MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Monday, February 20, 2012

TIPS BERCINTA CARA ISLAM

Baru-baru ini, saya menerima satu komen daripada entry saya terdahulu >>>HARAMKAH BERCINTA/BERCOUPLE, jadi saya cuba berikan pandangan saya:-

(Komen pembaca blog saya...)
Assalamualaikum ustaz...saya ingin meminta pendapat ustaz. saya kini sedang mencintai seorang gadis yang mak ayahnya telah bercerai baru-baru ini. sebelum ini kami pernah bercinta di alam persekolahan tetapi tidak kekal. kini dia kembali semula dalam hidup saya. 
Sungguhpun saya bukanlah mempunyai perwatakan yang menarik dan tidak ada yang boleh saya banggakan pada diri saya,tetapi saya lihat dia sekarang dapat menerima saya seadanya. saya serba salah untuk menolak cinta darinya tambahan pula saya masih lagi sayangkan dia dan mak ayahnya telah bercerai. Dia adalah anak yang sulung tetapi perangainya masih lagi belum mentah pada pendapat saya. Keluarganya tidak berapa menitik beratkan solat jadi dia jarang bersolat dan membaca quran. untuk pengetahuan ustaz dia kini berada di tahun peperiksaan spm dan saya pula telah menuntut di sebuah ipta tempatan. 
Saya menjadi serba salah kerana saya takut hubungan kami membawa maksiat. saya juga selalu menasihatkan dia agar bersolat dan mendalami ilmu agama dan dia kini hampir dapat saya ubah kerana dia berjanji dia akan solat. saya tidak sanggup untuk tinggalkan dia tetapi saya tidak dapat jamin masa depannya.bagaimana ustaz?apa yang perlu saya ucapkan padanya sekiranya hubungan kami adalah satu dosa?saya risau kalau saya tinggalkan dia,dia akan kembali lalai dan leka dengan dunia. saya juga bukan lah orang yang baik kerana saya sering menonton gambar terlarang. 




Reply daripada saya :-
Waalaikumussalam. Saya bukanlah seorang ustaz yang mengajar Agama Islam (ustaz= guru) tetapi saya cuba jawab berdasarkan ilmu saya yang cetek ini & sedikit pengalaman untuk dikongsikan...
Memang saya akui, istilah "Couple", "Berpasangan", "Bercinta" membawa pengertian berbeza mengikut fahaman setiap individu. 

Bagi saya, istilah "Couple" itu sendiri terlalu subjektif, berbeza mengikut pemahaman individu & mungkin mengelirukan. Jika di negara lain seperti indonesia, istilah tersebut mungkin ditukar kepada "berpacaran", tetapi jika dirujuk kepada bahasa Inggeris istilah "COUPLE" itu sendiri tidak sesuai untuk digunakan bagi istilah "sepasang kekasih yg sedang bercinta".

Ada juga remaja yang menggunakan istilah "KAMI HANYA BERKAWAN SAHAJA" tetapi pergaulannya adakalanya mengalahkan suami isteri (bertepuk tampar manja, bersentuhan antara lelaki perempuan, berpeluk sana sini, dedahkan aurat sesama sendiri dan melakukan segala yang diharamkan), JADI ADAKAH BERKAWAN JUGA PERLU DIHARAMKAN??? 

Maka bagi saya ISTILAH BERKAWAN itu juga wajar diperbetulkan dan berpandukan landasan yang sepatutnya...

Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, APA SAHAJA YANG MELIBATKAN PERHUBUNGAN ANTARA LELAKI ATAU PEREMPUAN (WALAUPUN HANYA BERKAWAN BIASA) WAJIB MENJAUHI SEGALA YANG DIHARAMKAN DI DALAM ISLAM..


Saya pernah mengikuti sebuah seminar Persatuan Pelajar Islam di UTHM ketika menyambung pengajian keperingkat Master suatu ketika dahulu. Dalam seminar tersebut, kebanyakan ahli persatuan ini terdiri daripada  siswa dan siswi yang kebanyakannya adalah bagi saya dalam kategori alim, warak, kaki masjid/surau, berpengatahuan luas tentang agama Islam tetapi sayang hanya beberapa kerat je kaum adam. Kebanyakannya adalah dalam ketegori "adik" saya kerana semuanya muda belia semuanya.

Topik pada hari SABTU tersebut amat hangat/PANAS!!!! Tajuknya ialah "CINTA".

Seorang wanita bekas Majlis Tertinggi Persatuan Pelajar Islam, UTHM ini menjadi penceramah, bercerita tentang cinta. Saya cuma tersenyum bila beliau menyatakan bahawa beliau belum berkahwin (walaupun usia telah meningkat).

Dalam banyak-banyak ucapannya, saya tertarik dengan statementnya dengan tegas menyatakan "BERCOUPLE ITU ADALAH HARAM!!!". Statement tersebut menyebabkan seorang muslimah yg lain bangkit dan berhujah di hadapan hadirin lain dan mengulas pendiriannya bahawa "BERCOUPLE ITU ADALAH HARAM!!!".  

Kemudiannya dalam slot yang lain, saya tertarik dengan kelantangan salah seorang siswi yang bagi saya amat warak dan berpurdah, dengan lantang bangun dihadapan hadirin yang ramai dan menyuarakan bahawa "BERCOUPLE ADALAH HARAM DALAM ISLAM".... Sewaktu itu, saya memang terasa untuk bangun dan memperbetulkan pendapat beliau kerana bagi saya Bercouple Itu Dibolehkan Dalam Islam tapi dengan syarat, semasa "Bercouple/bercinta" itu, setiap perkara yang dilarang dalam Islam wajib dijauhi. 

