MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, March 16, 2016

Perbezaan Kanak - Kanak Dahulu & Sekarang

FITRAH ANAK ITU BERMAIN
dari - Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad


1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

Ibubapa yang mulia

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".

Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.

Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.

Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka

Nota: Disalin dari edaran media sosial

Thursday, March 03, 2016

Episod : DAPAT JAWATAN BARU


Episod : DAPAT JAWATAN BARU .huhuhu...


Wednesday, December 30, 2015

Luahan Hati Pembantu Perubatan

SERINGKALI menjadi bualan hangat akan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang individu yang bergelar sebagai ahli perubatan dan penjaga pesakit ada sahaja yang tidak kena akan tingkah lakunya. Malah, ada yang sanggup memfitnah untuk menjatuhkan mereka. 

Terbaharu, seorang pegawai perubatan atau Medical Assistant telah tampil dengan nukilan yang mampu mebuat anda semua tersentuh.

Dengarlah wahai nitezin-nitezin yang selalu memasuki HOSPITAL tidak kira samada KERAJAAN @ SWASTA. Mereka berkorban dan bertarung nyawa untuk menyelamatkan nyawa pesakit yang untuk diubati untuk meneruskan perjuangan hidup di muka bumi ini, namun sedikit pun tidak dihargai oleh masyarakat di sekeliling.

Tuesday, December 29, 2015

Pengorbanan Anak

#copyPaste



Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta....Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..

Kisahnya begini ...


Saturday, December 12, 2015

Nasi Kukus Ayam Berempah Sungai Petani

Baru baru ni di Sungai Petani, Kedah, sempat saya cuba Nasi Kukus Ayam Berempah Sungai Petani diusahakan oleh pasangan suami isteri (suaminya orang Kelantan, isterinya orang Sungai Petani). Rempah ratus yang digunakan diambil terus daripada Kelantan....
Bila saya cuba, memang sedap seperti nasi kukus daripada Kelantan wlaupun harganya cukup murah hanya RM4.50 sebungkus, biasanya di luar harganya mencecah RM6- RM7 sebungkus. Kata pemilik kedai ini, harga tu harga promosi disamping untuk memperkenalkan nasi kukus beliau kepada orang tempatan...
Jadi saya tolong bantu promosikan gerai saudara kita ini. Gerai ini dibuka setiap hari 7 hari seminggu bermula tengahari setiap hari...
Jom, kepada orang Sungai Petani, "Jom Kita Pakat Pekena Nasi Kukus" saudara kita ni :-)
sambil bantu bisnes saudara kita...