Misteri Villa Nabila
Hardy Boy - Kecoh sekarang ini kisah mengenai Villa Nabila ni sejak misteri kehilangan seorang beberapa orang "budak" di Villa ini.
Kononnya 23 remaja disembunyikan makhluk halus tengah malam Sabtu,
kembali sunyi selepas pihak berkuasa mengesahkan dakwaan itu fitnah
semata-mata.
>>> Harian Metro: Ghaib 'teroka' vila
>>> Harian Metro: Villa Nabila dipagar
>>> 7 Himpunan kisah mistik di Johor Bahru
Jom bace antara kisah Villa Nabila ini...
* saya suka melihat permandangan Villa ini, kelihatan menarik, vintage (^_^) ....
Kan dah nak kena SAMAN !!! (^_^) |
Tiba-tiba nama Villa Nabila menjadi cukup gah dan popular.
Misteri kehilangan adik Izzat merungkai satu persoalan yang masih sama-samar.
Aduh malas pulak nak ulas kes budak-budak yang cetek akal ni..
Ita petik kata Ketua Polis "Polis bayak lagi kerja lain nak buat.."
Benarkah wujudnya Villa yang diberi nama Villa Nabila di situ..
Teringat akan pertanyaan Dalili di suatu petang pada awal tahun..
" mak kawan kita kata ada satu rumah berhantu depan Danga Bay "
"Nama rumah tu Villa Nabilla.."
" mak pernah dengar?" sambung Dalili lagi cuba melengkapkan jalan ceritanya..
" mak tau tak? kawan kita kata.. dulu rumah tu dihuni oleh sepasang suami isteri yang kaya.. dia ada anak tau mak.. perempuan namanya Nabila.. tu yang dia namakan rumah tu Villa Nabila" sambung Dalili lagi.. penuh semangat
Ita hanya mendengar.. biar dia terus bercerita..
" Mak tau tak? kawan kita kata.. mak dia dan ayah dia mati dalam kemalangan.. lepas tu dia telah di bunuh oleh orang gajinya yang inginkan harta bapanya yang banyak tu.. " sambung Dalili lagi dengan penuh lancar..
" Mayat Nabila kan mak.. katanya ditanam di dinding rumah tersebut.. Kesian dia kan mak"
Membugil matanya melengkapkan cerita dengan bersungguh-sungguh..
" Mak tak pernah dengar ke mak? mak kan duduk situ dulu.. " Pertanyaan Dalili buatkan ita tergelak..
"Mana lah ada Villa Nabila di situ.. mak tak pernah dengar pun nama Villa Nabila. Sejak mak kecil kawasan situ adalah kawasan permainan mak.. tau..! Ni mesti kawan Dalili nak takutkan Dalili.. Dah lah jangan percaya.. karut aje.." sambung ita cuba menenangkan Dalili yang dah mula percaya akan cerita dongeng itu..
Semalam Dalili berteriak sewaktu buletin TV3,
"kan mak kita kata betul.. ada Villa Nabila kat situ.. tu lah mak tak caya.."
Kata Dalili buatkan ita tergamam..
Terkebil-kebil biji mata melihat buletin yang di baca..
Budak hilang?
Villa Nabila?
uishhh.. macam mana ita boleh tak pernah tahu akan adanya Villa Nabila disitu..
Macam pelik ajeee...
Ita lahir pada tahun 1971 di bandarraya Johor Bahru di kaki Bukit Timbalan.
Dibesarkan di Kampung Mohd Amin di kaki bukit Straits View. Rumah atuk ita di situ begitu juga rumah mak cik ita yang lain..
Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nong Chik dan bersekolah agama di Bukit Zaharah.
Pada masa dahulu penduduk di Johor Bahru tidaklah sebegitu padat. Semangat kejiranan yang utuh membuatkan kami mengenali satu sama lain walaupun sepelaung jauhnya.. Rata-rata kawasan persekitaran adalah kawasan sepermainan kami adik beradik. Dari bandar JB, Jalan Ayer Molek, masuk ke Jalan Mahmoodiah.. Jalan Kolam Ayer , Jalan Petri , Jalan Abdul Samad, Jalan Sungai Chat, Jalan Nong Chik semuanya adalah laluan kami hari-hari. Ramai kawan-kawan ita juga tinggal di kawasan pesekitaran.
Bapa ita juga dibesarkan di situ, bersekolah di English College yang kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar. Bapa ita dahulu bersahabat baik dengan arwah Tok Mat atau lebih dikenali sebagai Allahraham
Hantu pun kena fitnah., kesian... |
No comments:
Post a Comment