Bagi hemat saya, perempuan ini belum cukup mengenali lelaki kerana sepanjang saya bekerja dalam sektor CONTRUCTION suatu ketika dahulu, mendedahkan saya untuk mengenali sahabat-sahabat saya sendiri yang kebanyakkkannya merupakan kaki perempuan, selalu bawa perempuan tidur, kaki buaya dan mereka ini pandai berlakon dengan menggunakan perlbagai tipu muslihat untuk menewaskan seorang perempuan.
---------------------------------------------------------------------
Bagi saya, "BERCINTA" itu perlu untuk mengenali lebih detail pasangan yang akan anda kahwini untuk mengelakkan anda tersilap membuat keputusan mengahwini pasangan yang tidak sesuai untuk anda, tetapi wajib menjauhi segala larangan dalam Islam sepanjang tempoh tersebut. MENGENALI LEBIH DETAIL BUKAN BERMAKNA seperti PERLU BERAMAH-MESRA umpama suami isteri, tetapi dalam tempoh berkenalan tersebut, lakukan UJIAN-UJIAN TERSIRAT/TERSEMBUNYI untuk anda kenali bakal pasangan anda kerana memang sudah lumrah manusia masing-masing akan cuba menyembunyikan segala keburukannya....

 >>> Bercinta Boleh Tapi Jangan Bercouple !!!
 
DIBOLEHKAN "BERCINTA" TETAPI WAJIB MENJAUHI SEGALA LARANGAN ALLAH.

"BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN" dan sebagainya mempunyai takrifan 

berbeza dan sangat subjektif merujuk kepada setiap individu. 

CUMA, BAGI SAYA PERKATAAN "BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN"
bagi saya lebih elok jika KETIGA-TIGA PERKATAAN TERSEBUT diistilah kepada perkataan "BERKENALAN" cuma "ISTILAH BERCINTA DI DALAM BLOG SAYA INI" bermaksud ianya "BERKENALAN DENGAN LEBIH DEKAT YANG SEADANYA SAHAJA" cukup hanya untuk mengenai secara amnya ciri-ciri pasangan yang ingin kita jadikan PASANGAN HIDUP tetapi DENGAN SYARAT WAJIB MENJAUHI SEGALA YANG HARAM DAN MENDATANGKAN MAKSIAT, cukuplah jika kita umpama jika "BERCINTA" pun cukuplah jika DOS perasaan CINTA tersebut adalah sama sahaja seperti DOS SAYANG kita kepada saudara sejenis dan seISLAM dengan kita atau perasaan CINTA TERSEBUT sama seperti CINTA KITA KEPADA GURU-GURU YANG TELAH MENDIDIK KITA dan WAJIB tidak lebih daripada itu...

JANGAN JADIKAN "BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN" ITU DIHIASI BUNGA-BUNYA NAFSU SYAHWAT DAN MAKSIAT. JIKA TIDAK MAMPU MENJAUHI SEGALA YANG DILARANG OLEH ALLAH WALAUPUN SEKELUMIT KETIKA "BERCINTA" , SENANG SAHAJA PENYELESAIANNYA, JANGAN BERCINTA!!!

Sebelum mengambil keputusan untuk mengahwini calon pasangan hidup kita, pastikan kita telah kenal sedalamnya bakal pasangan kita jika mampu sehingga hampir 50-70% baik buruknya terutamanya agama, akhlak dan sebagainya supaya tidak tersalah pilihan....   

Saya juga bersetuju jika maksud/definisi "BERCINTA", "BERCOUPLE", "BERPASANGAN" tersebut ditukar definisi dan berlandaskan asas kepada taaruf  TETAPI berkenalan dengan lebih mendalam (iaitu bukan hanya setakat berjumpa di rumah ibu bapa wanita tersebut kemudian lihat dengan sepintas lalu bakal pasangan kemudian terus mengikat tali pertunangan jika berkenan. Seeloknya berkenalan dahulu dalam tempoh masa yang sesuai untuk kita mengenali baik buruk bakal pasangan kita tersebut dan JIKA mampu kenali baik buruk pasangan sehingga 50%-70% sebelum memutuskan untuk bertunang kerana seeloknya kita tidak mahu pertunangan tersebut putus dan sehingga menimbulkan fitnah seperti sehingga orang di sekeliling bercakap "mesti ada "benda" yang menyebabkan perempuan tu putus tunang" ) tetapi WAJIB bertunjangkan SYARIAT AGAMA ISLAM DAN MENJAUHI  YANG DIHARAM iaitu:-

 
i) KENAL -

Kita di suruh KENAL pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, carilah orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan juga keperibadiannya.

ii)  KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.

iii) KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbangkan. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.

iv) KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis……
“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan.”
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah bersabda:
“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu.”
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga. Sememangnya terdapat “Orang -orang yang benar benar redha dengan pasangan yang ditentukan oleh Allah tetapi pokok pangkalnya banyak terletak pada HATI kaum lelaki”.
Kalau tak berkenan, jangan dipaksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok-pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.

iv) REDHA
Redha terhadap pasangan masing-masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya:
“Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”
“Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang dimaksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”

