MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, April 25, 2018

KISAH ZINNIRAH AL-RUMIYYAH

#KisahIslam

KISAH ZINNIRAH AL-RUMIYYAH

Seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah. Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya drpd diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.



Saturday, February 03, 2018

Photographs do lie, even without manipulation

"Photographs do lie, even without manipulation".

50 tahun yang lalu (1 Februari 1968), akhbar New York Times memaparkan satu gambar yang menarik perhatian sedunia. Gambar ini menjadi antara gambar yang paling ikonik tentang Perang Vietnam. Jurugambar yang menangkap gambar tersebut, Eddie Adams memenangi Hadiah Pulitzer yang merupakan hadiah paling berprestij dalam dunia kewartawanan US.

Wednesday, December 27, 2017

Kemalangan Tapah - Cameron

Just beware & banyakkan bersabar bila lalu jalan Tapah-Cameron, hampir 2 thn juga aku keja ulang alik sane Tapah - Cameron, mmg byk kenderaan terbabas (xsilap 58km juga nak sampai atas sana), baik lalu ikut jalan Simpang Pulai (cuma jalan tu jauh la skit klu drp arah KL).


kredit to : SiakapKeli

Friday, December 08, 2017

Mengapa Yahudi Nak Sangat Baitulmaqdis?

Mengapa Yahudi Nak Sangat Baitulmaqdis?


Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanya taat pd Allah. Nabi Sulaiman hebat mukjizatnya : sangat kaya, kuasai angin, jin dan margastua. Jin byk bawakan emas kpd Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid AlAqsa, semua jin patuh dan buat bersungguh2 bersama para Yahudi dan manusia lain hinggakan tidak sedar wafatnya Nabi Sulaiman (wafat ketika berdiri/duduk atas kerusi, memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa). Sampai masa siap AlAqsa, kewafatan baginda di tunjukkan: anai2 makan tongkat dan jasad baginda terjatuh.

Friday, March 31, 2017

Khalifah - Cerita Kita THE MOVIE (Official Movie)


Menarik klip video khalifah ini, (ala telemovie kesinambungan semua video klip kumpulan KHALIFAH, ada kisah disebalik video-video klip tersebut) mengajar bagaimana jangan mudah putus asa walaupun bermula daripada bawah & jangan mudah goyah ketika macam-macam dugaan/ujian datang menimpa (^_^) 
(YANG BEST, LAST SEKALI, ADE DISELITKAN AGAR SENTIASA DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH)

MEMANG TERBAIK LA KHALIFAH !!!

AWESOME & KREATIF..

SEMOGA MUZIK TEMPATAN SEMAKIN MENINGKAT NAIK !!!!

ONE THUMB UP !!!!

__________________________________