MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, January 03, 2024

KISAH AZAM DAN EXTERNAL HARDDISK

"KISAH AZAM DAN EXTERNAL HARDDISK"
TIPS PERANCANGAN TAHUN BARU

Kepada warga blog hardy boy, sudahkah anda tetapkan azam untuk tahun 2024 atau recycle azam tahun-tahun terdahulu yang masih belum tercapai? ๐Ÿ˜†

Penulis kongsikan sedikit tips perancangan untuk membantu anda.

1) Tetapkan matlamat/misi/azam untuk tahun 2024.

2) Senaraikan dan catat semua perkara atau tugasan yang ingin dilakukan pada tahun 2024. 
(Catatan boleh diletakkan di lokasi yang sentiasa dilihat seperti diari, meja kerja atau di desktop komputer atau muka hadapan paparan skrin telefon bimbit untuk mengelakkan terlupa). Boleh juga setkan "reminder" di telefon bimbit. Bagi min yang makin tua ni, tips berkenaan amat membantu๐Ÿ˜„ dan tak boleh la nak bagi alasan sambil "buat-buat" terlupa.

3) Bahagikan tugasan yang ingin dilakukan kepada 4 kategori dan disusun mengikut ranking keutamaan :
a) Urgent tetapi dapat disiapkan dalam masa yang cepat.
b) Urgent tetapi perlukan masa yang lama untuk disiapkan.
c) Tidak urgent tetapi memerlukan masa yang singkat untuk disiapkan.
d) Tidak urgent tetapi memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.
Perancangan yang telah tercapai boleh dipotong dan dikeluarkan daripada senarai berkenaan.

4) Tetapkan aktiviti-aktiviti penting di dalam kalendar/planner atau diari (sama ada secara hardcopy atau mobile apps).
Teringat kepada nasihat daripada ex-bos penulis dulu, untuk memudahkan kerja dilakukan, semua dokumen-dokumen hardcopy penting boleh di"scan" dan ditukarkan ke dalam bentuk softcopy untuk memudahkan dicapai apabila diperlukan.

Dengan teknologi terkini, kini dokumen-dokumen yang penuh 1 bilik pejabat (terutamanya yang dah berhabuk tebal tu, elok la di hantar timbang kilo di kedai recycle demi kelestarian alam, tak perlu la nak simpan supaya nak menampakkan kita tu seorang yang "busy"๐Ÿ˜…) boleh disimpan hanya di dalam 1 'external harddisk' atau di dalam 'icloud', google drive dan sebagainya serta diletakkan mengikut kategori. 
(Rakan penulis pernah kehilangan keseluruhan fail di dalam komputer disebabkan hard disk yang terbakar. Yang tu belum kira lagi kalau bilik yang terbakar atau dilanda banjir).

Jadi azam penulis ialah, untuk tidak bertangguh-tangguh tugasan kerja yang perlu dilakukan pada tahun ini kerana, tugasan itu umpama ombak di pinggir pantai yang susah diramal. (Mana taknya, kadang-kala ombak yang datang tu sedikit. Kadang-kala ombak yang datang tu menggunung tinggi, sampaikan kita sendiri tercungap-cungap nak mengejarnya ๐Ÿ™‚). 

Jadi, sementara lautan tu belum bergelora, cepat-cepatlah siapkan apa-apa kerja yang patut, jangan bertangguh-tangguh.

Semoga kita sentiasa memuhasabah diri untuk menjadi insan yang terbaik. 

“Barangsiapa yang harinya sekarang lebih baik daripada semalam maka dia termasuk orang yang beruntung.
Barangsiapa yang harinya sama dengan semalam maka dia adalah orang yang rugi.” - ucapan Ali bin Abi Thalib.

Kalau berkesempatan, penulis akan kongsikan strategi yang boleh kita lakukan untuk mencapai azam pada posting akan datang.

- Hardy Boy

No comments:

Post a Comment