MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, February 19, 2013

Loh Mahfuz


 ~Islamic Section~ 

Semasa blogwalking, tertarik untuk saya sharekan artikel di bawah, supaya kita jangan putus untuk bergantung harap & berdoa kepada Allah (^_^)

sumber :

 

Perihal Loh Mahfuz 

Hanif Bin Abdul Bahar : Asalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya perihal Loh Mahfuz yang sering disalah erti. Dikatakan bahawa setiap makhluk telah ditentukan rezeki, jodoh, maut di Luh Mahfuz, tetapi dia juga menyatakan setiap manusia telah ditentukan sama ada dimasukkan ke syurga atau neraka sejak lahir, adakah kenyataan ini benar? Kerana ini menjadi titik percanggahan dimana sering disalah ertikan kerana ada yang berfikiran bahawa sekiranya telah ditentukan masuk neraka dan syurga sewaktu lahir lagi, apakah gunanya seseorg itu hidup sedangkan ditakdirkan masuk neraka dan bg mereka yg ditakdirkn masuk syurga sudah tentu nasib mereka bertuah kerana ditakdirkan sebegitu. Mohon nasihat ustaz bagi merungkai salah faham ini.


  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioY6UEGuBNOW-hkVGc13vX2kJd_iJZFrC8fpmp14EQm4So2RUV_lkAIoL8AgfljsOCHY8Mbvo8ZmnzS8F6v_df01Zk2pJ_DLxjZhmNKxqu5-DSDnuhKAQnvy-xSe9k15aQe39GfA/s1600/wpid-berdoa1.jpeg

Saya juga menemui 2 cerita mengenai perihal ini tetapi masih memerlukan kesahihan cerita ini.

1. Di zaman Nabi Musa ada seorang kaya yang sentiasa menolong orang termasuk nabi Musa sendiri. Lalu Nabi Musa bertanya kepadanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu mengatakan bahawa dia sudah memiliki apa yang diingini, cuma yang belum dimiliki ialah seorang anak lelaki bagi mewarisi kekayaannya.


Lalu Nabi Musa bermunajat (berdoa kepada Allah) di Bukit Thur bagi memohon hajat orang kaya tersebut. Lalu Allah s.w.t. memberi jawaban, “Ia belum tertulis di Loh Mahfuz”. Setelah mendengar jawaban itu, nabi Musa kembali memberitahu orang kaya tersebut, dan dia redha dan akur dengannya.
Selepas itu, datang seorang fakir meminta sedekah dari orang kaya itu. Setelah diberi bantuan, fakir itu bertanya tentang apa yang boleh dilakukan untuknya (sebagai menghargai pertolongannya). Orang kaya itu menyatakan hajat yang sama, iaitu seorang anak lelaki. Lalu fakir itu berdoa sambil menyapu sampah dijalanan denagan tongkatnya supaya Allah memperkenankan permintaan orang kaya itu.


 http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTUucleUUv7hxPTifV0uwTL6sp6AkKWjSXDqgiOQtoX2iY5emvc



Fakir dalam istilah feqah ialah miskin. Fakir dari sudut tariqat ialah wali. Fakir itu sebenarnya seorang wali.
9 bulan selepas itu makbullah permintaan fakir tadi, orang kaya itu mendapat seorang anak lelaki. Nabi Musa merasa hairan, lalu bertanya kepada Allah bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan ianya belum tertulis di Loh Mahfuz. Sebelum menjawab soalan itu, Allah menyuruh Nabi Musa pergi mencari daging manusia (orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri dan memberinya kepada Allah).

Lalu Nabi Musa pergi berjalan mencari orang yang sanggup memotong dagingnya sendiri untuk Allah. Semuanya tidak sanggup dengan memberi alasan masing-masing. Akhirnya bertemulah Nabi Musa dengan fakir tadi. “Duduklah wahai Nabi Allah” kata fakir itu, lalu diletakkan beg galas Nabi Musa. 


Setelah dinyatakan hajatnya kepada fakir itu, dia berkata “Kalau tuhan mahu, takkan kita tak boleh bagi, ambillah dagingku”. Diambil pisau dari beg Nabi Musa, lalu dipotong daging dari paha kanan dan paha kirinya.

Setelah mendapat daging itu Nabi Musa kembali menghadap Allah s.w.t dan menceritakan perkara tersebut. Maka jawab Allah, kalau orang itu sanggup memberi kerana aku, bagaimana aku hendak menolak permintaannya (doanya agar orang kaya itu diberikan anak lelaki). Doa fakir itu telah dimakbulkan dan Allah telah mengubah apa yang tertulis di Loh Mahfuz, seperti mana firman Allah, “yam hullah huma yasa’:
Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya…



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYg_D-20OlwMnL-IfRu8Xe0m5iJ7Xwahk0mDciqBwxupZc05Qiar7yJUSWMoWThtdQNvA-NfELFgaLCnqyyQZArMLqnZsWBPrSj86dRcZBPgrvxpDrVoiiAtaPnqe7V683yvGFCQ/s1600/nik+aziz+berdoa.jpg 



Fakir itu telah menjadikan dirinya “hak Allah“. Dalam satu hadith, nabi s.a.w bersabda “Siapa jadi hak Allah, Allah jadi haknya” seperti dalam kisah Rabiah dari Basrah.

2. Pada zaman Nabi Musa, seorang perempuan tua meminta baginda memohon dari Allah supaya dikurniakan beliau seorang anak. Beliau sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai seorang cahaya mata pun.

Apabila Nabi Musa memohon kepada Allah, permohonannya di tolak Allah kerana sudah tertulis di Luh Mahfuz perempuan itu tidak akan mendapat anak sampai bila-bila pun. Perempuan itu, walaupun hiba menerima takdirnya dengan tangan terbuka.

Setelah sekian lama Nabi Musa terjumpa perempuan tua itu kembali, kali ini membawa seorang anak. Apabila ditanya anak siapakah itu, perempuan itu mengaku anak itu adalah anak yang dikandung dan dilahirkan oleh beliau sendiri. Nabi Musa berasa hairan lalu baginda bertanya kepada Allah bagaimana perempuan tua itu mampu mendapat zuriat sedangkan di Luh Mahfuz telah ditulis sebaliknya.


Allah kemudian menegaskan bahawa Dialah yang menulis nasib seseorang di Luh Mahfuz, dan Dialah yang berhak mengubah nasib yang telah ditulisNya itu.

Dari kisah ini dapat disimpulkan bahawa nasib manusia boleh diubah kalau kita berusaha untuk mengubahnya. Perempuan tua itu tidak jemu berusaha dengan suaminya walaupun beliau tahu yang beliau ditakdir tidak akan mendapat anak sampai bila-bila.


http://iwan.16mb.com/wp-content/uploads/2012/04/muslimah-berdoa-putih-tasbih.jpg

No comments:

Post a Comment