MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, May 05, 2010

AN EVENING IN TAWAU part-II


MAY 05, aku terbaca satu blog berkenaan dgn Tawau >
http://mazidulakmal.blogspot.com


Bagi aku setiap tempat mempunyai keisteimewaan & kekurangan yang tersendiri.
Bagi aku juga, Tawau pun tak la dalam ketegori seteruk dalam tu sebab aku pernah bekerja di beberapa tempat di semenanjung Malaysia yang lagi menggerunkan, ibarat menggadai nyawa tapi disebabkan ingin mencari sesuap nasi, adakala itu semua perlu diharungi & risiko perlu ditanggung. Lokasi/daerah yang tunang aku sedang mengajar sekarang nie pun, memang merupakan BLACK AREA, kes jenayah & pembunuhan dilaporkan setiap hari, lagipun tempat tersebut memang parah dengan isu perkauman. Tunang aku plk perempuan, hopefully dia tidak menjadi salah seorang mangsa jenayah di sana. Masuk je daerah /bandar tu, aku rasakan bahawa aku berada di negara yang lain & dorang pun layan kita semacam je. Kat bandar tu pn, memang rasa seperti pendatang, walaupun dorang yang wat silap/cari pasal, seeloknya kita yang mengalah.

Polis di bandar X tersebut pun memang surrender sebab balai polis tu memang cukup besar tapi jenayah yang dilakukan bagi aku tidak mampu dikekang oleh penguatkuasa tempatan. Macam-mcam jenayah ngeri dilaporkan, pernah tu ada seorang mangsa jenayah digantung di atas pokok di depan sekolah tunang aku.

Tawau
Ada satu kes lagi, kaum di daerah tu bagi aku cukup samseng, macam negara dorang punya. Menda-menda kecil pun bole menyebabkan tercetusnya pergaduhan+pembunuhan. Sampai ada cikgu nasihatkan kepada tunang aku, jangan sesekali hon kereta masa sedang memandu kalau taknak dorang cari pasal. One day, disebabkan kereta dihadapan bawa kereta mcam orang mabuk (sukati je, mcam jalan tu mak bapak dorang punya jalan), tunang aku terkejut dan tertekan hon kereta, apalagi mamat nie kejar la tunang aku, tunang aku pun melarikan diri la. Last, dia berjaya kejar. Tapi, lepas dia tengok yang bawa tu perempuan, terus dia berhenti sekejap pastu terus jalan jer. Geram jugak aku, samseng betul (lagipun dia tengok tunang aku nie tak sebangsa dengan dia, tu sebab dia berani. Alhamdulillah, tiada apa yang terjadi kepada tunang aku tu...


Banyak lagi tempat-tempat lain yang black area yang aku pernah pergi di semanjung dulu (biasanya, tempat tu didominasi oleh kaum tertentu). Tapi, bagi aku, selagi kita jaga diri kita, jaga perlakuan & tak kacau orang, orang pun takkan ganggu kita. Memang isu perkauman + agama ini sensitif, so masing-masing kena saling faham memahami antara satu sama lain....





Hari ni kena tegur ngn ofismate, dia jupe aku kat pinggir Pantai/Laut Tawau weekend lps. Aku actually memang sukekan permandangan semulajadi terutamanya kalau boleh jenjalan kat tepi pantai (tapi kat sini ada laut.hehehe)... Kalau nak dibandingkan dengan keseronokan di Kuala Lumpur dulu, of course aku lebih sukakan ketenangan di pantai(teringat kat kampung)....

Tapi dulu orang selalu tanye, kenapa balik KL weekend, mesti seronok kalau dapat jenjalan kat Cameron Highlands tu... Aku jawabla, memang seronok di Cameron tu, tapi bila dok sana mesti aku teringatkan kerja & bila malam-malam sure tak henti telefon aku berdering, client-client & sub-contractor asyik ajak keluar sampai pkl 3 pg baru balik rumah
(bila malam biasenya pergi sekitar Cameron, Ipoh atau KL).
Cameron Highlands (snap masa sedang minum teh & cheese cake)


Cameron Highlands
Bandar Tawau
Bandar Tawau yang berhampiran dengan laut mencantikkan lagi bandar ini

Bot
Bot-bot kecil
Helang sedang terbang mencari makan
Laluan perjalan kaki
Jumpe ade orang sedang mandi
Siap tunjuk Peace lagi (pandai dia berenang, dah la dalam tempat tu)...
Tepi pantai
Bot-bot nelayan
Lihat ada sekawan burung sedang bermain-main di gigi air, maybe sedang makan makanan yang terapung...
Saujana mata memandang
Lokasi bersebelahan dengan masjid mengingatkan jangan terlalu leka dengan nikmat duniawi
Taman & tempat istirehat turut disediakan
Penempatan rumah terapung





2 comments:

  1. i like..hihi..
    tawau tak la seteruk mana.masih ada yg positif pasal tawau. kenapa juga nk digembargemburkan isu yg negatif. huhu..
    ko selamat juga di tawau ni kn hadi? ari2 ko lalu keris berdarah tu kn? tiada apa2 juga kn?=)

    ReplyDelete
  2. Biasela Cik Rama2 Beku, ok je saya tinggal sini, mana2 pergi pun aman damai je walaupun rupe ktorang nie nmpak sangat mcm bukan orang sini.hahaha... Cuma jgn kacau orang sudah la.... Sarang tebuan jgn dijolok...

    Kat tempat tunang saya tu kat Klang, bole dikatakan setiap hari ade kes pembunuhan, sampai rasa macam dok kat India. So, kat sini semuanya ok lagipun saya pun ade student yang tinggal kat Batu 4 tu, ok je kalau saya marah @ denda dia, blum pernah lagi kawan-kawan dia tahan saya masa lalu tempat tu..hahaha...

    Lagipun Cik Rama2 Beku, ade sesetengah orang nie lebih suka dgr crita tentang negatif berbanding positif... Kat KL tu pun, lagi banyak perkara negatif, tapi orang dah bosan dah asyik dgr crite yang same jer...

    ReplyDelete