Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan MATI. Hanya Allah SWT jua yang Maha Mengetahui. PERSOALANNYA, ADAKAH KITA TELAH bersedia dengan persediaan & bekalan ANDAI MAUT MENJEMPUT KITA SEKETIKA NANTI ???
Antara persediaan yang boleh dilakukan :
1) Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
2) Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
3) Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
4) Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
5) Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.
6) Sediakan wasiat.
7) Banyakkan amal jariah.
8) Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
9) Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
10) Lunaskan hutang piutang.
11) Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
12) Sentiasa berperasaan khauf dan raja'.
13) Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.
Sedekah Jariah...
1- Menghadiahkan Al-Quran pada seseorang atau di masjid, pasti anda mendapat pahala setiap kali Al-Quran tersebut dibaca.
2- Menghadiahkan kerusi roda kepada hospital pasti setiap kali kerusi roda tersebut digunakan anda akan mendapat pahala.
3- Terlibat dengan pembinaan masjid.
4- Menghadiahkan penyejuk air pada tempat awam.
5- Menanam pokok yang dapat memberi manusia atau haiwan berlindung atau memakan buah daripada pokok tersebut pasti mendapat pahala.
Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)
Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)
"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)
BERBAKTI KEPADA IBU BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Rasulullah
SAW bersabda
yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala
amalannya kecuali tiga iaitu :
1.
Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2.
Ilmu yang dimanfaatkan dan
3.
Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
Setelah
Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang
besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”
(Hadis
Riwayat Luqman Hakim)
Berdasarkan
hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak
untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :
1.
Sembahyangkan untuk mereka.
2.
Mohon keampunan untuk mereka.
3.
Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.
4.
Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
5.
Muliakanlah teman-teman mereka.
6.
Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT
untuk kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa
mereka)
Selain
daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan
melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang
berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka
beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.
1.
Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid,
rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk
mereka.
2.
Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad
tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.
3.
Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas,
surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik
yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
Sedekah
bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada
simati :
Abu
al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para
sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas
kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.
Abd
Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj
Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku.
Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan
atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian
bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam
al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)
Di
dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas
pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak
Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat
al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka
itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut,
1996, hlm. 142 )
Imam
al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie
tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa.
Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila
berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya
untuk membaca al-Quran di sisinya.”
4.
Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang
dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan
tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya
(jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang
dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara
riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah Islam dan
tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu
bapa di alam barzakh.
5.
Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka
(niatkan upah haji untuk mereka).
6.
Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka
tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak
perempuan tidak menutup aurat, bergaduh sesama adik beradik kerana harta
pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang
berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak
mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah
SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut
sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu
bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal
ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari
saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.
Amalkanlah
ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala
ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka
ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.
Teruskan
berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila selesai solat fardu atau
ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah
untuk kesejahteraan ibu bapa yang telah meninggal dunia.
thank you for sharing.marilah berada di kalangan org2 yg bijak iaitu sentiasa bersedia untuk mati.
ReplyDelete