MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Tuesday, July 15, 2014

Kerja Kosong

Panduan Mencari Kerja
 

Merujuk kepada email yang telah dihantar kepada saya
>>> hardy boy: Panduan Mencari Kerja (untuk fresh graduate):
--------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum w.b.t saudara.. 

Saya juga ingin bertanya kepada saudara, saya sedang menjalani praktikal selama 2 bulan. Minggu ini merupakan minggu ke-3 saya menjalani latihan industri. saya ingin bertanya kepada saudara, adakah terlalu awal untuk saya memohon kerja dan menghantar resume kepada syarikat-syarikat yang menawarkan jawatan kosong? saya bakal graduasi pada november tahun ini (2014)


Waalaikumussalam,

Terima kasih kerana membaca entry blog saya. Sebenarnya tidak terlalu awal untuk saudari memohon pekerjaan setelah tamat pengajian. Apa yang penting ialah saudari perlu dapatkan surat tamat pengajian daripada Institusi Pengajian saudari seperti daripada Pusat Pengajian Akademik dan sebagai untuk mengesahkan bahawa saudari telah tamat pengajian. Saudari juga perlu mendapatkan jumlah pointer keseluruhan saudari kerana kebiasaannya majikan akan meminta maklumat tersebut. Selepas sesuatu tawaran kerja kosong dikeluarkan, kebiasaannya syarikat akan membuka tawaran tersebut selama 1 bulan sebelum ianya ditutup. Ini bermakna, selepas saudari mohon, kemungkinan seawal sebulan kemudian saudari akan dipanggil untuk temuduga jika terpilih. Secara purata, nisbah daripada 100 jawatan kerja kosong yang saudari mohon, 20 syarikat akan memanggil saudari untuk temuduga. Nisbah daripada 20 syarikat tersebut yang telah anda hadir temuduga, berkemungkinan 3-5 syarikat akan menawarkan pekerjaan kepada anda. Jadi, pastikan setiap minggu anda cuba untuk mohon minimum 20 permohonan pekerjaan, dalam masa sebulan anda akan mencapai hampir 100 syarikat... InsyaAllah jika anda kekal usaha tersebut, dalam tempoh 3 bulan anda akan dapat pekerjaan.

Jika anda ingin memohon kerja contohnya di kawasan Kuala Lumpur, tetapi pada masa sekarang (semasa sedang belajar) anda juga sedang menyewa rumah di sekitar kawasan Kuala Lumpur sedangkan kampung halaman anda jauh daripada Kuala Lumpur dan tiada saudara mara yang terdekat di Kuala Lumpur, seeloknya anda dan rakan-rakan anda kekal menyewa supaya memudahkan anda mencari tempat tinggal jika dipanggil temuduga atau bekerja nanti....



Resume:
Resume perlu ringkas tetapi menarik untuk bakal majikan baca. jgn terlalu panjang, cukuplah resume ringkas tetapi padat. bakal majikan menerima ratusan resume dan mereka akan memilih secara rawak resume yg menarik perhatian mereka...
Tiada ketetapan berapa jumlah muka surat yang diperlukan, cuma dalam menghasilkan resume yang menarik memerlukan kreativiti, ringkas, perlu kemas, lengkap dengan maklumat asas yang diperlukan bakal majikan dan menarik perhatian bakal majikan untuk membacanya.
Jika anda yakin resume anda memenuhi kreateria tersebut, anda boleh lakukan experiment "Try & Error"... (^_^)
Di sini saya sertakan bersama contoh resume saya tetapi beberapa bahagian maklumat peribadi telah saya kosongkan.
Masukkan dan senaraikan kemahiran, kelebihan serta keistimewaan diri anda yang boleh menarik majikan untuk mengambil anda bekerja.
Soalan yang biasa ditanya semasa temuduga ialah “Apakah kemahiran yang anda ada?”, “Apakah yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat?”, “Apakah kelebihan diri anda berbanding calon temuduga lain yang menyebabkan saya perlu mengambil awak bekerja dengan saya?”
All The best & Good Luck !!! (^_^)


Tips-tips lain :
1) Resume yang dihasilkan hendaklah ringkas tetapi padat, tidak perlu tebal kerana majikan tidak mempunyai banyak masa untuk menapis semua resume.
2) Kalau boleh, letakkan alamat resume anda adalah beralamat di negeri yang sama dengan syarikat yang dimohon supaya memudahkan anda dipanggil majikan (majikan juga tidak mahu menyusahkan calon yang ingin diinterview).
3) Anda juga boleh mendaftarkan ke dalam akaun www.jobstreet.com kerana di dalam web tersebut ada disediakan template resume untuk diisi oleh calon.
4) Seeloknya, resume ditulis di dalam bahasa Inggeris jika memohon ke syarikat swasta kerana mungkin ketua majikan anda tidak fasih berbahasa melayu atau warganegara asing.
5) Masukkan pengalaman berguna anda dan pengetahuan yang bersangkutan dengan pekerjaan yang dimohon termasuklah kemahiran-kemahiran yang anda miliki.
6) Cungkil & tonjolkan kemampuan dan kelebihan diri anda di dalam resume yang mungkin membezakan dan menjadikan anda unik berbanding calon-calon lain.
7) Resume anda perlulah menunjukkan ciri-ciri professional/formal.
8) Jika ada sampel hasil kerja/air tangan anda yang terdahulu yang menarik seperti gambar-gambar serta blueprint, anda boleh sertakan bersama sebagai salinan dan bukti…. Kalau ade gambar-gambar seperti gambar projek yang anda pernah siapkan, anda juga boleh sertakan bersama. Kepada fresh graduate, anda juga boleh membawa bersama salinan laporan semasa anda menjalani (berserta gambar-gambar kerja) yang menarik dan lengkap.
9) Semasa temuduga, belajarlah bagaimana untuk “memikat” hati majikan anda dalam masa yang singkat.
10) Belajar untuk memikat hati bakal majikan anda melalui penampilan &kandungan resume anda!!!!
11) Akhir sekali, banyakkan BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKKAL…(^_^)…
Yg paling penting, jgn mudah berputus asa, kuatkan semangat, muhasabah dlm memperbaiki segala kelemahan diri… Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk bertanya kpd saya…
GOOD LUCK & ALL THE BEST!!!

No comments:

Post a Comment