MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, February 04, 2014

Cermin Kereta Retak


Pada bulan 12 tahun lepas (2013), ketika on the way ke Perlis, sampai je Grik, saya ekori sebuah kereta pacuan 4 roda, jalan pula hujan, speed 100km/jam. Suhu aircond kereta 25°c...
Entah macammana, terdengar bunyi batu terkena pada cermin windscreen... Ada batu melantun yg melekat pada tayar kereta 4WD.. Mamat tu pun, kalau dah tahu kereta dia lalu kawasan berbatu, jangan la bawa laju kot kot ada batu pada tayar... Habis cermin kereta saya...

Retak pada cermin kereta saya.huhuhu...

Sampai sahaja di Perlis, saya baru sedar, cermin depan kereta retak, panjang merebak mencecah 33cm. Memang terkejut + geram.huhuhu...

Balik ke Kelantan, selepas google internet, saya jumpa satu tempat yg boleh repair cermin kereta di Jertih, Dr Cermin...


Retak pada cermin kereta dalam tempoh 2 bulan menjalar lebih 60 cm daripada retak yang hanya 15 cm
Kedai orang melayu... Lepas tengok kereta saya, boss dia ckp charge yg dikenakan utk :-
minimum 6 inchi yg pertama = RM120, tambahan 1 inchi yg seterusnya 1 inchi = RM10...
Sebab dah lebih 33cm = RM180...


Utk retak kurang 6 inci, ada waranti (kalau retak bertambah, kedai tersebut akan free repair retak utk retak yg bertambah). Jika lebih 6 inchi, dorang takde jaminan sebab ade kebarangkalian utk retak tu bertambah panjang lagi adalah tinggi, bergantung kepada "LUCK" masing-masing.  Dr Cermin cuma mengurangka retakan tersebut merebak buat sementara je, lambat laun retak tersebut akan merebak juga.
huhu...

Saya cuba minimumkan kos, bagaimana kalau saya cuma matikan retak pada hujung sahaja?
Bos dia cakap, charge RM60 sebab dorang cuma tampal hujung 1 inchi sahaja... Nasib je selama mana retak tu boleh bertahan tengok kpd keadaan kereta...


Lepas berfikir panjang, saya ambil risiko tampal semua crack...
Dorang tebuk/drill pada hujung retak untuk cuba hentikan retak kemudian, beberapa titik bahan kimia/asid dimasukkan ke dalam lubang retakan tersebut utk cantumkan retak... Sejam juga saya menunggu...


--------------------------------------------------------------------------------------
Selepas 2 bulan, retak pada cermin kereta saya merebak lagi bertambah lebih 30cm.
Selepas 2 bulan, retak tersebut merebak lagi bertambah lebih 30cm kerana saya tersilap-

i) Temperature di luar kereta cecah 30°c tetapi masuk je kereta saya terus je turunkan suhu air-cond 25°C, perubahan suhu cermin yg mendadak menyebabkan retak bertambah secara cepat & mendadak....
(Lain kali, jika cermin dah retak turunkan suhu secara perlahan-lahan 2°C untuk setiap 10-15 minit, kalau kat luar kereta 30°C, turunkan ke 25°C perlahan-lahan dalam masa lebih 30 min)...

Buka sedikit cermin sisi kereta untuk kurangkan tekanan antara dalam kereta dgn luar kereta...

ii) Kesilapan saya membasahkan retak dgn air ketika suhu cermin 30°C niat utk menyejukkan cermin secara mendadak juga, berjaya menambahkan kenaikan retak cermin secara mendadak juga.huhuhu...
iii) Buka sedikit cermin sisi kereta untuk kurangkan tekanan antara dalam kereta dgn luar kereta apabila suhu di dalam kereta lebih 8-10°c daripada suhu luar kereta...


Kesimpulan >>>
i) Ambil insurans wind screen setiap kali renew road tax... Untuk cermin kereta Civic saya, kos harga cermin baru berharga RM1900.00... Mane nak cari duit???

ii) Pilih cermin wind screen yg berlapis/cuma retak bukan yg akan pecah berderai apabila terkena batu...

iii) Pasang tinted pada cermin, supaya cermin susah retak...

APA NAK BUAT JIKA TAK AMBIL INSURANS CERMIN???
Saya nasihatkan jika cermin tak kritikal, tunggu hingga renew road tax kemudian insert insurans wind screen.. Selepas beberapa minggu, baru gi kedai tukar cermin....


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcBVQ-vvfq8JNeBZV6IL5J-SgobDYmiVtEj12WIv3d6v1ZRP8kkj0IOsMuwQ-xdyafDsHBzQRC0px-8n2V0j1ReIu-MaKsfoLLDDKDXcwuPPd2bq1327JQaLXZEhY2oxXCaNBT/s1600/untitled.bmp 


[IMAG0062.jpg]
Proses "mematikan retakan" (buat sementara je...). Peralatan yang diperlukan. Cecair menurut pekerja tu diimport khas daripada Jeman.
kredit gambar kpd - http://blog.penyubiru.com
  
[IMAG0054.jpg]
Proses "mematikan retakan" (buat sementara je...). Kerja pengerudian pada hujung retakan cermin.                                Kredit gambar kpd - http://blog.penyubiru.com
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7QCHjmhoPMw_O8YlpUpqGonZbAsWDx_wgww8LfkCrIj6XR56ZUni4tvLQHFgzQMSh9aMH5IMNEC3cIDVTYDRdgC3El4QXpzKPPKIxrf7njFmYL87Sz6iEQFURYUwcBWkR31XF/s400/IMAG0064.jpg
 Kerja memasukkan cecair kimia di dalam retakan cermin.                                                                                                              Kredit gambar kpd - http://blog.penyubiru.com
[IMAG0055.jpg]
 Kerja memasukkan cecair kimia di dalam retakan cermin.                                                                                                              Kredit gambar kpd - http://blog.penyubiru.com





WARNING !!!  
Proses "mematikan retakan" ini hanya untuk sementara sahaja!!!

3 comments:

  1. Knp xamik winfscreen yg biasa jer dulu?rm300 je..xperlu la tukar cermin mahal.even yg biasa pun tahan 5tahun

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian.. aduh kalau harga cermin 1900 mmg kena buat insuran terus..

    ReplyDelete