Ujian-ujian tersirat perlu dilakukan untuk anda bongkar rahsia pasangan anda mengenai 4 perkara penting iaitu:- 
i) AGAMANYA - Sejauhmanakah dia berpegang pada AGAMA ISLAM???
ii) RUPA PARAS - secara DALAMAN serta LUARAN kerana menjadi lumrah manusia mencinta sesuatu yang CANTIK serta berperangai mulia.
iii) KETURUNAN -Kahwinilah pasangan anda jika dia terdiri daripada keturunan yang BAIK, bukan dari keluarga yang porak-peranda dan berpecah-belah serta bersifat buruk.
iv) HARTA -  Carilah pasangan yang berkemampuan daripada segi harta terutamanya bakal suami kerana mereka yang akan memegang tanggungjawab besar mencari nafkah untuk keluarga.
TETAPI, pilihlah AGAMAnya sebagai faktor utama....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANTARA PERKARA YANG WAJIB DIJAUHI SEMASA BERCINTA SEBELUM KAWIN:-
i) Jangan keluar berdua-dua, bawalah seorang peneman yang muhrim dengan wanita tersebut, paling baik jika peneman adalah sebaya.
ii) Jangan keluar di tempat yang boleh menimbulkan syak, seperti di panggung wayang, taman-taman, tasik dan anda hanya pergi di tempat yang mempunyai ramai orang.
iii) Jangan menggunakan sebarang ayat manis dan boleh membangkitkan nafsu.Perkataan "Abang", "Sayang" dan kata-kata manis seterusnya dilarang digunakan.
iv) Jaga setiap perlakuan, jangan bersentuhan secara sengaja mahupun boleh menimbulkan risiko untuk bersetuhan.
v) Bercakap di dalam telefon pun hanya bercakap mengenai perkara penting sahaja, jangan gunakan nada menggoda, manja dan apa sahaja yang boleh jatuh kepada hukum berdosa.
vi) Jika bercakap di kedai makan, atau di mana tempat sekalipun, jangan bercakap mengenai perkara sia-sia, bercakaplah mengenai perkara ilmiah dan sebagainya dan jaga jarak antara anda. 
vii) Jangan bazirkan wang anda untuk perkara yang tidak berfaedah seperti membelikan hadiah yang melampau harga kepada "pasangan" anda, cukuplah jika anda belikan hadiah yang sewajarnya hanya untuk seorang rakan.
viii) Minta izin daripada kedua ibu bapanya sebelum anda ajak "pasangan" anda keluar. Anda sendiri yang kena telefon atau bercakap sendiri dengan ibu bapa "pasangan" anda.
ix) Jauhi sebarang perkara yang membolehkan anda menghampiri MAKSIAT.
x) Jangan bercinta dengan berlandaskan HAWA NAFSU 
xi) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
xii) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.
xiii) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu (menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. (sms, phone, chat, mesengger)
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.

h. HARAM mendedahkan aurat... 
i. tidak dibenarkan pergaulan bebas.
j. tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
k. menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
l. menjaga pandangan mata.
m. ikhlas untuk mengambil sebagai isteri. 

  Ada pelbagai perkara lagi yang perlu dijauhi, cuma kuncinya "JANGAN LAKUKAN SETIAP PERKARA YANG DILARANG DALAM ISLAM" semasa bercinta. Memang ianya seolah berat tetapi, percayalah anda akan menikmati kemanisan dan keberkatan bercinta dengan pasangan tersebut selepas anda berkahwin kerana anda langsung tidak merasi manis tersebut sebelum berkahwin.

SUSAH KE??? Bagi saya tak susah, kerana saya sendiri telah  melakukan setiap perkara di atas. Mungkin pada awalnya membosankan tetapi jika anda terangkan kepada pasangan anda rasional anda berbuat demikian, insyaAllah hubungan anda akan lebih berkat dan berbahagia. Jika pasangan anda tidak dapat menerimanya setelah pelbagai pendekatan anda gunakan, mungkin dia akan menolak anda tapi sedarlah bahawa jika dia benar-benar cintakan anda, dia akan setuju dengan syarat tersebut. Jika dia memutuskan hubungan dengan anda, mungkin bukan jodoh anda dengan anda.


Kunci saya berdasarlan pemerhatian saya, jika seseorang tersebut taat kepada agamanya, makin taat kepada agamanya, insyaAllah itulah pasangan yang terbaik untuk anda dan dia mungkin adalah pasangan yang paling sempurna segalanya berbanding seorang yang lalai kepada agamanya. TAK PERCAYA?? Cubalah perhatikan setiap orang disekeliling anda, yang mana peribadinya lebih baik, YANG TAAT KEPADA AGAMANYA atau YANG MENGABAIKAN AGAMANYA???



Saya umpamakan belia-belia perempuan umpama adik-adik saya, tak sanggup saya biarkan mereka tersilap membuat percaturan memilih pasangan hidup semata-mata berpendapat "BERCOUPLE ITU ADALAH HARAM!!!" dan berharap akan terus berkahwin serta hanya akan bercinta selepas kahwin.  Mungkin mereka berpendapat bahawa semua lelaki kat luar sana ramai yang baik-baik & yakin mereka akan  menemui lelaki yang baik..

Bayangkan, macammana WANITA-WANITA INI (yang sebaya dengan adik perempuan saya sndri)  ingin mengenali sedalam-dalamnya pasangan mereka jika sekadar kenal lebih kurang je. BERCINTA LA SECARA ISLAM (BERCINTA DENGAN TIDAK LAKUKAN SEMUA YANG DIHARAMKAN OLEH AGAMA ISLAM).  Tujuan utamanya ialah untuk mengenali semaksimum mungkin luar dalam diri bakal pasangan hidup kita, supaya tidak silap memilih.

Saya juga mempunyai adik-adik perempuan dan saya juga mahukan calon suami calon yang terbaik untuk mereka. Antara pengalaman yang menggerunkan saya sepanjang saya bekerja dalam sektor CONTRUCTION suatu ketika dahulu, mendedahkan saya untuk mengenali sahabat-sahabat saya sendiri yang kebanyakkkannya merupakan kaki perempuan, selalu bawa perempuan tidur, kaki buaya dan mereka ini pandai berlakon dengan menggunakan perlbagai tipu muslihat untuk menewaskan seorang perempuan. 

