MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, November 18, 2010

2 Minggu yang membawa khabar yang amat mendukacita ;-( & sukacita ;-)

Rindu lama tak menjengah blog, banyak menda yang ingin dikongsi tapi sedikit busy, penat & tak sempat nak uruskan beberapa hal disebabkan minggu exam akan tiba next week. Keja yang tertangguh plk semakin bertimbun-timbun, biasela dah nak habis sem.
2 minggu nie juga, aku rase pelik kerana dikurniakan_Nya 2 perkara iaiatu Anugerah/Nikmat yang tak terhingga yang bagi aku cukup besar serta Dugaan yang maha hebat. Bermacam-macam peristiwa yang terjadi yang ada antaranya tak sesuai untuk aku kongsikan di sini sebahagian daripadanya, belum masanya lagi.

Antara keja aku exam nie sebagai penyelaras exam elektrik mcm biase la, memilih, menyusun, compile jadikan satu fail, susun ikut format yang bagi aku paling memenatkan kepala sebab banyak sangat minor mistake, dah print baru nampak. Untuk satu paper teori paling kurang amik masa 1 jam untuk disiapkan ikut format, terasa nape la slow sangat proses edit2 nie..hahaha....

Result perpindahan wifeku pun dah keluar 15hb Nov nie, jawapan mendukacitakan ialah, permohonan wifeku gagal. Dalam sekolah wifeku, ada 20 orang apply pindah, tapi 3 orang je yang berjaya pindah (tu pun lepas guna "kabel" besar, kabel fibreoptic tak main la)...

Tak lama kemudian, sampai 3 surat saman kereta, masa kitorang balik daripda KL-KB (dalam berhati-hati pun masih lagi kena saman, adusss!!!). Nampak gayanye, kena la standby bayar saman pasnie, paling kurang dalam RM900 kot.huhuhu.

Yang isu panas kat kolej seminggu dua nie, kitorang tengah menunggu waran balik ke semenanjung (coz hari tu aku tersilap cancel, member2 yang bijak, dorang g open dulu..huhuhu). Last-last tau2 duit belum dimasukkan lagi ke kolej, so, gelap la harapan nak dapt tiket balik kg, dah la harga tiket flight bkn main melambung naik...


Khabar sukacita, beberapa kawan baik dah nak melangsungkan perkahwinan termasuklah beberapa ofismate, berkurangla lagi pensyarah bujang di kolej (^_^)...
Tapi bab kawin nie mane bole wat main-main, so kepada yang belum kawin tu jangan la tensen-tensen, fikir masak-masak pasangan anda, kenali sedalam-dalamnya supaya tidak menyesal di kemudian hari, kalau bole cari la yang beriman & elok ciri-ciri dalamannya termasuk agama sebab ciri luaran nie, walau macammana cantik sekali pun, lambat-laun akan hilang jugak. Kalau dalaman elok, insyaAllah kekal lama... (^_^)..

Rumah di Kelantan pun dah siap. Tapi ade agreement tambahan plk nak kena di tandatangan... Nampak gayanya kena balik kampung jugak la lepas nie, urgent plak tue. aduss...

Yang paling seronok, tunggakan gaji master dah pun masuk, termasuklah elaun kritikal sekali, alhamdulillah, selepas berjuang habis-habisan. Mane taknye, bukan senang nak dapat, dah la dulu ade isu dgn KPTM dek kerana hasad dengki, memandai-mandai je segelintir kecil yang bodoh sombong tak mahu iktiraf tangga gaji kitorang, sedangkan big Boss mereka dah lama luluskan. Mane taknya, segelintir kecil mereka risaukan jika tangga gaji kitorang yang muda nie melangkau tangga gaji sebahagian daripada mereka yang telah lama berkhidmat. Tak lama kemudian, hal ni berjaya diselesaikan oleh dekan & para pensyrah UTHM. Selesai je dengan KPTM, tersangkut plak kat bahagian pentadbiran, adusss. Member-member kat kolej & poli lain gaji tunggakan pun dah lame habis...

Beberapa individu dah mula bertanya, "Dah ade khabar baik ke?". Aku jawab "belom ade rezki lagi sbb isteri daok jauh, keadaan tak mngizinkan". Yela, hampir 6 bulan aku mendirikan rumahtangga yang cukup bahagia bersama isteri tersayang, dalam satu kapal berlayar mengharungi angin sepoi-sepoi bahasa, ribut dan taufan bersama. Ada beberapa dugaan daripada luar yang menguji, tetapi semuanya berjaya ditepis ke tepi. Bagi aku, perkahwinan merupakan satu amanah yang cukup besar daripada-Nya. Semoga perkahwinan yang dibina dapat lebih mendekatkan berkali-kali ganda kepada Ilahi, bukan kerana mengejar nikmat duniawi semata-mata (teringat kepada novel Bila Cinta Bertasbih baru aku berjaya habiskan selepas berbulan-bulan, tu pun bace semasa dalam flight sahaja(^_^), ape taknya, habis 2-10 page bace, aku dah tertido, memang aku kagum orang yang berjaya habiskan novel dalam satu hari nie.hahahaha). Tak sanggup aku dipersoalkan di akhirat nanti segala dosa & tanggungjawab yang gagal aku laksanakan dalam rumahtangga. Isteri ku memang seorang yang cukup lemah-lembut, amat mentaati agama, amat memahami & senang bertolak-ansur, alhamdulillah belum pernah sekali pun masng-masing meninggikan suara sepanjang perkenalan kitorang bermula 2008 lagi. 7 ciri isteri rumit yang aku mahukan yang mesti ada pada bakal isteriku dah ku miliki, jadi terpaksa la aku menengenepikan ego untuk mengotakan janji aku kepada diri sendiri (bermula 2002). Janji yang cukup berat untuk diri aku...

