgntg pada sudut negativ atau positif seseorg untuk melihat. Kebykn pesanan semuanya didalam bntuk harta sdgkn dlm pemilihan calon isteri adalah agama yg pertama. Keturunan no 2. Harta dan rupa. Manakala wali haruslah menerima colon yg soleh. Jika si laki tidak mnjaga agamanya, msh yakinkh bapanya. Tidak cukup dgn itu dgn segala hntrn dan persiapan yg mahal. Sdgkn duit itu lbh memerlukn selepas berkawin. Sbgai sorang wali mereka harus tahu perkara ini dn bukan semata mata meletak kpd ibu.

    ReplyDelete
  4. Sy msih belajar dan dalam msa yg sma, sy mrupakan status istri org...alhmdulillah sgalanya ok.... apa2 pon sy letak agama yg pertama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah sangat setuju..Maaf tapi Artikel ini tidak berlandaskan agama..bila saya baca ia seolah2 duniawi semata2...hal ini akan membuatkan masyarakat takut untuk menuntut syariat islam kerana pengaruh unsur dunia..agama sebagai tunggak utama.. umur bukanlah halangannya..

      Delete