MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, July 07, 2011

SILA BERWASPADA : KANAK-KANAK MENINGGAL KERANA LEMAS DALAM KERETA IBU

HARDY BOY : Hari nie terbaca kisah menyayatkan hati dalam akhbar harian metro kerana adik saya sendiri pernah ditinggalkan dalam kereta dengan air-cond terbuka (tapi tiada apa2 yang terjadi kpd adik saya tu) dan saya pernah menghadapi kejadian membantu/ menyelamat kanak-kanak iaitu anak jiran saya terkunci di dalam kereta yang enjinnya sedang terpasang (pintu kereta dikunci oleh anaknya sedangkan ibu bapanya memandang ringan membiarkan kunci kereta di dalam kereta dengan enjin dihidupkan. Dengan teknik ala pencuri kereta, alhamdulillah kunci kereta tersebut berjaya dibuka dengan mengumpil sebelah bahagian dalam sisi pintu dengan pencangkuk bersama seorang mekanik kereta).


Anaknya takut nak buka kunci bila melihat orang mengerumuni kereta daripada luar. Hampir-hampir cermin pintu kereta kitorang pecahkan, risau aircond dalam kereta terlebih sejuk(kejadian tersebut berlaku waktu maghrib) atau risau kalau-kalau ade kebocoran gas ekzos yang masuk dalam kereta yang pernah menyebabkan kematian kanak-kanak (pernah disiarkan dalam akhbar) suatu ketika dahulu. Akhirnya pintu kereta dapat dibuka apabila kitorang berjaya cungkil kunci kereta daripada luar kereta viva tersebut. Sejuk menggigil anaknya bila kami keluarkan daripada kereta.

Kisah-kisah seperti ini banyak terjadi yang turut berpunca daripada kecuaian masyarakat, sewajarnya menjadi pengajaran kepada semua masyarakat terutamanya ibu bapa  supaya tidak memandang remeh
(Tetapi JIKA sudah DITAKDIRKAN ianya terjadi selepas kita berusaha, segalanya adalah ketentuan Tuhan, tentu ada hikmah disebalik ketentuan-Nya. AL-FATIHAH KEPADA KANAK-KANAK TERSEBUT...).
 



LEMAS DALAM KERETA IBU
sumber :  www.hmetro.com.my
 Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Suraya Roslan

SEREMBAN: Remuk hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuannya yang juga murid tahun empat mati akibat lemas selepas tertinggal selama lebih enam jam di dalam kenderaan miliknya, di Sekolah Rendah Islam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian disedari kira-kira jam 2 petang apabila mangsa, Izzah Athirah Mohd Khir, 10, dilihat masih berada di dalam kereta Perodua Alza berkenaan yang diletakkan di perkarangan kawasan sekolah terbabit.

Menurut Mohd Khir, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Beliau berkata, dia sebelum itu sedang menghadiri mesyuarat di sekitar Port Dickson dan mengetahui kejadian berkenaan ketika dihubungi rakan sepejabatnya, kira-kira jam 3.30 petang.

“Saya diberitahu Izzah terperangkap di dalam kereta dan masih tidak mengetahui dia sudah meninggal dunia.

Gambar hiasan : Kanak-kanak mungkin tertidur dalam kereta akibat kepenatan.

“Namun, apabila tiba di hospital, saya terkejut apabila dimaklumkan Izzah sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya yang reda dengan insiden memilukan itu. Kata Mohd Khir yang menetap di Taman Pinggiran Senawang, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara kecuali sempat meminta kunci Proton Iswara miliknya untuk mencari kasut, sebelum kejadian berlaku.

“Izzah bangun awal berbanding biasa dan memberitahu mahu mencari kasutnya. Saya tidak menyangka ia petanda pemergiannya yang sudah ditetapkan Ilahi,” katanya.
Menurutnya, jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yayasan Sofa, Rembau, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kecuaian penjaga dalam penjagaan anak.
“Siasatan awal mendapati mangsa berada di dalam kereta itu yang berkunci dan tingkapnya tertutup. Ibu mangsa dipercayai terlupa untuk menjenguk sebelum mendapati kanak-kanak berkenaan sudah tidak sedarkan diri,” katanya. Pada 22 Mei lalu, seorang budak perempuan tiga tahun ditemui lemas dalam kereta yang tertutup rapat dan berkunci ketika ayahnya menghadiri pengebumian sepupunya di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan.


Dalam kejadian itu, Nur Izyan Natasya @Aisyah Ishak tertinggal dalam kereta ketika bapanya tergesa-gesa untuk mengusung jenazah kerana menyangkakan dia sudah turun untuk ke rumah sepupunya itu.





HARDY BOY : SEMOGA IBU BAPA ARWAH CEKAL MENGHADAPI DUGAAN DARIPADA ALLAH INI... 



No comments:

Post a Comment