Cuma saya nasihatkan semua muda mudi lebih berhati2 apabila memilih pasangan hidup walaupun direkmen oleh org lain kerana lelaki & prmpuan skarang ramai yg tidak jujur di zmn yg mencabar, tidak seperti orang2 terdahulu yg lebih cpat matang & bertanggungjawab...

Sebelum berkahwin, fikirlah semasak2nya dgn menyelami sedalam2nya ciri2, akhlak, fizikal & dalaman bakal pasangan hidup supaya tidak, jgn terus menyerahkan kpd takdir dan tidak membuat keputusan tergesa2.. sebelum berkahwin, kita hanya mengenai max 70% ciri2 pasangan kita, selebih baik buruk 30% lagi akan kita kenali slps berkahwin...

Dan merupakan perkara normal stp lelaki & wanita akan menyembunyikan setiap keburukan dlm dirinya sblum berkahwin. Cuma apa yg penting kita semua perlu membuat keputusan terbaik, berusaha semaksimum mungkin, kemudian berdoa sambil bertawakkal semoga dikurniakan pasangan hidup yg terbaik utk kita.

Untuk dptkan ciri-ciri idaman kita, wujudkan ciri2 tersebut dlm diri kita terlebih dahulu....
Jadi, merujuk kepada soalan tuan, anda masih boleh "BERCINTA SECARA ISLAM" (jauhi segala larangan Allah semasa bercinta),  tak perlu terlalu bersungguh-sungguh kerana anda perlu letakkan dalam diri anda, belum tentu pasangan anda akan menjadi milik anda tetapi anda masih perlu berusaha.  Jika anda telah berusaha, insyaAllah, jika sudah ditakdirkan dan doa anda dimakbulkan, dia akan menjadi milik anda jua... Ingatlah juga bahawa Allah akan menjodohkan kita dengan pasangan yang paling terbaik dan sesuai dengan kita.
Mengenai isu agama, anda perlu menggunakan pendekatan terbaik untuk mendidik secara perlahan-lahan pasangan anda lebih-lebih lagi pasangan anda mempunyai latarbelakang keluarga yang tidak berapa taat kepada agama. Mungkin dia akan berhadapan dengan pandangan keluarga tentang apa persepsi keluarganya jika dia berubah secara mendadak.

Untuk mendidik wanita mengenai agama, perlulah secara lemah lembut, secara perlahan-lahan, jangan terlalu mendesak, berikan semangat kepadanya. Ia umpama melentur rebung, jika terlalu kuat lenturannya, buluh akan patah,  jika terlalu lembut rebung tidak akan melentur. Umpama menitiskan air di atas batu, jika selalu dititiskan batu tersebut akan lekuk. Gunakan pendekatan terbaik, timbulkan kesedaran dalam dirinya secara perlahan-lahan.

Mengenai gambar terlarang tersebut, ia umpama mengubati orang yang ketagih dadah. Salah satu cara untuk mengubati mereka yang ketagihan dadah ini ialah dia perlu ditempatkan di tempat/keadaan yang paling mustahil untuk dia dapatkan bekalan dadah. Lambat-laun apabila mindanya sudah berputus asa, dia dengan sendirinya akan menyerah. Begitu juga dengan belia yang suka melihat kepada gambar terlarang, mereka perlu dijauhi daripada sebarang perkara yang boleh menyebabkan mereka boleh mencapai bahan tersebut, di tempat di tempat yang paling sukar, didekatkan dengan agama, dididik agar timbul kesedaran dalam diri, mereka juga perlu jaga penglihatan, pendengaran dan apa sahaja yang boleh membangkitkan nafsu mereka...

Jika anda telah lengkap segalanya, sudah pun mempunyai kerjaya dengan gaji yang stabil serta berkemampuan, sempurna agama (untuk membimbing keluarga kelak ke jalan yang diredhai Allah), mampu memikul tanggungjawab besar/berat sebagai ketua keluarga, boleh la anda mengambil keputusan untuk mengahwini pasangan anda. Wallahualam....

Sambungan tajuk ini di  >>> HARAMKAH BERCINTA / BERCOUPLE ???

WALLAHUALAM....

Cara Bercinta/Bercouple Sebelum Kahwin oleh Ustaz Azhar Idrus 2011 UIA





31 comments:

  1. bercouple mengikut hukum syarak atau tahu batas-btas agama sememangnya bosan..tetapi ia terpelihara...dan isnyaAllah..dengan cara ini Allah lebih merahmati hubungan itu...betul tak ustaz?...perbetulkan saya klu ade salah yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan pendapat saudari.hehehe

      Delete
  2. terima kasih...saya pemuda yang telah menghantar soalan tersebut..terima kasih kerana sudi membalasnya...semua yang ustaz cakap tu buat saya sedar...terima kasih..semoga Allah meletakkan ustaz di tempat yang terpuji,Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, sekadar berkongi pendapat dan ilmu (^_^)

      Delete
  3. Assalamualaikum,terima kasih sngt2 sbb post entry ni walaupun sy baru terbaca tadi..heee..sebelum ni dah banyak blog yg sy baca n semua kata yg couple tu haram serta merta hukum nya..buntu jugak dibuatnya sbb sy ta nak bercinta yang hanya bergelumang dengan dosa..terima kasih lg sekali.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      terima kasih kerana sudi hantarkan komen & berikan pandangan.

      Bagi saya, istilah "Couple" itu sendiri terlalu subjektif, berbeza mengikut pemahaman individu & mungkin mengelirukan. Jika di negara lain seperti indonesia, istilah tersebut mungkin ditukar kepada "berpacaran", tetapi jika dirujuk kepada bahasa Inggeris istilah "COUPLE" itu sendiri tidak sesuai untuk digunakan bagi istilah "sepasang kekasih yg sedang bercinta".

