(Sebelum ini, pada 2007 pernah sepupu saya dipukau semasa ke Pasar Malam di Brincang hinggakan puas keluarganya mencari selepas 5 jam kemudian pada jam 12 tengah malam barulah mereka temui sepupu saya ini di sebuah bangunan yang dalam pembinaan dalam keadaan mamai, blur tak dapat bercakap, hingga kini kejadian tersebut masih menjadi misteri hinggakan sepupu saya tidak dapat terangkan bagaimana dia dipukau hingga tidak sedar diri.
Pengalaman lain kena "sembelih" oleh peniaga kedai makan kampung di tepi jalan ialah semasa pulang dari Kedah. Sampai pertengahan jalan ahli keluarga 10 orang berhenti makan. Bapa saya order makan malam semuanya untuk 10orang, nasi 10 orang sayur kailan 10 orang makan, tomyam 10 orang makan, telur dadar 10 orang makan & air 10 orang makan. Geramnya makanan yang sampai kuantitinya tidak sampai untuk jumlah 10 orang, memang sedikit sangat yang dihidangkan disekalikan semua dalam beberapa bekas sahaja.
Alangkah terkejutnya kami, bila dah habis makan, bila diminta bil jumlah semua sekali adalah RM110, langsung jauh berbeza begitu mahal jika hendak dibandingkan dengan kuantiti serta kualiti makanan yang dihidangkan kepada kami, dengan sayur macam sesuai diberikan makan kambing sahaja, lauk pula macam apa entah. Disebabkan penat dan terkejut, kami terkedu untuk melawan peniaga tersebut bahawa harga makanan betul cekik darah. Kami terus ke kereta masing-masing, sampai rumah barulah kami buka mulut tentang kejadian tersebut.
Taktik peniaga tersebut CEKIK DARAH kerana mereka tahu jika mereka cekik darah tinggi melambung sekalipun, kami bukannya pelanggan tetap kedai makan tersebut dan kami tidak akan kembali ke kedai makan tersebut lagi. Kemudian, peniaga tersebut mengenakan bayaran secara lum sum RM11 seorang untuk memudahkan dia mengira bayaran makanan tanpa melihat kuantiti dan kualiti makanan yang sampai. Akhirnya saya bagitau bapa saya, lain kali kena order makan cukuplah 2-3 orang sahaja untuk setiap jenis lauk untuk 10 orang makan, kerana ianya sudah mencukupi. Jika bertemu lagi jenis peniaga tersebut yang suka CEKIK DARAH, bersedia untuk berhujah dengannya tapi jangan la sehingga macam nak bergaduh pula).
Jika ke arah Ringlet, medan selera tersebut berada di sebelah kiri bersebelahan Stesen Bas Brinchang, kedai yang cekik darah saya ni berada hampir ditengah-tengah medan selera tersebut (selepas dicekik darah, saya terus berjalan keluar daripada kedai makan tersebut dengan perasaan geram, jadi tak sempat nak ambil gambar)....
Kejadian bermula apabila saya bungkus makan untuk 5 orang, (nak jimat punya pasal) saya & adik order Ayam Masak Kicap (tertulis di menu RM5.00 untuk seorang makan) untuk 2 orang makan, Ayam Masak Paprik (tertulis di menu RM5.00 untuk seorang makan) untuk 2 orang makan, sayur kailan ikan masin untuk 2 orang makan (tertulis di menu RM4.00 untuk seorang makan), nasi putih 5 orang makan (harga di menu RM1.00 untuk seorang makan), air tea panas untuk 2 orang. (Cadang nak order masakan campur tapi peniaga tersebut bagitau nasi campur dah habis, tapi saya suspek yang mereka sengaja tidak hidangkan nasi campur supaya mereka dapat jual masakan panas yang memberikan keuntungan yang lebih tinggi).
Saya memilih kedai tersebut kerana kedai-kedai makan yang lain banyak yang dah penuh, kena pula pada musim cuti sekolah, yang tinggal hanya kedai tersebut dimana yang jaga kedai adalah seorang perempuan awal usia 40-an dan seorang tukang masak. Petua saya, biasanya jika ingin pilih kedai yang terbaik, saya akan pilih kedai yang ramai orang, kerana mungkin ramai orang disebabkan layanannya terbaik, sedap dan harga murah.
Sebaik sahaja makan siap dimasak (walaupun takdela sedap sangat), peniaga perempuan tersebut tanpa mengira di depan saya bagitau harga yang perlu saya bayar adalah RM68.00.
