MY FOLLOWER YANG CUTE, CANTIK DAN COMEL. Terima kasih kerana follow (^_^)

~WARNING : THIS SITE CONTENT MORE PHOTOS LEAST WORDS INCLUDE CURRENT ISSUES SUCH AS ISLAMIC, MOTIVATION, CONTROVERSY, SENSITIVE ISSUES, POLITICAL, SECRET, SOCIAL, EDUCATION and PERSONAL MATTER~

Wednesday, July 20, 2011

BAGAI MATI HIDUP SEMULA

"SEMUA ANUGERAH YANG KITA NIKMAT DI DUNIA INI HANYA PINJAMAN SEMATA-MATA"

(Bagi saya, blog membolehkan kita berkongsi segala ilmu di alam maya... Kalau dalam Islam, ilmu yang dikongsikan/digunakan oleh orang lain itu umpama saham akhirat walaupun sesudah kita meninggal nanti. Selagi orang lain mengaplikasikan ilmu baik yang dikongsikan/diajar kita itu, semakin bertambah-tambah pahala kita)... 


Berbalik kepada cerita tentang kematian.....
Saya suka membaca kisah tentang kematian, supaya kita sentiasa disedarkan bahawa 


Bila-bila masa kita akan dijemput jika dikehendaki-Nya tetapi bagaimanakah keadaan kita di saat-saat akhir malaikat maut menjemput kita?!!
Adakah dalam keadaan yang baik atau sebaliknya?!!
Semoga hidup kita di dunia di akhiri dgn kesudahan yang baik..



ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA?

