Untuk menjadi seorang "boss" nie bukan sesuatu yang senang, banyak bebanan yang perlu dipertanggungjawabkan. Malah sahabat-sahabat Nabi sekalipun menolak tawaran untuk dilantik sebagai khalifah disebabkan Amanah yang amat berat. Mereka dilantik sebagai Khalifah setelah dipilih oleh rakyat, bukan kerana kehendak mereka. Mereka yang tidak menjalankan tanggungjawab atau amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya akan dipersoalkan di akhirat kelak sehinggakan ketika di padang mashyar mereka ini akan berjalan dengan badan yang senget. Sebagai hamba ALLAH, setiap individu mempunyai amanah masing-masing.
Untuk menjadi ketua adalah terbaik sesuatu yang sukar. Bagaimanapun, untuk menjadi ketua yang terbaik, ketua tersebut perlulah berusaha menjadikan dirinya kekal dihormati. Kesempatan untuk aku mengenali beberapa ketua-ketua syarikat suatu ketika dahulu & kesempatan untuk bekerja dengan beberapa Boss aku memberikan aku pengajaran bagaimana untuk berusaha menjadi ketua yang terbaik suatu ketika dahulu walaupun aku nie bukanlah yang terbaik.
Dulu, kerapkali juga aku mendengar join partner aku(daripada CEO, klien-klien, kakitangan kerajaan, kontraktor-kontraktor, buruh sampai la kepada pelbagai kakitangan syarikat) meluahkan perasaan mereka mengenai boss-boss mereka. Adakalanya aku akan bertanya kepada sebahagian mereka apabila aku dapati mereka terlalu menghormati Boss mereka. Pengalaman aku dalam bidang public relationship suatu ketika dahulu kekadang menyebabkan aku terfikir pening juga dengan kerenah-kerenah manusia nie yang bermacam-macam ragam sampai kekadang tu tak masuk akal. Mereka kadang-kadang berceritakan berkenaan bos-bos mereka semasa di sektor swasta dulu yang menyebabkan aku terfikir susah jugak menjadi bos nie, entah-entah aku pun akan menjadi bahan "gossip" anak-anak buah aku. Pengalaman-pengalaman daripada rakan-rakan aku tu memberikan aku pengajaran bagaimana untuk berusaha menjadi ketua yang terbaik.
Mengapa ketua perlu berusaha menjadikan diri mereka dihormati?
- Supaya segala arahan yang diberikan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan seikhlas mungkin. Kesannya, aku dapati hasil kerja pekerja yang hormatkan ketua mereka adalah yang terbaik kerana mereka lakukan kerja dengan ikhlas tanpa "terlampau" mengharapkan balasan yang sepatutnya sehingga adakalanya sehingga mengabaikan keperluan diri mereka sendiri, masyaAllah. Kerana terlalu menghormati ketua mereka, mereka sanggup berkhidmat dengan ikhlas bila-bila masa sahaja demi untuk ketua mereka walaupun kerja tersebut bukan bidang tugas mereka.
Daripada pelbagai luahan-luahan hati mereka tu, di sini aku senaraikan sebahagian daripada ciri-ciri yang perlu ada pada ketua supaya mereka kekal dihormati.
- Ketua perlulah menyelidiki setiap kelebihan dan kelemahan setiap pekerja mereka. Setiap pekerja mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang perlu dicungkil dan dimanfaatkan oleh ketua.
- Ketua perlu menjadikan dia adalah sebahagian daripada diri para pekerja, menjadi sahabat pada masa-masa tertentu tetapi tegas.
- Ketua perlu menyelidiki masalah yang dihadapi oleh organisasi dibawahnya. Adakalanya, ketua perlu menjadi sebagai kaunselor mendengar setiap permasalah yang dihadapi oleh para pekerja.
- Ketua yang flexible adakalanya lebih dihormati berbanding ketua yang bersifat autokratik. Ketua yang flexible ini akan memainkan pelbagai watak sama ada sebagai pemerintah, sahabat, pendengar, pengantara dan sebagainya.
- Ketua juga perlu cuba membantu menyelesai masalah yang dihadapi kakitangan jika perlu (di sini, "membantu menyelesaikan" bukannya "menyelesaikan").
- Ketua perlu menjadi seorang "pakar motivasi" bagaimana untuk memotivasikan pekerja bawahan mereka. Adakalanya, sedikit pujian sudah mencukupi untuk menaikkan semangat dan prestasi pekerja umpama "pokok yang perlu sentiasa disirami air".
- Ketua yang terbaik akan sentiasa membuat post mortem diri untuk mempelbaiki diri mereka. Adakalanya, mereka perlu memberikan peluang kepada para pekerja untuk menegur secara baik (bukannya mempertikaikan) diri mereka. Para pekerja juga diberikan peluang untuk menyumbangkan idea menaikkan organisasi mereka.
- Ketua perlu sentiasa adil, tidak berat sebelah kepada sesuatu pihak dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih.