Selepas sambung habiskan minuman yang kami minum, adik saya bagitau "Harga makanan tu macam tak logik je, mahal melampau sangat selepas berpandukan menu yang kami lihat sebelum itu. Nasib baik saya masih ingat harga makanan tersebut seperti yang tercatat pada menu. Peniaga tersebut licik selepas menu ditunjuk terus disembunyikan menu makanan tersebut supaya pelanggan tidak dapat bandingkan harga semasa bayar nanti...).. Adik saya ni memang teliti tentang harga makanan disebabkan geram ramai sangat yang makan duit HARAM cekik darah orang dengan tipu dalam meniaga lebih-lebih lagi semasa.
Dengan geram, saya dan adik saya panggil peniaga perempuan tersebut minta kira kembali bil tersebut. Maka dia mengira depan saya secara rawak, dia cakap lauk RM40, sayur RM10, air dan nasi RM18, dengan nada MARAH DAN LAGAK MACAM GENGSTER kemudian dia terus pergi ke meja lain tanpa tunggu komplen dari kami, mungkin dia fikir dengan LAGAK SAMSENG maka pelanggan takut untuk mempersoal harga yang dikenakan pada kami. TINDAKAN KAMI TERSEBUT TURUT DIPERHATIKAN OLEH PELANGGAN LAIN, ADE YANG GELISAH TAKUT KENA TIPU MACAM KAMI....
DISEBABKAN tidak puas hati, saya dan adik saya memanggil perempuan tersebut untuk kali ke-3, supaya dia tunjukkan kami macammana dia kira makanan kami. Untuk mengelakkan pelanggan lain nampak PENIPUAN dia, maka dia membawa kami ke kaunter.
Maka daripada kertas pesanan order kami tersebut dia menunjukkan dia mengira kembali makanan kami tersebut, HASILNYA AMAT MEMERANJATKAN, MEMANG JAUH DENGAN BAYARAN YANG MELEBIHI DARIPADA JUMLAH YANG SEPATUTNYA....
Perempuan tersebut mulanya mengira, lauk untuk 4 orang makan adalah RM40, maka terus saya bagitau "BOLEH SAYA NAK LIHAT BUKU MENU?" kerana seingat saya harganya adalah RM5.00 untuk seorang makan dan SEPATUTNYA UNTUK LAUK adalah RM20 SAHAJA. Selepas melihat hujah saya, dia tergamam seketika terus dia tukar statement yang dia ORDER LAUK UNTUK 6 ORANG MAKAN, JADI HARGANYA ADALAH RM30.00. Malas nak panjangkan cerita saya minta dia kira harga untuk sayur pula untuk 2 orang makan, dengan menekan-nekan Kalkulator jadi dia mengira RM4.00 untuk 4 orang makan jadi harganya RM16.00 (sengaja dia lebihkan kuantiti semasa mengira untuk mengenakan kami dengan harga tinggi). Tanya saya, "Harga nasi pula???". Dia menjawab RM2.00 x 5 orang, jadi harga RM10.00, 2 air tea panas yang kami minum adalah RM4, jadi jumlah keseluruhan adalah RM60 (harga tersebut adalah RM8 lebih murah daripada harga RM68 yang dikenakan kepada kami semasa kali pertama perempuan tersebut mengiranya, memang "celaka" perempuan tersebut kerana Cekik Darah orang. Maka perempuan tersebut memberikan baki kepada kami RM8.00. Malas nak panjangkan cerita kami terus keluar daripada kedai tersebut disebabkan kepenatan memandu berjam-jam, otak pun dah penat berfikir, inikan pula nak bertekak dengan Peniaga Cekik Darah & Makan Duit HARAM ini. Disebabkan kami pun tergamam, tak sangka perkara tersebut terjadi kepada kami hinggakan kami tak dapat untuk maki kembali perempuan tersebut dan mematahkan segala "hujah-hujah"nya...
Semasa berjalan pulang masuk kereta, saya mengira kembali adakah betul kiraan perempuan tersebut untuk makanan kami yang tidak seberapa itu, sekali lagi meluap perasaan marah kerana sebenarnya kami masih lagi ditipu...
Semasa berjalan pulang masuk kereta, saya mengira kembali adakah betul kiraan perempuan tersebut untuk makanan kami yang tidak seberapa itu, sekali lagi meluap perasaan marah kerana sebenarnya kami masih lagi ditipu...