Masih lagi merancang keluarga kerana aku tak sanggup biarkan isteri aku pregnant & berjauhan tanpa ada sesiapa yang menemani di Klang sana, keluarga pun semuanya jauh, kalau nak harapkan pertolongan kawan2, sampai bila mereka sanggup bertahan. Tengok perempuan juga, kalau yang badan lemah, maybe dorang akan alami morning sickness, muntah-muntah kekadang sampai dimasukkan ke dalam wad sebab kekurangan air. Tu belum kira kalau sakit sepanjang pregnant, lebih-lebih lagi kalau sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad. tapi, kalau Allah ingin mengurniakan cahaya mata, kami akan menerimanya dengan sepenuh hati.
Lepas kawin, aku bagitau isteri aku, ketika isteriku akan melahirkan anak(walaupun sebenarnya aku nie mabuk darah), aku berjanji insyaAllah aku menemaninya bersama-sama dengan isteriku di bilik pembedahan, menemaninya berjuang antara hidup dan mati untuk melahirkan anak, siapa tahu andaikata kata selepas itu isteri kita akan terus menghembuskan nafas terakhir, pergi mengadap Ilahi seperti yang terjadi kepada kawan aku, Nik Samsul.... (Cabaran bagi diri aku sebab rata-rata kawan aku, kebanyakannya tak sanggup menemani isteri ketika isteri mereka melahirkan anak, alasannya sebab takut tgk dara apa daa... So, dorang tggu kat luar je) ... Bukan ke indah klu para suami bersama menemani dlm bilik pembedahan tu, pegang tangan isteri dan bagi semangat sambil menunggu masanya tiba. Semasa itu juga, suami perlulah mengampuni segala dosa isteri kita, semoga Allah mempermudahkan segala-galanya...


Walaubagaimanapun, aku anggap 2 minggu nie merupakan minggu ujian yang Dia ingin uji aku dengan nikmat-nikmat yang cukup besar (yang aku tak jangka) dan Dugaan-dugaan yang juga cukup besar yang aku tak tersangka.... Aku selalu berdoa semoga nikmat/anugerah2 yang cukup besar tersebut tidak akan menjauhkan diri aku kepadanya dengan sikap mazmumah & dugaan2 yang maha hebat ini juga terus mendekatkan diriku kepada-Nya...

6 comments:

  1. kan dah dapat gaji master ngan kritikal sekali. cuma kene tunggu dapat surat lantikan je. tu lah prosedur yg sepatutnya.

    bro... kalo bersalin normal memang dia bagi temankan. tapi kalo terpaksa bedah, dia tak bagi temankan sama dalam bilik bedah tu

    ReplyDelete
  2. salam..hihihi.sama pl keadaan kita ek.banyak dugaan yg menimpa baru2 ni.tp apapun kena sabar la kan.hihihi

    ReplyDelete
  3. Mamat, ape crite plk klu Encik Din sendiri tolak mentah-mentah gitu je, mau tak angin, bkn dia yg bayar gaji pun. Ko nasib baik la Mat, baik dgn Encik Din, awal-awal lagi dah dapat elaun kritikal & gaji master,diam-diam je. tak macam Irwan & Shafiq, surat lantikan dah lame dapat.

    Aku memang trase nak temankan wife dlm bilik tue, bila lagi.hahahaha.. Kalau ko masuk dulu pasni, bole la ko share pngalamn ko nnti..(^_^).

    Cik Rama2 : salam. Same la kite.hahaha. Setiap perkara mesti ade hikmahnye..

    ReplyDelete
  4. Mat, tak semestinya kena tggu surat lantikan, semua member2 satu batch ngn aku dari Kolej & poli lain dapat, termasuk Sabah & Sarawak dah lame dapt & dah berkurun dah habis..hahahaha..

    ReplyDelete
  5. erk...... 3 tahun aku gaji DC ye. gaji GSTT. padahal dh lulus induksi. dah sah jawatan pun.

    apa pun alhamdulillah sebab semuanya telah selesai. geng syafiq masuk baru aku merasa gaji DH. hihihi...

    ReplyDelete
  6. lawak gila bila ingat balik. dah sah jawatan 2 tahun tapi masih gaji GSTT. kalo dh GSTT tak naik gaji la biar brp tahun pn dh keje. member2 lain dh lama dpt gaji DG dan seterusnya gaji DH. termasuk ngu yang posting lagi lewat dari aku. huhuhu...

    besa lah... lain org lain masalahnya. rezeki masing2. apa pun aku doakan kau berjaya atasi semua masalah yang kau tengah hadapi dan yang akan kau hadapi. hihihi...

    ReplyDelete