- Ketua juga sewajarnya tidak hanya memberikan arahan tetapi turut bersama-sama berusaha bersama kakitangan mereka mencapai objektif arahan tersebut. Mereka tidak wajar hanya melepaskan tangan.
- Setiap khabar angin yang diterima perlulah diselidiki dengan mendalam sebelum sesuatu keputusan diputuskan.
- Ketua perlu menegur kakitangan mereka dengan cara berhemah. Tiada sesiapa yang sempurna & tiada siapa suka dimarahi. Adakalanya dengan kata-kata berhemah dapat memberikan kesedaran kepada para pekerja. Ketua hanya akan marah hanya jika pekerja tersebut memang "kepala batu". Adakalanya, pekerja tidak menyedari kesalahan diri mereka, melainkan setelah ditegur.
- Pekerja juga adakalanya perlu dihargai supaya dapat menaikkan semangat dan prestasi kerja mereka. Pekerja juga suka jika ketua mereka mengambil berat tentang diri dan sentiasa menghargai mereka.
- Suasana bekerja akan lebih menyeronokkan jika boss & semua kakitangan umpama satu family. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...
- Ketua menjaga kebajikan para pekerja & memperjuang hak-hak pekerja yang sepatutnya.
- Umpama family, bapa dgn anak, abang dgn adik dsbgnya selagi masing-masing saling menghormati antara satu sama lain.
- Memberipeluang para pekerja untuk menyuarakan isi hati mereka.
- Tidak memburuk-burukkan para pekerja melalui pekerja yang lain.
- Air muka para pekerja turut dijaga.
- Ketua juga tidak sewajarnya bersifat hipokrit atau talam 2 muka.
- Ketua yang berjiwa "rakyat"(suka bergaul dgn orang bawahan) adakalanya lebih dihormati. Jadilah seperti resmi padi “Makin Tunduk, makin Berisi”.
- Orang bawahan juga akan lebih menghormati ketua mereka apabila mereka mengakui terdapat banyak kelebihan/keistimewaan yang tidak mampu mereka miliki tetapi ianya terdapat pada ketua mereka seperti pengalaman & ilmu pengetahuan yang luas serta pakar dalam pelbagai bidang yang membolehkan mereka menjadikan ketua mereka sebagai sumber rujukan ataupun role model.
- Orang bawahan yang berbangga dengan ketua mereka akan lebih menghormati ketua tersebut.
- Ketegasan perlu ada pada ketua tetapi perlu ada timbangrasa. Tetapi, apabila kerendahan diri mereka di”pijak-pijak” oleh orang bawahan, wajarlah jika “keistimewaaan” tersebut ditarik balik.
- Senang untuk didampingi & "berjiwa rakyat" (memahami keadaan orang bawahan).
- Ketua senang ditemui, peramah & golongan bawahan senang untuk menemui/berurusan dengan ketua mereka.
- Ketua perlu cuba memahami/menyelami keadaan & kesusahan orang bawahan
- Segala keputusan hendaklah berlandaskan kepada syariat Islam.
- Sebelum sesuatu tanggapan atau hukuman dijatuhkan kepada orang bawahan, orang bawahan perlu diberikan peluang untuk membela diri/memberikan penjelasan terlebih dahulu.
- Jangan terlalu mempercayai 100% kata-kata daripada pihak luar, mesti diselidiki terlebih dahulu.
- Ketua juga perlu sedar bahawa terdapat juga orang tertentu yang bersifat pengampu & sanggup mengacau periuk nasi orang lain supaya periuk nasi sendiri bertambah-tambah (bukan setakat nasi, kalau bole dia nak tambah periuknya sekali..hahahaha)..
- Bagi aku, aku paling tak suka seseorang yang bersifat "talam dua muka", hipokrit, kaki report, suka menikam daripada belakang & mempunyai hati yang cukup busuk... Golongan jenis ini suka sangat "mengipas" ketua & menunjukkan dia lebih hebat daripada orang lain serta ketua kena bergantung kepada dia kalau hendak berjaya...
Next time aku akan karang plak "How to Be Respect By Boss" continuous
daripada tajuk "How to Be A Respected Boss" nie..hahaha
Penat dah mengarang, nnti akan aku sambung lagi pada masa akan datang.hahaha..
Actually, aku terdetik nak karang post kali nie bukan ditujukan kepada sesiapa-siapa pun, cuma untuk mengingatkan diri aku sendiri (teringat aku kepada big boss lame aku yang minta aku komen segala kelemahan diri dia masa hari terakhir aku di pej, dia adekan farewell dinner khas bertiga ngn dia..huhuhu. However, sampai sekarang aku masih respectkan dia & masih menganggap dia sebagai abang, bagaimana dia menukarkan diri aku dulu daripada zero. Aku appreciate him very much).
Nobody are perfect but we can try to be perfect as we can...
ReplyDelete