Harga yang sepatutnya kami bayar adalah:-
Lauk x 4 orang makan = RM5.00 x 4 = RM20.00
Sayur 2 orang makan = RM4.00 x 2 = RM8.00
Nasi x 5 orang makan = RM1.50 x 5 = RM7.50
Air Tea Panas = RM 1.50 x 2 = RM3.00
Jumlah yang seharusnya dibayar = RM38.50
HARGA YANG DIKENAKAN KEPADA KAMI ADALAH MELEBIHI RM29.50, menghampiri 50% jumlah bayaran sebenar makanan yang dikenakan kepada kami iaitu RM68.00...
TUJUAN SAYA BERKONGSI DI ENTRY INI BUKAN UNTUK BERKIRA TENTANG WANG RINGGIT, tetapi kami GERAM DAN MARAH DENGAN SEGELINTIR PENIAGA MELAYU YANG SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN, MENANGGUK DI AIR YANG KERUH, MENIPU DAYA DENGAN PENUH MUSLIHAT, CEKIK DARAH....
Mungkin ini terjadi kerana ramai dalam kalangan kita yang mungkin tidak terlalu teliti apabila ianya melibatkan pembayaran makanan, langsung tidak mempersoalkan tindakan peniaga walaupun mengetahui mereka meletakkan harga yang tinggi diluar logik akal, yang akhirnya menjadi peluang untuk peniaga yang tidak bertanggungjawab ini untuk mengambil kesempatan.
Mungkin ini terjadi kerana ramai dalam kalangan kita yang mungkin tidak terlalu teliti apabila ianya melibatkan pembayaran makanan, langsung tidak mempersoalkan tindakan peniaga walaupun mengetahui mereka meletakkan harga yang tinggi diluar logik akal, yang akhirnya menjadi peluang untuk peniaga yang tidak bertanggungjawab ini untuk mengambil kesempatan.
Kekadang ada pelanggan ke kedai makan orang Melayu ni sebenarnya untuk membantu perniagaan orang Melayu tetapi akhirnya pelanggan kembali yang kena "sembelih" dicekik darah... Bagaimana pula dengan yang MEREKA yang kurang berkemampuan yang datang bercuti membawa keluarga ke Cameron Highlands yang berkorban demi melihat wajah ceria dan gembira anak-anak mereka yang ramai bercuti di tempat peranginan tinggi, BUKANLAH TINDAKAN PENIAGA SEBEGINI MENGANIAYAI MEREKA??? ...
Betul sahih crita awk ni..... sy pn ada pgalaman, mse tu sy dan suami nk bsarapan..... dtg situ je mreka pniaga ni mcm brebut customer..... nk dijadikan cerita, sy npk ada sorg tu nk bli mknan tp tk jd ntah knp..... dia pegi kedai sblh... mknan blm dimsak pn..... hny cancel order..... tp dia amek air dr gerai tu..... mse dia duduk mkn, peniaga tu dtg mrh2 tk puas ati sbb bli mkanan tpt peniaga lain..... siap tengking2 dan hentak cwn mse ambik duit..... dan yg sy npk..... mreka sesama peniaga pn tk baik dan saling tdk bersih hati..... rezeki kn dr Allah... tkt sgt..... tp sgt2 tk suka tgk cr layanan mereka pd pelanggan mcm g2
ReplyDeleteINFO YG AMAT BAIK KEPADA SAYA SEKELUARGA YG AKAN BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND PADA MINGGU KEDUA DEC INI DAN SEBELUM INI PERNAH KE CH MENGINAP DI APRTMENT DAN MASAK SENDIRI.................... KALI INI MENGINAP DI HOTEL...TERIMA KASIH
ReplyDeleteAduhaiii...bln 2 ni nk g cameron..dgr citer cmni..mkn kepsi je ler
ReplyDeleteari ahad ni aku nk pegi sana...kalo mcmni lar aku kene standby kertas dgn pen bile nk order mkn, so aku akan catit makann yg nk di order dgn harganye skali....bila dah abis mkn, aku byar ikut harga dalam menu jer....kalo peniaga tu kira lain...aku akan byar ttp ikut harga dlm menu.... kalo dia masih nk argue...aku terus blh jer n ckp itu kesalahan beliau krn slh letak harga dlm menu....hahaha
ReplyDeletePeniaga cina yg meniaga sayur dan buah jg hari2 menipu pembeli melayu
ReplyDelete