“Sayang, Abang Minta Izin Untuk Nikah Sorang Lagi...”
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
gambar hiasan |
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia
masuk tidur.
Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik
putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu
pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.
Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia
sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu
tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri
makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara
isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat
mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia
memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina
pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak
menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan
kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan
taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit.. tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis
tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk
bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi
temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah
yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut
peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang
diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri
pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi
Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
02.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah
lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera
Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah
kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi,
masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang
muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita
semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula
anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
03.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada
zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk
mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah
sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau
diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh
lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan
Aliyah… Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk
Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan
kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.”
Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Apakah keputusan suaminya.. Walahua'alam...
kredit : iluvislam.com
No comments:
Post a Comment