MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, August 05, 2011

BETULKAH JIN / SYAITAN DIRANTAI SEMASA BULAN RAMADHAN???

HARDY BOY : Saya tertarik dengan isu ini kerana ada pelbagai pendapat daripada ulama' tentang hal ini. Ada juga yang menyatakan bahawa jin, syaitan, iblis secara realitinya tidak dirantai secara fizikal tetapi apabila umat Islam berpuasa, ini akan menyempitkan saluran darah untuk jin, syaitan & iblis ini melalui tubuh badan kita.

Saya juga pernah dengar cerita benar yang ada juga yang terserempak dengan "hantu" (yang terdiri daripada  jin, syaitan atau iblis) di bulan Ramadhan.

Walaubagaimanapun, berikut merupakan pengalaman seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Majid (saya pernah mengikuti seminar perubatan Islam bersama Ustaz Majid ini suatu ketika dahulu, dan beliau seorang yang amat tidak lokek berkongsi ilmu). Semasa mengubati pesakit, Ustaz Majid ini lebih mengutamakan KAEDAH (Niat, do'a, rukyah dan teknik) sama ada berunding dengan jin, mendakwahkan mereka dan memujuk mereka untuk keluar daripada badan pesakit. 

Jika tidak berjaya, beliau akan mengugut jin tersebut & jin hanya akan disembelih sebagai ikhtiar akhir selepas pelbagai ikhtiar dilakukan. Saya cukup hormat dengan kaedah perubatan beliau. Baru-baru nie, EXPOSE MISTIK, ASTRO menyiarkan bagaimana Ustaz Majid ini mengubati pesakit.

Anda boleh kunjungi blog beliau : http://akrine.blogspot.com/

 

 

Ustaz Majid menjawab isu ini.(isu-jin-kena-rantai.html

Isu Jin Kena Rantai

Isu inilah yang selalu ditanya oleh pesakit. Bukankah jin kena rantai di bulan puasa?

Hadis yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda "Apabila tiba bulan puasa, pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu neraka akan ditutup dan syaitan akan dirantai" mafhum hadis.

Sebagai perawat, bulan Ramadhan kebanyakan kita berehat dari merawat. Ada juga yang meneruskan rawatan seperti biasa. Ada yang menukar jadual rawatan kepada waktu malam sahaja. Saya merawat di sebelah pagi sahaja, mengambilkira sebelah petang untuk urusan kerja dan keluarga sementara sebelah malam saya turun ke surau dan masjid di zon jagaan saya sebagai ahli majlis MPS.

Persoalannya kenapa masih ada gangguan?

Seorang guru saya mengatakan yang mengganggu adalah jin Islam. Mereka tidak terikat di bulan puasa. Tetapi ujian yang dilakukan ada juga jin kafir yang mengganggu. Pendapat baru pula mengatakan jin itu telah masuk sebelum bulan puasa, walaupun dirantai tetapi dia sudah berada di badan lalu tidak menghalangnya dari meruskan gangguan.

Oleh kerana hadis ini tidak ada hadis lain yang menyokong atau membicarakannya maka ulamak berselisih pendapat dalam mentafsirkannya. Ada yang secara majazi dan ada yang secara hakiki.

Secara majazi, hadis ini hanyalah menggambarkan keadaan pada bulan puasa ie peluang untuk masuk syurga terbentang luas di mana amalan2 digandakan pahalanya. Pintu neraka ditutup dengan maksud di bulan ini kegiatan maksiat amatlah berkurangan bagi mereka yang berpuasa.

Syaitan bukan hanya dari golongan jin. tetapi syaitan adalah jenama kepada pengahasut ke arah kejahatan dan maksiat yang terdiri dari jin dan manusia. Bila syaitan dirantai, maknanya dua kelompok syaitan ini berkeadaan amat sukar untuk menghasud manusia.... inilah pendapat majazi.

Secara hakiki, pintu syuga dibuka, pintu neraka ditutup dan jin di rantai. Anak murid kepada salah seoarang imam mazhab bertanya kepada imam ini kenapa berlaku hesteria dibulan puasa. Imam ini menegaskan "walau apapun belaku aku tetap berpegang bahawa syaitan dirantai (secara hakiki) di bulan puasa ini.

Jelasnya perkara ghaib tidak mungkin difahami secara tepat, dan berpeganglah kepada panduan al-Quran dan hadis, walaupun kita boleh berbeza pendapat.


---------------------------------------------------------

SYAITAN DIIKAT
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

ALHAMDULILLAH, Ramadan tiba lagi yang mempunyai pelbagai kelebihan di mana antara kelebihan tersebut al-Quran diturunkan seperti nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat:
  • Diturunkan sekali gus, iaitu pada malam Qadar ke Bait al-’Izzah dari langit dunia seperti kata Ibn Abbas.
  • Diturunkan al-Quran dengan kefarduan puasa seperti riwayat daripada Mujahid dan al-Dahhaq.
  • Permulaan al-Quran dengan turunnya kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan seperti pendapat Ibn Ishak dan Abu Sulaiman al-Dimasyqi.

Berkenaan dengan hadis syaitan ditambat, penerangannya seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari 4/132 tidak menyebut sebarang komen ketika dikemukakan hadis ini.

Dalam Faidh al-Bari ‘ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak semua bahawa dirantai keseluruhannya.

Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak.

Dengan sebab itu, Saidina Uthman r.a memberi nilai tambah daripada segi amalan dua kali ganda berbanding bulan lain. Lihat juga penjelasan yang dikemukakan oleh al-Tahawi.

Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: “Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya”.

Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.

Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: “Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka”.

Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amin.








HARDY BOY : BAGI PENDAPAT SAYA, SYAITAN MUNGKIN DIRANTAI (SECARA HAKIKI) TETAPI JIN MASIH LAGI BEBAS. YANG PENTING BERSAMA-SAMALAH KITA MENCEGAH KEMUNGKARAN & MENAMBAH AMAL KITA. WALLAHUALAM..

No comments:

Post a Comment