MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Friday, July 22, 2011

ADUS, SPORT RIM KERETA BENGKOK LAGI !!!!

Adus, sport Rim kereta bengkok. Dah la kereta orang/pinjam, kalau keta sendiri takpe la. Kejadian berlaku masa bercuti-cuti Malaysia pusing-pusing sekitar Semporna, Sabah. Masuk je hari terakhir Cuti-Cuti Malaysia sekitar Semporna Jun 2011, baru je plan nak g jenjalan ke Kampung Tampi-Tampi, tetiba masa pergi pam tayar kat Shell, sedar-sedar sport rim tayar bengkok, tayar plk menggelembong semacam je(nasib baik tayar tiubless). Last-last aku terfikir, bila masa plk aku langgar lubang nie??? Kalau nak pikir lubang, dah berpuluh-puluh lubang dah aku terlanggar tapi rasenyer takde la teruk sangat kalau jatuh lubang (yela, kalau dah sejam lebih memandu, tergugat jugak jiwa raga nak memandu bawah 80km/j). 

Disebabkan kejadian di atas, terpakse la kitorang cancel aktiviti melancong hari tu, tak jadi kitorang nak mendaki anak tangga di Bukit Tengkorak (melihat peninggalan Neolitik) dan mandi air laut yang biru kat Kampung Tampi-Tampi (air yang biru sampai nampak dasar laut, memang terasa nak terjun je.huhuhu..). Dah la planning kitorang nak gi Pulau-Pulau di Sipadan, Mabul, Mataking dan Kapalai atau ape-ape pulau pun (kalau bole nak nak jelajah je semua pulau-pulau kat sana) terpakse dicancelkan sebab masa tidak mengizinkan. 

Bila tanye ejen sana, dorang cakap just bayar RM110 sorang je, kalau Pulau Sipadan Rm400 lebih untuk perjalanan 2 hala, nnti dorang akan sedia setiap hari naik bot 7.30 pagi pergi ke Pulau-Pulau, then petang 4.30 petang balik ke Semporna dorang datang amik bawa balik, lantak la nak snorkeling ke, scuba ke, buat je ape-ape aktiviti. Kalau nak menginap, chalet terapung dorang sedia just bermula dari RM80 lebih sahaja. Tapi, sayang, hari kejadian hari Ahad, tak sempat nak gi jenjalan, Isnin dah start keja.....   

 Sambung, bab sport rim bengkok nie, kitorang bawa la gi  Bengkel Tayar, dorang kate dorang takleh betulkan, dorang cadangkan kitorang bawa g kedai ENGINEERING YANG REPAIR LORI... Masa tu kitorang terfikir, Mampuih la kalau tak dapat tukar, sure kena ganti set sport rim baru dalam harga RM1500... Brother tu cakap cuba bawa ke CK Engineering kat seberang jalan sana (tertelan air liur aku beberapa kali sbb kawasan tu kawasan black area..huhuhu).

Laluan ke  bengkel tersebut memang mencabar, penuh dengan bengkel-bengkel lori dan kenderaan berat, terasa kereta yang aku bawa tu kecil je dengan lori-lori lain yang macam gajah. Kawasan yang aku lalui tu memang kawasan black area, tak ramai orang biase yang lalu, cuma walaupun aku tau SILAT tapi aku tawakkal jer & baca ayat ilmu "ghaib" (ghaib daripada pandangan musuh kita, supaya dorang tak nampak kita so xdpt la dorang nak ape-apekan kita.hehehe)... 

Sampai je bengkel tersebut, lega bila dia cakap dorang bole ketuk rim tu sampai betul balik, harga dalam RM60 je.huhuhu.. (member cakap ikut standard Rm40 jer..).
Aku tanye : "Berapa lama baru siap?".
Tauke       : Satu jam lebih.
Aku dalam hati : Nasib baik masih boleh repair, kalau tak melayang RM1500 beli sport rim baru.

Aku         : Kalau sport rim bengkok (sambil tunjuk kat kereta) macam nie boleh repair ke?
Tauke     : Boleh !!! Tengok semua sport-rim kat sana (sambil tunjuk kat dalam bengkel).
Bila tengok kat dalam bengkel tu, memang bersepah sport rim yang menanti untuk diketuk.huhuhu...  
Seronok & lega macam setel hutang, apa yang penting aku tak kena marah & duit pun tak terbang banyak.hehehehe....

Kalau untuk kes kritikal, dorang akan bakar kemudian baru ketuk. Kes kitorang nie kes kecik je, bengkok di tepi, tengah OK lagi. Kalau yang bengkok sampai rim bulat jadi bentuk bujur, yang tu lagi kritikal, maybe dorang akan bakar kot, struktur rim pun dah tak best/kuat/stabil  cam asal, kesannya kita dapat rase bila bawa kereta 120km/jam, memang terasa kereta tak stabil..huhuhu...

Apa-apa pun, dalam kes kitorang nie, kalau kitorang dah betulkan rim, maybe tayar pun kena tukar sebab bentuk tayar pun dah tak bulat cam asal, risau kalau dah betulkan rim nanti akan ada kebocoran sebab tayar dah tak ikut bentuk rim yang bulat. Kesannya, nnti akan ada kebocoran angin... 

Tayar kereta yang bengkok tepi.huhuhu... Melayang lagi duit, kaya tauke repair sport rim (^_^)....



Tayar yang menggelembung...



Moral of story :Kalau korang selalu sangat terlanggar lubang disebabkan tempat korang banyak sangat lubang, tukar je pakai Bigfoot, sure RIM tak bengkok..hehehehe... Kalau rim bengkok, don't worry, insyaAllah masih boleh dibaiki.... Beware memandu terutamanya ketika malam (^_^)

Gambar Ketika Melancong Sekitar Semporna, Sabah.
Sekitar Semporna, Sabah.

Sekitar Semporna, Sabah.
  
Udang Galah, sedap tapi harga mak oii RM25 per 100gram

Sekitar Semporna, Sabah.

Sekitar Semporna, Sabah.

Sekitar Semporna, Sabah.

Sekitar Semporna, Sabah.

Kampung Tampi-Tampi, Semporna, Sabah.

No comments:

Post a Comment