MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, March 03, 2016

Episod : DAPAT JAWATAN BARU


Episod : DAPAT JAWATAN BARU .huhuhu...



Bukan ingin mengejar pangkat mahupun nikmat dunia, tetapi Amanah yang terpikul di bahu pun besar ...
RISAU??? Risau, risau andai amanah tersebut tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya (takut andai akan dipersoalkan-Nya di akhirat nanti)...
{ Berbanding semasa mangku Pegawai Psikologi dulu, seronok bekerja sambil berdakwah apabila dikurniakan banyak kebebasan wink emoticon & kurang komitmen kerja}.

Semoga Allah memberikan kekuatan buat ku untuk menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan dan tatkala diuji dengan pelbagai ujian demi mencari redho-MU, Ya Allah....
Ketika aku kecundang, lelah dengan ujian dunia, amalan zikir lafaz kalimat
ajaib
"Hasbunallah wa ni'mal wakil"
("Cukuplah Allah tempat kami memohon pertolongan"),
"Ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"
(sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami)
seakan meniup kembali semangat ke dalam jasad yang kerdil ini, memberikan tamparan kita adalah Hamba Yang Maha Esa yang sering lalai.
Adakalanya Yang Maha Esa memilih kita untuk diuji agar diri kita semakin rapat kepada-Nya tanda kasih-Nya setelah dilimpahi nilai yang tak terhitung yang kadang-kadang membuatkan kita hampir karam dilambung badai keseronokan duniawi...

Wallahualam....
(coretan insan kerdil)

--------------------------------------------------------
- Selepas sebulan menggalas jawatan ini, alhamdulillah bermacam-macam cabaran mahupun musibah yang melanda, berjaya ditempuhi dalam mematangkan diri, ada juga yang tidak dapat diduga serta terjangkau akal fikiran. Tuan Pengarah pun puji nampak Unit Perhubungan dan Latihan Industri bertambah "meriah" & katanya "tak salah pilih orang". Pengalaman berharga apabila perlu banyak membina hubungan baik dengan lebih ramai insan antara pelajar, pensyarah, staf serta industri - industri (Banyak kali juga berhadapan dengan industri-industri tak layan bila kita terpaksa tebalkan muka mengadap dorang, sabor je la.hahaha...).
Yang peliknya, disebalik musibah Allah selitkan dengan sesuatu Nikmat Anugerah Hikmah yang tak dijangka menjadikan sesuatu ujian itu semakin manis. Ditambah pula dengan semua AJK yang berkomitmen tinggi. Ada sesuatu yang dipelajari episod kali ini, Allah sedang mentarbiah diriku, setiap kali musibah mahupun cabaran datang, rajin - rajin la sujud di lantai surau yang terletak beberapa langkah je dari bilik memohon petunjuk & bantuan mahupun sebagai tanda syukur smile emoticon
Target episod ini - InsyaAllah, dalam usaha memaksimumkan tugas dan membawa Unit Perhubungan dan Latihan Industri ke Aras paling tinggi dengan beberapa pembaharuan berlandaskan dengan sedikit pengalaman sebagai Jurutera Projek TNB suatu ketika dahulu...





1 comment: