MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Saturday, February 03, 2018

Photographs do lie, even without manipulation

"Photographs do lie, even without manipulation".

50 tahun yang lalu (1 Februari 1968), akhbar New York Times memaparkan satu gambar yang menarik perhatian sedunia. Gambar ini menjadi antara gambar yang paling ikonik tentang Perang Vietnam. Jurugambar yang menangkap gambar tersebut, Eddie Adams memenangi Hadiah Pulitzer yang merupakan hadiah paling berprestij dalam dunia kewartawanan US.



Gambar ini menunjukkan seorang pegawai polis Vietnam Selatan (Nguyen Ngoc Loan) sedang menembak seorang anggota Viet Cong (Nguyen Van Lem) di kepalanya. Ketika itu, US memberi bantuan kepada Vietnam Selatan untuk memerangi Viet Cong yang merupakan gerila komunis.

Gambar ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Reaksi orang ramai adalah "kejamnya!" "jahatnya Vietnam Selatan!" "zalimnya tindakan mereka terhadap orang awam!" "macam ini kah negara yang kita sokong?" Gambar ini menjadi antara pemangkin kepada sentimen anti-Perang Vietnam di kalangan orang US, dan US akhirnya berundur daripada Vietnam pada tahun 1973.

Tapi gambar itu tidak menceritakan kejadian sebenar disebalik tindakan menembak itu: Lem telah membunuh sahabat baik dan pegawai bawahan Loan iaitu Nguyen Tuan serta sekeluarganya, termasuk isterinya, 6 anaknya dan ibunya yang berumur 80 tahun. Kesemuanya dibunuh dengan cara kejam iaitu dengan memotong leher. Selepas Lem ditangkap, Loan memilih untuk membunuh Lem dengan tangan sendiri untuk membalas dendam bagi Tuan. Apa yang gagal ditangkap oleh kamera Adams ialah air mata Loan ketika mengenang pengorbanan sahabatnya.

Namun satu dunia telah menghukum Loan sebagai "penjahat" dan "penjenayah perang". Selepas Vietnam Selatan ditawan, Loan berhijrah ke US. Di situ beliau menerima pelbagai diskriminasi dan gangguan akibat daripada buruk sangka orang ramai.

Selepas mengetahui cerita yang sebenar, Adams cukup kesal dengan tindakannya. Adams telah memohon maaf dengan Loan sebelum Loan meninggal dunia pada tahun 1998. Dalam eulogi yang ditulis oleh Adams untuk Loan dalam majalah Time, Adams telah mengatakan bahawa:

"Two people died in that photograph: the recipient of the bullet and and General Nguyen Ngoc Loan. The general killed the Viet Cong. I killed the general with my camera".

Adams turut berpesan kepada orang ramai:

"Photographs do lie, even without manipulation. They are only half-truths. What the photograph didn’t say was, what would you do if you were the general at that time and place on that hot day…"

Adams telah menzalimi Loan dengan satu gambar yang tidak menjelaskan konteks. Loan disalahfaham dan dijatuh hukum oleh pendapat umum. Tidakkah kita mengambil iktibar bahawa betapa banyak gambar yang sengaja disebarkan di media cetak dan media sosial adalah bertujuan untuk menabur fitnah dan mencipta persepsi buruk? Adakah kita benar-benar meneliti konteks disebalik setiap gambar tersebut sebelum menghukum?

Adams bertuah kerana sempat memohon maaf dari Loan. Adakah kita akan diberi peluang yang sama?

No comments:

Post a Comment