MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, April 01, 2013

Petua Sakit Gigi

Hari ni saya sakit gigi bermula 2 hari lepas semasa drive daripada Kelantan ke KL. Saya tak merokok, biasanya saya minum satu tin air tongkat ali yang rasanya memang manis lenting, then kemam gula-gula hampir separuh bungkus plastik gula-gula untuk hilangkan mengantok. Disebabkan banyak sangat gula-gula yang saya telan sepanjang 8 jam, malam tu saya dah mula rasa sakit gigi yang amat sangat, nak tido pun tak boleh...

Ubat sakit gigi yang saya beli


Sakit gigi bersambung lagi merebak ke beberapa tempat sampai rasa nak cabut gigi ni... Semalam tak dapat tidur lagi (ingatkan bila tido sakit gigi ni hilang, tapi makin tak boleh tido ade la). Dah banyak ubat saya telan, termasuklah meletakkan sedikit ubat gigi pada gigi-gigi yang sakit tapi masih tidak lagi hilang... Selepas dibiarkan seketika baru berus gigi supaya gusi jadi kebas, tapi hasilnya sekejap je. Then saya sambung berus gigi kot-kot hilang sakit....
Habis satu bekas berisi air batu saya minum, alhamdulillah sakit gigi mula hilang walaupun sengal gusi-gusi (^_^)

Hari ni dengan mata yang tak cukup tido, gusi pun bengkak saya gagahkan kaki pergi kerja cuma hari ni tak banyak cakap sebab sakit tak hilang lagi sambil berfikir kaedah yang boleh digunakan untuk mengubati sakit gigi nie...

Sebelum ni, pernah juga saya terdengar kes sakit gigi ni hingga membuatkan pesakitnya nak cabut kabel pada bateri kereta pastu nak letak pada gigi yang sakit supaya sakit tu hilang (nak menerangkan sakit gigi ni menyeksakan juga rupanya...).. Tapi saya takdelah terfikir nak buat begitu. Sebelum-sebelum ni pun belum pernah rasa sakit mcm hari ni...

Selepas tak tahan saya balik rumah tengahari untuk tido, harap-harap sakit gigi ni hilang.
Bangun je tido, gusi masih lagi bengkak & gigi masih lagi sakit....

Saya cuba buka peti ais, ternampak AIR BATU, apalagi saya pun berkumur-kumur dengan ais tersebut dan kemam di tempat yang sakit. Gusi & gigi rasa sengal tapi menakjubkan hilang mendadak sakit gigi saya... Then saya ulanglagi beberapa kali sebelum sambung baring-baring di sofa. Terasa terdapat peredaran darah pada gusi, memang terasa sengal TETAPI lebih baik sengal daripada SAKIT GIGI....

Akhirnya saya bawa satu bekas air batu ke tempat keja ulang kemam di tempat gusi bengkak & sakit tadi, alhamdulillah sakit makin hilang & terasa kebas.. hehehe... Senyum sekejap & baru mula nak bercakap dengan orang.hahaha....

JADI, kepada yang sakit gigi yang tetiba kritikal mcm saya ni hingga hinggap ke kepala (sebelum ni tak pernah jadi pun), boleh la cuba petua di atas.hehehe.. Banyak juga petua lain di dalam internet yang boleh dicuba.... 




12 comments:

  1. perkongsiaan yg bagus..nanti boleh cuba klu kene sakit gigi..tp kalau boleh tak nak la coz sakit gigi memang menyeksakan..

    http://vitaminhalal.com/

    ReplyDelete
  2. tqvm sedang mcuba..ternyata mmg kurang sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga kerana sudi mencuba (^_^)

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih juga kerana sudi membacanya (^_^)

      Delete
  4. Tengah sakit gg ni...gg berlubang..nk cube la petua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba & semoga cepat sembuh (^_^)

      Delete
  5. agak2 brp lama boleh hilang sakit ye...? klu kira botol air 1.5 liter tu, dah 2 botol dah minum tp xhilang jugak sakitnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sakit tersebut sehingga menyebabkan akar gusi bernanah, memang lama juga 3 hari hingga seminggu tunggu hingga nanah tersebut pecah @ mengecut.....

      Delete

  6. Info yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi. Sebaik-baiknya, kesihatan gigi kita dijaga dengan baik bagi mengelak berlakunya gejala sakit gigi ini.

    ReplyDelete
  7. Betul tu....saya pernah kena ...sakit gigi amatlah menyeksakan..

    ReplyDelete