VIDEO DI BAWAH MEMAPARKAN DETIK-DETIK TERAKHIR KETIKA MALAIKATUL MAUT MENJEMPUT HAMBA-NYA
PERSOALANNYA, Pernahkah anda mengalami peristiwa bagaikan MATI HIDUP SEMULA & BAGAIKAN NYAWA DI HUJUNG TANDUK?
Ketika Di Era Kegemilangan Saya Yang MungkinTidak Akan Dapat Saya Kecapi Lagi!!! Kenderaan kesayangan saya suatu ketika dulu & sebagai rumah serta pejabat kedua saya.... Dengan kenderaan ini juga saya hampir menemui ajal bersama-sama pada Dec 2006...
Saya mempunyai sebuah kisah benar berkenaan kematian yang mungkin menjenguk saya seketika....  
Memantau Kabel-Kabel Projek
Dahulu, semasa saya bekerja di sektor perindustrian, berjawatan besar mengendalikan 7 buah projek hidrolektrik Mega sebagai Jurutera Projek di sebuah Syarikat Pemaju ternama di Kuala Lumpur (kini saya telah pun meninggalkan pekerjaan tersebut), saya telah bergelumang dengan banyak dosa-dosa besar & maksiat (berbagai dosa-dosa besar terpaksa saya lakukan cuma saya tidak libatkan diri dengan perempuan) yang tak terjangkau yang bagi saya jika ditakdirkan jika saya dicabut nyawa, nerakalah sewajarnya tempat yang saya akan dihumban.  
"Kehidupan Malam"
Memang saya terpaksa bergelumang dengan dosa serta semua permainan kotor dan cara hidup yang "sesat" walaupun tanpa rela demi untuk memastikan segala projek berjalan lancar (bayangkan, satu hari lambat saya akan dikenakan penalti RM25 000 untuk satu hari jika projek delay)...  Ketika itu, saya ada dikehendaki menguruskan 7 buah PROJEK MEGA EMPANGAN JANAKUASA HIROELEKTRIK yang berjalan serentak (projek ini pernah disiarkan di dalam MAJALAH 3 PADA TAHUN 2008 DAN 2009), mengatur lebih 200 orang lebih para pekerja di bawah saya, perlu mengendalikan 22 syarikat Kontraktor Kelas Tinggi, mengendalikan 22 orang jurutera ternama dalam pelbagai bidang dan mengendalikan 11 orang klien ternama tetapi kadangkala, saya juga perlu melayan sebahagian berpuluh orang klien yang umpama jerung yang selalu diminta di"entertain"... 
Wang ringgit bagi  "Big Boss" saya tiada masalah, asalkan semua projek berjalan lancar, saya minta je berapa banyak, sure dengan ringannya duit masuk akaun (pernah juga Big Boss saya masukkan melebihi RM25 000 dalam tempoh tak sampai setengah hari). 
By Hook or by crook, projek mesti disiapkan walaupun dengan pelbagai cara kotor sekalipun.... Cakap apa sahaja yang saya mahu, wang, rumah, segala nikmat dunia, namakan sahaja, hingga saya tiada apa yang ingin saya minta, semuanya akan BOSS saya turuti.
Shahida, Ex-Personal Assistant saya yang banyak membantu saya.
Bila MALAM menjelma, kehidupan malam saya berubah. Dosa pada sebelah malam makin berlipat-lipat kali ganda dengan kehidupan malam di Kuala Lumpur. Daripada siang, malam hinggalah saya tidur kembali, tak lekang telefon saya sentiasa berdering. Dah la siang sibuk entertain klien-klien di site, malam pula memang tak putus-putus klien-klien nie telefon minta dientertain saya (sebulan claim saya bernilai beribu-ribu RM), kekadang bermacam alasan aku bagi elak kluar rumah sebab dah terlampau penat. Kalau dah keluar, sampai dah nak masuk subuh baru aku sampai rumah, pkl 7 dah kena turun melawat site-ste. Bila malam, telefon aku tak pernah henti berdering menerima panggilan daripada Klien yang mahu aku keluar rumah "entertain" mereka atau sub-contractor yang memujuk rayu untuk aku ikut mereka supaya dapat mereka entertain aku (supaya aku berikan projek-projek kepada syarikat mereka). 
Pada ketika ini, rasuah bermaharajalela sama ada orang yang dientertain akan diberikan "rasuah" wang ringgit, material, perempuan dan apa sahaja atau aku atau klien akan dibawa ke tempat mewah mengikut selera mereka seperti ke restoran mewah untuk dinner, kemudian ke pusat karaoke, kemudian ke Kelab Malam bersama GRO, kemudian jika tidak bernasib baik, klien akan meminta dicarikan hotel & perempuan untuk mereka bawa tidur pada malam itu, jika tak ikut kemahuan mereka, pelbagai projek akan akan disabotaj atau atau projek akan diberhentikan dengan pelbagai alasan tidak logik akal.. Jika
"Kehidupan Malam"
subcontractor pula, mereka akan membawa wanita-wanita cantik bersama mereka untuk menemani aku disepanjang malam dan wanita-wanita tersebut merelakan diri mereka diperlakukan sesuka hati tapi saya bukan kaki perempuan dan saya sebenarnya amat jijik melihat mereka. Perempuan-perempuan ini pula akan diberikan ganjaran yang cukup lumayan jika berjaya menggoda aku sehingga aku memberikan contractor-contractor ini projek.  Malam selepas puas menikmata "MALAM YANG MALANG BAGI DIRI AKU" pukul 3 pagi, baru aku sampai ke rumah.  Bila ingin melelapkan mata, aku rasa amat bersalah, hampir setiap hari aku terpaksa menanggung dosa kering yang aku tidak rela.... 3 bulan yang pertama, boleh dikatakan setiap malam aku mengigau & tido tak lena....
Esoknya, pagi-pagi lagi, pkl 7 aku dah kena bertolak ke rumah menaiki selekoh Maut di puncak Cameron Highlands, menyelesaikan pelbagai permasalahan yang muncul di setiap 7 buah site projek. Malam biasanya, saya menghabiskan masa untuk merancang dan meneliti perjalanan projek supaya projek siap dalam masa ditetapkan atau aku akan dipertanggungjawabkan untuk membayar dengan RM25 000 untuk sehari lewat.
Kehidupan Siang Yang Penuh Dengan Pelbagai Dugaan dan Rahsia.
BAGAI NYAWA DI HUJUNG TANDUK Sehinggalah pada suatu hari, saya pernah terlibat dengan kemalangan hampir maut di Cameron Highlands, 40 minit bertarung dengan maut dgn keta aku hampir-hampir terjunam ke dalam gaung, nyawa pula bagai telur dihujung tanduk, klu tak sure aku jadi mangsa maut ke-7 di Batu 20 Jalan Tapah-Cameron Highlands...  40 minit terperangkap dalam kenderaan aku sorang-sorang selepas solat Jumaat...  Selekoh tersebut memang tajam, amat sempit(jika berselisih dengan kereta pun perlu berhati-hati) dan aku memang jarang melalui selekoh S tersebut... ketika kejadian tersebut, jalan sangat licin kerana hujan yang baru sahaja berhenti tetapi air bukit yang turun daripada atas bukit merentangi jalan menyebabkan tayar kereta aku tak dapat grip (antara kelemahan 4 Wheel Drive nie ialah ia tidak stabil kerana titik graviti tinggi, atas berat, bawah ringan), walaupun dengan kelajuan gear 3, kereta aku berpusing keluar ke tepi jalan, akhirnya kereta tersebut terbabas sebelum "tergantung" separuh atas udara dan separuh lagi di atas gaung.... Aku menekan hand brek dan brek kaki untuk mengelakkan 4 Wheel Drive aku mengelongsor meluncur terus ke dalam gaung yang tajam. Jika aku buka pintu, memang ternampak bawah gaung yang curam jauh ke bawah, memang kaki aku tak dapat berpijak ke tanah....
Gambar Hiasan- Kenderaan Terbabas Ke Dalam Gaung
Saya Menikmati Nikmat Dunia tetapi Ditarik Nikmat Hidup
Pada awalnya ramai yang cuba menolong tapi tak terdaya. Ramai yang berhenti di tepi jalan cuba menolong & ada juga yang mengambil gambar. Henset pula takde coverage... Aku mengucap 2 kalimah syahadah andai ditakdirkan pada masa ini, NYAWA AKU DICABUT. Pada MASA TERSEBUT, terbayang pelbagai dosa-dosa aku yang terpapar.  Sebuah Jeep yang dibawa seorang lelaki Cina dan anak kecilnya cuba membantu dengan mengikat Lump Wire pada 4 Wheel Drive aku, untuk mengelakkan kenderaan aku mengelongsor terus ke bawah. Tapi, jeep tersebut terlalu ringan berbanding kereta aku, tak mampu nak tampung berat kenderaan aku... Masa kejadian, terasa bagaikan penjenayah yang sedang menghitung saat akhir untuk dihukum mati di tali gantung. Beberapa lelaki Cina bagitau yang aku perlu diselamatkan, biarlah 4 Wheel Drive aku tu hancur, yang penting nyawa aku berjaya diselamatkan. "Kenderaan tersebut boleh diclaim insurans!!!". Akhirnya, beberapa lelaki menahan sebuah lori besar dibawa seorang lelaki India yang dalam perjalanan pulang daripada Cameron Highlands untuk cuba menarik aku & kenderaan. Rantai besi lori yang besar diikat pada kenderaan aku putus semasa ditarik lori tersebut kerana wujud tegangan tali yang tinggi disebabkan lori tersebut berada di selekoh. Setelah beberapa kali mencuba, aku berjaya diselamatkan.  Aku terkejut apabila lebih kurang 8 orang Lelaki & wanita Cina dan India yang menolong aku siap boleh suruh aku buat kenduri kesyukuran/doa selamat, dorang cakap "YOU ARE SO LUCKY & THIS ARE UNBELIEVABLE!!!".... Yang menyebabkan aku amat terkejut apabila seorang lelaki India memberitahu aku bahawa SELEKOH TERSEBUT AMAT TERKENAL BERBAHAYA DI KALANGAN ORANG TEMPATAN kerana sudah ada 6 orang yang meninggal dunia di selekoh keramat tersebut dan selokoh merupakan antara selekoh maut di Cameron. Bagi dia, ini umpama keajaiban (kata-kata itu juga yang diucapkan oleh saksi2 lain yang menyaksikan kemalangan tersebut...). Kalau tak, aku dah jadi yang MANGSA MAUT YANG KE-7...
