------------------------------------------------------------------------------------------
JGN PULA KITA BERNIAGA SYOK SENDIRI, mengingatkan saya kepada antara kesilapan besar yg dilakukan oleh sahabat-sahabat saya semasa berniaga dahulu (sekarang kedai makan dia dah gulung tikar). Saya pernah beberapa kali juga memberikan ceramah tentang Rahsia Berniaga berdasarkan kepada pengalaman saya bekerja dlm sebuah Syarikat Perniagaan Gergasi (Bidang Kejuruteraan) di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu & pernah masuk ke dalam kampung membuat khidmat masyarakat menjadi mentor membangunkan kembali (make-over) Kedai Perniagaan Golongan yg Daif secara percuma (terasa puas apabila dapat melihat wajah mereka yang kembali bermotivasi bersemangat untuk bangkit kembali, terasa puas apabila berjaya keluarkan aura semangat yang membara tanpa mudah putus asa di wajah mereka yang menyimpan seribu satu pengharapan selepas tersungkur terdahulu).
Antara kesilapan sahabat-sahabat saya:-
i) TAMAK HALOBA - sahabat saya ini berniaga tetapi gelojoh nak cepat-cepat dpt pulangan modal & untung yg BANYAK dlm masa yg singkat, maka pelanggan dikenakan membayar dgn harga yg mahal. Pelanggan tetap yg asalnya ramai sedikit sedikit mula beralih kepada kedai mkn yg lain... (berbeza dgn org cina, mereka akan cuba kekalkan pelanggan tetap mereka kemudian minta pelanggan mereka mempromosi kedai mereka kpd rakan-rakan. Sebaik sahaja Pelanggan masuk ruang perniagaan mereka pelanggan akan dilayan seperti VIP, good in customer servis. Maka tak mustahil ada pelanggan yg sanggup membayar dgn harga yg mahal berbeza ke kedai yg harga murah tetapi pelanggan dilayan mcm peminta sedekah)...
ii) Kedekut utk bersedekah - tindakan peniaga yg terLAMPAU berkira/kedekut kpd pelanggan juga akan memungkinkan pelanggan terus menjauhi kedai tersebut. Contohnya berniaga kedai makan, habis dikira "sebijik-sebijik" berapa ketul lauk/daging yang diambil pelanggan macam mengira berapa ekor semut di dalam pinggan, begitu teliti sekali.
Apakata, sekali sekala cuba "bersedekah" kpd pelanggan seperti dgn memberikan free gift, diskaun (walaupun menghalalkan cuma beberapa sen dlm pengiraan bayaran walaupun pelanggan tidak membuat penawaran) mahupun memberikn pencuci mulut/air minum sirap dsbginya secara percuma (walaupun air tersebut diberi 1 jug atau hidangkan nasi satu bekas, kerana kosnya tidak terlalu tinggi tetapi pelanggan dpt minum/makan sepuas hati). Walaupun seperti kecil, bagi pelanggan mereka akan beranggapan bahawa "Jika pelanggan tidak berkira dgn mereka, mengapa pula perlu mereka terlalu berkira dgn peniaga???). INGATLAH BAHAWA REZEKI/WANG RINGGIT/KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI ADALAH DATANGNYA DARIPADA ALLAH dalam bentuk wang ringgit yang diberikan oleh pelanggan. JIKA BERKAT REZEKI TERSEBUT, IANYA AKAN KEKAL LAMA, JIKA TIADA KEBERKATAN WALAUPUN UNTUNG SETINGGI GUNUNG IANYA AKAN LENYAP TANPA TERKESAN....
iii) Tidak mengucapkan "Terima Kasih" kpd pelanggan semasa mereka membuat pembayaran (walaupun mcm remeh ucapan keramat "Terima kasih" tersebut, tetapi bg pelanggan mereka akan rasa diri mereka lebih dihargai. Tindakan segelintir peniaga berat nak ucap "Terima Kasih" dengan muka sombong + berlagak memungkin kedai mereka terus dipulau kerana pelanggan akan rasakan diri mereka mcm "peminta sedekah yg mengambil barang dikedai secara percuma" walaupun mereka membayarnya, ketika itu jgn ckp ade org bomohkan kedai mereka pula.hihi)...
iv) Tiada market-survey, suka berniaga ikut-ikutan (berniaga produk/servis sama seperti tren orang lain, langsung tidak ditonjolkan keunikan/keistimewaan perniagaan mereka berbanding orang lain. Antara rakan saya Encik Salleh, salah seorang kontraktor berjaya berkata dia memerlukan 5 tahun untuk hanya melaburkan wang dengan pulangan yang sedikit hanya untuk memperkenalkan perniagaannya sahaja, alhamdulilillah selepas 5 tahun baru perniagaannya mula menjadi buah mulut & pelanggan pula yang mencari beliau serta sanggup ambil no giliran demi mahukan "air tangan" beliau, perniagaannya mulai stabil) & tidak melakukan post-mortem setiap masa terhadap perniagaan yg dilakukan...
v) PANTANG LARANG, JANGAN SESEKALI ANDA TABUR JANJI MANIS AJAK ORANG LAIN MELABUR/JOIN DALAM PERNIAGAAN KITA KONONNYA CUMA LABUR SIKIT JE, TETAPI UNTUNG RM JUTA-JUTA, TUNGGU GOYANG KAKI JE CUKUP MASA DALAM MASA YANG SINGKAT DUIT MASUK. TAKDE TAUKE BISNES YANG BEGITU BAIK HATI SENANG-SENANG JE BAGI DUIT SEGERA KAT ORANG LAIN. BAGI UMAT ISLAM, ADAKAH WANG TERSEBUT CONFIRM 100% DILABURKAN DALAM BIDANG YANG HALAL/TAK SUBHAH???.hihihi. Jangan MARAH (^_^) (Teringat suatu ketika dahulu pernah beberapa kali kawan saya ajak saya melabur dalam BISNES dia yang kononnya dapat jadi jutawan segera, kononnya dia bayar kereta yang harga ratusan ribu RM cuma pakai income daripada daripada BISNES RM JUTA-JUTA beliau, sembang berdekah-dekah cakap duit banyak sedangkan air di dalam gelas kami yang dah kering garing sebab dah lama berjam-jam habis takde pula dia minta tambah air atau order makan (Air tu baru beberapa sen je, takkan duit RM JUTA-JUTA tak boleh nak bayar. Kesilapan tersebut menyebabkan rakan-rakan saya satu meja beberapa menguap sambil melihat jam di tangan mendengar cerita dongeng...
Berbeza dengan sahabat saya En Salleh tadi, seorang usahawan berjaya, setiap kali makan/minum semeja pasti berebut kami nak membayar sebelum dibayar beliau, yang biasanya ianya berkesudahan bil tersebut sudah pun siap dibayar beliau(^_^) )....
No comments:
Post a Comment