MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, June 10, 2015

Kisah Ragam Pengantin

#ragam #pengantin

"Kisah Ragam Pengantin"

Cuti sekolah dah nak habis. Sure ramai yang dapat jemputan kahwin. Tak lupe juga, pelbagai ragam pengantin yang kita jumpa bila dijemput "hadir" ke majlis perkahwinan mereka :-)

Gambar hiasan

Mungkin anda pernah mengalami pengalaman seperti saya.

Beberapa tahun dulu, saya pernah hadir ke majlis perkahwinan sahabat karib, perjalanan ke rumah pengantin lelaki ini yang cuma 40 km, pada hari tersebut mencecah 2 jam perjalanan akibat traffic jem yang  mengugat jiwa raga. Disebabkan rakan karib, sabor je la meredah jem sampai krem akibat duduk lama dalam kereta. Yang paling me"nyirap" ialah, selepas hampir sejam menikmati jamuan, bila call kawan karib tersebut, panggilan langsung tak berjawab, bila tanya sanak saudara di dalam rumah, dorang cakap si pengantin lelaki ni sedang sibuk bergambar-gambar dalam bilik pengantin, huk aloh.... Selepas menunggu hampir setengah jam tapi masih tiada tanda - tanda si Pengantin lelaki merangkap kawan karib saya  sendiri ni akan "berhenti" bergambar, saya nekad terus masuk ke bilik pengantin lelaki selepas mengenangkan betap terseksanya tersekat dalam traffik jem selama 2 jam. Terjah masuk je bilik pengantin lelaki (kalau bukan member baik memang saya tak wat gitu.hihihi), saya lemparkan beberapa ayat kutukan + perli + sindiran, sibuk sangat bergambar sampai tak mahu jumpe member-member kat bawah haa??? diselangi dengan ketawa sinis... (kitorang ni memang suka kutuk mengutuk bergurau kalau dah jumpa, so xde la masing-masing nak amik hati.hihi.).

Kali ni, saya "hadir" pula ke sebuah majlis perkahwinan kawan baik juga (perempuan). Kisah masih lagi sama macam kisah dahulu, terpaksa meredah kesesakan jalanraya yang berjam-jam sampai la ke rumah pengantin perempuan pukul 5 lebih. Selepas hampir sejam menikmati jamuan (makan pencuci mulut je sebab perut dah kenyang selepas hadir beberapa kenduri), saya pun "memberanikan" diri bertanya kepada saudara mara Pengantin perempuan ni (setelah puas menunggu kot - kot pengantin turun bersalam dengan para tetamu jemputan), jawapan begitu menghampakan apabila tuan rumah bagitau pengantin pergi ambil gambar "outdoor" (jam di tangan baru pukul 5 ptg lebih). Saya terdiam seketika disebabkan penat + sedikit kecewa sbb tak dapat jumpa pengantin selepas perjalanan yang begitu jauh, saya senyum kepada tuan rumah & bersalam sebelum meminta diri.huhuhu...

Kesimpulannya : Kepada para pengantin, cuba luangkan masa hargai dan raikanlah majlis anda bersama para tetamu jemputan, keluar dan bersalam dengan para hadirin walaupun sekejep sahaja dan jika mampu tunggu di luar "pintu gerbang" menghantar mereka pulang sambil mengucapkan "terima kasih". Jangan terlalu sibukkan diri dengan aktiviti anda bersama pasangan anda, kesian kat tetamu yang anda jemput kononnya datang untuk meraikan majlis perkahwinan anda tetapi akhirnya anda biarkan mereka terkebil-kebil.hihihi...Setiap tetamu yang hadir insyaAllah akan turut sama mendoakan anda. Jika anda ingin "bergambar outdoor" pun, jika boleh cuba aturkan ke hari lain ataupun cuma mengambil masa beberapa minit je jangan biarkan tetamu menunggu lama ....;-)

No comments:

Post a Comment