      Ada juga remaja yang menggunakan istilah "KAMI HANYA BERKAWAN SAHAJA" tetapi pergaulannya adakalanya mengalahkan suami isteri (bertepuk tampar manja, bersentuhan antara lelaki perempuan, berpeluk sana sini, dedahkan aurat sesama sendiri dan melakukan segala yang diharamkan) jadi ISTILAH BERKAWAN itu juga wajar diperbetulkan...


      Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, APA SAHAJA YANG MELIBATKAN PERHUBUNGAN ANTARA LELAKI ATAU PEREMPUAN (WALAUPUN HANYA BERKAWAN BIASA) WAJIB MENJAUHI SEGALA YANG DIHARAMKAN DI DALAM ISLAM..

      WALLAHUALAM...

      Delete
  4. Assalamualaikum, ustaz. Saya sangat tertarik dengan pos yang disoal dan diulaskan ini. Jadi, saya ingin minta pendapat ustaz wajarkah hubungan prcintaan itu diteruskan ( ini disebabkan mungkin usia saya yg terlalu mentah '16 tahun' dan pasangan pula berusia '18 tahun') Saya merasa ragu- ragu kerana saya pernah terdengar akan suatu kajian kebanyakan pasangan 'couple' akan melakukan sekurang- kurangnya satu kali hubungan seks. Tambahan pula, tempat yg saya menetap sekarang ini boleh dikatakan agak 'berbahaya' dan saya TIDAK mahu menjadi salah seorang daripadanya. Saya takut sangat ustaz bila teringat akan hal ini. Apa yg perlu saya lakukan? terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.
      bagi saya seeloknya perhubungan adik itu dizahirkn hanya sebagai berkawan rapat sahaja. tidak perlu rasanya ianya dizahirkn sebagai bercinta@bercouple memandangkn jika adik berkahwin dgn lelaki tersebut, ianya mungkin terjadi selepas lebih drp 3 tahun akan datang.

      ingatlah bahawa jika Allah takdirkn lelaki tersebut menjadi bakal suami adik sekalipun, ianya akan terjadi & wlaupun seerat mana sesuatu perhubungan itu, jika Allah takdirkn dia bukan jodoh adik, ianya juga tidak akan terjadi.

      buat masa & keadaan sekarang, cukuplah adik mjadi kawan rapat shj kpd lelaki tersebut & tidak hanyut dgn perasaan cinta. jaga setiap perhubungan & adik pergaulan adik kerana wanita senang hanyut di dalam perangkap yg mungkin dipasang oleh kaum adam(jika nafsu tiba2 mggoda mereka)

      Delete
    2. adik jaga lah adab pergaulan antara lelaki dan perempuan spt yg saya senaraikn di atas. jika lelaki tersebut sanggup mngikut adab pergaulan tersebut, bmaksud lelaki tersebut mnghormati dan mjaga maruah adik. jika keluar, adik jagalah adab pergaulan dgm mminta perempuan lain turut mnemani adik, supaya maruah adik terjaga. perbanyakkn solat & beribadat kpd Allah supaya Allah mnganugerahkn adik jodoh yg terbaik, yg akan membimbing adik dunia & akhirat mahupun bahagia hingga ke syurga, insyaAllah.
      utamakn pljaran & ibu bapa di tmpat teratas kerana insyaAllah ia akan mjamin masa depan adik yg lebih gemilang...

      Delete
  5. Assalamualaikum ustaz.boleh x ustaz tlg terangkan dgn jelas apakh hukum bg pasangan yg meletakkan gmbr mreka brdua di fb walaupun gmbr trsebut mnutup aurat dan x bersentuhan?dan apakah hukum mmbuat status 'in a relationship'?adakah haram?terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,
      terima kasih kerana sudi bertanya.
      tiada hukum yang menyatakan bahawa perkara tersebut haram tetapi ianya boleh menimbulkan fitnah, riak dan perkara negatif yang lain. Bagi saya, eloklah jika gambar yang sedemikian di"remove" daripada facebook tersebut.
      Yang menjadi persoalannya, atas tujuan apakah gambar berpasangan tersebut dimasukkan (walaupun menutup aurat) walaupun masing-masing belum mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri???
      Jika niatnya untuk mempamerkan kepada "dunia" anda mempunyai "boyfren" @ "girlfren" yang paling cantik di atas dunia ini, ia juga boleh menimbulkan perasaan riak, takbur dan sombong di dalam diri "pemilik facebook" tersebut.
      Kedua, jagalah batasan pergaulan sebelum berkahwin dan pergaulan sesama wanita dan lelaki jika mahukan perhubungan tersebut kekal bahagia menuju ke jinjang pelamin mahupun kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Jika sebelum berkahwin pun, pergaulan tidak dijaga, bimbang tiada manisnya dan tiada keberkatan apabila berkahwin nanti.

      Jauhilah juga memasukkan gambar sedemikian kerana bimbang ianya akan menimbulkan fitnah dikemudian hari. Contohnya, jika suatu hari nanti pemilik facebook tersebut ditakdirkan berpisah dengan "pasangan"nya dan berkahwin dengan individu lain, bimbang jika gambar tersebut disalahgunakan oleh untuk memusnahkan hubungan antara suami isteri tersebut (walaupun anda mungkin berkata semasa gambar tersebut diambil, anda hanya berkawan biasa. gambar tersebut boleh diulang dimasukkan di dalam blog, facebook serta laman sosial yang lain. saya percaya tiada suami atau isteri yang di dalam dunia ini yang langsung tiada mempunyai perasaan cemburu mahukan marah atau mencurigai perhubungan mereka suami isteri apabila melihat pasangan mereka pernah bergambar dengan "bekas pasangan intim" suami/isteri mereka.

      tentang status "in a relationship", apabila niat mereka meletakkan status tersebut? Jika ianya bertujuan baik yang tidak menyalahi agama seperti untuk mengelakkan mereka diganggu/digoda oleh "orang lain" ataupun untuk menjaga kehormatan diri daripada pandangan jahat individu-individu tertentu walaupun hakikatnya mereka sebenarnya masih solo, ianya tidak menjadi masalah.

