MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Thursday, May 27, 2010

Jadi isteri lebih berat rupanya...


Mat...mat....

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat
kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut
sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah.
Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan
letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung
keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8
jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah
bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa
letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan,
tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi
isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula
yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan
permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur,
dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari
tidur, dia bergegas ke bilik air, cuc i gigi dan terus
ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan
anak-anak.

Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka
bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi
kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak
yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak
nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar
anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke
pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang
lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan
barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan
simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk
untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan
dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang
akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa
pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil
anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur
anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa
pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.
Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu
menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan
dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula
dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,
waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi.
Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum
tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.
Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa
kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk
menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan
suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk,
pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu
lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja
rumahtangg a selesai. Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan
layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan
suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka
suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia
terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.......
tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun
dan berdoasemula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku
tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku
keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada
juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan
kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami
semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah
sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di
rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah
dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib
berkata,"Wahai Mat, kamu bel
um boleh kembali menjadi
suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi
benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk
melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami
kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak mo... takmo...
takmmmoooooooo!!!

~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"
Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang
isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi
suami tau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat
apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang
yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun
ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk
membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.....
Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis
Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan
jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........


Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi
kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai

No comments:

Post a Comment