Kemenangan dan kekalahan
Kejayaan dan kegagalan
Kesemua itu dapat dinilai melalui pelbagai ukuran antaranya yang utama adalah pencapaian matlamat.
Sekarang, untuk menilai siapakah pemenang bagi pusingan ini, mari kita lihat:
Matlamat regim Zionis:
- Mengagalkan penentangan rakyat Palestin.
- Menghapuskan senjata mereka.
- Membunuh pemimpin mereka.
- Menguasai al-Aqsa.
- Melakukan pengusiran sesuka hati.
- Melunturkan tekad rakyat Palestin.
Kesemua matlamat ini tidak dapat dicapai.
Matlamat penentangan rakyat Palestin:
- Melunturkan kehebatan tentera Zionis.
- Membuktikan kepada dunia keganasan mereka.
- Menyemai perasaan takut terhadap rakyat mereka.
- Melemahkan ekonomi mereka.
- Memelihara al-Aqsa.
- Tidak membenarkan pengusiran berlaku.
- Menggerakkan ummah untuk bersama penentangan.
- Mendapatkan semula bantuan kewangan yang terputus.
- Wakil sebenar bagi rakyat Palestin.
- Mengerakkan setiap golongan rakyat - Palestin termasuk golongan "Arab 48" bersama mereka.
- Menghentikan cubaan normalisasi dan pengkhianatan.
Kebanyakkan matlamat ini dapat dicapai.
Oleh itu mereka berhak untuk meraikan kejayaan pada pusingan ini, bahkan aku di antara mereka yang terawal mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini.
Adapun kejayaan sepenuhnya serta pembebasan Masjid al-Aqsa, ia memerlukan segenap kekuatan ummah dan tentera negara-negara dan bukannya hanya berharap kepada pejuang Palestin semata-mata. Ia memerlukan kepada pemerintah yang benar-benar serius dan ikhlas memperjuangkan isu ini.
Di samping kita meraikan kejayaan ini, janganlah kita lupa berdoa untuk para Syuhada yang mana mereka hidup mendapat rezeki di sisi tuhan, dan juga mereka yang tercedera di dalam pertempuran di jalan Allah ini. Kita berdoa agar Allah menerima dan mencatat amalan mereka di ‘Illiyyin.
Umat ini juga seharusnya menunaikan kewajipan mereka dengan mengantikan sesuatu yang lebih baik buat keluarga mereka. Setiap keluarga yang kehilangan pencari nafkah, rumah dan sumber rezeki juga perlu diberikan gantian buat mereka.
Bersama-sama kita menuju kemenangan atau syahid.
Ayuh kita katakan kepada musuh kebenaran dan kemanusiaan:
"(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu"
Allahu Akbar Walillahil Hamd
Allah Maha Besar dan Segala Puji hanya milikNya jua.
Sumber: Fb Dr Tariq as-Suwaidan (sh)
No comments:
Post a Comment