      Tetapi, jika dengan meletakkan status "in a relationship" itu bertujuan untuk mempamerkan kepada dunia hingga menimbulkan perasaan riak dan takbur, ianya wajar dijauhi bimbang bimbang kita meninggal nanti dalam keadaan yang tidak baik (Jauhilah sebarang perasaan mazmumah kerana cuba kita bayangkan bagaimana agak-agaknya keadaan kita selepas mati nanti, bukankah betapa hina diri kita jika kita meninggal dunia semasa perasaan takbur, riak dan angkuh bermaharalela di dalam diri ketika kita masih berpijak di atas bumi Allah ini serta menghirup udara Allah ini secara percuma??? Nauzubillah )

      Delete
  6. terima kasih ustaz..alhamdulillah akhrnya sy mndapat jwpn trsebut..trima kasih byk2 ustaz..smoga Allah memberkati hdup ustaz dunia akhirat..Amiiinnn..:-)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ustaz. Saya 'respect' dengan pandangan Ustaz. Saya ingin mendapatkan pandangan Ustaz tentang situasi yang sedang saya hadapi. Malu betul saya nak cerita. Saya sudah setahun lebih berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya dengan saya (19 tahun). Sejak kami berkenalan, kami belum pernah bersemuka kerana kami belajar di tempat yang berasingan. Saya baru tamat program asasi dan dia sedang mengambil diploma. Kami berasal dari sekolah yang sama tetapi masa sekolah kami belum berkenalan. Tamat sahaja zaman sekolah kami berbual di laman facebook. Saya suka dengan cara perbualannya yang cukup sopan. Dia sekali pun tidak pernah menelefon saya untuk mendengar suara saya. Kami sering berhubung melalui sms. Seboleh-bolehnya kami berusaha bercakap mengenai perkara yang berfaedah. Saya suka bertukar fikiran dengannya. Dengan berbual mengenai isu semasa dan agama, saya dapat tahu yang dia seorang yang matang juga. Apa-apa pun kami cuba bersederhana. Bila kami masing-masing jadual mingguan penuh dengan kuliah, kami akan berbual melalui sms di hujung minggu sahaja. Kami jadi tempat mengadu masalah belajar dan masalah biasa. Baru-baru ini pula, dia telah melafazkan cintanya terhadap saya. Dia tidak minta apa-apa, cuma sekiranya saya ada perasaan yang sama terhadapnya sudah memadai baginya. Memang itulah perasaan saya secara jujurnya. Sepanjang kami berhubung saya selalu bagi ibu saya membaca mesej kami kerana saya tahu dia berhak menegur segala kesilapan saya. Saya amat rapat dengan ibu saya. Ibu saya pun sudah pasti yang lelaki itu suka pada saya. Tetapi saya belum bersedia untuk ibu saya mengetahui perasaan saya pula. Perlukah saya beritahu dengan segera? Saya bimbang kerana ibu saya mempercayai saya tidak akan jatuh cinta dengan dia. Tapi perkara itu tetap berlaku, kemungkinan ibu akan kecewa dengan saya. Walaupun saya dan lelaki tersebut belajar di tempat berasingan kami cukup rapat. Saya dapat mengenalinya dengan lebih dalam.Kami saling mendoakan agar satu hari kami dapat belajar di tempat yang sama. Apabila saya berkawan dengan dia, saya jadi tidak ingin memandang lelaki lain dan kami semakin menjaga pandangan mata kami. Sedangkan kami. tidak ada apa2 hubungan. Dia sering mengambil berat tentang saya. Sekiranya saya sakit, dia jadi risau. Saya akui, zina hati itu kadang-kala datang mengusik hati. Itulah yang merisaukan. Itu telah menjadi sebagai 'push' untuk kami mendekati Allah. Bila berjauhan (dia luar negara) kami amat rindu-merindui. Saya doakan dia, dia pun doakan saya agar kami tidak melampaui batas dan Allah tidak murka. Saya sayangkan dia kerana personalitinya. Dia pernah juga kata yang dia rindu akan saya, tetapi saya berterus terang bahawa apabila perempuan mendengar kata-kata itu dia akan jadi tidak seimbang, perempuan ada 9 nafsu. Dia dapat terima kata-kata saya dan dia meminta maaf. Saya cuma ingin dia faham. Adakah kami sedang bercinta Ustaz? Secara teorinya kami sedang berusaha mendapatkan sesuatu yang halal. Saya harap saya tidak melampaui batas. Ustaz tegurlah mana-mana kesilapan saya ye? Dan saya hargai sangat kalau Ustaz bagi cadangan. Terima kasih banyak-banyak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      terima kasih kepada saudari kerana sudi berkongsi kisah saudari. Bagi pendapat saya, perhubungan anda berdua lebih kepada perhubungan sebagai sahabat atau kawan biasa dan bukannya sebagai kekasih (itulah seharusnya yang berlaku dalam perhubungan jika ingin perhubungan itu berlangsung sebagai suami isteri dan diberkati Allah, bukannnya bercinta bagaikan pasangan kekasih. Masing-masing perlu saling menjaga perhubungan tersebut berdasarkan batas pergaulan dan menjauhi daripada sebarang perkara/perbuatan yang menghampiri perkara yang ditegah Allah, zina mahupun maksiat....