Dengan Izin Allah, 7 buah Projek Mega Hidroelektrik Berjaya Saya Siapkan Juga...
Kabel Tembaga Lebihan - Harta Duniawi Yang Menjadi Rebutan Manusia
Semoga Dengan Sedikit Masa Kecederaan Ini, Diizinkan Allah Untuk Saya Bertaubat Sepuas-Puasnya Sebelum Saya Menghembuskan Nafas Terakhir Sekali Lagi...
Selepas kejadian tersebut, bagi saya NIKMAT HIDUP ADALAH LEBIH BERMAKNA DARIPADA SEGALA NIKMAT DUNIAWI INI....
Sehingga kini,  terasa seolah diberikan sedikit masa "kecemasan/kecederaan" untuk aku bernafas maybe bertaubat sepuas-puasnya "sebelum nafasku dihentikan-Nya" sekali lagi bila-bila masa daripada detik ini... 
 Wallahualam...
"Ya Allah, Aku Sedar Diriku Ini Amat Jahil Kepada-Mu. Tiada Apa Yang Ku Inginkan Daripada-Mu, Cukuplah Sekadar Sedikit Masa Untuk Ku Mengabdikan Diri Kepada-Mu Sepuas-Puasnya Sebelum Engkau Mengambil Nyawaku Sekali Lagi..." 
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam. hardy boy : BEBERAPA BULAN SELEPAS KEJADIAN TERSEBUT, ALLAH MENUNJUKKAN BEBERAPA KEJADIAN AJAIB & KEKUASAAN-NYA DI HADAPAN SAYA YANG MENYEBABKAN SAYA BEBERAPA KALI MENITISKAN AIR MATA MELIHAT KEAGUNGAN KEKUASAAN YANG MAHA ESA. TERASA SEOLAH-OLAH AKU BUKAN HAMBA YANG SELAYAKNYA UNTUK MENYAKSIKANNYA & TERASA DIRI INI AMAT HINA, PENUH DOSA & SERING MELUPAKAN-NYA...  "YA ALLAH, KU HADIAHKAN RINDUKU HANYA UNTUK-MU & YA ALLAH, HADIAHKANLAH KASIH-MU KEPADA KU... KU ABDIKAN DIRIKU, KU SERAH JIWA & NYAWAKU HANYA UNTUK MU YA ALLAH. " Wallahualam  
------------------------------------------------------------------
lagi kisah-kisah rakan blogger lain mengenai kisah kematian..... http://nuruashia.blogspot.com/ http://princehardy.blogspot.com/ http://www.hidayahmohdsalleh.blogspot.com http://mimie-lonely.blogspot.com http://opida.blogspot.com/ http://hackerz91.blogspot.com/ http://dieylashaza.blogspot.com/ http://dhatieku.blogspot.com/ http://fayadrahim.blogspot.com/ http://herlyf.blogspot.com/ http://tiffinbiru.blogspot.com/ http://salfiza.blogspot.com/ http://ceriterahikayat.blogspot.com/ http://heandsheloves.blogspot.com http://sedetikilham.blogspot.com/ http://aynayobpunyebelog.blogspot.com/ http://iamdya.blogspot.com/ http://cikfarahnordin.blogspot.com/ http://bromondayslife.blogspot.com/ http://syukrinazeri.blogspot.com/ http://www.ainipunadabelog.blogspot.com http://pieceofemmie.blogspot.com/ http://www.ainipunadabelog.blogspot.com http://wahidah-yusop.blogspot.com/ http://efashi.blogspot.com/ http://kepalalutut.blogspot.com/ http://shares-something.blogspot.com/ http://inaachik.blogspot.com/ http://thecrappingstarts.blogspot.com/ http://niezabudaxtembam.blogspot.com http://edmia.blogspot.com/ http://cikcleopatra.blogspot.com/ http://sakurayaki.blogspot.com/ http://rabiasensei.blogspot.com/ http://mangges.blogspot.com http://lizayati.blogspot.com/ http://linmdnoor.blogspot.com http://haniqaseh.blogspot.com/ http://scarlettj1.blogspot.com/ http://syuwaistory.blogspot.com/ http://sipenyapuburuk.blogspot.com/ http://timmyamie.blogspot.com/ http://theredwritter.blogspot.com/ http://hijauhazel.blogspot.com/ http://sayetetapsaye.blogspot.com/ http://fadzli-rt.blogspot.com/ http://www.koleksishida.com/  http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/  http://syafiqa-belle.blogspot.com/  http://matapenaalsunan.blogspot.com/  http://mycottoncollection.blogspot.com/ http://slamberlah.blogspot.com/
...................................................................................................................
hardy boy : Setiap kali saya teringatkan kejadian ini, terasa sebak di dada....

2 comments:

  1. camne penasyarah boleh salah eja 'unbelievable'ni?

    ReplyDelete
  2. biasela tsilap lgpun saya xmngajar English, just mengajar teknikal je.hehehe.
    Anyway, Tq kerana sudi tequr & comment(^_^)

    ReplyDelete