Hardy Boy : Saya sebenarnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik di Malaysia nie, saya lebih suka berdiri di atas pagar melihat permainan politik di Malaysia ni. Saya suka melihat segala perkembangan "permainan" politik di negara ini, tetapi saya tidak akan mudah melatah mempercayai sesuatu perkara dimomokkan di dalam televisyen sebelum mendengar hujah dikedua-dua belah parti politik, kemudian lihatlah hujah pihak mana yang lebih masuk akal, jangan diterima semuanya secara bulat...
Cuma, saya kini semakin meluat kepada TV3 kini yang selalu sangat, daripada dahulu lagi terlalu obses mengeluarkan berita-berita politik yang terlalu fanatik kepada parti politik " tertentu"dengan tahap berat sebelah yang melampau-lampau & berita yang sengaja diperbesar-besarkan seolah-olah semua rakyat Malaysia nie terlalu dungu untuk menerima apa sahaja yang diberitakan atau menelan bulat-bulat.
Saya mahu BULETIN UTAMA perlu menyiarkan wawancara-wawancara dengan parti pembangkang untuk mendengar hujah-hujah bela diri mereka (tanpa ditapis takut terjadi missunderstanding) supaya rakyat dapat membuat penilaian bijak siapa sebenarnya yang bersalah... Yang benar tidak perlu jadi penakut...
Jika pihak TV3 ada membaca entry ini, diharap berubah la dengan menyiarkan berita yang lebih logik, adil dan telus (bukan SPRM sahaja yang perlu telus) kerana ramai dah meluat kerana meragui berita politik yang disampaikan itu entah betul entah tidak. Akhirnya, bila sampai bahagian Buletin Utama berceritakan tentang politik, semakin ramai yang bertukar siaran lain. Saya juga tidak salahkan semua AHLI UMNO kerana bapa saya juga seorang ahli politik UMNO & ramai sahabat2 saya yang pro-UMNO cuma terlalu geramkan pihak-pihak tertentu yang mengampu pemimpin tertinggi UMNO dan meletakkan diri mereka sebawah-bawahnya hingga kalau perlu cium bontot pn dorang sanggup cium...
Saya juga yakin ramai rakyat Malaysia diluar sana yang lebih menyukai berita yang lebih telus, lebih masuk akal & lebih adil tak berat sebelah.
Saya kekadang terasa ingin muntah bila terlalu banyak berita yang memomokkan kaum Melayu supaya terus dilaga-lagakan, yang ketawa besar terbahak-bahak adalah musuh-musuh melayu & Islam.... Kesian Mat Sabu, setiap hari diserang tentang isu Bukit Kepong ini. Berapa ramai yang menanggung "dosa mulut" jika Mat Sabu tidak bersalah dalam hal ini...
Saya yakin, pihak yang yang menyerang "balai polis" tersebut ingin menyerang polis British yang MENJAJAH Tanah Melayu, bukannya kerajaan Malaysia (seperti juga penentangan Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain). Walaupun Tanah Melayu dikhabarkan oleh Profesor UPSI tersebut "dinaungi"(dalam bahasa tersirat) di bawah British, bagi saya Tanah Melayu SEBENARNYA DIJAJAH kerana segala yang terdapat di Tanah Melayu ini dirampas oleh British, ayat "dinaungi" hanya untuk mengaburi mata orang kita. Kalau tidak dijajah, apa gunanya Tunku Abdul Rahman memperjuangkan "KEMERDEKAAN".