Hardy Boy - Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak status yang
di"post" di facebook yang menyentuh Isu "Kalimah Allah" ini
yang di'post" oleh bukan Islam (rasanye tak perlu untuk saya
"paste" status-status melepaskan kemarahan tersebut yang telah saya print screen di sini,
untuk mengelakkan perkara yang lebih keruh yang adakalanya isu tersebut
menyentuh sensitiviti Umat Islam, isu kalimah ini sebenarnya telah lama mereka
bangkitkan berkali-kali sejak dahulu lagi, sehinggakan pernah saya ke sebuah negeri
dan melihat Kalimah Allah ini terpampang besar di Bangunan Sembahyang mereka
dengan tertera "ALLAH is LORD") mungkin mereka tidak memahami mengapa
Kalimah Allah ini sensitif bagi Umat Islam (bagi pendapat saya, status-status di Facebook tersebut
di"huraikan" mereka mengenai Kalimah Allah mengikut logik akal
fikiran mereka dan untuk melepaskan kemarahan di ruang Cyber yang secara tidak
langsung "menguris perasaan" umat ISLAM lain yang tidak bersalah). Punca bagaimana Kalimah Allah ini mula digunakan perlu terus diselidik secara mendalam.
Bagi pendapat
saya, daripada "bukan Islam" melepaskan kemarahan mengenai isu Kalimah Allah di media sosial (yang mungkin
akan membawa kepada kesan yang lebih buruk), adalah lebih baik jika mereka
serahkan kepada Pihak Tertinggi dalam Bidang Agama masing-masing Yang Lebih
Arif untuk duduk semeja membincangkan/menghuraikan Isu ini dengan lebih jelas,
terperinci dan harmoni. Saya percaya, semua agama mengajar para penganutnya saling menghormati penganut dan agama-agama lain serta gunakan pendekatan berhikmah tanpa menghina/memperlekeh.
Klip Video Ulasan Dr Zakir Naik
Post by .
Klip Video Ulasan Dr Zakir Naik
Dan, bagi saya umat
Islam juga perlu ketahui mengapa ISU KALIMAH ALLAH ini amat sensitif dan perlu
dipertahankan untuk mengelakkan kejadian sama yang berlaku di Indonesia kepada
"UMAT ISLAM yang goyang IMANnya" secara mudah dimurtadkan setiap tahun.
Apabila golongan Bukan Islam mengupas isu Kalimah Allah ini mengikut pemahaman
mereka untuk umat Islam (tanpa mengetahui mengapa Kalimah Allah ini begitu
sensitif oleh Umat Islam begitu juga dengan isu Rasulullah dijadikan
karikatur/bahan lawak walaupun Rasulullah telah wafat), maka ulasan mereka akan
jauh terpesong. Sehinggakan Isu kalimah Allah ini dijadikan bahan Lawak untuk
mereka umpama kalimah "Allah" itu sama tarafnya seperti perkataan
"Ayah", lawak mereka
" Jika seorang anak memanggil bapanya sebagai "AYAH", maka anak orang lain tidak boleh panggil bapa mereka sebagai "AYAH" kerana bimbang anak mereka akan keliru dan tertukar AYAH".
Saya juga pernah bertanyakan isu Kalimah Allah ini kepada sahabat-sahabat rapat saya yang beragama Kristian mengapa mereka memanggil "Tuhan" itu sebagai "Allah", (saya mempunyai ramai sahabat mahupun jiran yang beragama Kristian dan Agama lain yang kuat amalan agama mereka, (hinggakan saya pernah tinggal satu rumah walaupun berlainan bilik bertahun-tahun bersama 7 orang Bukan Islam sama-sama belajar di IPT yang sama semasa bekerja sebagai jurutera Projek di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu], tetapi dengan memahami dan menghormati kepercayaan agama masing-masing, kami dapat terus berkawan rapat dan hidup harmoni. Ada juga sahabat-sahabat rapat saya yang beragama Kristian yang mengkaji tentang ISLAM sebagai pengetahuan AM mereka menyebabkan saya juga tertarik untuk memahami Agama mereka. Setiap orang mempunyai kepercayaan Agama masing-masing yang kuat, maka sudah tentu mereka akan memilih Agama yang ingin dianuti mereka, ianya bukan semudah mengajak orang lain memilih "parti politik" yang kita suka.
"Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Hai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
"Bagi kamu Agama kamu, dan bagiku Agamaku".
Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
"Bagi kamu Agama kamu, dan bagiku Agamaku".
- Al Kaafirun ayat 1-6
Maka mereka
menjawab bahawa mereka merujuk kepada "kitab Bible" mereka telah
gunakan selama ini yang telah ditafsir kepada Bahasa Melayu yang diimport
daripada Indonesia yang menggunakan perkataan "Allah" itu kepada
ganti nama "GOD". Mereka juga memaklumkan saya bahawa perkataan
"Allah" itu mereka tidak gunakan sekerap umat ISLAM di dalam
Sembahyang mereka. (Jawapan mereka membuatkan saya tersenyum, itu kepercayaan
dan pemahanan mereka, saya hormati kepercayaan mereka sebagaimana mereka
menghormati KEPERCAYAAN Umat Islam).
Wallahualam...
-----------------------------
Isu Penggunaan Kalimah Allah
"Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara".
Mengulas
mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh
Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa
fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama.
Memang
telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan
Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi
mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu
Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang
menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan
kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan
Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut
kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah
bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka?
Mungkin
kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut
adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah
God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama
digunakan.
Sama
ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya
kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak
menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan
kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada
golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca
iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak
Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan
Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan
terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak
lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh
mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.
Walau
bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok
rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri.
Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan
diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah
pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat?
Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan
bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang
digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek.
Sekiranya
fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan,
maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi
orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat
atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini.
Persoalannya
sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa
Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek
untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami
persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah
tidak timbul.
Ini
adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim,
Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian
Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut :
Kira-kira
jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama
sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan
aku?")
Sementara
di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah
Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku
tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali
sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang
menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan
tersebut sebagai Tintheos.
Jika
diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew
ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini,
tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan.
Namun
begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa
penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah
di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab.
Bible
versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali
sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula
mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik.
Lanjutan
daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di
dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab
seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang
muncul sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini
faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity
(tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari
ini.
Maka
dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka
menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana
golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan
golongan Kristian Unity.
Selain
daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa
kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan
kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk
kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan
kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord.
Pandangan
ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang
dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan
Tuhan dalam agama Kristian?
Sekiranya
kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk
kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas
di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk
hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk
kepada
The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:
Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa".
Dalam
ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di
atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah
Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata.
Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan
bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus.
Sekiranya
penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang
paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus
dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering
dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut:
Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu".
Sekiranya
ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu
menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat
yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus
sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah.
Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:
Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:
Kata
Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi
kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah
kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu,
AllahKu dan Allahmu."
Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah.
- 06 Februari 2009 di akhbar Utusan Malaysia
------------------------------------------------------------------
Kalimah Allah: Bukan Islam tidak boleh disekat, jangan salah guna - Datuk Seri Abdul Hadi Awang
sumber - themalaysianinsider.com
PAS menegaskan bahawa penganut agama bukan Islam tidak harus disekat daripada menggunakan kalimah Allah dalam mengamalkan kepercayaan mereka namun penggunaan tersebut tidak harus disalah guna atau disalah tafsir.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), berkata tiada peruntukan undang-undang yang tidak membenarkan kaum lain untuk menggunakan kalimah Allah namun kebebasan yang diberikan tidak harus disalahgunakan kerana Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah bagi umat Islam.
“Kita tidak boleh melarang penganut bukan Islam untuk melaksanakan suruhan agama mereka kerana manusia seharusnya mempunyai kepercayaan terhadap tuhan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat semalam menggesa umat Islam bersatu-padu mempertahankan penggunaan kalimah Allah daripada disalahgunakan sempena keputusan kes tersebut yang akan didengar di Mahkamah Rayuan Isnin ini.