      Perhubungan saudari juga boleh saya umpamakan masih dalam proses "taaruf" saling berkenalan (berkawan), untuk mengenali sama ada lelaki tersebut sama ada dia sesuai untuk dijadikan bakal suami nanti(perbuatan tersebut tidak tidak salah selagi ianya menjaga batas dan mengikut syariat Islam dan ianya tidak sewajarnya berlanjutan lebih daripada itu).

      Saya jangkakan juga mungkin saudari akan mengambil masa 3-5 tahun lagi untuk saudari mendirikan rumahtangga dengan mana-mana calon suami yang sesuai setelah membina kerjaya nanti(demi masa depan yang lebih cerah), dan mungkin berdasarkan keadaan saudari ketika ini,masih terlalu awal untuk saudari mendirikan rumahtangga. Di sebabkan tempoh yang lama tersebut, tidak salah jika perhubungan saudari dan lelaki tersebut adalah atas dasar kawan biasa bukannya atas "tiket pasangan kekasih".
      Perasaan "cinta" tersebut adalah kurniaan Ilahi tetapi ianya perlu dikawal supaya perasaan tersebut tidak melarat daripada menjurus kepada perbuatan yang menghampiri kemaksiatan dan campak jauh-jauh "benih hawa nafsu" jika benih tersebut mula mahu bersarang di hati..

      Delete
    2. Untuk membina sebuah rumahtangga juga, ianya bukan sesuatu yang remeh dibina begitu sahaja tanpa persediaan dan perancangan yang teliti, asas kepada rumahtangga perlu kukuh termasuklah aspek ekonomi(kerana dunia pada masa kini hampir segala-galanya memerlukan sumber kewangan), membina kematangan diri, penuhkan ilmu rumahtangga dan ILMU Agama (ianya sememangnya mengambil masa yang lama, berperingkat-peringkat bukannya dapat dipelajari 2-3 hari sebelum nak kahwin dan adakalanya ianya diperolehi melalui pengalaman diri). BAGAIMANA PULA NAK KAHWIN TETAPI ASAS UNTUK BINA RUMAHTANGGA PUN TAK KUKUH??? Untuk situasi ini, berusahalah kukuhkan asas tersebut, umpama juruterbang nak terbangkan kapal terbang, ilmu teori dan pengalaman semasa proses belajar kena cukup bersedia, ada ujian kena dilalui untuk menentukan sudah bersedia atau belum. Kalau ujian dan persediaan pun tak cukup, berkemungkinan besar terhempaslah kapal terbang tersebut.

      Perhubungan saudari dan lelaki tersebut (sambil menunggu untuk menamatkan pengajian, sebelum masing-masing mendapatkan pekerjaan yang terbaik dengan pendapatan yang stabil/mencukupi, mengumpul kewangan yang mencukupi untuk persediaan mendirikan perkahwinan dan sebagai bekalan selepas rumahtangga didirikan nanti kerana di dalam alam rumahtangga seorang suami seharusnya stabil daripada segi 3 "KUNCI" iaitu mempunyai Kunci Pejabat, Kunci Rumah dan Kunci Kereta disamping cukup kesihatan mental dan fizikal, cukup ILMU AGAMA dan ILMU Rumahtangga serta CUKUP MATANG untuk mendirikan rumahtangga kerana setiap faktor diatas penting perlu ada jika rumahtangga ingin didirikan...). Untuk Bakal Isteri, saya nasihatkan agar mendapatkan pekerjaan yang stabil terlebih dahulu selepas tamat pengajian supaya dapat mengumpul kewangan yang mencukupi semasa dan selepas Majlis Perkahwinan nanti(takkan dah dewasa dan mampu bekerja dengan pendapat yang lumayan pun masih nak bergantung kepada sumber kewangan mak ayah lagi kot, bila lagi nak bantu ibu bapa, kalau sudah jodoh tidak ke mana, tetapi jodoh tersebut juga tidak perlu dikejar secara semberono sahaja main serkap jarang kemudiannya serkap jarang sapa-sapa yang dapat untuk diajak kahwin, "bertawakkal" tanpa usaha dan doa yang cukup...).. Jika sebelum berkahwin, si isteri sudah menjawat jawatan dalam pekerjaan dengan pendapatan yang stabil, ianya merupakan satu bonus dan insyaAllah menjamin kehidupan isteri dan anak-anak jika ditakdirkan tiba-tiba suatu hari nanti sesuatu kecelakaan terjadi kepada suami nanti. Di era yang semakin moden ini, memang saya akui pihak swasta lebih memilih yang berstatus bujang untuk bekerja dengan mereka berbanding yang telah berkahwin (melainkan jika wanita yang berstatus berkahwin mempunyai kelebihan yang jauh lebih tinggi berbanding wanita bujang)...

      Delete
    3. Berpada-padalah ketika berhubung dengan mana-mana lelaki, tidak salah jika anda berhubung dengan sms, facebook dan sebagainya asalkan mengikut batas pergaulan dan menjauhi apa yang DIHARAMKAN...
      Untuk mengenali seorang lelaki memang ianya juga mengambil masa bertahun-tahun (kerana jika ada sebarang sikap buruk, lambat laun ianya juga akan terbongkar, mana mungkin seorang manusia itu mampu bersikap hipokrit terhadap bakal pasangannya dalam tempoh yang lama, selalulah berdoa agar Allah menemukan anda dengan jodoh yang terbaik dan sesuai dengan anda dan mohon kepada Allah, solat hajat dan istikarah mohon Allah tunjukkan kepada anda petunjuk adakah lelaki yang anda kenali itu adakah jodoh anda yang paling sesuai).
      Jodoh seorang Hamba Allah sebenarnya bukan satu, adakalanya Allah kurniakan beberapa jodoh untuk dipilih. Sering kali, ada pengantin yang telah berkahwin seharian, tak sampai sebulan dah bercerai, antaranya disebabkan mungkin perempuan tersebut tersilap memilih jodoh, yang tu belum kira lagi isteri yang dijadikan suami sebagai "punching bag" tempat melepaskan geram suami yang tidak bertanggungjawab(mungkin sebelum kahwin wanita tersebut main serkap jarang memilih suami tanpa menyelidik dan mengenali sedalam-dalamnya sebelum memutuskan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut. Yang penting berusaha semaksimum mungkin, berdoa sebanyak-banyanya kepada Allah sebelum disusuli dengan bertawakkal kepada Allah, bukan hanya bertawakkal semata-mata dan menyerahkan diri kepada takdir). Memang diakui, lelaki lebih lambat matang berbanding seorang wanita, ada yang sudah berusia 25 tahun tapi masih berperangai macam "budak-budak" yang tidak matang... Jika lelaki tersebut belum matang lagi untuk berkahwin, berikan sedikit masa lagi kepadanya hinggalah dia bersedia....

      Kesimpulannya, tidak salah jika saudari meneruskan berkawan dengan lelaki tersebut mahupun bertahun-tahun asalkan mengikut batas pergaulan yang Allah telah tetapkan.. Wallahualam...
      (pandangan saya mungkin berbeza dengan indvidu lain, jadi dapatkan pandangan ramai lagi orang yang lebih arif untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik...)

      Delete
    4. Insyaa Allah, terima kasih kerana memberikan respond yang mantap. Saya akan mengambil kesempatan ini untuk memperbaiki diri.

      Delete
  8. assalamualaikum ustaz,apakah pula hukum lelaki bukan mahram melihat gambar seorang perempuan pada zaman kanak2?adakah haram memandangkan gmbar tersebut masih belum menutup aurat?terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika gambar tersebut diambil semasa perempuan tersebut itu belum baligh, ianya dimaafkan kerana tidak diwajibkan menutup aurat.
      walau bagaimanapun, wanita tersebut juga perlu berWASPADA mendedahkan gambar beliau yang tidak menutup aurat daripada tatapan umum lelaki yang bukan mahramnya bimbang ianya akan mengundang "zina mata/pandangan yang tidak elok"...

      Merujuk kepada soalan ke-2 saudara, atas niat apakah memandang gambar tersebut?
      Jika lelaki yang memandang gambar tersebut dengan niat yang tidak baik, ianya juga boleh mengundang kepada "zina mata" dan boleh membawa kepada berdosa...

      wallahuallam...

      Delete
  9. Assalamualaikum ustaz ,
    saya dahulu tidak menutup aurat dengan sempurna dan sering meninggalkan solat tetapi sejak saya berkenalan dengan seorang pelajar pondok , dia banyak mengubah cara hidup saya . sekarang ni alhamdulillah saya solat walaupun ada tertinggal satu waktu , dan saya cuba untuk menutu aurat dengan sempurna . kami bercinta , tetapi katanya dia hendak cinta kami mendapat keredaan Allah dan dia juga ada mengatakan ingin menjadikan saya isterinya . dia sering nasihatkan saya . adakah salah sekiranya dia menelefon saya tetapi hanya bercakap soal agama ? dia selalu mengingatkan saya kepada Allah , adakah perhubungan kami ini berdosa ustaz ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,

      Tak salah jika saudari dan dia berhubung melalui telefon asalkan ianya tidak membangkitkan syahwat atau menghampiri maksiat, serta tidak membuang masa dengan sesuatu yang sia. Dan ada eloknya juga jika saudari berhubung dengannya melalui teks seperti mesej jika sesuatu yang ingin dibincangkan membawa manfaat....

      Apa sahaja perhubungan saudari dan lelaki tersebut perlu berlandaskan adab perhubungan di dalam Islam...

      Delete
  10. assalamualaikum,, sy ingin btanya adakah baik pkenalan melalui facebook,, pknln scra x sngaja yg pd mulanya berunsur nasihat dan teguran.. ttp lama2 klmaan mjadi pknln yg mjurus kpd hati dan perasaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak salah asalkan saudara/saudari mengikut batasan pergaulan yang telah ditetapkan oleh Allah supaya wujudnya kemanisan/keberkatan dlm perkahwinan nanti

      Delete
  11. Assalamualaikumm.. Walaupun post ini sudah lama.. Tetapi masih berguna sehingga skrg.. Saya nak tanya.. Saya pernah bercinta dan melakukan maksiat (berpegangan) dan hubungan kami tidak kekal.. Beberapa bulan kemudian kami berhubung kembali tetapi tidak sama seperti dahulu.. Kami rasa janggal untuk berjumpa atau sebagainya kerana masing2 ingin berubah drpd kenangan silam.. Jika hubungan kami dimulakan baru mengikut kaedah ustaz beri dan berkahwin sekalipun.. Adakah nikmat bercinta selepas kahwin (seperti ustaz ckpkan) masih dapat kami rasakan walaupun sebelum ini kahwin kami sudah buat( berpegangan dan sebagainya) saya hanya mahukan kemanisan bercinta selepas berkahwin tetapi adakah perempuan yg saya pernah sentuh dahulu tidak dpt memberikan kemanisan itu kepada saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting, segera la bertaubat Nasuha memohon keampunan kepada Yang Maha Esa...
      Sesungguhnya Dia yg lagi mengetahui keikhlasan taubat hamba-Nya..

      Semoga taubat kita diterima oleh Allah..

      Semoga selepas taubat berkenaan, akan wujud kemanisan dlm perkahwinan saudara & diberkati oleh Allah..

      Delete
  12. mohon izin copy

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum terima kasih kerana menjwb persoalan yg membelenggngu dlm fikiran saya. Terima kasih sangat. Semoga Allah permudahkan urusan uztaz

    ReplyDelete