Jakim berkata, sebagai umat Islam yang patuh kepada ajaran agama adalah perlu untuk bersatu-padu demi menolak apa jua usaha yang menafikan hak sebagai umat Islam.
Katanya, wajib bagi umat Islam menjaga dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Khatib menegaskan bahawa percubaan menggunakan kalimah Allah dalam kitab lain selain al-Quran, akan menimbulkan kecelaruan di dalam sistem kepercayaan umat Islam kerana Islam menolak kepercayaan yang berteraskan kepada Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan), God the Son (Anak Tuhan) dan Holy Spirit (Roh Kudus).
Dalam khutbah itu juga, Jakim mempersoalkan mengapa kalimah Allah hendak digunakan dalam Bible, kerana apabila kalimah Allah digunakan secara langsung di dalam kitab itu akan membatalkan konsep Triniti yang diamalkan mereka.
Katanya, penggunaan tersebut jelas menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal identiti Allah serta meruntuhkan akidah umat Islam. – 12 Oktober, 2013.
Apabila ISU KALIMAH ALLAH turut dijadikan propaganda menjatuhkan seteru politik... |
---------------------------------
JAKIM: KALIMAH ALLAH HANYA UNTUK ISLAM
kredit - sinarharian.com.my
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini
mengulangi kenyataan bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang
khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau
disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.
"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Othman berkata, kalimah ALLAH merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.
Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.
"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah ALLAH yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.
"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat 'subjudis'", katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini.
Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali.
Justeru, Jakim menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama," katanya. - Bernama
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.
"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Othman berkata, kalimah ALLAH merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.
Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.
"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah ALLAH yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.
"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat 'subjudis'", katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini.
Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali.
Justeru, Jakim menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama," katanya. - Bernama
---------------------------------------------------------
Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
sumber - e-fatwa.gov.my
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang
bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut
Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan
bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan
umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan
agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya
dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan
atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat
mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Keterangan/Hujah:
-
Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada
Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh
orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu
oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan
apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of
Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh
orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain
daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks
bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah
kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
-
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal
Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang
dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam
bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek.
Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
-
Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk
agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan
oleh agama lain seperti Kristian.
-
Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk
mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh
memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang
Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan
oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
-
Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum
kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu
dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
-
Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait
dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.
Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut
semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya
akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
-
Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama
kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara
yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat
merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah
adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama
adalah sama.
-
Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan
ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa
Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
-
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah
dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu
dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah
umat Islam.
-
Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh
agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi
factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
- Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
----------------------------------------------------------------------
25 Perkataan Yang Tidak Boleh Digunakan Oleh Bukan Islam
Selangor sebelum ini meluluskan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Sekatan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 yang menetapkan 25 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Perkataan itu adalah
1) Allah
2) Illahi
3) Rasul
4) Fatwa
5) Firman Allah
6) Wahyu
7) Iman
8) Ulama
9) Mubaligh
10) Dakwah
11) Nabi
12) Hadith
13) Syariah
14) Injil
15) Sheikh
16) Ibadah
17) Qiblat
18) Salat
19) Kaabah
20) Haji
21) Khalifah
22) Kadi
23) Mufti
24) Wali
25) Ibadah
Selangor sebelum ini meluluskan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Sekatan Pengembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 yang menetapkan 25 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Perkataan itu adalah
1) Allah
2) Illahi
3) Rasul
4) Fatwa
5) Firman Allah
6) Wahyu
7) Iman
8) Ulama
9) Mubaligh
10) Dakwah
11) Nabi
12) Hadith
13) Syariah
14) Injil
15) Sheikh
16) Ibadah
17) Qiblat
18) Salat
19) Kaabah
20) Haji
21) Khalifah
22) Kadi
23) Mufti
24) Wali
25) Ibadah
sumber : http://www.malaysia-today.net
Hardy Boy - Perlu saling memahami dan menghormati sensitiviti antara penganut-penganut Agama yang lain.
No comments:
Post a Comment